Showing posts with label pau. Show all posts
Showing posts with label pau. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

Pau Kak Ton

sana sini mengepau, aku pong terikut2 gak! tp masih lom pandai nk wat yg btol2 cam kedai tuh ler... ader yg gerutu2 gak! yg penting aku pueh ati ngan resepi neh! maceh er kak.ton! dah wat 2 kali ngan resepi nih... alhamdulillah mmg lembut! cik hubby pong suker... cume bab menutup pas masuk inti tuh tak pandai2 lah! klu wat roti pong gtu gak! belasah ajer lah janji tk terbukak! hihihi...... resepi cnp dr my.resipi.

Bahan-bahan
  • 250g (2 1/2 cwn) tpg pau diayak ( tpg gandum pun bleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ade pengukus).

Thursday, July 9, 2009

Pau & Posto!

arini projek menge'pau' la pulak! excited sbb tima parcel dr n9!! yuhuuuuu..... k.asmaaaa!! tQVM!!! mekasih banyak2 sbb susah payah poskan brg yg kita order nih! order ok bukan pree!! ehehehe doh pau kali nih ikut resepi kak.fida my.resipi! sbb dh ade tpg pau so kene la carik resepi pau yg gune tpg pau! hehehe hasilnyer mmg lerr lembuttttt! cume tang menggerutu tuh masih lum pass lagik! tingin gak pau yg gebuss halus licinn cam org cina jual tuh! kali nih test juga biarkan lam kukusan 15min. tapi still cam dulu gak... pesal ntah! kene more praktis lagik la ni jwbnyer! hana wat setengah adunan jerk! jimat tepung punyer pasal! ahaks!

Bahan-bahan
  • 500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak- hana gune tpg pau!
  • 50 g gula halus (3 1/2 sb rata)
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera (6g)
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 g crisco / shortening (3 sb rata) - hana tmbh dough softener skit
Cara-cara
  1. Satukan air suam,gula,garamyis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  3. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
haaa nih dier barang2 yg aku order! hehehe.. tQ yer kak! jasamu dkenang! mmuahh! cayang akak! ;)

Thursday, May 7, 2009

Pau Noorma

huh! jeles gler bangkong tgk pau noorma leh putih melepak!! licin muluss cam pau cina tuh!! tapi bila aku yg buat gerutu habih!! hahahahaha..... adoyaaaiiiiii! camno yerk cikgu noorma?? den tak lulus nih wat pau cam cikgu! kene berguru lagik la nih nmpk gaya! heeee... tapi lembut mmg tetap lembut! cume tang kulit luar jerk den tak pueh ati! kene try again n again n againn!! ppon tQ yer noorma! mintak halal resepinyer! cume den konpius tang yis tu jerk! sebenonyer bpe gram erk?? sbb klu den gune sudu besau (sudu sukatan) banyak bebeno tuh! bgtau yer... kot la den yg silap taruk!

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis kering - hana wat 21/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu makan gula castor
  • 1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1/2 cawan susu cair - hana gune susu segar suam
  • hana tmbh garam skit
Cara-cara
  • Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
  • Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
  • Masukkan inti dan tutup kemas.
  • Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
  • Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
  • Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
  • Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
  • Kukus pau selama 15 minit.