Monday, August 31, 2009

Nasi Ayam Penyet

alhamdulillah arini kita dah sampai ramadhan ke 10! dan alhamdulillah juga aku dberi kekuatan utk bpuasa macam org lain wpon aku tgh sarat nak meletop! syukurrr! arini menu nasi ayam penyet nyet nyettt!! tang mana yg penyet aku pong tak taww lah! rasanya ramai yg dh mencube nasi nih kan! terutamanya yung ijan dan k.nor dan sesapa lagik dluar sana tuh! sesekali ubah selera ngan nasik ayam cenggini best gak erk! nih nasik ayam femes kat indonesia! sebelum2 nih cume ulang tayang nasik ayam madu jerk! kali nih try resepi nih... resepi asal dr resepi4u.com. hana kopipes dr umah ijan! mekaceh jann! sempat ke tak bb merdeka tuh??!! hehehe.... perghhh!! panjang gler resepi nih! tp sebenonyer mudah jerk nk menyediakannya! mcm nasik ayam biasa..... :)
Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik *hana rebus ngan hirisan halia dan juga btg saderi.

  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. - tk buat! ganti begedil!

  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
nih lauk tambahan belen rempah ayam tuh wat begedil.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


Brownies Nina@SL

layan tekak yg dah lama teringin nk try bronis Nina@SL aka tokey kek,CC n biskut! mekaceh wat nina yg tak kedekut ilmu! malah sudi kongsi resepi ngan aku ni hah! moga bisnes bertambah maju n kencangg!! caiyokk caiyokkk! tokey yg camni ramai org suka! tol tak tol tak?!! btollll! *sendrik tanya sendrik jwb kaaa?! hahahaha... anak aku dh try mamam dulu bronis nih! diorg ckp sedapp! tunggu ar magrib karang br aku leh ghase! thanx again nina coz kongsi resepi n tips cara2 nk wat bronis nih! sape2 yg malas nk buat tuh, order jerk la ngan tokey kita nih! hehehe

Bahan-bahan
  • *250g butter
  • *100g cooking chocolate
  • 1 cwn tpg gandum
  • 11/2 cwn gula - hana buh satu cawan jer!
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1sk baking powder
  • 1 cwn kekacang - hana x ltk
Cara-cara
  • Cairkan cooking choc dan juga butter secara double boiler. ketepikan dan suamkan.
  • Pukul gula dan juga telur menggunakan whisk sampai berbuih.
  • Masukkan tepung,serbuk koko dan juga baking powder.
  • Masukkan pula butter dan cooking choc yg dh cair tadi. Gaul semua sebati.
  • Masukkan kekacang. (separuh ke dalam adunan dan separuh lagi tabur selepas selesai tuang adunan).
  • Bakar suhu 170 selama 20min jika menggunaka loyang 10x10. *hana bakar 30min sbb gune loyang biasa. tips dr nina>jgn overbake!! nnti kek akak kecut dan keras!
  • Dah masak, sejukkan dan tuangkan topping@ganache.

Sunday, August 30, 2009

Ketam Sambal Madu

semalam bli ketam... arini nak tak nak kene tamatkan riwayatnyer! duk lama2 lam freezer kang ilang manisnyer! yg nih lauk ratah jerk ngan nasi goreng td hah! request my laling suh msk sambal... bab sambal ketam nih mmg ler teramat lazat! kuah tuh yg wat dier sedap! wat cicah ngan cekodok pong alahaiii nikmatnyer! meh layan pulak lauk kegemaran en.hubbyku ini! opssss dkesempatan nih, aku nk ucap slamat ari merdeka wat semua rakyat mesiaaaaa!!! merdekaaaaaaa!!

Bahan-bahan
  • 2-3 ekor ketam sederhana - siang dahulu
  • * 10 tangkai cili kering - nk pedas@kurang pedas ejas yer!
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan udang kering - basuh dulu
  • * 1 inci halia
  • 1 btg serai - titik
  • 2 sudu makan madu
  • sedikit gula (optional)
  • air asam jawa
  • air sedikit
  • garam
Cara-cara
  • Blend bahan yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn blend dan juga serai hingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. kacau.
  • Masukkan ketam dan air sedikit.
  • Masukkan garam dan juga madu. Tutup kuali agar ketam masak rata dan sesekali hendaklah digaul.
  • Masak sehingga kuah agak pekat. dh masak tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar jika suka.Siap dihidang!

Nasi Goreng Kampung

menu sempoi jerk arini! tarak mood pas blk jenjalan.... dh ler kete aku kemek kene langgor nihonjin! sib baik masa tuh kitaorg dh naik atas umah! kete tuh elok jerk duk kat parking! tp sbb nihonjin tuh gabra ke hapa ker aku tak taww lah! dier p langgor kete aku yg cun melecun tuh! huh! dh jd tak cun! kemek bhgn depan! lampu pecah! sib baik dier dtg ngaku n settlekan semua termasuk insuran n sebagainya! klu tk mmg nk kene pelangkung gaknyer klu main nyorok2! huh! sabo jerk la bulan2 pose nih... sementara nk tunggu kete siap, kitaorg bergaya ngan kete 'baru'! hahahaha... opsss melalut dh nih! meh layan nasik goreng!

Bahan-bahan
  • *2 mangkuk nasi putih
  • *10-15biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bwg putih
  • *1 sudu makan ikan bilis
  • segenggam@lebih ikan bilis goreng
  • kangkung
  • garam
Cara-cara
  • Tumbuk kasar bahan yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan garam. Gaul. Masukkan nasi dan gaul rata.
  • Masukkan pula ikan bilis goreng. Gaul.
  • Akhir skali masukkan kangkung.
  • Tutup api. Hidangkan ngan lauk sampingan lain mengikut pilihan anda. (telur dadar@telur mata lembu,timun, keropok ikan,ikan bilis goreng dsb)

Saturday, August 29, 2009

Kuih@Bingka Bakar Jagung

kuih yg paling senang nk buat! sblm wat rojak aku godeh2 dulu bhn2 nih! then siap terus bakor! laling aku pong terpanjat! aikkk dah siap dh kuih! alaaa kan dh kata kuih nih senang nk buat! hehehe.... bukan apa, sbb dier risau tgk aku larat ker aku nk watkan semua nih! aku mmg suka bg org makan! sbb tuh aku tak rasa penat pon wpon sebenonyer penat! hihihi.... mekaceh wat k.zana atas resepi nih! sebelum nih dh penah buat! bingka2 k.zana mmg semua ngetop! termasuk ler bingka pandan! try ler sape yg lum try k! cehh! promot dah niH! k.naaaaa!! ayam panggang sekoq! kuikuikuikui..... ngeeee... resepi kopipes dr my.resipi. mekaceh er cikguuu!! hehe
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah)
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka
Cara-cara
  1. Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - hana bakar suhu 180 sejam

Rojak Tepung Again!

request my laling utk jamuan iftar arini! nih ler menu yg sempat aku watkan utk jamu diorg! blk soping penat gler! hubby tnya; 'larat ker nk wat rojak?' 'bleh la yang... lgpong tk susah mana...' udahnyer dier yg tolong aku kat dapur arini.... alhamdulillah! caaayangg sgt kat laling! hehehehe... utk resepi nih sila tengok d sini yer! ramai yg telah mencube dan diucapkan bebanyak2 tima kasih atas fade back yg dberi! mekaceh gak wat mak aku!! huhuhuuu....

Ikan & Sotong Bakar

sebenonyer arini ader majlis iftar kat umah kawan aku.... aku watkan rojak utk diorg ngan skit kuih. but my laling tak leh klu buka pose xde nasik! mesti dier nk carik nasik jugak! so kitaorg setuju la bli sotong n ikan bakor nih yg kebetulan td kuor ader jual fresh berasap2 lagik! BELI okey! bukan bakor sendrik! muahahaha... cume balik umh, aku tinggal watkan air asam ngan kuah kicap utk my laling coz dier tk mkn cicah air asam tuh! nih jerk la lauk yg ade utk arini... resepi asal cicah@colek air asam nih dr resepi Colek Daging Panggang.

Bahan-bahan
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)- x ltk!
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)- hana ltk air asam jawa dan skit perahan lemon
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)
Cara-cara
  • satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato.. hidang daging panggang atau ikan bakar bersama colek.

Friday, August 28, 2009

Air Tembikai Lemon

air yg menyegarkan utk bbuka arini! alhamdulillah! kenyang dah... pas nih arap dpt berterawih dan bertadarus macam biasa.... resepi asal Watermelon Aqua Fresca! tapi sbb xde soda aku buh lemon jerk la... mmmmm cedapppp! len kali leh wat lagik selagi tk meletop! hahaha.... pas ni ngences la nengok owang num ice! hehehe....

Bahan-bahan
  • Tembikai
  • Air
  • Gula - optional
  • Ice Cube
  • Perahan Jus Lemon
  • Lime Slice - utk hiasan n juga biarkan dlm jug
Cara-cara
  • Potong tembikai dan buang biji.
  • Blender bersama air, gula dan juga kiub ais.
  • Masukkan jus lemon.blend lg skali.
  • Tuang ke dalam gelas atau jug.hiaskan dengan hirisan lemon atau letak hirisan lemon ke dalam jug hingga sedia utk dminum.

Hati Goreng dengan Bendi

lauk tambahan arini selain ayam msk lemak kencur... nk perabihkan bendi yg dh hampir monopos! rasanya pas bersalin, agaknyer cuti dr bli bendi kot! leh caya ker?? hahahaha.... ontah la! nih kes konon2 nk tmbh darah! padahal xde mslh pong ngan darah aku! sajer ngada2 nk makan ati ayam! hehehe.... nengok kak.leen punyer pasal la nih terus rasa terhingin! padahal nk laukkan ayam jerk! ishhh napsu napsuu... hahahaha... k la... mekaceh wat k.leen! kita amik resepinyer! halal yer kak..... cume tuko carrot ngan bendi... :)

Bahan-bahan
  • 500gm Hati Ayam - kalau nak rebus sekejap dulu pun ok, petua supaya masa goreng kurang meletup.
  • 1 labu Bawang Besar - potong berbaji
  • 3 ulas Bawang Putih > diketuk
  • 1 inci Halia> diketuk
  • 3 tangkai Cili Hijau - dihiris serong
  • Tambahan karot atau kacang panjang potong seinci-seinci -hana ltk bendi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Lada Hitam Serbuk
Cara-cara
  • hati ayam dilumur garam dan kunyit, goreng dulu hingga garing.
  • Angkat, buang sedikit minyak
  • tumis semua bawang merah,putih, cili, halia hingga naik bau atau bawang layu , masuk karot.
  • rasakan garam, tabur lada hitam, masuk hati ayam tadi, kacau goreng hingga sebati , siap angkat.

Caramel Custard Pudding

nih dessert utk bbuka arini! dh lama teringin nk memuding karamel nih... arini br terlaksana. mudah sesangat nk mmbuatnyer! cume kali nih aku rasa agak berjaya sbb xde lobang sgt mcm sblm nih! tekstur pong lembut! mmg bestt! sukerrr sukerrr yg nih! resepi kali nih aku try dr dapur skyblue@lydia. mekaceh wat tuan empunyer resepi dan tips yg dbagi.

Ingredients (makes 6): - hana wat dpt 4 jerk!

Caramel:
40g sugar
10ml hot water

Custard:
200ml fresh milk
10g sugar - x ltk sbb mcm dh manis jerk!
½ tsp vanilla essence

1 whole egg
2 egg yolks
30g sugar

Methods:
  1. Caramel: Melt sugar in a sauce pan, stir until golden brown. Once it starts bubbling, stir in hot water then remove from heat.
  2. Lightly grease the moulds, then fill each mould with about 1 teaspoon of caramel. Swirl the mould to coat bottom of mould when the caramel is still hot. Set aside for later use.
  3. Custard: Bring together milk and sugar, bring to boil on low heat then stir in vanilla essence. Turn the heat off and set aside for later use.
  4. In a mixing bowl, lightly whisk eggs with sugar. Then pour in milk in stream, whisk rapidly until well blended.
  5. Sift the mixture then fill each mould with mixture, and steam on low heat for 15-20 minutes. If using oven, place moulds in a tray then fill tray with water. Cover moulds with aluminium foil. Bake at preheated oven, 140ºC for 25-30 minutes.
  6. Turn the heat off, let puddings stay in the steamer or oven for further 10 minutes.
  7. Chill before serving.

Tips:

To produce smooth texture custard, the mixture must be sifted to remove bubbles then pour into mould gently.

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Kencur

arini fenin byk sgt menu sini sana sinun senan yg sedap2! last2 masuk dapur sendrik menu nih jugak yg jadi pilihan! hahahaha...... sonang baitu! lauk peberet aku ngan my laling! bleh tuko ayam ngan ikan keli@apa2 ikan dan juga ketam. tapi lembu tk penah try lagik la! yg ketam bleh tgk sini yer! kalau nk gune ayam atau ikan kene goreng dulu! ikan keli plak sedap dsalai@dbakar. pehtu buh kuah kencur nih sampai didih agak pekat.

Bahan-bahan
  • 6-8 ketul ayam
  • *3-4 biji bwg merah
  • *2 ulas bwg putih
  • *6-10 biji kencur@cekur
  • *1 inci kunyit hidup
  • *cili padi - ikut la nk pedas mana
  • 1 btg serai- ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2-3 helai daun kencur - hiris halus
  • 1-2 cwn santan - terpulang nk kuah byk or pekat
  • garam
  • perisa@gula
Cara-cara
  • tumbuk bhn yg bertanda *.
  • gaul ayam dengan kunyit dan juga garam. goreng hingga masak. ketepikan.
  • panaskan minyak. (setengah org tk tumis). tumis bhn yg dtumbuk tadi smpai pecah myk.
  • masukkan santan,serai,asam keping. gaul rata.
  • masukkan ayam.
  • masukkan garam n perisa@gula.didihkan.
  • last skali masukkan daun kencur. dan tutup api.

Thursday, August 27, 2009

Sweet Pineapple Cocktail

dh wat minuman blommm?! haaaa cepat buat! sempat lagik sblm bbuka! hehehe.... meh layan air nenas nih! resepi dr che'iza! anak2 aku kata sedappp la mama!! huh! tertelan air liur aku! hahahaha.... mekaceh yer mek jaaaa! utk bbuka kitaorg menu lontongg!! klu dan snap, ado la..klu tak dan, mintak maap la yooo! hehe

Bahan-bahan
  • Sebiji nenas
  • 1 liter air
  • 100 gm gula
  • 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Potong nenas dalam bentuk kiub
  2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
  3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
  4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.

Roti Canai

nih menu sahur aka breakfeast anak2 aku! oppsss jgn tipah tertipu sbb roti nih adalah roti segera! muahahaha... kuah dal tuh pong jiran aku yg bagi! kuikuikui... tp bg sesapa yg nak buat roti canai, aku rekemenkan resepi k.joayee nih! sbb aku penah buat sblm nih mmg best!! sape2 yg tgh rajin nk menebor dan terasa nk makan tuh bleh la cube yer! resepinyer hana kopipes dr my.resipi utk rujukan bersama.

Bahan-bahan
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2. *hana perap dalam minyak msk! gune marjerin pon bleh!
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Wednesday, August 26, 2009

Jus Kurma Susu

arini layan air jerk la yer! menu kitaorg nasik lemak sambal udang jerk! malas nk tonggang tonggek amik gambo nasik tuh! hehehe..... resepi jus nih dr k.rabiatun. mekaceh er k.tun! sgt berkhasiat lebih2 lagik utk makyung mcm aku! btollll!!... k laa...malas nk bebel panjang2 nih sbb dah nak masuk waktu bbuka... slamat bbuka wat semua yer! jgn lupa baca bismillah dan doa bbuka taww! hehehe..

Bahan-bahan
  • 1/2 kotak susu segar Magnolia
  • 10 biji buah kurma - dibuang biji dan dibersihkan (nak letak lebih pun boleh)
  • 1 cawan air panas
  • beberapa ketul ais - optional
  • sedikit gula - optional
Cara-cara
  1. Rendam buah kurma dalam air panas 15 minit.
  2. Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga hancur. Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika nak letak gula, masukkan sekali.
  3. Masukkan susu segar dan kisar sebati.
  4. Sedia dinikmat.

Tepung Pelita

semalam nengok iza memelita, arini aku nk memelita gak la! tapi paham2 ajo lah yooo! owang duk merantau nih mano la ado daun pandan! klu ado pong alahaiiii sayangnyer nk gune ngan mende2 remeh cenggini! masuk lam acuan puding jo la sonang citoo!! hahahaa.... klu sesapa nk blaja camne nk gune yg daun pandan tuh sila tanya mek za yerk! den mmg tak taww! hahaha tp resepi nih aku ikut resepi k.yani tuan tanah my.resipi. mekaceh kakk!! wat setengah adunan jerk! simpan dulu lam esbok! pas buka br leh ngap!! hehehe...

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan
UPDATE: sesapa nk tau camne nk wat sarung kuih nih sila tengok link nih k! mekacih wat eiyna n tuan empunyer fp coz sharing.

Tuesday, August 25, 2009

Kuih Lopes

ishhhh berani beraninyer aku memulut arini! arap2 xde la simptom2 yg bakal berlaku! huhuhuu.. terhingin sgt nk makan kuih nih! air gula cendol smlm ade lebey! tuh pasai melonjak2 keinginan nak gak wat lopes nih! arap2 xde apa2 la... klu ada sendrik tanggung laaa.. degil sgt! muahahahaha.... kali nih ikut resepi tulip@fiza... sebelum nih penah buat resepi k.ummi.. sama jerk lebih kurang... sekian juadah utk bbuka arini! slamat bbukaaa!!!
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur- x ltk
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Ikan Sweet Sour

lauk utk anak2 aku... sesapa yg di'wajib'kan tak berpose tuh meh ler join ngan anak2 aku makan! tuh pong klu wat2 tak malu! kehkehkeh... arini kitaorg menu biasa2 jerk... nasik putih ngan lauk asam pedas n sayur goreng. takde spesel mana pong! lg pong smlm dh jauh berlayor smpai ke hyderabad! arini layan lauk2 mesia jerk la yerk... k meh layan resepi..

Bahan-bahan
  • Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
  • *tepung kentucky - optional
  • Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Monday, August 24, 2009

Ondeh-Ondeh Kentang

sedikit rajin nk wat kuih! macam2 ondeh2@buah melaka nih aku dh try... kali nih sajer tuko selera wat ngan kentang plak! sebenonyer plan nk wat ngan labu! tp labu xdok! nk wat carrot, carrot ku tinggal seketui! last2 jd ler projek derhaka resepi nih kepada kentanggg!! hahaha... resepi asal ondeh2 keledek... leh tengok kat sini yer.. mekacih wat k.nur dan jugak k.mimi yg telah men'delight'kan ondeh2 melaka nih! hehehe...

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm kentang
secukup air - hana campur garam skit
pewarna kuning
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit.

Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Kentang direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan kentang dan air serta pewarna.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.



Cendol

cendol!! cendolllll!! sape nak cendollll! huh! xde sape nk layan! sbb mentuk pong mengerikan! cam ulat!! muahahaha... yoo laaa.. mano den ado acu maruku@acu cendoll!! nih aku belasah gune pengukus aku yg lobang2 tuh taww! tuh pasal mcm mentuk ulat! wakakaka.. ahhh lantak la! janji cendol! kan mek jah kan kan kan! kikikiki....yg sebelum nih k.nor kata cam berudu! kali nih mek jah kata cam ulat! kakakaka... nih rendam ngan air pandan.. utk mengekalkan keaslian keijoannya! wpon sebenonyer tk ijo mana pong! tips dr k.fida myr. resepi nih dr siti mariam. mekacih yam!! nih la nasib owang merantau! nk minum cendol kene wat sendrik! klu la ade bazar kan besttttttt!! huwaaaaa........

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Hyderabad Rice Pilau

lauk ayam tadi lawan ngan nasik nih! meh kita jln2 sampai hyderabad! jauh beno yer perjalanan! dh la pose2! kikikiki..... jom la layan resepi... resepi asal dr dapur k.noorma musa. mekacih kak yer! anak2 yg tk pose dh makan dulu! sedapp diorg ckp! wat skali acar jelantah! tp tk n3 la..

Bahan- bahan
  • 3 cawan beras
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 4 cawan stok ayam (bleh juga guna air biasa)
  • 3 ulas bawang merah - mayang
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • rempah 4 beradik - yg nih hana tambah
  • 1 sudu kecil saffron
  • 1/2 biji kulit oren - jgn amik bhgn yg putih nnti pahit
  • 1/4 cwn kismis
  • 1 sudu besar lemon jus
  • garam secukup rasa
Hiasan (optional)
  • sedikit kepingan badam - sangai dahulu (hana ltk gajus)
  • daun pudina@daun ketumbar - hiris
Cara-cara
  • Tumiskan bawang hingga kekuningan. Masukkan halia dan juga bwg putih.*hana masukkan skali rempah 4 beradik.
  • Kacau hingga agak garing.
  • Masukkan beras. kacau rata.
  • Masukkan stok ayam, saffron, kulit oren dan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih. Bila dh hampir kering masukkan kismis dan juga jus lemon.
  • Biarkan nasik masak macam biasa.
  • Hiaskan jika suka.
note : rempah 4 beradik ialah kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. juga dsebut sebagai rempah tumis.arap maklum sapa2 yg bertanya aritu yer...

Ayam Kandar

resepi asal adalah daging kandar... rasanya semua tahu resepi sapa! k.asma laaa... ehehehe.. dan dh ramai juga menkandarkan resepi nih ngan ayam n kamben.. maybe pas nih ader nk try ngan kerbau, landak, rusa n sebagainya! sbb resepi nih mmg sodap! tk rugi mencube! kan k.asma kan kan.. hehehe mekacih kak yer! kali nih wat ayam plak!

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung....



Sudi2kanlah semua utk mengambilnyer yer!! tima kasihh....

Sunday, August 23, 2009

Laksa Asam

wokeyy!! nih atas permintaan k.zai, den sanggup tunggang tonggek snap menu hidangan arini! dsebabkan lom masuk waktu bbuka, so serve hidangan masih asing2! sabo er k.zai! tengok jerk dulu! hehehe... ala menu simple dimple jerk! nk wat laksa nih kan sonang! tk renyah! so xde la aku penat sgt berdiri lelama kat dapur tuh! mee laksa sini bukan pure nyer mee laksa yer! nih mee udon namanya! daybab2! tp anakanda danish suka pulak! kitaorg nih kureng skit! dh xde nk wat camne kan.. belasah jerk la! hahaha... resepi dr k.jun cayang! mekaceh k.jun!!

Bahan-bahan
  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang2
  • 3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi-potong 2
  • 1 bawang besar dimayang
  • Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Baklava with Walnut

sebenonyer dh lama teringin nk makan baklava nih! sejak zaman2 ME dulu laa... smlm belek2 kat baticrom ader la pulak mende alah nih! alahaiii berbunga2 rasa dhati! wpon sebenonyer nk makan yg jenis kacang pistachio n jurai2 tuh! tak po la.. walnut pong walnut la! asal tk ngidam lagik pas nih udohh! hehehe.... sebenonyer mkn yg fresh panas2 lagi syokk! nih antara dessert bbuka pose aku! mintak maap smlm nyer menu tak dan nk snap! masak nasik ayam jerkk! xde spesel sgt pong... peh tuh dpt bingka jagung dr jiran sebelah! alhamdulillah... kenyang sampai terbongkang! hehehe... arini nyer menu tgh on d way kat kitchen! tak tau dan ker tak nk snap! klu xde tuhh mintak maap la yerk! ngeeee... resepi baklava nih saper nak leh tgk sini, or sini, or sini... k.joayee pong penah buat! tp link tk dpt dkesan! mudah sgt nk mmbuatnyer.. mmg agak manis tp klu sesekali makan mmg sedappp!! maklum ler tekak aku nih kdg 'ketimuran ketengahan'! hehehe

Lagi Kad Ramadhan..

dr aisha
dr alongroz
dr fida@amida
dr aziemas
dr halen
dr mek jah@Ika mentel! :P
dr k.hunny
dr k.ina kl
dr k.ita rossitamz
dr k.leen
dr k.maria
dr k.zana
dr nina@SL
dr ros tokyo
dr zaliana
dr k.dayangjack