Thursday, January 28, 2010

Tauhu Sambal

selalu klu belanja mesti nak bli tauhu... sampai kdg blur tak tau nak masak apa... tapi yg paling best goreng jerk! cicah ngan sambal kicap! tuh yg paling hubby minat.... wat sambal cenggini nih pong laku! lg satu tauhu jepong mmg sedap! kan k.yani kan kan kan?! hihihi... resepi sempoi main campak2 jerk..

Bahan-bahan
  • 2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
  • 1 senduk cili kisar
  • * 3 biji bwg merah
  • * 2 ulas bwg putih
  • * sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis
  • 1 biji bwg besar - hiris
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • gula@madu
  • garam
Cara-cara
  • Tumbuk@blend bhn bertanda *.
  • Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar.
  • Masukkan pula sos tomato, sos cili, dan juga kicap manis. Masukkan air sedikit. Kacau.
  • Masukkan tauhu, gula@madu dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati. Matikan api.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

6 comments:

  1. Kak hana, dalam esbok kita ada satu kotak tauhu nak menopaus dah. Kak ambillah buat tauhu sambal. Separuh suruh darwish mai hantar Kuopio taw. heheh

    ReplyDelete
  2. Nasib baik x tertinggal kapal terbang pagi ni hehehe. Kalau lewat sikit x merasa ler nak menjamah tauhu sambal ni :DD

    walau main camapak2 tu ler paling sedap kat tekak kannnn..

    ReplyDelete
  3. sedap ni mkn pns2 ngan asi panas!! mau meleleh2 peluh.hihi

    ReplyDelete
  4. Hana Akak pun suka tauhu gak...kalau malas..akak goreng cicah dengan sos cili jer..kena 2 keping terus kenyang...tak payah makan nasi dah!! Tu kerja orang malas lah!!!

    ReplyDelete
  5. to blogresipi..
    nak menopaus ker dah menopaus??! haihhh g check btol2 dulu! meh aku tulun masakkan jap! hehe

    to k.ct delima..
    arini naik flight JAL ker kak? aritu MAS er? hihihi... jemput makan kak! cikmat mana? ajak skali! hehe

    to k.ain..
    perghh! sodappppp! hehe

    to k.watierman..
    takpe kak janji kenyang! erkkk! alhamdulillah!! hihihi

    ReplyDelete