Monday, January 25, 2010

Air Asam Menyengat

nak tau nyengat ker tak air asam neh silalah cube sendrik yer!. sedap jugak kat anak tekak aku! laling aku mmg tk gheti cicah2 cenggini.. aku watkan sotong bakar utk air asam neh.. k lah! tkmo ckp byk! skrg nih aku bizi tahap cipan ngan anak2 aku.. mintak maap mana2 blog kengkawan yg blom sempat aku kunjung.. nanti klu pree, aku kunjung bls balik.. tenkiu byk2! resepi dr my.resipi. bleh jugak tgk kat dapur k.nor yer.. layanzzzz....

Bahan-bahan
  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *Bahan utk dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *Bahan utk ditumbuk
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *Bahan utk diperah
  • 1 biji limau nipis- aku gune limau kasturi
  • 1/4 biji lemon
Cara-cara
  1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

9 comments:

  1. salam kembali Hana. Emy older than hanalah... Terima kasih kerana sudi kunjungi blog emy ni. Emy pernah cuba kek cheese slide hana tau ... memang best cheese kek 2. Tapi ari ni air asam tu memang menyengat tengok chilinya pun dah tahu dah..

    ReplyDelete
  2. salam hana..ya allah tengok air asam je dh mengeces dh rasa...

    air asam ni peberet kami sokmo...cicah dgn ayam bakar...udang ke..ish apa2 la..ish hana..meh le anta sini semnagkuk besar...kami simpan dlm fridge..heheheh

    ReplyDelete
  3. Ish ish ish... dapat cicah dengan udang bakor, ketam bako, ikan bako ni...mesti sedap tahap cipan gak! :D

    ReplyDelete
  4. wow..sy klu mkn dgn ikan bakar mesti nk kuah asamm!! sedapppp!! ;)

    ReplyDelete
  5. salam hana...lama k.ct x jln2 kat dapor hana ni. kalau dah bz ngan anak2 jangan terbalik periuk belanga dah ler hehehe.

    Nampak sedap..sama ler CM pun x geti nak cecah air asam ni, kalau sambal kicap tu laju jerrrr :)

    ReplyDelete
  6. mmg menyengat. dah terasa2 dah kat dlm mulut ni!!!

    ReplyDelete
  7. salam hana..menyengat, yang best tu!!!...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Hana..saya silent follower Kak Hana.hehe.

    Minta izin, sy letak link entri ni kat my Facebook. Just nk share buat kwn2 yg mengidam air asam..hehe. TQ..

    Faizatul Ema, Canterbury UK.

    ReplyDelete
  9. Takut la, kalau menyengat, ada letak sesunggut lebah ke? he he he.

    ReplyDelete