Tuesday, May 5, 2009

Kek Merie Koko

haaaa nih sebenonyer wat bekal td g jenjalan... sowii tk sempat nk posting pasal bos dh paneh injin kete n injin ati! wakakakakaka... dah cube byk resepi wat kek merie aka kek batik nih! kali nih try resepi k.ita@rossitamz plak.. menggunakan telur. alhmdllah menjadi! nk potong pon xde la susyah sgt! best besttt... nih peberet anak2.. tapi aku wat setengah adunan jerk! then biskut tuh aku belasah jerk biskut yg ade kat umh nih! hahahahaha.. susah la weii nk jumpa sekut merie halal kat sini! tapi nk buat n nk makannyer punyerrrr lah senang! kan kan kan... jom layan resepi! mekasih k.ita!!! caaaaayang akak! hihihi C&P dr my.resipi.

Bahan-bahan
  • 500 gm biskut marie
  • 1 buku buttercup (250 gm)
  • 4 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan air
  • ¾ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko
  • 4 camca besar susu pekat manis
Cara-cara
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  9. *** Alaskan dasar loyang dengan cling plastic supaya senang dikeluarkan dari loyang untuk dipotong.

2 comments:

  1. ini kek paling senang nak buat..dan paling senang nak habis hahaha Anak dara k.ct memamng suka buat kek batik ni hana.Tapi k.ct kureng gemar coz dia manis huhu

    ReplyDelete
  2. to.k.ct.delima..
    k.ct.. kurangkanlah manisnya! kita wat pon tak manis sgt.. sukatan gula ikut selera sendrik jerk! hihihi

    ReplyDelete