Tuesday, April 28, 2009

Ayam Goreng Berempah IV

macam2 resepi ayam goreng berempah ni kan! kali nih try resepi noorsha pulak! pon sodap! cuma aku tk ltk lada la...sbb pikirkan anak2 nak makan... then letak la daun kari bagi ghau ghau bau dier! thnx to dik noorsha! yummyyy!! anak2 suka sgt! klu dh nama ayam goreng, ratah cenggitu pon sodap! resepi C&P dr my.resipi.

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
  • * 1 biji bawang sederhana besar
  • * 2 biji bawang putih
  • * 1 batang serai
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 batang cili merah @ 5 batang cili api - x letak
  • * 1 sudu kecil ketumbar biji
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili- x letak
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam
  • Serbuk perasa (optional)
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam - guna tpg ayam.
Cara-cara
  1. Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
  2. Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
  3. Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
  5. Goreng serta merta hingga garing.
  6. **Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.

4 comments:

  1. to husna..
    jom lepak sini kita makan2 nak! hihihi

    ReplyDelete
  2. Alamak, kesian kat lela, waaaaaaaaaa..kak hana ayam tu nampak sedap teramat sangat, tapi masalahnyer lela sekarang kena berpantang makan, silap makan sikit alamatnyer tk boleh tidur malam, sinus lela ni dah sampai tahap yg agak kronik,nak nak kalau makan ayam lagilahhhhhhhhh hai..mengalir air idung n gatal tekak n telinga, mana tahan camni,dan paling sedih makan apa ubat pun camtu gak..waaaaaaaaaaaaaaaa....takut sesangat ni...naik baik cam dulu..lela rindu nak makan ayammmmmmmmmmm..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. to lelayong..
    alahaiii syiannyer adikku sowang nih! nak wat lagu mano yer! tk dapek kakak nk nulung! sabo skit dik yer! blaja2 la posa mkn ayam sampai sembuh yer! hihihihi dh try homoepati lum?

    ReplyDelete