Bahan-bahan
Bahan A:
- 600 gm daging (dipotong nipis)
- 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
- 5 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar cili mesin
- 2 sudu besar rempah kari
- 4 sudu besar minyak
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
Bahan B (dihiris):
- 4 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 inci halia
Cara Memasak:
- Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
- Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
- Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
- Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.
salam hana
ReplyDeletenampak sedap.. boleh cuba.
morning hana! amboi....daging prune! kak ita belum masak utk thari lagi ni. leh ler mintak semangkuk ya...!
ReplyDeletemeleleh dah air liur ni... sedap ker?? soklan pmr. hehehehe
ReplyDeleteSedap, menyengat, melekat terus kat tekak...gerenti seap lahhh!
ReplyDeletek.ct amik resepi terus ni hana.nak buat kot hehehehe.
to nur..
ReplyDeletesalam nur... silalah cube! insyaAllah tak rugi.. hihi
to k.azita..
hehe akak jengah pagi sini dh tghr dh kak..
to jiya..
jwpan pmr (A)sedap (B)tk sedap (C)sgt sedap! jwpnnya ialah C! hahahaha
to k.ct delima..
buat la kak! tak nyesal punyer! botollll.. hehehe
nampak sedap sangat2!
ReplyDelete