Wednesday, September 16, 2009

Sweet Buns

projek menge'bun' nih dlakukan oleh my asst! sapo laieeee... cik BM aku tuh la! hahaha.. tdooo ajer kije dier sejak pose ni kan! sesekali kene kejutkan! kehkehkeh... lembut gler roti nih! tp adunan agak lembik susyah aku nk mmbolat2kannya... ejas punyer ejas sib baik jadik! next time kene kurangkan skit sukatan air or susu. ppon roti nih mmg best! thnx to cikwan.resepi asal dr dapur k.noreen!

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 240gm tepung roti*
  • 60gm tepung gandum
  • 50gm gula kastor
  • 10gm tepung susu
  • 2 camt yis segera
  • 5gm garam
  • Bahan B
  • 1 biji telur
  • 150gm susu segar/air - maybe kene kurangkan skit
  • Bahan2 C
  • 20gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
Cara-cara
  1. Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata,kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh
  2. Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
  3. Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
  4. Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak
  5. Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi
  6. Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susunkan ke dalam loaf pan atau springform pan
  7. Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping
  8. Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

3 comments:

  1. uih..mesti melatah jer cik BM tuh kena kejutkan masa ngah sedap rilek2 ek kak..hehe..
    Nih menu untuk cicah rendang belen semalam ke kak?hee...

    *bisik kat bb..'ilek jer dulu..bior mak ko melantak byk2 dulu k'hehee...baby ader tendang x kak?kalo ader maknanya dia setuju..hihi..

    p/s:mesti bb dah jarang tendang ek kak sebab dah x cukup ruang.huhu

    ReplyDelete
  2. gebunya hana!!! bila ler akak nak beli BM nih!! nanti dapat duit raya, rembat satu lah.hehe

    ReplyDelete
  3. to HaSue..
    uishhh ko nih! ade ker cicah rendang! wat filling cekelat utk budak2 roti nih..

    bb?? masih aktip nendang mak dier! sesekali aku rasa cam nk terbanak la pulak! muahahaha... tp mmg la, tk seaktip ms awal2 dulu..

    to k.ain..
    jgn rembat duit raya anak udah la kak yerk! kikiki

    ReplyDelete