Friday, March 6, 2009

Famous Amos Chocolate Chips Cookies

projek ptg semalam ngan anak2... diriku cam dgoda2 ngan kukis k.yatiezaini! tapi sbb dh penah buat kukis tuh so aku terai kukis yg glemer nih! resepi amik dr all.recipes tp dh dterjemahkan ke bahse melayu oleh syari di myresipi. klu ikut sukatan tuh, biskut nih agak peroi! tak keras cam yg biasa jual tuh! n dah tentunyer manissss! tapi nih aku dh adjust tang manis tuh la.. skip gula putih n lebihkan gula perang.. alhamdulillah hasilnyer amat mmuaskan kat tekak aku n anak2! kalau u all nk keras cam famous amos yg btol tuh korang tambah jerk sukatan tepung yer! manis terpulang kat u all la... jom layan resepi! hana wat setengah adunan jerk!

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula- hana tak buh!
  • 1 cawan padat gula perang * - tapi hana lbhkan sedikit gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar- hana gune emplex
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang - hana gune badam cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.

6 comments:

  1. dah lama tak buat cookies...anak2 ada juga minta2...ibu dia je kemalasan sikit nak buat...

    ReplyDelete
  2. alamak... rajinnye....
    tukar laa nama 'famous amos' to
    'hana power chocolate chips' baru power... hehehe

    ReplyDelete
  3. to suzi..
    hana buat nih nk goda suzi watkan utk anak2 la... arap2 timbul kerajinan skit! hihihi..

    to aishamirafiq..
    hahahahahaaa..ader2 jerk la aisha nih!

    ReplyDelete
  4. hepi deepavali kak.. akekekeke! sedap arghh kukis ni. kalo letak sebakul choc chip lagikkk sedappppppppp! akekekeke

    ReplyDelete
  5. depabali jugak yg ko igt yerk! maklum la perayaaan sendrik! wakakakakakaaaa... haah! chop chip akak tuh dh ujung2 nyawa jerk! nk ngabiskan stok punyer pasal!

    ReplyDelete
  6. kak hana,lin buat cookies ni utk raya ni. Mak lin kata sedap tapi buruk jer rupanya sebb xpandai lg skill sudu-menyudu ni.hehe

    ReplyDelete