Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Russian Black & White Chocolate Cake


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya. nih pon kes kek coklat kastemer yang tersilap aribulan. haaa padan muka aku.. hahahaha.. arini aku korbankan menjadi kek yang lebih sedap! kunyah sambey pejam-pejam mata gitu...  giler sodap! hohoo.... tp pikir dua tiga kali gak sape yer nak perabihkan? hurmmmm nanti dah abes aku bg jawapan.. hehehehehe

 tengah berpeluh-peluh baru kluor dr peti sejuk

untuk resepi kek coklat nih, aku rasa yang terbaek la bagi aku.... moist dan dah tentunya sedap! cumanya utk kali ni aku olah sedikit dr resepi chef zubaidah yang pernah dikongsikan oleh ALongRoz suatu ketika dahulu di myresipi.  tima kasih chef dan Along atas perkongsian. sebenarnya dah banyak kali buat dan dah byk kali olah.. hehehe..


RESEPI KEK COKLAT
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 170g tepung superfine*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100g serbuk koko
  • 200g minyak jagung @ minyak masak
  • 250g susu pekat
  • 250g gula halus - hana letak 210 jer
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  • Sejukkan.


RESEPI COKLAT GANACHE
  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara
  • Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  • Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  • Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

ketika proses pembuatan

 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE
  • 500g creamcheese
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Sunday, May 12, 2013

Kek Buah Kukus


Assalamualaikum dan bertemu kembali..... firstly, nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di luar sana termasuk la ibundaku yang tercinta dan juga ibu mertuaku.... sempena hari yang istimewa nih, aku buat kek buah kukus untuk diri sendiri... sadis jer bunyik nyer kan..hihihihi...... dulu2 ms anak dara penah buat kek buah nih utk sedara2 makan tapi dah tak igt resepinya.... tercari2 juga mana resepi yang sama.... rasanya ini kali lah yang agak tepat... cuma aku ada edit sket mengikut pirasat dan pandangan sesuka hati... kikikiki... ppon terima kasih buat kak.sheila yang sudi kongsikan resepinya yg diperolehi melalui kamalia ibrahim.. kek ni lagi lama disimpan lagi sedap dan moist! wat peminat2 kek buah yg belum mencuba, di alu2kan mencuba resepi neh.. ececece promot la gtu! he he he.... 


RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquik
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


Wednesday, May 1, 2013

Kek Coklat Moist


Lagi kek tempahan kastemer...... kek coklat moist nih dah banyak kali mendapat tempahan.... cuma tak dan nak amik gambar yang lain2 tuh... kali nih request dr kak.ja untuk anaknya.....moga menepati citarasa mereka skluarga la hendaknya...


kat umah nih pon anak2 pantang nmpk mama dier godeh2 kek coklat... bila dah buat utk kastemer kene buat gak la utk diorg..... kalau kek coklat takde la nak jemu sgt... klu tempahan kek lain, huh! tak pandang pon... mujur la wat kek coklat nih senang jer kan..... resepi mcm juga kek coklat yang lain... kebanyakkannya lebih kurang sama jer.... terpulang la citarasa masing2 nak cuba yg mana.... ok la selamat mencubaa dan selamat hari pekerja!.... yang berwarna merah untuk satu adunan loyang kecil 7inci


RESEPI KEK COKLAT MOIST
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)



Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
  • Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.

Monday, April 29, 2013

Blueberry Cake (Sponge Cake)



Assalamualaikum dan salam sejahtera..... lately nih internet lemau giler la kat umah nih... dah tambah 'power' pon masih slow macam siput...huh! tensen mokcik! nih pon ntah bape lama nak nunggu loading satu gambo.. berpeloh dbuatnyer!grrrrrr..... ok la nak citer pasal kek nih... tak menyempat la nak 'prob' bagai  sbb nak 'send' ke tuannya.... deko hentam labu jer... request customer yg nak kek blueberry katanya.... tup tup aritu kuor kek blueberry kak.madiha terus jer kopi n pes... alhamdulillah cantik pula kejadiannya... dr segi rasa tak tau la apa citernyer... esok kene tanya kat tuan yg empunyer makan... arap2 kene ngan selera yer kak.ros.. hehehehe.. sejak biler pula aku mula berbisnes ni yer? hehehehe... hentah ler... sajer suka2 memperkenan kehendak sahabat2 yg nak makan kek itu n ini.. boley gitu? hihihihi.... ppon untuk resepi nih tima kasih kak.madiha dan jugak rahel yang sama2 kongsikan resepi. resepi tak sempat nak edit balik. kopipes dr blog kak.madiha. tq kak....



Resepi Kek Span Vanilla
MaDiHaA adaptasi dari resepi Kek Span Coklat (Noraini Zakaria)
Sumber : Rahel

Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
 
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.
 

Blueberry Cake (Sponge Cake)
Bahan2
1 biji kek span vanila (seperti resepi di atas)
Filling blueberry secukupnya
500 ml fresh cream/ non diary whipping cream

Bahan sirap lemon
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di atas) & sejukkan dahulu kek.  Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream/whpping cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan. 
4. Letakkan satu lapis kek di atas papan kek.  Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
 6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek.

Saturday, April 20, 2013

Kek Red Velvet Moist


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... mengejar kesempatan utk memasukkan n3.. lately nih banyak yang disibukkan dan kadang tu sajer2 menyibukkan diri makanya tak dan dan la nak update blog... pada kengkawan yang blom sempat hana blogwalking tuh insyaAllah kunjungan akan tiba bila ada kesempatan ye.. ppon tima kasih pada yang masih setia dan sudi dengan hanamemories.  pada blogger baru selamat berkenalan.... :)

  
berbalik pada kek yang sangat sedap nih.... agak berbeza sedikit dengan kek red velvet yang sblm2 nih... sebabnya yang nih agak mudah (pada aku la...) dan ianya sangat la moist... bleh la nak kategorikan the best red velvet cake.. idea resepi nih dari SINI.. nak tengok video pon ada disitu.. tapi resepi yang nih aku dah olah sedikit ... tak sampai sejam kek sedap dah siap! jom tengok resepi...


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

 

Wednesday, March 27, 2013

KeK Kukus Tembikai


Assalamualaikum dan bertemu kembali.... kek lagi utk makan2 keluarga... semalam adik2 dan emak ayah dtg dari kampung... sambil minum petang dapat la menjamah kek yang sedap neh.... emak pon sgt teruja dgn kek neh... hihi... tak rajen nak bakar selapis-selapis... maka aku kukus ajer menggunakan resepi kek kukus yang biasa aku buat.... ilham resepi kek nih dr kek lumut sblm2 nih tp aku dah olah mengikut citarasa sendiri...try n error jer... silap pulak kulit tebal sama dgn isi... hihihihi.. ppon sedap dan moist! ok la selamat bercuti buat semua.. lepas nih tuan umah nak berehat dan bercuti ke pantai timur...(bkn dah mmg kat pantai timur ke nih? hahaa) .... k daaa jumpa lagii...


RESEPI KEK KUKUS TEMBIKAI
loyang 8inci

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung superfine @ tepung gandum
  • 1 buku butter (250g)
  • 1/2 cawan horlick
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 4 biji telur
  • 1sk esen vanila
  • Pewarna/perisa : hijau pandan, merah dan kuning 
  • Segenggam kismis hitam - belah dua

Cara-cara
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan halus. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. 
  • Masukkan esen vanila, susu pekat dan serikaya. Pukul lagi sebati.
  • Ayak tepung, horlick dan juga nestum. Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sebati dgn speed paling perlahan.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dengan nisbah 3:1:2 (merah:kuning:hijau). Warnakan, Masukkan kismis hitam separuh ke dalam adunan merah dan separuh lagi untuk tabur.
  • Panaskan kukusan. Oles loyang dengan butter. Tuang dan ratakan adunan berwarna hijau. Kukus 15minit atau sehingga masak.Pastikan loyang ditutup dgn aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis atas kek.
  • Kemudian masukkan adunan berwarna kuning dan ratakan. Kukus lagi 15minit.
  • Akhir sekali tuang adunan berwarna merah dan taburkan baki kismis hitam. Kukus lagi selama setengah jam. Sejukkan dahulu kemudian baru potong.


Monday, March 25, 2013

Kek Coklat Berkeju


 Assalamualaikum dan salam sejahtera..... duk boring2 di petang ari dapat juga kek sebijik.....  sambil melayan anak2 musim cuti skola nih ada2 ajer la karenahnya... smlm nak ciken chop, arini nak kek.. esok nak apa pula yer? alhamdulillah dpt mama mcm aku ni kan.. ececececeh... :P oklah! berbalik pada kek nih.. kek nih adalah kek coklat moist.. lembab dan lembut jerk.... cumanya kekurangan serbuk koko.. kalau tak lagik coklateyy gitu... sajer mempelbagaikan citarasa yg biasa kepada rasa masin2 cheese pada toppingnya.. kalau tak suka, tak yah la buh yer! makan gitu ajer pon dah sodapp... resepi kek coklat macam biasa la.. suka yg senang dan semudah 123... jom intai resepi.


RESEPI KEK COKLAT BERKEJU
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com
loyang 8inci

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair + 3sb lagi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanila
  • Topping : Coklat Ganache dan Keju Cheddar parut
 Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang berkrim.
  • Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Pukul sebati.
  • Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak. Sebatikan.
  • Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan butter dan tuang adunan.
  • Kukus 40minit. Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan coklat cheddar yang telah diparut. Potong dan hidangkan.
 

RESEPI COKLAT GANACHE - yg biasa hana buat antara dua nih
RESEPI 1
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sb butter
>>> Kacau semua bahan secara double-boiler sehingga pekat dan tuang atas kek.

RESEPI 2
  • 150g coklat masakan
  • 120g whipping cream
  • 1 sb butter
>>> Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih). Angkat dr api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Kacau sehingga cair dan masukkan butter dan kacau sebati kemudian  tuang ke atas kek.


Tuesday, February 19, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Assalamualaikum..... bersua kembali dengan kek yang sangat sedap... dah berkurun lama simpan resepi nih sejak zaman aktif berblog dulu... baru kelmarin terlaksana membuatnya.... alhamdulillahh dapat juga bagi kengkawan sama2 rasa.... kat umah nih tinggalkan ciput utk diorg cuit cuit ajer... diorg la.. aku tak! hahahahaa.. kek nih ala2 kek lapis kukus alamanda (katartika tak pernah rasa) dari indonesia yg pemes emes tuh... lembab dan lembut.. tp lagi sedap yang sendiri buat! dah tentunya dijamin halal dan bersih! leh la bukak bisnes kek lapis kukus nih.. hahahahaha.... tak koser taw! hihihi....

 

tima kasih kak.yatiememories atas resepinya... dah ramai kengkawan di luar sana juga telah mencubanya.. bagi sesiapa yang belum mencuba, jom apalagikkk kita join ternak lemak tepu sama-sama... hihihihihi .. di bawah resepinya.. dan untuk peringatan diri sendiri next time, akan buat kek coklat satu setengah adunan atau pon kurangkan sukatan cream cheese kepada setengah adunan sbb suka lebih kek coklat.. apapon ikut selera masing2 la.. nampak panjang resepi nih tapi sebenarnya senang ajer membuatnya... selamat mencuba! ^_^


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
sumber : yatiememories
loyang 8x8x3

 BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sunday, January 27, 2013

Snow Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera....  hampir setengah bulan juga tak update blog... tengok-tengok follower dah cecah 4 ribu lebih.... tima kasih pada yang sudi tu yer... al-maklom la skrg nih jd blogger suam2 kuku ajer... huhuuu.... kek nih dah lama nak menerai.... tp yang nih dah second kali buat..... yang first tuh resepi kek span ajer (resepi SINI).... kali nih try n error guna resepi lama slice cheese cake. wpon double triple cheese pada aku lg sedap kek yg ada cheese. lagipon kek cheese yang nih agak ringan. so xde la muak sangat... tapi depend kat tekak masing2 la ye.... jgn marahkan resepi plak! hehehehehee... jiran sebelah dah bagi, jiran tanah sebendang blom sempat bg lagi... ada sape lg nak ngaku jiran? meh aku bagi... hihihihi... kek2 gini kat umah nih payah nak abes.... oleh sbb aku yang nak makan, maka rajen2 la kene buat... hahahaa... utk kek yg lebih besar ikut tulisan kaler biru (lebih kurang satu setengah adunan dr yang ni)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjag9EI3R0ghyphenhyphen1vxMjvE79zQfJrVXxlLa3rh3hNvnRv40kJ5VSpLlZP960YZJ-WxTGLtuYNDzoGDhqazwjaV0G7FDXeKev16vtPypPJdnfQ7o61eZYCKRd49_zrgBGBL_10B5M59NzGLMY/s1600/Water-bath_s4x3_lg.jpg
bakar cara waterbath@steambath
credit image to foodnetwork.com

kek yang sangat lembut dan sedap!


TIMA KASIH KAK.NOR DAN SUAMI

n3 pakej lagi ye.... hihihi..... baru2 nih kami skluarga menerima kunjungan dari seorang blogger yang rata2 ramai mengenalinya... kak.nor secubit garam.. tima kasih kaknor dan abang.zo yang sudi datang memalam.... dan tima kasih dari kami sbb sudi bukak kelas pree photography! hihihihi.... en.hamzah dah pandai, tapi bini dier lembab mcm siput sket.. kikikikiki.. dan tima kasih ole2nya kek dan juga adiah bj cantik utk dania... jgn serik dtg lagi... hehehehe

malu2 plak kakak nih.. hihihi
 
terima kasih dr nia! :)

Monday, November 12, 2012

Red Velvet Cupcakes



salam kembali.... ingat kan skrg nih musim RV lagik... ghupernyer dah musim DC la plak yer... salah musim rupanya... hahahaa... takpe lah... sejak2 akhir nih mmg ketinggalan bas sokmo... guna gear satu mmg lambat sket la.. ppon RVC nih mmg dah lama nak mencoba.. bukan tak pernah buat dan makan... sajer nak try versi kecik2 plak... projek ptg smlm... punyer la tamak buat satu adunan, byk gler! jenuh nak ngabiskan.. udahnyer mmg tak abis pon... lam paler otak nih zasss nak sambung projek lg satu... ecececece macam rajen! hahaaa.... bdk2 nih suka mkn yg togel2 ajer tanpa cheese... mak nyer ajer yg suka ternak lemak... sesuwai la tuh kan..kuikuikui... tima kasih anna Qawina atas resepinya. len kali nak try yg versi GEBU tuh plak.... mcm2 ajer dak anna nih... hehehehe.. bila?? jgn ditanya.. verangan je dulu.. haha... pernah mencuba suatu ketika dahulu versi cake dr joy of baking. tengok SINI.. kali nih kita try pulak resepi yg nih yer... moist dan sedap! ada juga yg buh bluebery... tp yg ini pon dah mengancam...



RESEPI RED VELVET CUPCAKES
sumber asal :  Nurul & Anna Qawina

Bahan-bahan
Bahan A
  • 300g tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
  • 125g mentega tawar - hana guna buttercup
  • 280g gula halus

Bahan C
  • 2 biji telur gred B



Bahan D
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu besar pewarna merah

Bahan E
  • 240ml buttermilk (jika tiada - campurkan satu cawan susu segar @ susu cair dengan 1sudu besar cuka. Biarkan sebati selama 10 minit sebelum digunakan)


Cara-cara
  • Ayak A. ketepikan.
  • Pukul B sampai kembang dan ringan. Masukkan C (telur) satu persatu dan pukul lagi.
  • Masukkan D dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung yang diselang seli dengan buttermilk dan pukul lagi sebati.
  • Sediakan mangkuk kertas ke dalam loyang muffin. Tuang adunan 3/4 penuh. 
  • Bakar suhu 180 selama 15-20minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese.


RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
hana guna resepi 1 separuh adunan sahaja memandangkan tak nak tepek banyak. manis pon sedang2 ajer sbb kek dah manis.

RESEPI 1
360g cream cheese
70g mentega
200g gula aising - hana kurangkan 130g ajer
1sk jus perahan lemon
>> pukul semua sebati dan sedia digunakan.

RESEPI 2
250g whipping cream
125g cream cheese
30g gula aising
50g butter
1sk jus perahan lemon
 >> pukul semua sebati dan hiaskan atas cupcakes