Tuesday, February 9, 2010

Meatballs in Tomato Sauce

sesekali malas jugak nak makan nasik! layan tekak ke ala westernan pulak.. ader ker istilah westernan?? apa2 jerk lah! hehe... resepi dari dapur ijan@mama mikael yg super duper gamba2 masakannya! mummyseri pong dah ade buat gak sblm neh tp tuko ngan ayam! kan seri kan kan? meh ar jemput makan... amik sorang seketui meatball tuh yer! sori tk cukup! wat pong kicik2 sbb mulut org yg nak makan pong kicik2! hihihihi...... mintak cnp yer jan resepinyer! tima kasih byk! resepi asal dr pokcik Jamie Oliver yg suka jilat2 jari tuh! hahahaha

Bahan-bahan
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs - hana ltk dua sudu besar je
  • 1 telur - ltk 1/4 biji telur je
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh - hana tk ltk
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – pong tk ltk
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-cara
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides. - hana tk goreng, tp bakar suhu 180 lam 15min.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap

11 comments:

  1. Emmm sedapnyaaaaa... dah macam makan kat pizza hut dah ni Hana.

    Bak mai semangkok hihihi.

    ReplyDelete
  2. Hana!!! meatballs!!!! sedap nyer mkn ngan spagetti :P

    ReplyDelete
  3. akak memang tengah cari resipi meatballs ni. plan nak buat meatballs. readymade nyer tak nmpak pulak kat giant.kalau tak, sonangggg hidup.hihihi....tq na!!!

    ReplyDelete
  4. coincidence! mlm tadi saya pon nak buat meatballs tp terasa malas. lebur ajer minced meat dlm tomato sauce. instead of spagetti, saya guna mee lidi...jd mee lidi bolognese :D

    ReplyDelete
  5. Mak aii Hana kalau besar bola ping pong pun dah agak besar...ni sebesar bola tenis...saiz meatballs kat resepi tu....biar betoi!...
    Sib baik Hana wat ikkut saiz mulut anak2.....kalau tak ...kenyang makan meatballs jerlah budak2 tu!

    ReplyDelete
  6. fuhhh!! baru semalam makan meatball carbonara order pizza hut punya.. hari ni makan meatball made in japan la plak.. kakkkk hanaaa *wat2 sora manja... nakkk skittt!! hehehe

    ReplyDelete
  7. ishh..sedap nihh, boleh masuk listt, esok2 masa bulan puasa aku buat laa..oo koo pun minat ek pakcik jamie lidah kontot tu?....ingatkan aku seko je yg minat..ahaks....

    ReplyDelete
  8. Hana, kalau akak makan ni gemuk sikit ajer kann. sikit ajer kann???

    ReplyDelete
  9. betol..betol..betol(wat camsuaru ipin upin ye ka..
    mmg sedap..pasni bile2 nk try yg meatball wat senirik plak..:)

    ReplyDelete