Showing posts with label sambal/pencicah. Show all posts
Showing posts with label sambal/pencicah. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Ubi Rebus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... dah sarapan? dah tentu tgh sediakan makan tengahari plak kan.. almaklom arini ari jumaat... semua kene siap awal. jap lagik anak2 balik skola.. si somi plak nak g solat jumaat.. nih menu sarapan kitaorg pagi nih.. en.somiku yg rebus ubi tuh.. tgh2 rebus gas abes la pulak... mujur la ubi tuh dah nak empuk.. gas plak xde simpanan.. adehhh.. terpakse la tunggu kedai bukak! so bior jer la ubi tuh tanak lam piyuk jap.. tutup rapat2 sbb haba masih panas bleh empukkan abes ubi tuh.. alhamdulillah berjaya gak taktik somi ku itu.. ubinyer lembut jerk.. maceh yang... sambal cili padi tuh peberet en.somi juga.. aku dah buatkan awal2.. makan skali ngan kelapa+gula... baru nak blaja2 makan ngan nyiur aka nyok! (tol ke? haha...) sejak duk timur nih la gheti mkn ngan nyiur.. org blah selatan tak gheti makan gini.. biasa ngan sambal tumis or ikan masin jer... tak pon sira ngan gula.. ppon semua sedaplah!! cili padi tuh plak fresh dari ladang... (kes lupa nak petikkan kak.ummi masa datang aritu... melayut2 buahnyer sampai ke tanah.. hihi) jemput makan ubi rebus... kiter makan sket je (ye ker? haha) kan apa takot dania yg kent*tttt! kakakaka...

gamba kurang mengancam sbb guna kamera lama. lupa plak yg lama nih tersorok.. almaklom, dapat gading bertuah, tanduk dilupakan.. hahahaha.. kesian x2 ku!



RESEPI UBI REBUS my style
resepi : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Ubi - potong dan kupas kulit kemudian basuh
  • sedikit garam
  • Cicahan :
  • Sambal tumis merah
  • Sambal tumis cili padi
  • Ikan kering
  • Kelapa parut+gula dan secubit garam
Resepi Sambal Tumis Cili Padi
  • Semangkuk kecil cili padi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • segenggam ikan bilis
  • asam keping
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Untuk sambal tumis cili padi - Tumbuk cili, bawang dan juga ikan bilis hingga lumat.
  • Panaskan minyak. tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan hirisan bawang besar, asam keping, garam, gula dan sedikit air. Masak hingga hilang 'pedar' cili dan agak kering.
  • Rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk kemudian toskan.
  • Hidangkan ubi dengan cicahan yang digemari.

Saturday, November 27, 2010

Kuah Kacang Daging

syukur arini dah ari sabtu.... malam nih laling bertolak balik... anak2 tak saba nak tunggu ayah balik.. apatah lagik maknya! hahahahaha.... meh jemput makan kuah kacang sedap nih! aritu ade belen sket kuah kcg dari jiran..arini godeh2 balik jd kuah kacang daging nih. makan plak ngan nasi impit! sedapppp sgt2! akceli sblm nih penah wat kene racik2 daging.. pehtu jarang2 letak santan dlm kuah kacang.. klu letak pong biasanya secotet jerk sbb nak elakkan cepat basi.. tp mmg lg sedap letak santan sbb lagi lemak dan masak nak kene lama sket utk elakkan cepat rosak kuah kacang tuh.. utk resepi nih rujuk dari blog kak.inahar... tima kasih doc! dah lama bookmark resepi kak.ina nih.... mmg berbaloi! cubelah! hehe

RESEPI KUAH KACANG DAGING
Source: Inahar`s Cooking

Bahan-bahan
  • 250 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk
  • 500g kacang tumbuk
  • 2 biji bawang besar *blend
  • 1 ulas bwg putih (x taruh pn x pe)
  • 11/2 inci halia (separuh blend,separuh ketuk)
  • 5-7 batang serai (serai mesti bnyk,klu x rasa dan bau kuahnya x naik..hendaklah di blend 5 btg, selebihnya diketuk shj)
  • 3-4 sudu besar cili giling - ikut kepedasan masing2
  • 1/2 inci lengkuas (klu x ada pn x pe)
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 1 paket)
  • gula lebih kurang 11/2 senduk nasi (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu x mmg kureng rasanya)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa (optional)
  • air
  • minyak utk menumis
Cara-cara
  • Tumis bhn2 yg di blend sekali ngan halia,serai ketuk then letak cili.Tumis sampai garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kacang,santan,daging, asam keping..last sekali garam,gula.Masak sampai mendidih..klu pekat sgt tambahlah air.
  • Rasa kuah ni berbeza sikit dr kuah kacang biasa sbb penggunaan serai yg banyak,tambahan daging, garam dan gula nya kenalah ngam amaunnya ye..
  • Kuah ni mmg sedap di makan ngan ketupat nasi/nasi impit..nk campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pn mmg sesuai sgt.

Tuesday, October 12, 2010

Bilis Siam


Salam semua... arini wat menu simple dimple jerk memandangkan hubby dah `kuor dari kawasan` sampai ari sabtu.. leh la aku berpoya2 ngan en.bawang.. haha.. wat lauk nih pong dah cukop menyelerakan pehtu aku buh la kicap sket..uish.. nama pong jawa! cam tak leh pisah jerk jawa ngan kicap! kuikuikui.. utk budak2 tgh defrostkan si ayam tuh.. tgk la kang jd apa. refer resepi dari my.resepi. tima kasih tuan empunyer nyaa..

Bahan-bahan
  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
Cara-cara
  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Thursday, September 30, 2010

Sambal Tumis Lebur

kes terliur nengok sambal kak.anymz.. ngetest arini wpon dengan rege ikan bilis yang murah. hihihi.. tak kesah la murah ke mahal tapi yg penting rasanya sgt mabeles... lebur bukan sebarang lebur taw! tak cayer g try.. hehe... tima kasih kak resepinya.. *pakcik tuh duk jelin2 jerk kat sambal nih, apesal banyak sgt bawang! muahahahahaha...akceli aku biasa wat sambal tumis xde buh bilis n bwg yg banyak trang tang tang (klu ltk pong ciput jerk wat syarat! hihi) dsebabkan memahami keadaan pakcik sorang tuh.. yang penting klu nak wat sambal tumis nih, masak kene lama skit.. kasi `mati` lada tuh.. paling kurang aku tumis 45min-1jam! hehehe... lenkali aku share resepi sambal tumis aku tuh yer! layan yang nih dulu..

makan ngan terung grill nih..perahkan limau. perghh!!
Bahan-bahan
  • Ikan bilis yang sudah di buang kepala sebanyak rm2
  • Bawang besar di hiris bujur
  • 20 tangkai cili kering *
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • semua bahan2 * dikisar bersama
  • sedikit gula
  • sedikit garam
Cara-cara
  • Panaskan minyak.
  • tumis cili dan terus masukkan ikan bilis dan bawang besar.
  • Tambah gula dan garam.
  • Rasakan dan biarkan ia mendidih di atas api hingga kering atau sehingga cili masak.
  • Amat mudah kan..tapi percaya lah rasanya sungguh enak sekali.

Tuesday, September 28, 2010

Homemade Pecal Segera

rasa macam dah lama tak makan pecel.... kali nih tadak kangkung la..kangkung ku dah innalillahh.. panas sangat gaknyer..kojol terus! hahaha... belasah jerk la ngan apa2 sayur. pecal nih insyaAllah tahan lama.. cuma perlu bancuh dengan air panas jer bila nak gunakan. jom kite wat sendrik.. resepi seruper leh tgk sini. kalau nak buat banyak, doublekan adunan. kalau tak suker cekur@kencur boleh omitkan.

Bahan-bahan
  • 1 cawan kacang tanah
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - nak pedas lagi tambah cili padi
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur@kencur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar asam jawa biji
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
Cara-cara
  • Goreng kacang tanah. Kemudian toskan minyaknya.
  • Goreng pula cili kering (jika suka buang biji) dan cili padi (belah dua). Jangan terlalu lama takut cili kering hangit. Toskan.
  • Kemudian goreng bawang, belacan, asam jawa dan juga biji cekur. Toskan.
  • Tumbuk kacang tanah hingga separa lumat. Ketepikan.
  • Tumbuk pula cili kering, bawang, belacan, asam jawa(buang biji) dan juga biji cekur yang telah dgoreng tadi.
  • Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali campurkan dengan kacang tanah yang ditumbuk tadi. dan tumbuk lagik agar semua perencah sebati.
  • Simpan dalam bekas atau plastik bersih. Tambahkan air panas bila hendak digunakan. Curahkan ke atas sayur2an pilihan.

Sunday, September 5, 2010

Sambal Pecah Telur

arini walaupon masak bese2 tapi cukup best dan bermakna.. ececececece... maklom la last buka ngan hubby... esok hubby akan bertolak konperens ke yokohama. kang raya kedua baru balik. meh layan lauk bbuka kitaorang. kek tuh watkan utk anak2 (for advance our annivesary too ..ahaks) tapi dah tinggal suku utk bahagian kitaorg. takpelah.. janji anak2 suka makan... saksikan juga pelakon2 tambahan. hahaa.. Selamat Berbuka...

Kubis Masak Lemak
Ikan Masin Bulu Ayam - Gaul ngan tpg skit then goreng
Chocolate Cake . resepi SINI
Air Laici dijamin Halal. hihi...
Sambal Pecah Telur. resepi matgebu. Thanx mat..

Sunday, August 15, 2010

Peria Goreng Telur

arini kan kiter wat lauk bodo2 jerk! virus M melampau banget thooo.... tak kesah la kan! janji perot konyang! nih pestaim aku try peria jepong! cam peria katak ghuper dier.. owang jepong kdg wat jeruk! sedap gak taw! cume perlu hiris nipis2 n rendam ngan air garam... xde la pahit mana pong! ala pahit2 pong leh jadi obatt.. kan kan... haaaaa meh ler makan peria..

Bahan-bahan
  • 1 biji peria sederhana - buang biji dan hiris nipis
  • *5-8bj cili padi campur 1btg cili merah @ leh gune cili kisar 2 sm
  • *sesudu makan ikan bilis - cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur L
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam lebih kurang 20min. Toskan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan peria dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam dan perisa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
yang nih sebagai pelakon tambahan. source kak.Nannie. tima kasih kak.

RESEPI IKAN BAKAR DAN SAMBAL KICAP
Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
  • 8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
  • Sedikit belacan yang dibakar
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit jus limau nipis-secukup rasa
  • Ikan bakar
Cara-cara
  • Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.
  • Hidangkan dengan ikan bakar.

Monday, August 9, 2010

Sambal Tempoyak Kak.Anis

Assalamualaikum semua.... berjumpa lagi di hari akhir2 syaaban. meh layan tempoyak masak yang sangat syedapp! sajer mencube pelbagai resepi. kali nih mencube resepi arwah mak kak.anis. tima kasih kak... berhati2 biler wat sambal nih. kang tanpa sedor sebelanga nasik korang kerjakan! aku tk mo bertanggungjawab! wakakakaka... kiter panjangkan resepi di sini yer. thanx juga wat adikku mak mina yg bg tempoyak aritu! lap uuu lap uuu! hahahaha...

Bahan-bahan
  • 10-15 biji cili api dihiris dua
  • segenggam bilis halus dicuci bersih dan ditoskan
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • 2-3 sudu besar tempoyak
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan hirisan cili dan bawang merah yang dimayang. Kacau sebati hingga cili dan bawang tadi juga hampir garing.
  • Masukkan tempoyak dan kacau sebati.
  • Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas bersama ikan goreng dan ulam-ulaman.
*tempoyak ini memang telah sedia masin, masam, lemak dan manis, jadi tidak perlu tambah gula, garam dan perasa.

Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa

Salam kembali di hari Isnin.... arini hubby sorang jerk pose.. jadiknyer aku wat lauk nih utk aku ratah sorang2 jerk lah! hubby mmg tak berapa gemor mende2 gini... hmmm lugi lugi... hahaa... arap2 esok aku leh pose nisfu syaaban insyaAllah.. kali nih len sket dari resepi yang biasa aku buat. klu sblm2 nih gune cili padi jerk. arini gune cili kering lak. biji cekur@kencur mmg wajib lah. klu bleh buh banyak2 lagik best! klu buh sket, mbokde aku cakap `ora kesono!`! meh jemput makan.. sape pose tuh, amik la atas meja tuh, aku dah bungkuskan lam daun pisang kecut! hahahaa... sudu dan garfu hanya nk tumpang glemer semata2. nak sedap gaul dan makan gune tangan yer! ala pijo manje jer.. hahaa.. wallahhhh....

Bahan-bahan
Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya
Ulam2an@Sayur2an
  • Kangkung @ pucuk ubi - celur
  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2


disebabkan ramai yang bertanya rupe cekur@kencur nih la dier.. gambar sumber dari delicious food in malaysia

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Thursday, July 8, 2010

Sambal Setan

waduhhhhhh! mintak amponn jika namanya begitu! asalkan yg makan jgn jadi mcm setan sudah! mmg puuuuuuedesss!!! bak kata Deetha, menyala macam setan! hahahahaa... tp klu korang nak kurang pedas tuh, try masak lama sket.. ataupon buh la gula sket! tapi nampaknya sambal setan dah turun pangkat la jawabnya kan! kekekeke.. tima kasih nduk Deetha dari seberang yang bikin aku kenal sama sambal puuueedes ki! enak kok! yuk mangan yuk! jap lagik aku bikin air wat ilang pedess yoooo.. muahahaha...

Bahan-bahan
  • 100g cili padi merah - leh tambah lada merah jika ingin kurang pedas
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
Cara-cara
  • Kukus@rebus semua bahan. Angkat dan toskan.
  • Tumbuk ke dalam lesung hingga agak2 lumat bersama garam.
  • Panaskan minyak, tumis sambal hingga masak dan naik minyak.
  • Sesuai di makan dengan nasi hangat, cicah ulam2an, mee sup dan sebagainya.

Thursday, July 1, 2010

Bendi Celur dan Sambal Belacan

masak sempoi jerk! dah lama tak `membelacan` kat lesung batu cam kekok plak! hahaaa... nih sambal belacan yang biasa aku buat ikut style my MIL. sedap woooo... n3 sebelum nih ada cter pasal sejarah sambal belacan aku! tgk sini. dont laugh laugh ar! senyum kamben sudah! wakakakaka... penah postkan di my.resipi dan alhamdulillah ramai yang telah mencube. oklah! jom tengok resepi... nasik putih hangat masing2 sedia sendrik yer! hihi...

Bahan-bahan
  • Bendi - celur
  • Sambal belacan:
  • *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
  • *1 batang cili merah - hiris
  • *2 biji bawang merah kecil - hiris
  • *1 ulas bawang putih - hiris
  • *1 inci belacan
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • limau kasturi
  • secubit garam
  • secubit perasa@gula
  • sedikit minyak
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
  • Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.

Thursday, April 8, 2010

Tauhu Brintik with Sambal Kicap

aku nih kan, klu wat sup ayam cam tak sah jerk klu xde tauhu goreng ngan sambal kicap! suker gler ngan menu nih! cam ngam jerk ngan sup.. hihii... sambal kicap tuh udah pastilah mesti wajib vs ngan sup! perghhhh sodap weiih! jarang2 aku cicah tauhu ngan sos.. nak sambal kicap jugak! wong jowo dah ade cop kicap kat dahi! muahahahaa.... jom tengok resepi.. intai2 kat dapur mamahawa yang asalnya dari mamajen. makasih yaaa..... cume aku buat agak rangup tepung tuh! sedapp!!

RESEPI TAUHU BRINTIK
Bahan-bahan
  • Tauhu - hana gune tauhu jepon yang dh siap digoreng
  • telur - dipukul sedikit
  • Tepung goreng ayam - hana gune tpg gandum je
Cara-cara
  • Tauhu dipotong dan dicuci bersih.
  • Celup dlm telur dan digaul dgn tepung.
  • Goreng minyak banyak/tenggelam.
RESEPI SAMBAL KICAP
Bahan-bahan
  • Cili padi - ikut kepedasan masing2
  • Bawang putih
  • Kicap Jalen Manis @ kicap biasa
  • Gula merah
  • Gula putih
  • Limau nipis@kasturi - jika suka
Cara-cara
  • Kisar semua bahan kecuali limau hingga hancur.
  • Jika tumbuk menggunakan lesung, tumbuk cili padi, bawang putih, gula merah dan putih hingga lumat. Kemudian masukkan kicap dan gaul mesra.
  • Perahkan limau jika suka.
  • Sesuai dimakan dengan pelbagai jenis sup dan juga goreng2an.

Thursday, March 4, 2010

Sambal Gesek

sambal gesek nih sambal paling malas yg aku selalu buat! ikut mak aku! mak borek anak rintik! hihihi... mak aku mmg suker wat sambal gini biler blk kije dah kul 12mlm! mak aku kije shif mlm.. kang kul 12mlm tuh la tuk tuk tuk kat dapur numbuk sambal neh! dah mlm mana la ade selera nk makan.. klu ade sambal kan jalan! tak gtu! syian mak aku carik rezeki! aku suh brenti tk mo pulak tuh! mak aku ckp, nk tunggu sampai pencen nnti mak bleh kaya! hahahaha.. ade ade jerk mak aku! huhuhuu rindu sama mak aku!.... k lah! layan resepi neh.. sebenarnya klu aku tnya mak aku, nih sambal apa namanya? mak aku ckp sambal tutuk! abih yg goreng tuh sambal apa plak! tuh pong tutuk jugak! haiihh semua tutuk! tutuk ke getuk ke ketuk ker sama jerk! yg penting sambal2 gini kan mmg kene tutuk ngan lesung! tutuk tuh maksudnyer ketuk! tak kiralah ade belacan ker xde ker, goreng ker tak ker, sama ajer! tp yg nih aku ikut nama tuan empunyer resepi.. sambal gesek! gesek jgn tk gesek! kehkehkehkeh.... tenkiu fariha...

lesung batu aku yg ensem! jgn tk caya aku ade lesung neh! harta peninggalan jiran aku! hihihi

Bahan-bahan
  • Ikan bilis-setengah genggam
  • 15 biji cili api
  • 3-4 ulas bawang merah kecil
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh kesemua bahan diatas dahulu.
  2. Sediakan lesung batu dan tumbuk lumat kesemuanya.Siap.

Tuesday, February 2, 2010

Sambal Ikan Bilis Tempoyak

lauk dinner mlm tadi... tp sambung utk lunch arini sbb aku wat byk.. lam diam2 ghupernyer ader lagik tempoyak aku! tp yg nih mmg last kopek! pehni yilek! klu nak lagik, tunggu la klu ader orang tuh nk belas kasihan atau tak! kekekeke...sodapp weihhh! aritu wat ngan cili padi.. leh tgk sini.. kali nih try ngan cili kering pulak! perghhhh! sendrik mau hingat la yer! laling aku mmg tk gemor tempoyak! jadiknyer aku kene msk dua versi, satu lg sambal bilis tadak tempoyak! resepi dari makyung Noorma. tenkiu noorma... sedap gler babas! wallaahhh!!
Bahan-bahan
  • 2 genggam ikan bilis-digoreng dahulu
  • 2 biji bawang besar-dihiris/potong bulat pun boleh, tp nipis2 sikit yer
  • 3 sudu cili kisar -sapa suka pedas boleh lebihkan
  • 2 sudu besar tempoyak - boleh lebih atau kurangkan
  • garam, gula, perasa
  • minyak masak
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah sampai layu
  • Selepas itu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili garing/masak
  • Masukkan tempoyak. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air untuk melarutkan semua bahan dalam kuali tu.
  • Tambah gula, garam dan perasa. Biar pekat sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Monday, January 25, 2010

Air Asam Menyengat

nak tau nyengat ker tak air asam neh silalah cube sendrik yer!. sedap jugak kat anak tekak aku! laling aku mmg tk gheti cicah2 cenggini.. aku watkan sotong bakar utk air asam neh.. k lah! tkmo ckp byk! skrg nih aku bizi tahap cipan ngan anak2 aku.. mintak maap mana2 blog kengkawan yg blom sempat aku kunjung.. nanti klu pree, aku kunjung bls balik.. tenkiu byk2! resepi dr my.resipi. bleh jugak tgk kat dapur k.nor yer.. layanzzzz....

Bahan-bahan
  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *Bahan utk dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *Bahan utk ditumbuk
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *Bahan utk diperah
  • 1 biji limau nipis- aku gune limau kasturi
  • 1/4 biji lemon
Cara-cara
  1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

Friday, December 4, 2009

Sambal Udang

wat sambal udang nih makan ngan nasi lemak... klu ader petai syoknyer kan! makan plak ngan nasi putih panas! tp tkleh gak la sbb laling aku tk mkn petai! huhuhu.. layan jerk la sambal sempoi aku nih! sape tk tahan pedas, leh gune cili kering yg beso dabak! aku dpt dr ros bli kat pasar payang! kompom perot dan lidah korang selamat! wat sape yg bukan antu pedas jerk la! hehehe

Bahan-bahan
  • Udang segar
  • *Cili kering
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • Bawang besar - hiris
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula@madu
Cara-cara
  • Blend bahan yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
  • Masukkan udang, bawang besar, garam, gula@madu secukup rasa.Kacau dan biarkan sehingga udang msk.
  • Matikan api. Siap dihidang.