Tuesday, April 6, 2010

Beef Lasagna

menu nih ujung minggu yang lepas... tak sempat nak n3 coz kesibukan masa waktu tuh.... layan jerk la gambau yg tinggal ni yerk! ngeeee.....

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
  • UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

7 comments:

  1. I likeeeee....nasib baik menu minggu lepas...kalau tak mesti dok ketuk sudu garpu depan pintu ...tak mau balik hehehhe!

    ReplyDelete
  2. hihihi.... nak wat camne kak.. bayang gambo jerk yg tinggal.. klu akak nak, jap lagik kiter proseskan utk akak! hihihi...

    ReplyDelete
  3. ya ampun...peberet akak ni dek...ekceli blog ko ni dek mmg sntiasa mnjadi pojaan ati ku tuk rujukan dikala tekak meragam nk makan yg sedap2...hihiii..maceh yer..

    ReplyDelete
  4. mak ai kak...sedapnyer...ni yg nk wat blk keje nie...xleh thn tol ngk...dugaan....dhla ngh kj nie...adeh....nyum...nyum...

    ReplyDelete
  5. Hana..nafsu ku( nafsu makanlah) meronta2 minta disuap sekeping dua lasagna tu..huhu tlg hana kes parah ni.

    ReplyDelete
  6. to kk shida..
    maceh kembali kak sbb suker skodeng blog kiter neh! sekadar berkongsi apa yg kiter makan..leh makan sama2! hihihi

    to nurul aini..
    wat kije dulu nurul! kang tak semengah kerja tuh kang pikir lasagna! kekekeke

    to datin el..
    nganga kak luas luass.. nak suap neh! aaaaaaaaaa....... kekekeke

    ReplyDelete
  7. aduhhh..meleleh air liur mak cikk...nyummyy

    ReplyDelete