Friday, July 30, 2010

Kuih Lapis Coklat

meh num petang dengan kuih lapis yang sangat sedap! ader rasa kopi kopi.... hihi... tapi lenkali nak wat dua adunan.tk perasan sukatan utk loyang bulat 5inci. aku gune 8inci. huahuahuahua.... kunun2 nak bwk g yasinan. nampak gaya cam tk cukup! haiihhhhh nk kene wat lain la nih gamaknyer... ppon thanx to Chef Hanieliza aka Kak.Liza kerna kongsikan resepi nih. Dipetik dari buku beliau Aneka Talam dan Kuih Lapis. thanx kak... tp aku cedok dari dapur k.ummi kuantan.. muahhh!!

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

  • 1/4 cawan air suam

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

Maitake Mushroom n DIET!!

Percaya atau tidak, makan cendawan leh kuruskan badan??! semua jenis cendawan taw! dan salah satunyer yg mujarab adalah cendawan maitake. Ni kes tengok rancangan tv la nih aku nak kongsikan cter ngan korang. Diorg wat kajian dan eksperimen lam masa sebulan makan cendawan nih (HARI2 yer!) boleh kurangkan berat badan dalam 10kg!!! huh! sape tak nak! lebey2 lg aku yang tembun nih! wakakakakaka... tapi sebenonyer aku wat bodo jerk tgk rancangan tuh... kunun2 mls nk amik tindakan. lagipon aku tak brape minat ngan cendawan! tapi kene pakse plak ngan sultan hamzah! adehhhh... ai tk cukup kurus ker bang??! wakakakakakaka.. (pssstt sebenonyer hangat2 t**k kerbau jerk! kahkahkahkah)

Kata-kata yang dipetik dari sini... `selain kesemua kebaikan yang disebutkan, mushrooms juga mampu untuk …. jeng jeng jeng …. mengurangkan berat badan !!! Ianya mempunyai kandungan sodium dan lemak yang sangat kurang, iaitu kira-kira 13kcal/kj per 100g, serta dengan kandungan protein, fiber, iron, zinc, minerals dan vitamins, ianya boleh mengantikan semangkuk nasi….! Lepas nih makan mushroom jer la, jimat beras…`.. tapi mmg betul lah! sbb jepong dah buat kajian.. hahaaa
Sebenarnya tak sempat nak menggoogle lagik. kang sape2 ade info bergune meh kongsikan bersama. nak lebih mujarab, cendawan nih hanya perlu di bakar jer! bungkus ngan aluminium foil. klu ader kuah2 tuh, haaaa yg tuh kene makan! pati cendawan tuh! begitulah kata2 beliau.. hehehe...

Cendawan maitake boleh melawan penyakit:
  • Cancer
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Tumors
  • Chronic fatigue syndrome
  • Obesity
  • AIDS

Thursday, July 29, 2010

Cinnamon Rolls

Mai jemput makan roti.... tgh panas lagi nih... baru kuor oben! tapi lepas duk tonggek2 amik gambo sejuk juga.. hahahaha... akceli aku suker ngan bau cinnamon! harum semerbakk... anak bujang aku pong minat ngan cinnamon. kdg dier bakor roti sendrik, sapu butter, buh cinnamon powder n tabur gula sket. roti nih pong sedap! lembut jaaa.. resepi amik dr Happy Home Baking. dah lama polo blog tuh.. roti dier pong mengancam ko! cam nk terjojol bijik mata nak nelan! hihihi... thanx ya berkongsi resepi... utk cara yang lebih detail sila rujuk HHB. yang di bawah nih aku dah permudahkan utk rujukan sendri.

Bahan-bahan
  • 210g tepung roti
  • 56g tepung kek - hana gune tpg gandum
  • 20g susu tepung
  • 42g gula
  • 1/2 sk garam
  • 6g yis
  • 30g telur - kocok2 - baki simpan utk sapu
  • 85g air
  • 84g water roux
  • 25g butter
Filling
  • 1 tsp serbuk cinnamon
  • 30g gula
  • 25g butter - cairkan
Cara-cara
  • Masukkan bahan2 kering kemudian bahan basah ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough. dan ONkan tunggu hingga siap dan kembang dua kali ganda.
  • Keluarkan doh. Tumbuh2kan bg mengeluarkan angin.
  • Canaikan membentuk rectangle. Sapu permukaan roti dengan butter. taburkan gula yang telah dicampur dengan serbuk cinnamon. Kemudian gulung kemas. Potong 9 bahagian setiap 3cm.
  • Masukkan ke dalam loyang. (hana masukkan cup) .Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Panaskan oven. Sapu permukaan roti dengan baki telur yang dicampur dengan sedikit susu segar@air. Kemudian taburkan lagi dengan serbuk cinnamon dan gula yang berbaki.
  • Bakar suhu 180 selama 15-20min
  • Sejukkan di atas redai.

PIF (Pay It Forward) Game

salam kembali.... arini aku nak tunaikan janji aku dengan k.ummi pasal PIF game yang aku menang di blog Home Sweet Home aka blog k.Ummi Kuantan. sila lihat buktinya di sini. Game nih aku menang pada taun lepas! fuhhhh ko setahun aku peram janji nih.. muahahahahaha..... takpe la kan..yang penting aku dah tunaikan janji tuh.. alhamdulillah syukur dberi peluang menunaikan amanah. tima kasih pada k.ummi yang telah memberikan adiah yang sangat best dan cantikkk! ianya bakal menjadi penghuni dirumah baru ku nanti.. tenkiu kak! mmuahhh! haaaa inilah surprise yang aku nak katakan semalam... sempena besday blog, aku nak bg adiah kat korang. nak adiah tak???!! rasanya semua nak! tapi mintak maap sbb mengikut undang2 game PIF nih ada syaratnya... hihihi..jangan mareee!

Here are the rules:
Hana akan memberikan 3 hadiah kepada 3 peserta yang awal yang meninggalkan komen di ruangan ini dan peserta hendaklah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti permainan PIF ini. Jadi, sesiapa yang berminat dalam permainan ini silalah catatkan sesuatu di dalam kotak komen (komen n3 yer bukan sbox!) dan tulislah apa saja komen yang menunjukkan anda telah menjadi 3 orang yang terawal.

Jangan lupa emailkan segera alamat anda kepada ina.shamsina@gmail.com secepat mungkin. Hadiah-hadiah akan dikirim bukan dalam waktu terdekat. Tapi insyaAllah janji akan dikotakan. Dan kepada 3 peserta yang telah mengikat perjanjian PIF ini jangan lupa memanjangkan permainan ini di blog anda sebagai tanda anda akan membayar harga hadiah yang telah anda dapat dari Hana kepada rakan-rakan lain pula. Jangan luper yer janji manismu itewww... tak kiralah berapa harga hadiah yang kita nak bagi yang penting kita ikhlas!

For anyone who is interested, Wikipedia has an interesting entry for the concept of paying it forward including some history as to the origin of the concept. The main definition given is an expression "used by a creditor who offers the debtor the option of paying a debt forward to a third person instead of paying it back. Debt and payments can be monetary or by good deeds."So, if you leave a comment, it meant that you have joined the PIF and are bound by the rules and let me know your snail mail address to send my gift to you!

Ini cadangan hadiah yang mungkin dan yang mampu hana janjikan. bukan semua yer.. Antaranya jer.. hadiah akan berubah mengikut keadaan... Fry pan Tefal berukuran 26cm beserta sudip jenama Tefal, mesin pengisar ice Sticth, Lunch Box tahan panas, love shape ramekin beserta sudu kayu dessert, mould roti, dan juga fridge magnet spesel from US.





Ok! jangan fikir lagi, nak hadiah tak?!!! Tinggalkanlah komen anda dari sekarang. Lihat siapa yang kenaaaa... jeng jeng jengggggg.....





detik2 indah mengangkut adiah di rumah k.ummi kuantan sambil ronda2 n makan2! hihi... tima kasih kak! mmuahh!!

UPDATE:
Dengan ini hana mengumumkan pemenang PIF musim ini jatuh kepadaaaaaa...

1) K. Watierman dari blog http://watiermanlife.blogspot.com/
2) Kerull@Kay Enn dari blog http://qasehsufi.blogspot.com/
3) Ct Naemah dari blog http://mylittledapur.blogspot.com/

Tahniahhhh!!! sila clap clap sejuta kali! anda telah berjayaaa... hihihi.. Jangan luper utk meneruskan game nih yer... dan kepada yang tidak berjaya, diharap akan mencube lagi di musim akan datang dr kengkawan kiter yg dah menang nih. sape tau kan! tuah ayam nampak di kakii... hihihi.... kepada pemenang2 di atas, sila hantarkan emel dan bagi alamat yang lengkap serta no.tipon jika ada. tima kasih kerna menyokong game nih dan juga Hanamemories. mmuahhh! cayang korang!

Nasi Goreng Belacan

Salam semua... dah sarapan? Jom makan nasik goreng belacan nih.. kes nk ngabiskan nasik semalam. walaupon simple tapi tersangat la berseleranya. maklom ler perot pong tgh lapoo.. hihi.. resepi jelin2 dari dapur kak.ayu singapore. thanx kak! cume aku wat kurang pedas utk anak2.. meh jemput sarapan..

Bahan-bahan
  • nasi untuk 3-4 orang makan
  • *10 tangkai cili merah
  • *3 biji bawang putih
  • * 6 biji bawang merah
  • *2 inci belacan bakar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar sos tomato
  • hirisan kobis - hana tambah carrot dadu
  • 1 keping fish cake - xde
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
  • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tomato, kobis, fish cake dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.

Wednesday, July 28, 2010

Marble Banana Muffin

Minum petang dengan muffin yang sangat sedap! rasanya ramai yang telah mencuba muffin rima nih! antaranya izahdaut, k.nur, mas, ishhh sape lg erk?? rasanya ramai lagik. maap yer terlupa... thanx to rima for d recipe! akceli kan, aku suker g blog rima. tapi ader satu yang aku takut. takut apa tau? takut ngan telur! kenapa?? haaaa korang carik sendrik la jawapannya! kikikiki.... rock bebehhh! muekekekeke.... thanx to izah coz tlh memelayukan resepi nih. meh jemput amik sorang seketui. air kopi g wat sendrik! hahahaa



Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  • Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  • Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  • Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.