Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Kerepek Ngaku @ Arrowhead


 Assalamualaikum dan bertemu kembali...... rasanya ini adalah n3 penutup utk penghujung tahun 2012. dan tak lama lagi akan bermulanya sesi persekolahan dan akan bermula la juga tugas dan tanggungjawab aku sbg seorang pendidik utk anak2 bangsa yang dikasihi... *ayat cikgu selalunya kene banyak skema. hahahaha.... sekarang nih juga dah stat bau bau limau mandarin dan juga buah ngaku @ arrowhead cina nih... ada org sebut kentang china. sebenonya aku dah lama 'mengidam' mende alah ni sejak ngandungkan dania dulu... merata suh hubby carik ms musim raya cina taun lepas.. tp tak jumpa2 kat kuantan nih... mujur la dania tuh tak ngences!


dah setahun baru la ngidam dapat direalisasikan masa cuti g melaka aritu..... jumpa melambak2 arrowhead nih kat jusco.. apalagik borong berkilo2 macam tak hingat donia! perghhh best sesangatt! sedap tol kerepek nih ghupernyer.... lemak2 gtu! ada org ckp buat sup pon sodap... haihh lom cuba lagik yg tuh.... baru sesi goreng menggoreng...... wat sesapa yang lom try tuh, apalagikkk nih la masanya nak jumpa si 'ngaku' nih.... lepas chinese new year sgt2 la susah nak jumpa (kot!)...kalau sape rasa2 tgh preknen atau 'bakal' preknen makan la utk awal taun 2013 nih... klu kene mcm aku kene tunggu setahun baru leh jumpa.. hahahaha .. (teringat meeting tadi.. mintak senarai nama sape yang mengandung dan 'bakal' mengandung utk tahun depan... maknanya awal2 tahun dah kene nawaitu nak mengandung ke tak nak mengandung... kalau terbabas??? kene tau jugak diri tuh akan terbabas! so buh ajer la nama  utk senarai guru2 yg mengandung 2013... hahahahaha.. adoii laa..... ) ... terbabas topik la plakkk... hikhik... k jom zasss resepinya yang sonang baitu..... rasanya semua tahu cara membuatnya. macam buat kerepek biasa.... nak tengok step by step dan tips menggoreng ngaku leh tgk kat dapur wendy. SINI



RESEPI KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD

Bahan-bahan
  • Ngaku @ arrowhead secukupnya
  • Garam + air = air garam
  • Minyak utk menggoreng secukupnya

Cara-cara
  • Kupas kulit ngaku.Basuh dan bersihkan kemudian keringkan.
  • Panaskan minyak. Sagat ngaku dan goreng hingga keperangan.
  • Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
  • Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.


Monday, February 7, 2011

Popcorn Chicken

layan menu budak2 nieh.... takyah g kepci dah leh wat sendrik... yer tak? jimat duit dan belanjer... tp idak ler seghuper beno ngan kepsi... iras2 ok ler... kepsi ader secret ingredientsnya... menatang apa la gaknyer tuh yer?? yang nih aku wat pesen salut breadcrumbs.... klu tak nak salut breadcrumbs pong boleh... just goreng terus dengan bahan2 yg ader tepung tuh... dan untuk lagi sihat, ciken nih boleh di bakar menggunakan suhu tinggi... ok jom tengok resepi.. resepi nih aku amik dr KFC punyer resepi tapi aku olah ikut bahan yang ada..
RESEPI POPCORN CHICKEN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Tuesday, January 25, 2011

Kacang Botak



ader org sebut kacang botak... tp nape erk botak sedangkan ia bersalut?.. ader orang lain sebut plak kacang rugget.... yg benonyer aku tak tau nama kacang nieh... kacang salut yer la kot! gasak lah janji aku tau makan.. hahaha... aku buat xde la banyak, sbb stok kacang pong dah ampir pupus.... jarang nampak kacang tanah jenis gini ader jual kat sini... ker aku yg tak nampak? tp mmg tk penah nampak kecoli masa aku g UENO dulu... tuh pong jenis besaq2 sket..... jom ngunyah2 depan tv sambil buat ta*ik gigi... hahahaha... thanx iza my jiran sekampong for d resepi.... bleh tengok lain version kat my.resepi jugak.. zassssss..

RESEPI KACANG BOTAK
source : che`iza@lepakrileksantai

Bahan-bahan
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 2 1/2 cwn tepung beras (lebih kuranglah)
  • 1/2 cwn santan
  • 1 1/2 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili
  • sedikit lada sulah
  • sebiji telur gred c jer
  • 1 1/2 sb gula
  • 1 sk garam
  • 2 sk serbuk pati ikan bilis / udang
  • 1/2 cwn air (bergantung)
Cara-cara.
  1. Basuh kacang bersih. Tapi ala kadarlah eh jgn over lak.... kang kembang. Toskan kacang.
  2. Bancuh 2 cwn tepung ( tinggalkan dulu 1/2 cwn) dgn semua bahan kecuali air... Gaul semua bahan hingga sebati.
  3. Perlahan2 masukkan air sikit2 hingga jadi aduan yg likat..
  4. Masukkan kacang yg telah ditoskan tadi kedlm bancuhan tepung. gaul rata.
  5. Tabur lebihan tepung beras atas bancuhan kacang tadi... Gaul sikit.... bertujuan utk bg kering sikit bancuhan kulit tepung tu dan tuk memisahkan kacang2 tu.
  6. Goreng dlm minyak yg panas... deep fry.

Wednesday, January 12, 2011

Fish & Chips

Assalamualaikum dan selamat pagi.... arini bekpes ala2 omputih... akceli malas sebenonyer nak masak lauk pauk untuk my laling.... tp makan cenggini pong kenyang juga... yer tak? almaklom pagi2 hubby biasa mintak nasi... jom sarapannn! aku campak jerk apa yg ader.. jd byk pulak `sampah sarap`nya.. hahaha

RESEPI FISH AND CHIPS
source : hanamemories.blogspot.com

Cara-cara
  • 2-3 keping isi ikan yang tiada tulang
  • sedikit lada sulah@blackpepper
  • sedikit garam
  • Untuk Saduran:
  • 1 biji telur - dikocok
  • tepung jagung @ katakuriko
  • breadcrumbs secukupnyer
Bahan Chips - ikut suka
  • Kentang Goreng
  • Kacang Panggang
  • Roti, Telur Scrambled
  • Sosej, Brokoli rebus, Tomato, mix vege or etc
  • Sos cili, tomato, mustad, mayonis
Cara-cara
  • Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada sulah@blackpepper. Bedak2kan dengan tepung. Celup ke dalam telur dan sadurkan pula dengan breadcrumbs. Jika ingin saduran yg agak tebal ulangi proses lumur telur dan breadcrumbs.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dan masak. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan kentang goreng, sos cili dan juga mayonis.

Tuesday, December 21, 2010

Bebola Kentang Ketam

salam semua.... arini ada kije sket jadi tak sempat nak masuk n3 cepat... nak blogwalking pong ikut dan jerk mana yg sempat... wat kan nih utk anak2 pas semalam nengok ummiaqil wat kroket kentang untuk anak2nya. tp kali nih aku buh isi ketam.. lagik sedap! kalau nak lebih creamy bleh tambah susu segar/cream. k da da... maap takleh nak celoteh lama....

wat versi kroket juga untuk frozen.. bila2 leh terus goreng.. yg nih blom salut breadcrumbs

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

Chicken Cakes

rasanya arini ramai yang berpuasa.. selamat berpuasa dan selamat bbuka yer kengkawan... nih watkan lauk utk anak2... sedap katanya! boleh la buat lagi nanti... tima kasih tummy atas resepinya. hana cnp dari dapur cikmanggis sbb suda di translatekan ke bahasa melayu.. tima kasih juga opah! hihi... salsa aku tak buat.. kalau nak resepinya rujuk blog tummy dan juga cikmanggis yer.. anak2 makan cicah sos je.. hihi

RESEPI CHICKEN CAKES
resepi asal: 3 hungry tummy
sumber : cikmanggis.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250 gm isi dari dada ayam.
  • 250 gm isi dari paha ayam.
  • 1/2 cawan serbuk roti/breadcrumbs
  • 1 biji telur di pukul sedikit
  • 1/3 cawan keju parmesan diparut(cm beli yang dah siap parut)
  • 1 biji lemon-parut kulitnya - hana tk letak
  • 1/2 biji lemon-perah jusnya - hana ltk skit je
  • Garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Thyme-sedikit je(guna yang kering)
Cara-cara
  • Satukan semua bahan bahan diatas dan gaul hingga rata.
  • Bentukkan bulat-bulat sebanyak 8 ketul dan leperkan seperti membentuk daging burger.
  • Pan fry isi ayam tadi hingga perang.
  • Siap untuk dimakan bersama Salsa

Friday, November 12, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas

sungguh sedappp walaupon tak bape cantik... nak cepat aka dah malas nak leraikan satu2.. hihihihi... resepi asal dari sue@nenie. tima kasih sue. aku skodeng dari dapur kak.nur SG pas balik cuti2 aritu. tengok ajer dah terpikat! bila dah buat lagii ler terangkat! rangupp... tak caya cubelah...hehehe.. leh tengok gak dari dapur kak.ayu SG yang menggunakan cendawan white jade. tima kasih semua yang memberi idea utk snack yg sungguh lazat...akceli aku tak letak keju pong sbb xde stok.. cume buh serbuk kari ngan serbuk lada jer..

image from cook asian food
Bahan-bahan
Bahan Pencelup
  • 50 gm tepung gandung
  • 15 gn tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih - hana parut bawang putih
  • 1/2 s.teh serbuk paprika- hana lebihkan gune serbuk lada + serbuk kari
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk
Bahan Taburan (kacau rata)
  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan- x letak sbb xde stok tp menten sedap!
Cara-cara
  • Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
  • Kacau rata bahan pencelup.
  • Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
  • Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
  • Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka
Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

Thursday, November 4, 2010

Jemput-jemput Ikan Bilis & Kentang

jemput-jemput jerrr... jemput sarapan jemput-jemput... jemput semua jemputttt... hehehehe
*sila kira berapa perkataan jemput dalam n3 nih...adiahnya jemput2..hihihi

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji kentang - potong dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • segenggam ikan bilis kopek - basuh dan tumbuk kasar
  • daun bawang atau hirisan lada - jika suka
  • 11/2 (-+) cawan air
  • garam
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kering. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Panaskan minyak. Jemputkan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan dan masak.
  • Hidangkan dengan sambal kicap atau sos atau sambal kegemaran masing2.
  • Nota: Boleh tambahkan dengan sesenduk nasi yang diblend dengan air sukatan (kurangkan sedikit tepung). Hasilnya lagi lembut walaupon dah sejuk.

Sunday, October 24, 2010

Banana Rolls



akceli dah lama nak wat mende alah nih.... dulu penah buat skali tp pisangnya lembik dan berair.. kali nih molek bonar dier duk dalam tuh... tipsnya jangan goreng lama2 dan minyak kene betol2 panas. so xde la pisang tuh perlu berkubang lama lam koli. lagipon pisang tuh dah masak. cume perlu garingkan kulit popia jerk.. akceli popia pisang nih makan cenggitu ajer pong dah sodap tanpa jiruskan sos coklat atau caramel. ngan aiskerim pong sodap juga! terpulang la ikut selera masing2 yer! selamat mencubaaa..

Bahan-bahan
  • Kulit popiah secukupnya
  • Pisang masak secukupnya
  • Peanut Butter super chunk
  • Kelapa kering sangai - optional - hana tak letak
  • Tepung jagung + air >> bancuh utk jadikan gam
Cara-cara
  • Belah tengah pisang. Sapukan peanut butter super chunk (yg ada kacang tuh). Kalau xde leh guna peanut butter biasa then taburkan almond nibs. Jika suka boleh juga taburkan dengan kelapa kering sangai utk bau yang lebih harum.
  • Kemudian katup kedua belah pisang dan letak di atas kulit popia.Gulung kemas dan gamkan dengan tepung jagung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan. Tidak perlu lama utk mengelakkan pisang menjadi lembik dan berair. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan. Jika suka leh curahkan sos coklat, caramel atau aiskerim.

Thursday, October 21, 2010

Tempe Goreng Rangup

stop jap cter jalan2... nanti pas makan aku sambung cter tuh balik yer! hihihihi.. meh meh makan tempe.. sape jawa tak gheti makan tempe mmg sah sah nak kene buang negeri gaknyer! kekekeke... nih hasil ole2 dari osaka aritu.. dengo hubby kata ada tempe jerk, berdezup aku terus g amik! kangen lor mau mangan ini tempe... taun2 sebelom nih ade org indonesia jual, tp skrg kok dah xde.. mana ntah org tuh g.. sob sob sob... tempe nih aku hiris nipis kasi garing gtu! utk batter tuh sebenonyer utk mana2 gorengan cam pisang,keledek etc biasanya aku cume gune tpg gandum.. wpon tepong gandum sahaja tapi tetap rangup! bila org tanya, kdg diorg tak caya aku cume gune tpg gandum.. resepi lama leh tgk sini. tp utk resepi yang nih, aku campurkan sedikit tepung beras...

Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam cili padi- leh tambah cili merah utk kurangkan pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap - hana gune jalen manis
Cara-cara
  1. Potong nipis tempe. Serongkan sedikit.
  2. Tumbuk bwg putih dan ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam batter nak goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung.
  5. Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. kemudian goreng hingga kekuningan.
  6. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Masukkan dlm mangkuk dan buh kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi.


anak jawa kene pandai makan tempe.. kan darwish kan kan.. sedap kan kan kan.. kekekeke

Thursday, October 7, 2010

Popia Nestum

sebenonyer nak wat utk tetamu esok... tapi tuan umahnya plak yg melebey-lebey menyumbat seketui demi seketui ke dalam mulot... udahnyer kok wes tinggal sitikkk......huwaaa malas btol haku nak buat lagik..menggulungnyer sejam! makannya tak sampai sejam dah abes! huhuu.. besok aku idang lempeng ajer la! hahaha... eh! nak jemput nih.. esok mai la datang umah.. bawak yasin skali yer... hihihihi

Bahan-bahan
  • Kulit popia
  • Nestum kisar
  • Gula halus @ aising
  • Susu tepung sedikit
Cara-cara
  • Gulung kulit popia. (Untuk mudah gulung, gunakan chopstick@lidi sate yg panjang). Lekatkan bahagian hujung dengan air (bleh juga lekatkan dengan bancuhan tepung gandum+air atau telur).Kemudian gunting menyerong.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat, toskan dan sejukkan.
  • Campurkan nestum, gula dan susutepung. Gaul rata. Masukkan popia. Gaul semua.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, September 27, 2010

Cheesy Hash Brown

jelin2 kat counter hits tadi...tengok2 jumlah pengunjung kat blog hanamemories dah mencecah sejuta lebih! alhamdulillahh... sungguh memberangsangkan! igtkan nak wat lucky draw.. dah terlepas la pulak angka sejuta tuh. tunggu la kot yg ke dua juta plak.. hihihi... jom layan menu kanak2 riang nih.. resepi di olah sedikit dari sini. sangat sedap! budak2 nih mmg suka kalau bab2 kentang.. klu tak nak cheesy, leh omitkan cheese tuh yer...

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang size besar
  • 2 sudu makan parutan keju cheddar - hana gune parmesan
  • 1/2 biji bawang holland - potong dadu
  • 2 sudu besar butter
  • blackpepper - optional
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • Kupas kentang. Kemudian sagat dan cincang sedikit. akan kelihatan keluar kanji (air), jangan dbuang. sbb kanji tersebut akan membuatkan kentang melekat antara satu sama lain.
  • Panaskan butter. Tumis bawang besar tadi hingga layu. Masukkan ke dalam mangkuk kentang, skali ngan butter wat goreng tadi. Gaul.
  • Masukkan keju, blackpepper dan garam secukup rasa. Ambil sedikit dan perah sedikit sahaja air kanji yang berlebihan, kemudian kepal2kan dan leperkan seperti bentuk hash brown.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. (Minyak paras 1/4 kentang).Terus goreng hingga keperangan. Jangan balikkan selagi bahagian bawah belum keperangan utk mengelakkan potato terburai dan pecah.
  • Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos pilihan.

Saturday, September 25, 2010

Puff Tuna

akceli arini umah kami menerima kunjungan tetamu.. memula plan nak wat macam2.. tapi di sebabkan darwish tak sihat, terbantut segala bende.... mujur la ader pastry nih.. senang kerja.. nih pong hubby yang tulun buatkan... sekalung tahniah buat Dr.Nam Duc, membe hubby dari vietnam yg sama2 study dengan en.hubbyku telah pong menamatkan pengajiannya. sedey la juga sbb dier nih lah kawan paling rapat hubby kat univ.. dan tima kasih kerna sudi berkunjung anak dan isteri ke rumah kami yang tak seberapa. hidangan pong ntah hapa2... hihi.... Jom layan puff sedap nih. resepi asal dari cikmatgebu kite... tp pesen aku gebabak la skit sbb pastry asal nih bentuk pat segi tak sama. nk potong kecik sayang la pulak nanti ada yg kene buang..

Bahan-bahan
Bahan Inti Tuna:
  • 1 tin tuna, tos dan hancurkan
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 biji bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar mentega
  • Secubit gula
Bahan Lain:
  • 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
  • Kuning telur, disapu
  • Sedikit lada hitam, tumbuk halus
  • Sos pilihan (optional)



Cara-cara
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....