Saturday, April 3, 2010

Nasi Dagang II

kali nih rajen sket nak mengukus nasik nih... sblm2 neh, campak terus lam rice cooker jerk! hikhik... malas la tuh namanyer kan! ngeee... k lah! layan resepi.... skodeng dr dapur jejaka sedenak yg terer masak2 n macam2 tuH! sape lagik kat bukan cikmatgebu! maceh er mat! cume gulai ikan tuh aku ikut resepi dr pek belakang rempah nasi dagang puteri ayu. sonang dan mudah! tp aku masak lama sket lam sejam kot.. sedap!

RESEPI NASI DAGANG
Bahan-bahan
  • 800 g beras siam*
  • 200 g beras pulut*(*disatukan, gaul rata, cuci dan rendam 4 jam)
  • 1200 ml santan
  • 1 camca teh garam
  • 1/2 camca teh gula
  • 10 biji bawang merah, hiris
  • 2 cm halia, hiris halus
  • 1 camca besar halba
Cara-cara
  • Siapkan kukusan, alas dasar kukus dengan daun pisang@aluminium foil, bocor2 kan. Beras ditoskan dan masuk dalam kukusan dan kukus 20 minit. Sementara itu, satukan santan dengan garam dan gula, kacau rata2. Keluarkan beras dari kukusan tadi dan masukkan dalam bekas besar. Gaul dengan bawang merah hiris, halia hiris, halba dan juga santan tadi (tuang sikit2 hingga habis). Gaul rata2 kemudian masukkan balik dalam kukusan, lubang2kan sikit nasi tadi dan sambung mengukus selamat 45 - 50 minit atau hingga nasi masak. Gemburkan nasi dan boleh dihidangkan bersama gulai dan acar tadi..
RESEPI GULAI NASI DAGANG PUTERI AYU
Bahan-bahan
  • 40g rempah gulai nasi dagang puteri ayu
  • 600g ikan tongkol - hana gune ikan saba
  • 1 biji santan kelapa
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 asam keping
  • cili padi
  • belimbing buluh - xde
  • garam, gula secukup rasa
  • kerisik dan halia - nih hana tambah
Cara-cara
  • Kisar bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan rempah nasi dagang ke dalamnyer dan gaul rata.
  • Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan2 yg digaul tadi.
  • Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan asam keping, belimbing buluh, cili padi, ikan, garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api dan masak hingga pecah minyak.
  • Sedia utk dihidang.

4 comments:

  1. wow weee...nak jugakkk...ishh tabik lahh, rajin gilaa masak, nasib baik tak gila...hahahaaha

    ReplyDelete
  2. Salam kak!
    wowww weeee mabeles! hanya yg handal sahaja buleh ber'daGanG' :)

    ReplyDelete
  3. to matgebu..
    salam mat... woii! ader ker ko doakan aku gler! selisih malaikat 44!! alaahh bujang trang tang tang cam ko lagik ler rajen! aku nak tabik tahap apa pong aku tak tau! hahaha

    to maryam..
    salam yam... ala ko pong handal gak per! lum cube lum tau yam! meh aku tgk sket tgn ko... kekekeke

    ReplyDelete
  4. i like this so muchhhhhhhhhhh

    ReplyDelete