Bahan Doh:
- 250 g tepung roti (high protein flour)
- 130 ml air
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca besar gula
- 1 camca teh yis (instant yeast)
- 1 camca besar madu
- 1 camca besar lemak sayur (shortening)
- 2 camca besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 camca teh oregano kering
dak kicit tukang tengok sambil ngences! hihi
Cara membuatnya:
- UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
- UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!
Bukan Dak kecik tu jer ngeces...Tok Budak yg kat Penang ni pun ngeces gak ooi!
ReplyDeleteWOWWWW!! sedap nya pizza..kita sukaaa :D
ReplyDeleteTapi sedih arr makan x ajak kita pong :(
darwish tak meleleh ke air liuq tengok mamanya pizza tuu??? auntie dh meleleh dah niiii!!hihi
ReplyDeletesian darwish dpt tengok jer pizza tu! suap jers ikit...!!!
ReplyDeleteAla, ini yang allergic ni!
ReplyDeletenii hok lemoh semangak nii.
ReplyDeletebaru je makan pizza dua hari lepas, hana dah buat kakchik rasa nak makan pizza lagi. tengok tarikan keju tu, huhu... sedapnyaaaa.
wah.. seb bek esok nak lepak mkan pizza. xde r kempunan sgt. hik3
ReplyDeleteSabar je lah tayang pizza kat dak bawah umur tue. meleleh air mata beliau. cubit je mama tuh Darwish! hehehe
ReplyDeleteto k.watierman..
ReplyDeletehihihi... tok budak lap sendrik gune tisu yer tok! dak kicit mama dier tulun lap! hehehe
to k.ct delima..
alamak! darwish dh abeskan! hihihi
to k.ain..
darwish coolll bebeh! kekekeke
to azita..
suap acah2 jerk! kijam kan? hehehe
to mamafami..
allergic er ma? amponnn tk dpt nk tulun! tulun buatkan boleh lah! hihihi
to kakchik..
owang yg tarik piza tuh mmg kijam kan kakchik kan! hihihi
to aemylina..
sajer jer ko er! lastik idong ko! kekeke
to blogresipi..
ala kijam sket jerk mak ayah beliau! hihihi
wah..boleh try la resepi ni...mesti basah baju darwish kan...
ReplyDelete