Thursday, March 25, 2010

Nasi Lemak Kukus


arini merajenkan diri wat nasik lemak kukus... dah lama jelin2 resepi nih... g umah kak.zura semalam terus tergerak hati nak buat! mmg best!! seruii jerk! mkn sket pong dh rasa kenyang.. tima kasih kak.zura kongsikan resepi neh! lenkali leh wat lagik! leceh sket jerk, tp berbaloi.. cubelah! hihi....leh tengok gak resepi yg lain sket..tp caranya lebih kurang sama. tengok sini.

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 8-10 jam) - hana gune beras thailand
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara
  • Beras yang telah direndam dicuci bersih dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih dimayang. Halia dihiris memanjang. Serai dititik. Santan diambil patinya sahaja.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan sehelas kain kasa ataupun kain net. Terlebih dahulu didihkan air kukusan. Kukus beras selama 40 minit dan kemudian keluarkan beras dari kukusan dan dibubuh di dalam besen kecil dan curahkan air panas dalam 1 pot tin susu. Kacau sehingga airnya meresap ke dalam beras. Kukus semula selama 1/2 jam. Selepas 1/2 jam keluarkan semula beras dan arun dengan santan pekat dan bahan-bahan yang lain dan kukus lagi sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.
  • *jika tidak memasukkan biji-biji halba kita bolehlah merendamkan halba dan diambil airnya sahaja dengan cara meramas-ramaskan halba tersebut. (Ini adalah kaedah orang-orang terdahulu di Johor Bahru kerana biji-biji halba yang terdapat pada nasi yang telah dimasak nampak tidak berapa molek)
  • Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.

10 comments:

  1. aduhhh hana, akak ni hantu nasi lemak lee ... sedap nya

    ReplyDelete
  2. hurm sedapnye nasi lemak..
    kite tgah mengidam nk makan ns lemak..huhu

    ReplyDelete
  3. Nak jugak!!!!!walau pun kat badan ni dah banyak lemak2 tepu gitu!!!

    ReplyDelete
  4. Kusuka nasi lemak tapi ku tengah diet nasi...nasi lemak kukusmu mengliurkan lah sis...mai sepinggan blih..he he

    ReplyDelete
  5. nak nasi lemakkkk..!!

    kesian lah kat kita yang tengah sakit molot ni. payah nak telan makanan..huhuhu.

    ReplyDelete
  6. to k.fuzidss..
    sedap kakkk.. jom makan sama! hihi

    to ziha...
    alahaiii peknen ker ziha? meh ar jemput makan skali! sedap taw! jarang2 akak wat kukus gini! hihi

    to k.watierman...
    hihihi... lepas tuh joging la 100 pusingan umah akak! ok per! hihihi

    to kerull..
    aikk?? aku harus bagi ke tak nasi kukus nih?! td ko kata diet nasik! konpius neh!

    to k.ct delima..
    akakkk nape mulut tuh?? cikmat geget er?? ooo biasa dier cikmat nih! kekekeke... odaijini yer kak!

    ReplyDelete
  7. Salam Hana,
    selalu kak singgah sini dan today tergerak nak komen. hehe..
    gambar2 masakan Hana suma cantik2. Buat yg melihat tringin nak masak. Bahan2 nasi lemak kukus hana ni mmg kak selalu buat, tp xkukus..buh aje dlm rice cooker.

    ReplyDelete
  8. alamak!!apasal miss nasi lemak pagi tadi..dah habis ke?:(

    ReplyDelete
  9. waduhhh leceh gak membuatnya erk...tapi klu makan mesti kusyuk jek...aku tompang makan umah ko je la nnt biler ko balik yerk...ehehee

    kempunan aku nunggu...mujo tak bunting!hahaha!!!

    ReplyDelete
  10. to khairiah jelani..
    salam k.khairiah.. tima kasih sudi gak akak mengomen kat n3 nih! sila la komen lagik! hihihi.... kiter pong pestaim kak gat gini.. selalu tuh main rice cooker jerk! hihi

    to cikmanggis..
    alamak kandaku sayang! mmg udah terlambat buk! udah gantung piyuk kukus! hihihi

    to fiza nordin..
    hahahaa.... aku klu balik mesia, ajak ko makan warung jerk! order nasik lemak kukus! amacam ok ka??! hihihi

    ReplyDelete