Showing posts with label macarons. Show all posts
Showing posts with label macarons. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Macarons

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kembali setelah hampir sekian lama tak update blog.. musim cuti2 ajer lah yang sempat di update. kalau tak mmg bersarang la jawabnya. nih pon curi2 masa menjaga orang pantang kat rumah nih.... alhamdulillah dua anak bujang ku itu telah selamat dikhatankan.... org lain yang berpantang kita pon kene ikut la juga berpantang.. kesiankan anak2 jd kene la berkorban sedikit masa dan tenaga...

 

sebenarnya dah lama nak mencuba kembali si wak aron nih.... yer manis! tp klu tak manis tak namanya macaron! hehehe...dedulu pestaim buat gepeng! pehtu ada cuba lg skali melekat la pulak! kali nih baru la sukses! alhamdulillah.... tima kasih pada Rahel yang banyak kongsikan petua dan tips yang sangat2 membantu.... rajen Rahel nih mencuba pelbagai resepi macaron. sbb tuh kalau tgk macaron dier  boleh juling bijik mata. lg satu nak kabo kawan kita si cantik jelita Rima mummy Sonia yang duk kota singa tuh... haa yang tuh kira otai macaron! tak ley nak lawan laaaa... dulu2 blajo ngan dier gak sampai kini termimpi2 macaron gepeng! klu dekat dah kene rotan dah tuh... kihkihkih...ok lah! jom tengok resepi... kali nih try resepi kak.yani yang juga pakar buat macaron. tima kasih daun keladi, lenkali nak buat lagi... utk order la pulak.. hihihi.. di bawah nih aku kopipes petua dr Rahel. mohon izin yer rahel.. tQ.. bg beginner dan yang dah bape kali failed tuh wajib la baca! hehehe...


PETUA DAN TIPS MACARON
sumber : Rahel

 *mula-mula dengan bahan kulit macaroon:sebaiknya almond serbuk hendaklah dikisar ter-
  lebih dulu dalam food processor tapi jangan sampai terlebih kisar sebab almond serbuk
  akan berminyak.Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 75g & jika perlu jemur
  dulu kalau agak lembap.

*Gula icing & serbuk koko pun kena ayakkan juga.Kemudian satukan dg almond serbuk.
  Dalam resepi kita disuruh satukan ketiga bahan ni ketika hendak dikisar kan,tapi
  sebaik-baiknya secara berasingan,senang nak sukat balik.

*cakap pasal cara no.2 pd resepi:masukkan putih telur ke dlm mangkuk pengadun,putar
  sehingga berbuih,masukkan gula kaster sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar
  sehingga benar2 mengkilat,jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh,time ni
  kita kena periksa meringue tu,jika di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur
  belum sempurna,sebab kadang2 jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair
  kan..maknanya kena putar lagi hingga benar2 kukuh,jika meringue sudah kukuh takkan
  cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.Pastikan juga putih telur yg kita guna
  adalah putih telur yang segar,jadi senang nak kembang dan mengkilat.

*Setelah meringue siap,masukkan campuran almond serbuk,gula icing,serbuk koko secara
  bertahap (buat 3x),kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.Ambil
  sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh perlahan maknanya dah
  ok la tu.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yg telah dilapik
  non-stick baking paper sebesar 1 inch (jangan guna kertas minyak tau).Time kita paipkan
  adunan ke atas dulang,pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak,
  jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macaroon tidak
  rata/bulat.Jangan lupa jarak kan setiap adunan.Kemudian pegang hujung dulang dan
  hentakkan ke atas meja,lepas tu pusingkan dulang,pegang lagi hujungnya,angkat dan
  hentakkan lagi ke meja,ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon
  dengan cepat & juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon.Setelah itu
  biarkan macaroon kering,jika disentuh dengan jari tidak ada yg basah atau melekat,
  kalau nak cepat kering on kipas.Macaroon akan kering dalam masa 60-90 minit.



*Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering,jadi sabar-sabarlah
  kasi kipas itu macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven yer..

*Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160'C selama 10-15 minit.
  Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api
  atas bawah.Ingat,suhu oven berbeza tau jadi pandai2lah set suhu oven korang yer...
  ok..pastu bakar macaroon selama 5-8 minit,kemudian keluarkan dari oven dan dengan
  pantas pusingkan dulang tadi & bakar lagi macaroon selama 5-8 minit.Tujuannya ialah
  supaya macaroon masak sama rata.Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
  selama 10 minit,kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biar sejuk sepenuhnya
  baru letak inti coklat.

*Adalah sebab macaroon melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana
  macaroon tak masak sempurna,jadi kalau rasa2 macaroon belum masak sempurna
  ketika dibakar selama 5-8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5-8 minit
  ke 10-12 minit.Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon
  pun halus dan mulus...korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

*Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi,bakar macaroon guna api atas sahaja selama
  5-8 minit.Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5-8 minit.

*Untuk menyimpan macaroon memang sangat mudah,sesudah diberi filling,simpanlah
  macaroon di dalam peti sejuk jika belum dihidang.

  

RESEPI MACARONS
resepi oleh : kak.yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila - hana x letak
Inti :  Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling

 Cara-cara:

  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti.