Saturday, May 9, 2009

Ayam Goreng Lemon Mamak Style

sesekali tuko selera ngan style mamak ok jugak kan! menu nih watkan utk anak2.. tp aku skip bab serbuk cili kering tuh ganti paprika.. coz tk mo pedas sgt. mmg best tang kerak tuh! sampai aku tergoreng geseng! muahahahaaa... takpo la.. janji sodap! resepi iris.samara dr my.resipi. tQ! tp tak guna jenama babas! sbb babas kariku dh terbabas-babas aritu aku perabihkan! muahahahaa

Bahan-bahan
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga-tiga.
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang *hana blend jerk
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana
Cara-cara
  1. blendkan bawang putih dan halia.
  2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. goreng sampai masak. siap.
  4. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment