Sunday, May 23, 2010

Mee Bandung Muar Adami

salam dhujung minggu.... jalan2 g mana tuu?? makan kat luaq ker? aku makan kat dalam rumah jer! tapi bakal dpikirkan jika nak keluar jap lagik! hihihihi.... arini aku test perencah segera adami yang ros bagi aritu... bagi orang2 muar mesti depa dah tak heran la kan! sbb perencah mee bandung bersepah2 jual sana sini... aku yg ngidam dulu pong sanggup dari kuantan ke muor semata2 nak makan mee bandung muor! nak g tempat sendrik! tempat lain tak besh! ader2 jerk la perangai org peknen nih kan! klah! meh tengok resepi.. aku skodeng dari dapur matgebu yang dikatakan tangannya gebu juga cam tgn darwish! kikiki.. maceh mat!! tapi aku rasa perencah yg mat gune peket lama kot.. yang nih maybe peket yg terbaru.. setakat nih aku dah cube 3 jenis perencah segera mee bandung. tapi yang nih yang paling mabelesss! JOm makannnn..
Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning
  • 300 g daging
  • 10 - 15 ekor udang besar
  • 3 pokok sawi hijau
  • 1 biji tomato, belah 4
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar di atas)
  • 5 - 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
  • Hirisan daun sup*
  • Hirisan cili merah*
  • Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)
Cara-cara
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. Penyediaan Mee Bandung Muar:- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. Catatan Mat Gebu : Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

15 comments:

  1. Wawawaaaaa.....sedapnyaaa.....ha ah leer, pack rempah mee bandung yg aku guna dulu, pack lama....weyy "Keji" betul lahh, tang udang tuu...pose sikit punya baik, 2 ekor pulak tu...

    ReplyDelete
  2. Mee yg buat aku terlioq dipagi hari...Lum perna try lagi..mission aku kini adalah pi cari perencah si muar ni...

    ReplyDelete
  3. salam hana, woah dah kuar mee bandung hah!mcm xpress dak ni masak br smlm dpt posto-cayalah hana!

    ReplyDelete
  4. to matgebu..
    udang tuh mana leh lawan si galah ko tuh mat! akunyer tahap lompat jauh jerk! lompat galah lum sampai lagik! hahaha

    to yatmaria..
    ko carik jerk mamat2 ngan awek2 muor! order pehtu ko bayo! kompom mission ko selesai! kekekee

    to deliah deli..
    salam del..ujung2 minggu nih biasalah del! semua mende nak xpress! dpt pulak perencah xpress! apalagikkkkk... tak payah tunggu2 lah! kang expired! wakakakaaa....

    ReplyDelete
  5. akak belum try brand yg ini lagi hana .selalu akak guna hj sernan juga di muor.ni takleh jadi ni.esok mr hubby gi keje muor nak suh cari brand nih.

    ReplyDelete
  6. Cik bedahh!

    hang asal muo eh..apsal haku tak penah jumpa hang kat Tanjung Mas?
    ehehe...mee bandung muor memang la paling beshh...ayah aku asal sana...kalau kitaorg nak makan mee bandung, memang dia yg masakkan la..

    ReplyDelete
  7. to k.anymz..
    jangan luper pesan kak! kirim banyak2! kiter cop sebungkus! tak puas makan! kekekekee...

    to TTM..
    cik timah!! aku duk BP la timah! tp tanjung mas tuh tempat aku dating doulu2 lah! kang time azan berkumandang aku g la tobat kat mesjid sebelah tuh.. perghhh! dasat sungguh cik bedah masa tuH! wakakakakaaa........ eh! ko blk muor habaq kat aku cik bedah yo!

    ReplyDelete
  8. mee bandung..sedapnya...rasa nak balik muooooooooooooo skrg jugak!hahahha

    ReplyDelete
  9. Salam Hana,
    Kecurnya akak..dah lama betul tak pekena mee bandung muor...kalau pergi muor mmng wajib mkn mee bandung ni...mmng lain dari yg lain rasanya....tersangatlah sedapnya..
    bagi akak rasa semangkuk Hana...

    ReplyDelete
  10. hmmm sedapnya...yum yum ..nak buat gak..adami ada lagi kat peti ais.

    ReplyDelete
  11. salam Hana..

    akak pernah try pes Adami nie..mmg terkenal kat muo. Tp skang akak guna pes yang tak berjenama...hehehe. Org tu mmg wat pes mee bandung nie...senang ..tak yah tumis...masuk pes dlm piuk..tuang air rebusan daging + air bese then masukkan sotong ..udang...dsbnya. mmg sedap...Sudahnya akak lak jd dealer...hahaha

    ReplyDelete
  12. wah kak, tergoda tengok mee bandung akak,terliur mas dibuatnya, akak memang pandai menggoda, rasa macam nak gi jepun makan mee bandung akak..he..he..mesti sedap gila ni...

    ReplyDelete
  13. perencah baru betul ni pasal paket lama dulu plastik tepek sticker je.

    dh lama tak mkn mee bandung sjk org muar blik kg

    ReplyDelete
  14. nampak menarik lah hana..ish mana nak beli ek pack rempah tuh..nak kene carik nih..

    ReplyDelete
  15. sedapnya mee bandung. perencah ni ada jual kat pasar raya serikota

    ReplyDelete