Thursday, April 30, 2009

Mee Hailam II

dh puas tgk bunga, meh ler kita makan2 pulak yer! arini bzzzz memanjang ler! tk sempat nak masak beria sgt! ade skit wat 'urusan seri paduka baginda'! *haiii ayat sape la nih yerk??? muahahahaa :P jom layan resepi nih! resepi asal dr CMG tp aku main campak2 jerk bhn apa yg ada kat umah nih! tapi aku tk la jakun makan mee hailam nih! wpon dulu sebenonyer aku tk bape gemor sgt! muahahahaaaaa.. jgn mare er IJAHH! hihihi.. ppon mekacih cikmat! sedap glossss mee hailam aku buat kali nih! *masuk bakul hangkat sendrik jerk la! wakakakaa... makan ngan cili jeruk! perghhh!!

Bahan-bahan
  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris- xde pong!
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)- x letak
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*- xde tp ltk lada itam skit
  • 1 camca besar sos abalone*- xde
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

Wednesday, April 29, 2009

Tonami Tulip 2009

arini kitaorang projek jenjalan g tonami... sori la xde masak2! semua main tunjuk2 jerk kat kedai! muahahahahahaa... layan la gambo kitaorang yg dlanda kejiwangan nih! kehkehkehkeh... ada lagik gambo tp tk larat mokcik nk upload semua! layannnnnn....

tulip merah pink
tulip putih
menara tulip
sambil tgk air pancut!
ada kincir air
tulip yg dtanam dalam air
lagi view
makan time! anak sape ntah nih makan cenggini! hishhh!
main2 pulakadik syok sendrik!lagi view
makyung gedik2! muahahaha
peaceeeee!!
mamat industan mana ntah nih! kahkahkahkah
meh posing lagik!
ade pulak yg nyibuk kat blkg tuh! hampeh!
loving couple! ahaks!
posing! posing! kasi diorg muntah tgk! wakakaka
main semunyik2 plak!
subhanallah!
lagi makyung gedik! hahahaha

Award dari Kak.Hanieliza, Ros@Onigiri, Ilarazali

terharunyer bila dapat award dari pakar masakan kita, kak.hanieliza! huhuhuuuu.. mekasih byk2 kak ingat kat kita yg baru nak bertatih nih! kita pon SUKAAAA sgt ngan blog akak tuH! mcm2 adaaaa.. toce toce kak! teruskan perjuangan akak! kita follow jerk dr belakang! hihihi... opssss award dh amik! tapi tag tak jwb lagik! heeeeeee... ampunnnnn... mmg berbakul2 tag ade lagik simpan kat gobok belakang umah tuh blom terjawab... hehehehe.. mintak ampun byk2 sape2 yg mengetag makyung hana ni yer! jika ada kesempatan insyaAllah akan dcuba selesaikan... mintak maaf berjuta juta nihh!! heeee....

UPDATE: yg nih baru dapat dari tokey roti! sapo laie klu bukan ros@onigiri tuh! tQ ros! sori yerk akak tepek kat sini! mekacihhhh byk2! lebiuuuu!! hihihi... UPDATE AGAINN!! juga dr rakan blogger yg menjadi pengunjung setia blog aku iaitu ilarazali! tQ byk2 yer ila! akak caaayang awak! hihihi....... ;)

Tuesday, April 28, 2009

Lala Masak Pedas

tgk fizanordin masak lala ptg tadi, baru aku teringat smlm hb blikan lala, aku blum masak lagik! muahahahaha... sib baik tak busuk! tapi aku tk simpan lam freezer la.. sbb lala ke kerang ke kupang ke atau yg sewaktu dengannya, klu pas bli jgn ler masuk freezer jika tk sempat masak! kang klu masak mmg payoh ler nk membuka 'sarang' tuh! klu tk sempat masak, bior jerk duk kat luar.. ataupon rebus kejap.. yer la kan, mana tau tiba2 emergency ke hapa ke terus masuk lam freezer! alamat sakit jiwa la kang nk mengopek n nk makannya! muahahaha.. sbbnyer akan melekat! tuh yg aku tau la.. tk tau pendapat org lain... nih dinner kitaorang.. tapi aku ngan danish ratah jerk mende nih! tk sangka, anak bujang ku itew bleh layan mende nih.. sbb td aku ajak2 ayam jerk suh dier try! dier kata oishiii la pulak! hahahaha.. maybe sbb aku buat tk pedas sgt.. resepi dr batdeaz myresipi. sedapppppp!!

Bahan-bahan
  • 500gm lala
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (di potong 4)
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • * optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas
Cara-cara
  1. Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
  3. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
  4. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
  5. Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
  6. Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
  8. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
  9. Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
  10. Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
  11. Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.

Mango Spin

org lain dh ber'spin' dah num air nih! aku br nak ngetest betapa 'spin'nyer num air nih! gara2 aku tersilap mengadun resepi nih maka bertambah2 pusing la haku dbuatnyer! btol ckp kakfida, aku mabok kepayang! muahahahahahaaa... silapnyer sbb aku ltk yogurt! kero mataku! igtkan sama cam mango smoothie! tapi sedap la pulakk! hahahahaaa... cume tk buh gula... sbb nk rasa buah asli n masam2 yogurt gtu! opss lupa! aku ltk asam boi 2 bijik! suka ati makyung jerk nk godeh resepi org! hahahaha... nih resepi asal yer! mekasihh byk2 wat kat kak.fida n wat diriku yg terlalu pndai sgt 'menderhaka' resepi org! kuang kuang kuang................

Bahan-bahan
  • 1 biji mangga manis - ambil isinya
  • 1 gelas ice cream soda
  • 1 gelas susu segar atau susu cair
  • ketulan ais secukupnya.
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan segera dinikmati.

Banana Chocolate Muffin

kat umah nih muffin yg kaler cekelat jerk cepat habih! klu kaler kuning, ijo ke apa2 kaler la lembab btol nk ngabihkannya! dak2 tk bape gemor sgt... maklum ler cekelat sape jerk tak suka! tapi nih versi ada banana! nak ngabihkan stok pisang yg dh menopause tuh! sedappp! aku tmbh hirisan white choc n choc biasa yg murah2 tuh! bila mkn panas2 terasa lelehannya.. ermmmm yummyy! resepi k.yani my.resipi jugak! tQ k.yani! ;) wat setengah adunan dan hanya menggunakan manual jerk.

Bahan-bahan
  • *170g tepung gandum - kurangkan tpg skit.
  • *30g serbuk koko
  • *130g gula- hana ltk 110g jer.
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *secubit garam
  • *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
  • >2 biji telur
  • >75ml minyak masak
  • >100ml susu segar
  • >sedikit vanila esen
  • >2 biji pisang
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga 170C.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam FP. Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok)
  3. Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.*hana kacau semua bhn guna whisk jer.coklat hiris2 last skali br masukkan.
  4. Cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Ayam Goreng Berempah IV

macam2 resepi ayam goreng berempah ni kan! kali nih try resepi noorsha pulak! pon sodap! cuma aku tk ltk lada la...sbb pikirkan anak2 nak makan... then letak la daun kari bagi ghau ghau bau dier! thnx to dik noorsha! yummyyy!! anak2 suka sgt! klu dh nama ayam goreng, ratah cenggitu pon sodap! resepi C&P dr my.resipi.

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 batang serai
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api - x letak
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili- x letak
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam - guna tpg ayam.
Cara-cara
  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
  3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
  5. Goreng serta merta hingga garing.
  6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

Monday, April 27, 2009

Roti Mini Pizza

nih projek utk num ptg kitaorang... punya lah excited nmpk roti kak.asma yg gebu2 tuh! org p blajaq, kita mintak copy resepi jerk! hihihihi... jgn mara er kak! blaja online nih tau! punyerlah baik kakakku iteww! tQ kak! lebiuuuu! hihihi....
resepinya dr kelas k.asma yer.... tapi menggunakan BM! den nih mano la ado Cik Pn.BM tuh! ngan kudrat tangan jo lah! haiii bila ler laki aku nih nak adiahkan BM! uwaaaaaaaaaaa.... bagi ler yang oiiii! hahahahahaaa... methodnya menggunakan resepi mini pizza k.yani. mekacih byk2 kat u oll berdua..... halal yer resepinyer! ampunnnnnn...

Bahan-bahan

500g tpg roti@tpg high protien
220ml air - hana masukkan skit2.
75g butter
100g gula
1 biji telur
1/4 camca pes 3+1 (nnti k.asma tunjukkan pes tuh tp hana xdok ganti shortening)
1 camca bread softener
1 camca garam
4 sudu susu tpg
1 paket mauripan (11gram)

Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.jika xde BM, uli seperti biasa.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah (rujuk my.resipi) . Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
tgk tuhhh! cedappp! jemput makan! hihihi..
tgk la ulat gonggokku! hahahaha..
watkan utk danial coz dier tk suka pizza!

*note dr k.asma: semasa mengadun (jika uli tgn la) garam n yis jgn campurkan. masa nak naikkan doh, panaskan oven beberapa minit. then offkan. masukkan doh tadi biar naik 2 kali ganda. pastu baru onnkan smula n bakar seperti arahan.

Sunday, April 26, 2009

Pudding Soya Bean

lagi aritu mmg teringin nk makan tau fu fa! lam ati, bli yg air soya lam kotak jerk la pastu buh la GDL cam biasa... sbb malas nk wat sendrik! hahahahaha.. td blk soping, nk tgk resepi.. tup tup kuar resepi kak.fida pudding soya bean ala2 tau fu fa! apa lagik!! mcm shinkansen aku terus p buat! muahahahahaaa... so nih la hasilnyer! sedappp! btol2 cam tau fu fa uuu!! pasnih leh wat lagik! toce toce kak.fida cayang! i lebiuu! hihihi... halal ye kak resepinyer! *wink! wink! heeeeee...

Bahan-bahan
  • 1 ltr air kacang soya (1 kotak)
  • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali)
  • Bahan tambahan :-
  • Buah2an dlm tin ikut selera
  • ATAU secukup air gula/melaka
Cara-cara
  1. Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit.Matikan api.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
  3. Ketika menghidang,bubuh buah2an pilihan bersama jusnya sekali.Jika menggunakan bekas yg besar,cedok/potong puding ke dlm mangkuk2 kecil dan bubuh buah2an dan jus di atasnya.
  4. Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah.

Gulai Telur Ikan

ishhh! pelik btol menu arini! sbbnyer aku tk penah masak telur ikan... tapi ntah kenapa tekak aku nih terasa nk makan telur ikan! tadi g supa nmpk telur ikan segar... terus ambik bayo! hahahahahaa... lam otak, pikir nk masak apa yer??! jumpa resepi kene goreng.. tapi cam tk besh la pulak! sbb arini menu xde yg berkuah! so pk punya pk last2 jd la gulai telur ikan aku nih! tuh pon aku pelik... setau aku telur ikan klu dmasak lelama jd kuning2 gtu kan! tp dh dekat berpuluh minit jugak awat telur aku nih tak kuning2! nih masak ke tak nih??? (ke aku yg tk pndai msk telur ikan??! kuang kuang kuang ) bila teghase dh lama sgt, aku pon matikan la api! kering kang santan aku tuh! pastu aku terus rasa.. eh masak dh nih! cume kaler jek tk berubah kot! hmmmm... lantak la makyung! janji leh telan! hahahahahahaaa... laki aku mmg tk sentuh langsung! sbb bukan taste dia! tp kuah dier amik!!! hmmmmmm.... karepmu la yang! hahahaa... nak resepi ker?? ishh tak yah la... masak gulai biasa jerk! tp klu nk (kot la ada yg ngidam jugak! kihkihkih) nnti aku taipkan k! peaceeee!!

Saturday, April 25, 2009

Paru Goreng Berlada II

pk arini nak outing...tp bila tgk cuaca ujan jerk dr pg sampai ptg! tak jadi la nk kuar! sedapkan bobok jerk! kihkihkih.... layan la menu kitaorg arini yer! simple jerk! teringat makan nasik lemak kat umh adik ipar aku aritu ngan sambal paru nih! perghh sedapp! pas makan terus terasa ngantuk smula... hahahahahahaaa... kali nih aku wat sambal paru potong lagi kecil, nipis dan goreng garing2! terasa cam makan keropok pon ada! huh! sedap! hb suka btol!... alhmdllah... jemput makan yer bukkk! ;)

Bahan-bahan
  • 500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
  • *2 inci kunyit hidup
  • *3 sudu makan ketumbar
  • *3 ulas bawang putih
  • *garam
  • Untuk Sambal
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai lada@cili merah - cincang
  • 1 inci belacan
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka @ gula putih
  • garam
  • minyak secukupnyer
Cara-cara
  • Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.
  • tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
  • masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.
  • panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.
  • Untuk memasak sambal paru
  • blend@tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.
  • panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.
  • masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung masing2.
  • masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak2 kering.
  • masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.
  • siap!

Friday, April 24, 2009

Muffin Coklat

wat utk num ptg danish... kali nih buat tak cukup pulak! lapo sgt kot anak2 aku nih! aku pon sempat mkn seketul jerk! nk wat lagik coklat dh habih! takpo la len kali jer ye nak! muffin nih dh slalu gak buat! yg penting sedap n very coklati! resepi k.yani fr my.resipi!. mekacih sifuuu! kalau nk nengok gambo step by step p tgk kat my.resipi yer!

Bahan-bahan
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Nam Prik-Pow

sori td tak sempat nk postkan pes sambal ikan Pla Lui San tuh! nk amik anakanda blk skola punyer pasal! aku wat ikut sukatan k.nor (yg dlm kurungan dbawah)... banyak juga dapat. rasanya mmg berbaloi utk aku 4 beranak nih! sesapa kluarga beso leh la ikut sukatan asal tuh yer... kot la nk simpan berbulan2 lamanya. muahahahaaa... mekasih lg skali wat k.nor! ;) Nam Prik-Pow bermaksud pes chili sangai.

Bahan-bahan
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

Cara-cara
> Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
> Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
> Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
> Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
> Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
> Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
> Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di bwh dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

Pla Lui Suan

huh! nak terbelit lidah aku nk menyebutnyer! arini tekak siam la pulak! gara2 duk kepoh2 kat dapur k.nor! hihihihiii...... amacam k.nor n IKA??? ada pass ka?? kihkihkihkih.... walaaaaaa manyak sodap ini sambal! semerbak mewangi! mengikut kamus terjemahan dr Pn.Nor KT, Pla Lui Suan bermaksud ikan dalam taman! pandainyer ikan nih duk dalam taman erk! hihihii... tapi leceh skit la nk buat, sbb nk kene wat sambal dulu.. sambal tuh nama dier, Nam Prik-Pow. mmg pow btol la pas makan! lebih bleh simpan kat peti ais n wat utk masakan lain.. nak tau lebih lanjut p tanya translator bahsa siam Pn.Nor kita! ntah sejak bila k.nor masuk kelas siam! kihkihkihkih... ppon mekaciihhhhhh byk2 pd kakakku iteww! mintak halal ye kak resepinyer! ;)

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap - hana gune ikan kembung jerk!
Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai@Nam Prik-Pow

Cara-cara
> Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
> Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
> Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
> Boleh la dihidangkan.

Sawi Tumis Telur

huh! kelam kabut aku dbuatnyer bila tgk jam dh tghr! hb nk blk mkn pulak tuh! sib baik ana bini wahid BUZZ aku sekuat ati! muahahahaaa.... smlm k.eena ngan k.asma! den tak tau la peknen kali nih kije aku nk mmbutaaaa jerk! sindrom tuh kuat sgt! smpai aku tak larat nk tepis! wakakakaka... boley ke ayat tuh! hihihihiii... so aku msk sayur sempoi2 udah lerr! yg penting laki aku sukaaaaa sgt ngan sawi! hahahahaaa.... resepi tak payah la yer! semua olang tau... peaceeee!! ;)

Thursday, April 23, 2009

Ayam Masak Lemak Tumis Lada Kering

nih lauk sempoi aku.... resepi nih aku dpt dr majalah mana ntah! dh lama sejak aku anak dara. masak nih bila aku dh malas banget! tp time anak dara@study dulu lauk nih la paling best bg aku! hahahahahaaa.. tk berapa pedas n anak2 pon suka.. jom layan resepi nih!

Bahan-bahan
  • 500g ayam - potong kecil/sederhana (gaul ngan garam n kunyit)
  • 1 cawan santan - masakan nih kuah tk byk. ala2 kering gtu!
  • 1/2 biji bawang besar holand - hiris
  • 3 tangkai lada kering - hiris menyerong.basuh dn toskan.
  • 2 btg serai - ketuk
  • garam
  • serbuk perisa - jika suka
  • tauhu goreng - potong tiga segi (optional)
Cara-cara
  • goreng ayam hingga masak. takyah garing sgt. agak2 basah gtu asalkan masak! ketepikan.
  • tumis bawang, lada kering dan juga serai hingga naik bau.masukkan santan, garam dan serbuk perisa jika suka.
  • masukkan ayam dan tauhu. didihkan.
  • tutup api. siap!

Kuih Keria & Cucur Badak Labu

nih menu utk num ptg arini.... dh lama labu tuh duk bertapa lam esbok sejak hb bli aritu. akhirnya muncul jugak projek keria labu aku nih! tp sebenonyer tk cukup sukatan labu.. so aku campur ngan keledek skit. keledek ngan labu jepon mmg payoh nk wat keria or cucur badak. sbb lembik! dan tk berapa manis! tp ku ushakan jugak la..sbb sblm nih dh penah gak buat! gune labu pon sodappp! resepi amik dr my.resipi oleh k.as NZ! mekacih yer kak! nak C&P nih! halal yer.... heeeeee... wat setengah adunan jerk! masa sira tmbhkan daun pandan utk bau wangi!

Bahan-bahan
  • 1 kg labu
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula & sedikit air
  • Minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
  2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
  3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
  4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
  5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
  6. Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
  7. :: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat
  8. Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..
  10. Siap utk dihidang.
bila dh tk kuasa nk melobang keria, aku tepek2 kat tgn, ltk inti serunding jd la cucur badak! hahahahaha

Wednesday, April 22, 2009

Sambal Tempoyak Mangga

mintak mahap yer puan2 dan tuan2 serta adik2 kakak2 sekelian.. cter tempoyak ngan mangga aku lom habih! hahahahahahaaa... selagi wujud tempoyak lam esbok aku tuh, selagi tuh la aku terasa nk makan! nih aku makan curi2 jerk time hb n anak aku g skool! yo la! kang depa duk bebel bau busyuk! menyampoh haku! hahahahahaaa... buat pon seciput jerk wat aku mkn sorang! ulamkan ngan timun n leek jooo! sodappppp! kebetulan ada mangga yg smlm aku bli tuh aku campak la skali dlm sambal nih! separuh tumbuk separuh aku hiris2! tp mangga nih manis, agaknyer klu masam lagik sodap kot! tp yg nih pon sodapppp! hah! masuk bakul hangkut sendrik jerk la!! hihihihihi......

Bahan-bahan
  • tempoyak
  • cili padi
  • bwg putih
  • garam skit
  • mangga/pelam
  • ulam2an

Cara-cara
  • tumbuk/blend tempoyak ngan cili padi,bwg putih,garam dan juga mangga/pelam sedikit.
  • dah tu masukkan lebihan hirisan mangga/pelam. kacau rata.
  • dah siap! bleh la wat cicah ngan ulam2an. sempoiii! hahahaha..

Apam Belanda

pagi td smpi tghr mmg bz wat urusan itu ini... igtkan nk mkn luaq! ttba kwn hb tpon mintak tulun g univ... huwaaaaa... dh ponat2! igtkan maleh dh nk ngadap 'opis' arini.. tp sbb perut lapo aku wat2 la tak penat! huhuhuuuu... nih projek pas danish blk skool. dier tuh klu blk skola mmg lapo sokmo! syian kene jln kaki pegi blk ke skola baru... nk wat camnoo...kali ni d displin kene cenggitu! klu dkt tkpe..jauhhhh.. syiannnn aku nengok mengah2 sampai umh! tkpo la nak yo! pahla lg byk bjalan kaki cr ilmu! pandai omak dier bersyarah! hihihihi... ok la! layan apam belanda aku nih! jauh dia mari ni tau! hah! jgn tk tau! apam nih sedap! tp masa masak tuh kelam kabut aku dbuatnyer sbb apam nih cpt hangit! maybe sbb aku gune acuan takoyaki karen kot! api tk leh nk ejas kecik! terpakse lah aku kejap on kejap off! hahahahahaa... resepi amik kat saji.online. sblm nih k.ita rossitamz pon ada try! kan k.ita kan kan kan... jom makan!

Bahan-bahan
  • 250ml susu cair
  • 150 tpg gandum
  • 50g tpg jagung
  • 40g gula halus
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 biji telur
  • 60g mentega - cairkan
  • INTI - coklat chip. - tp hana gune inti kaya ngan kcg merah.

Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul rata. kecuali susu dan telur.
  • pukul telur guna garfu sekejap. masukkan beserta susu cair ke dalam tpg. gaul sebati.
  • rehatkan adunan selama sejam. tutup dengan kain atau plastik wrap.
  • kemudian masukkan butter yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  • panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
  • sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran.
  • tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
  • bila dah kembang dan kuning, angkat!

Tuesday, April 21, 2009

Mango Smoothie

slurrrpppp!! terasa dahaga tekak semalam... p jusco ade pulak mangga thailand melambak2! so apalagik aku angkut la! igtkan masam! manis ghupernyer! alhmdllah! cume tak la kaler oren cam mangga k.yatie ngan k.nor tuh! ala mangga yg kuning2 tuh! apa hentah ke nama dier tuh! heeeee... sedaappppp! tQ k.yatie ku cayang atas resepimu! tgh musim smoothie ke nih??! layannnnnnn jer lah!... C&P dr my.resipi.

Bahan-bahan
  • 1/2 biji isi mangga masak
  • 2 sb yogurt perisa asli / mangga
  • 1/2 cawan low fat milk
  • 1 sb gula
  • 1/2 cawan air
  • Ais ketul secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
  2. Tuangkan ke dlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ... senangkan!

Kailan Sos Tiram

nih lauk kegemaran en.hb... gambo atas masa mkn kat mesia.. sajer aku snap n ltk sini konon2 cam nmpk cantik! muahahahahaa.. jgn mare yer johny! :P yg gambo bwh nih pure air tgn aku! tapi sini kailan tak gemok2 cam yg mesia punyer! halus2 jerk cam sawi! tp hb aku suka sbb dier tk berapa suka yg tangkai beso gedabak tuh! hahahahahaa... yg nih resepi aku yg biasa aku buat dr zaman doulu kala! perasan cam dh lama nooo idup erk??? hikhikhikhik...

Bahan-bahan
  • seikat sayur kailan
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa - jika suka
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur kailan jgn potong dulu... panaskan air. celur kailan ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong lebih kurang 3inci. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur kailan tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Monday, April 20, 2009

Marble Cheese Brownies

ramai yg dh mencube bronis nih kan! so aku pon nk menerai la jugak! nmpok cam sodap joo! wat nih utk bbq semalam.... alhmdllah sodap jugak hasilnyer! cume aku bahagi dua loyang so lapisan cheese tuh tk brape byk! iyo la sobab loyang den nih semua comel lote! tuh psl tk muat! hahahahahaa.... resepi tgk kat dapur cikmatgebu yg asalnyer dr k.rinnchan. nk tgk step by step p la lapor diri kat dapur kak.rin yer! tQVM!

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
hasil celoreng keras tgnku! nk titun punyer psl! heee....