Thursday, April 30, 2009

Mee Hailam II

dh puas tgk bunga, meh ler kita makan2 pulak yer! arini bzzzz memanjang ler! tk sempat nak masak beria sgt! ade skit wat 'urusan seri paduka baginda'! *haiii ayat sape la nih yerk??? muahahahaa :P jom layan resepi nih! resepi asal dr CMG tp aku main campak2 jerk bhn apa yg ada kat umah nih! tapi aku tk la jakun makan mee hailam nih! wpon dulu sebenonyer aku tk bape gemor sgt! muahahahaaaaa.. jgn mare er IJAHH! hihihi.. ppon mekacih cikmat! sedap glossss mee hailam aku buat kali nih! *masuk bakul hangkat sendrik jerk la! wakakakaa... makan ngan cili jeruk! perghhh!!

Bahan-bahan
  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris- xde pong!
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)- x letak
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*- xde tp ltk lada itam skit
  • 1 camca besar sos abalone*- xde
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

4 comments:

  1. wahhhhh.. tak sempat jamu mata tgk munga2 cinta.. dah kuar mee hailam siap ade jeruk lado.... best2.. terliuk tgk

    ReplyDelete
  2. to sreSHAziela..
    hang lmbt sgt la sha! tuh cter dh basi! tulip pon dh nak layu! hihihi... meh jemput makan! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua.. bila sebut tentang mee hailam nie,teringat akak pada peristiwa yang berlaku 15 tahun lalu...Khamis terakhir pada bulan puasa tahun itu,akak masaklah mee hailam ni untuk berbuka..masa tu,arwah nenek akak sedang terbaring sakit tua. Sempat dia menjamah sesudu mee. Lebih kurang sepuluh minit kemudian,dia nazak dan meninggalkan kami....buat selama-lamanya...Alhamdulillah, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...amin...

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam kakteh..
    alfatihah utk arwah! tak sangka ade nostalgia yer mee hailam nih kat akak! sedey la pulak membacanya... alhmdulillah dia pergi dengan tenang... syukurrr..

    ReplyDelete