Tuesday, May 12, 2009

Chocolate Custard Muffin

lagi menu kelam kabut ribut! tak sempat nak hias apa2... godek2 terus bakor! wat muffin nih sebenonyer mende paling mudah leh buat jika kesuntukan masa! sbb tak leceh mcm kita nk wat kek. sebenonyer nih request anak2 lamo dah! (xde la lama mana kan?? dh depa suka...) asal mama dier godek2 kat dapur jerk, mula nk sibok bertanya 'mama nak wat muffin kan?' huh! asyik2 muffin! boring jugak aku! tp mama dier baik ati kan... wat kan la jugak arini! arap2 bila dier bukak pintu nnti, gumbira dengo mama buat muffin! resepi hasil skodeng kat dapur cikwan... best gak muffin nih tau! cam lebih kurang muffin choc k.yani sebelum nih! cume ade gune tpg jagung n gula merah.. tQ cikwan! halal ye resepinyer!

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack)
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna*
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.
  2. Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.

6 comments:

  1. salam, dark chocolate tuh apa ek? chocolate bar tuh ker?tq

    ReplyDelete
  2. salam idayu..
    haah.. choc bar. tapi hana guna choc makan biasa jerk! hihihi..

    ReplyDelete
  3. mcm simple je.saya nak cuba gak buat skarang. anak2 dah tido, so bila bangun boleh terus makan.tq hana

    ReplyDelete
  4. slm mama tiara..
    haah mmg simple! slamat mencube! ur welkem!

    ReplyDelete
  5. muffin ada lg x???... nakkk!!!!!!

    ReplyDelete
  6. mintak maaapppp!!! dh habihhh!! kehkehkehkeh

    ReplyDelete