Friday, March 18, 2011

Ikan Goreng Sos

Salam semua..... xde idea la nak masak apa arini... ade ikan sekoq nih goreng ajer la then curah sos jerk senang... budak2 pon boleh makan sbb tak pedas.... ok! selamat berhujung minggu buat semua..... nak bersihkan rumah pulak coz lepas nih ader org lain nak duduk.... pasal pindah2 nanti aku cter...lum sempat nak edit gamba...

RESEPI IKAN GORENG SOS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
Bahan Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • tomato atau timun - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
  • daun ketumbar@daun sup - utk tabur
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Taburkan daun ketumbar/daun sup dan hidangkan.

7 comments:

  1. slmt bkemas ya..ikan baek punyer posing..aku sukak..mkn ngn nasi panas..:p~

    ReplyDelete
  2. maceh del...ikan nih muda belia lg kot..gigi dier elok tak tanggal2 lagik.. wakakakakaka...

    ReplyDelete
  3. wow..

    akak..bestnye...

    saya pantang tgk makanan...heheh..mcm mana nak kurus ni...heheh

    ReplyDelete
  4. hihihi.... makan ajer la kalau nampak sedap... kurus no dua.. kekekekeke..

    ReplyDelete
  5. Ala cantiknya ikan..sempat senyum tunjuk gigi lagi. BTW rajin Hana potong kecik2 tomato, timun and nenas tu.

    ReplyDelete
  6. @Cik Ceria: Awk muda lagi tak pe, masih mudah nak kurus. Kalo Ate yang dah taraf mok cik mok cik ni bahaya.. takut berpenyakit. (Maaf Hana tumpang lalu bersembang kat 'umah' awak ni)

    ReplyDelete
  7. to ann huda..
    hihi... xpe xpe.... sambil telek gigi ikan sambil sembang... akceli yg `sampah sarap` dadu2 tuh diorg tak gemor makan.. mak dier yg ratah abes..hihi

    ReplyDelete