Wednesday, February 24, 2010

Fried Apple Pie

jom minum petang! arini en.boss ader kat umah! layan kan jerk lah dier mintak apa.. sebenonyer dier mintak karipap inti ayam, tp xde pulak yg minced! nak blend malas! (tk berapa nk solehah! :D) klu adik beradik karipap takpe ker yang?? dier kata..tak kisah lah! yeaaaa... baguss baguss! sebenonyer tekak bini dier yg lebey nk makan mende alah nih! muahahahaha... ala2 McD ker?? hmmm hentah la yerk! sbb aku pong dh lama tak g McD! dah lupa lah! hihi... tp pastry nih sangat rangup! dan yg paling aku suker epel tuuu.. waweeeee... resepi dr Pn.Faridah Hanom. tp aku amik dr dapur k.maisya. tima kasih banyak kak! rasanya klu bakar pong sedap jugak! .. mcm biasa ptg2 neh, kopi sendrik2 yer.... hehehe

Apple Pie Goreng ala McD

Sumber : Faridah Hanom/Bebop

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran utk menggoreng
Cara-cara
  • Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
  • Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
  • Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
  • Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
  • simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
  • Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
  • Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
  • Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.

11 comments:

  1. waahhh..i loike..i loike
    saya pernah buat guna roti paratha as pastry..tp too oily.
    ur resepi nampak simple...i loike! :)

    ReplyDelete
  2. boleh buat guna readymade pastry ni!! tq3!!!

    ReplyDelete
  3. bertuah lah suami hana tu.. tak dapat karipap, dapat apple pie :)

    resepi nampak senang, kakchik nak copy untuk masa2 depan.

    ReplyDelete
  4. to liyana..
    try la liyana.. alhamdulillah i buat tk oily! rasanya klu gune paratha tuh elok baka jerk kot! eh u bakar ke goreng?

    to k.ain..
    mentang2 ader pastry ready made! huh!

    to kakchik..
    sebenonyer owang pompuan nih senang jerk kan kak nk dpt pahle! tp nape la pulak syurga byk didiami owang laki2! erk kak erk?? huhuhuu... amik kak! boleh ajer..

    ReplyDelete
  5. Aaaa bu benim tarifin aynısı olmuş...Ellerine sağlık canım...

    ReplyDelete
  6. suka3..kita suka makan epel pie....nak cuba..nak cube....

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Haiiii dah lama tak makan pie ni...

    ReplyDelete
  8. Hadap jer lah Hamzah ooi....epal dengan kentang pun dah nampak serupa kat Jepun nun.....AKAk pun nak c&p gak....untuk future....kalau punya kerajinan....hehehe!

    ReplyDelete
  9. hana banyak lagi ker tu...bagi lah k.ct ni merasa seketui dua. kang kempunan lak orang jauh ni hehehe.

    k.ct pun minat gak apple pie ni. tapi orang2 kat rumah yg lain macam jakun bila makan sume x suka hehehe.

    ReplyDelete
  10. habisla kalo CEO mekdi nampak ni...

    ReplyDelete
  11. suka suka. trus copy ni. esok nk buat.

    ReplyDelete