Showing posts with label bingka/kuih bakar. Show all posts
Showing posts with label bingka/kuih bakar. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Bingka Roti Kukus Pandan


Bismillahirrohmanirrohim sebagai pembuka bicara... menu kuih pula untuk minum petang. jarang2 buat kuih muih yang manis2 macamni.... sebab kurang ada penggemar aka pemakannya. yang gemor bebeno si tukang buat jer.... nak tak nak sendrik buat, sendrik juga yang kene makan..... nak wat camneee nasib badan... diorg lebih suka kuih yang goreng2 cam karipap, cekodok, goreng pisang dan sebagainya.... nih pon sbb nak abeskan roti putih yang tak abes.. dah kata dah, kalau roti beli lambat beno nak ngabes berbanding roti buat... tp sbb malas nak buat terpakse la beli juga kan!


ok jom layan resepi yang di cedok dr dapur puan hajjah kita, kak.ummi zaihadi. tima kasih banyak2 kak... mmg sedap lembut lemak2 manis... dah selalu sgt buat bingka roti bakar, sesekali tukar selera ke kukus best gak! utk resepi di bawah nih aku dah olah sedikit dr resepi yang asal.. roti aku koyak2kan supaya sedikit padat ketika dikukus dan aku ada tambah sedikit kismis.. xtra best gitu! geget geget tetiba ada rasa masam kismis... bg yang belum cuba, cubalah! insyaAllah tak mengecewakan.... kalau rajen boleh juga digandingkan dengan kuah kastad tapi better kurangkan manis dalam adunan roti sebab bingka nih dah cukup manis. selamat mencuba.. ^_^


RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
sumber : kak.ummizaihadi , notabilia
olahan semula : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
  • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
  • 3/4 cawan gula halus
  • segenggam kismis
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
  • sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
  • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
  • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

Friday, November 16, 2012

Bingka Nestum


untuk santapan terakhir minggu ni dan mungkin juga minggu2 berikutnya sepanjang pergi bercuti, aku kongsikan satu lg resepi bingka yang sedap...... akceli bingka nih menjadi buah tangan semasa ziarah puan hajjah ummi semalam....maaf la kak...tak sempat nak godeh2 yg lain.. nih pon agak geseng verangan punyer pasal! haha...... ppon alhamdulillah kak.ummi dan abg.Nu telah selamat kembali dan selesai menunaikan ibadah haji.. selamat berehat buat mereka..... meh jemput nengok2 dan tenung2 bingka nestum yg sedap ni... nak jemput mkn dah abes.. hehe... wangiiii jer baunyer... lepas je bakar mmg rangup permukaannya. resepi amik dr dapur kak.yatie...tima kasih kak.. selamat mencuba  ye dan jumpa lagi..


RESEPI BINGKA NESTUM
sumber : kak.yatiememories

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 cawan santan*
  • 1 cawan susu segar*
  • 5 biji telur gred B - cuci dulu*
  • 3/4 cawan gula pasir*
  • 3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu kecil garam halus*
  • 2 sudu besar butter - dicairkan*
  • 1 1/2 cawan nestum original 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Panaskn oven 180'. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk atau senduk kayu)
  3. Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, Tunggu sedikit sejuk baru potong dan hidangkan.
  6. Bagi mendapatkan permukaan yg garing, 5-10minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya. 

Friday, March 23, 2012

Bingka Crackers

Salam jumaat di petang hari.... menghabiskan sisa2 cuti yang tinggal beberapa hari jer lagi nih.. cukop la tiga bulan... lepas nih kembali bertugas macam biasa... mungkin akan tenggelam timbul lagik lepas nih.. xpe la kan drpd tenggelam terus tak timbul2 bak kata kak.zila.. hihi... nih menu deras yang sempat aku sediakan masa rombongan mak kiahs dari tempat aku bertugas datang menerjah.. tgh syok2 shooting ttba bertalu2 loceng umah berbunyik... gaya mak kiahs2 yg nakal2 la tuh telah datang.. hahahaha... haaaaa apalagik, lintang pukang dbuatnyer.. cuma sempat amik bape keping gambo jerk.. nasib la kan... tapi mmg suker sgt ngan bingka nih.. dah dua kali buat, 1st time dgn santan dan 2nd time dgn susu cair. klu ikut tekak aku yg 'ghelas' nih, aku lebih suka ngan susu cair sbb xde la lemak sgt sbb digandingkan dgn biskut.. biskut tuh pon asalnya kan dbuat dgn susu... (agaknyer la kot! hahaha..pandai2 je :P).. jom la try resepi nih... (ada yg dah mencubanya kot) cuma caranya aku dah permudahkan.. terima kasih buat penyumbang resepi kh267tm dari myresipi. aku buat separuh adunan... utk adunan asal sila rujuk link.

BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.

Saturday, January 8, 2011

Kuih Bakar Pandan Cikgu Zana


bertemu kembali di petang ari... (erkk... sini dah nak masuk kelambu dah pong.. hihi).. wat num petang aka bekpes sok pagi juga la kot.. rasanya nih kuih bakar pertama yg aku buat jaman glemer (perasan!! :P) di myr dulu.... dan dah berkali2 gune resepi nih (masa tuh lah)... jd utk kali nih bior ler aku kreditkan nama resepi nih kat cikgu zana kite sbg tanda penghargaan... boley ker gtu cikgu? hihi.... ingat kuih bakor pandan,igt kak.zana yer... hihi... akceli aku ngan k.zana satu kapal.. eh melalut suda.. hihi... bape byk hihi daaaaa... zassssss...

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
source: cikguzana@inspirasiku

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
  • boleh tambahkan esen vanila jika suka.
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  • Blender hingga sebati
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  • Taburkan bijan (jika suka)
  • Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak. Tunggu sejuk baru potong.

Wednesday, December 29, 2010

Bingka Roti Berjagung

arini kami bekpes ngan bingka..wat malam tadi kes nak ngabeskan sisa2 roti yg dah nak expired... anak2 kurang minat kuih2 tradisional so aku watkan menu lain... tapi mmg sedap bingka nih.. rasa lemak2 gtu! resepi skodeng lama dulu dari dapur kak.madiha.. kelmarin nampak mat buat, maka bertambah2 teruja.... tima kasih k.madiha dan jugak mat. resepi asal dari sebuah majalah (Chef Azimah Mansor) yang telah dikongsikan oleh kak.rinnchan. meh jemput sarapan... ingat menu tengahari nanti nak wat spaghetti bolognese jerk... dah lama rasa tak buat...

RESEPI BINGKA ROTI BERJAGUNG
source : kak.rinnchan, kak.madiha
cnp dari : matgebu@dapurtanpasempadan

BAHAN-BAHANNYA
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu kecil2
  • 200 g tepung gandum
  • 1 liter santan - hana campur susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200 g jagung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning) - hana buat setengah adunan gune sebiji telur sahaja. alhamdulillah ok..

Friday, December 17, 2010

Kuih Bakar Durian

wat num petang aka bekpes skali esok pagi..... akceli gune lempuk jerk.. blend kasi ancus dan kurangkan sukatan gula sbb lempuk kan dah manis kan.... sedap lemak2 gtu... harum pulak tuh! oklah... selamat berhujung minggu buat semua dan selamat makan nasik minyak sana dan sini.... tuan umah dah bentang futon.. kejap lagik nak zzzzzzz... hahahaha...
RESEPI KUIH BAKAR DURIAN
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula - boleh kurangkan 3/4cwn
  • 100g isi durian
  • 31/4 cawan santan (hana buh 21/4cwn santan+1cwn air/susu cair)
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • garam
  • pewarna kuning
  • bijan sangai (optional)
Cara-cara
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
  • Sapukan loyang dengan minyak.(untuk hasil kuih bingka yg garing dan berkerak, panaskan dahulu loyang dengan minyak). Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar suhu 170-180 selama 1jam.
  • Sejukkan baru potong.

Friday, October 15, 2010

Bingka Roti

projek ngabiskan setengah bungkus roti yg tinggal... punyer la tamak aritu bli sampai 3 bungkus. selalunya klu hubby nak `mengeluarkan diri dari kawasan` akan bli lebih sket.. sbb aku mls nak kuor2 g bli.. anak2 mmg suker roti cume kdg tuh bli skit tak cukup, bila bli banyak terlebey pulak sampai expired. nih last expired la nih.. hahaha... resepi skodeng dari dapur mas. izahdaut pong dah cube.. thanx mas.. sedap neh! sajer bako sampai geseng...jemput num petang....

Bahan-bahan
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
sajer tuang sos kastad coklat..sedap juga! haha
Cara-cara
  • Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  • Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  • Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  • Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar dengan api perlahan selama 1 jam.
Note: Cara hana, hana blend semua bahan kecuali roti. Kemudian tuang ke dalam roti yang di carik2 tadi dan rendam 10min (hana tambah kismis dlm adunan). Kemudian bakar suhu 170-180 selama 50min-1jam.

Saturday, July 3, 2010

Kuih Bakar Kentang

nak cepat nih! watkan utk yasinan malam nih... wat satu adunan dpt sket plak.. gune pulak loyang besaq so nmpk nifislah! ppon sodapp! rasanya ramai yg telah mencube kuih nih..mas, izah, k.as..lg sape erk?? tima kasih semuaa.. terutama kak.as dan kak.junnnnn!. meh amik bwh sinun tinggal koret2 jerk utk korang! hahaa...

Bahan-bahan
  • 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
  • 1 biji telur- hana tmbh 1/2 biji lg
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan - hana tmbh 1/4cwn
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan- as n hana guna butter
  • garam n esen - nih hana tmbh
Cara-cara
  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung, santan dan pewarna. kacau rata dan tapis.(hana tk tapis, tp blend jer semua termasuk kentang)
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sekejap dan tuang adunan. tabur bijan jika suka.Bakar suhu 180 selama 50-60min utk dapatkan kerak yang best!
  4. Sejukkan dahulu baru potong.
  5. Jika masak dalam acuan kecil2, bakar dalam oven selama 20-30min.

Saturday, June 12, 2010

Kuih Bakar Pisang

bakar malam tadi pas balik dr rumah nurindah wat utk sarapan pagi nih.. mmg harus ditamatkan riwayat pisangku yg 6bijik tuh! nazak sungguh! cukup2 utk adunan nih... alhamdulillah... tima kasih nur dan jugak resepi asal tokey bingka cikgu zana. Jemput sarapan... byk lg nih.. dah la mkn berdua jerk! anak2 tak gheti mkn kuih2 gini. aku wat kan diorg waffle resepi fiza@tulip77... thanx mek! xde gambau sowi selori... padahal dh wat dua kali ... heeeee...

Bahan-bahan
  • 1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
Cara-cara
  • Blender semua bahan*
  • Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
  • Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  • Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

Monday, May 24, 2010

Kuih Bakar Pandan

Jom minum petang dengan kuih bakar pesen mini2 nih... senang nak ngap wat cenggini! tapi mengecut abih dbuatnyer! ppon sedap jugaklah! cume kiter lebihkan santan agar lagik berlemak! lemak kat badan cter nombor dua.. kihkihkihkih.. tp nih klu bakar lg lama, lg garing la kerak dier kan.. wat setengah adunan dr resepi asal..dpt ler 6 ketui jaaaa.. hihihi... resepi skodeng dr dapur kak.ummi supermom tuh! resepi asal dr kak.citarasawan.tima kasih kak.. lebih kurang jer dgn resepi k.joayee sebelum nih.

Bahan-bahan
  • 250 ml air*
  • 6 helai daun pandan*(*di blend bersama dan tapis) - k.ummi n hana bancuh air dengan pandan paste jek
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal - x ltk
  • Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan
Cara-cara
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, October 28, 2009

Kuih Bakar - Resepi III

nakk??! tak payah la.. dh abes tetamu aku makan! hihihi.... nnti aku wat lagik jamu korang plak yer! jgn maraa... nnti kene jual! :P hehe nih aku wat masa kengkawan dtg 'jagongan' aritu.. saper nk tau jagongan tuh apa, g tgk kamus jowo yer! ehehehe.. kuih bakar nih mcm2 resepi aku dh cube.. g tgk kat gobok kuih aku tuh yer! yg nih resepi dr k.joayee! mabeless! mmg sedap! cukup lemak dan manis... mintak halal resepinyer yer kak... macehh!
Bahan-bahan
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing. *lepas 20minit baru hana taburkan bijan! supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit sbb hana gune bijan yg dh sangai.Jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.

Thursday, September 10, 2009

Kuih Bakar Pandan - Resepi II

kali nih try resepi dr k.ayu nun si seberang tambak sana! mekaceh k.yu! lom test lagik! kene tunggu buka la nmpk gayanyer! resepi pertama bleh tengok sini or sini yer! yg tuh pong sodapp gak! lemak berkrim... sajer arini tuko angin! hehehehe....

Ingredients:-
  • 1 cup of sugar
  • 1 cup of pandan juice(or water + pandan essence)
  • 2 cups of plain flour
  • 21/4 cups of coconut milk(450ml) me just use 2 small boxes of santan-400ml
  • 2 tbsp butter
  • 3 eggs
  • 1/2 tsp salt
  • green colour
  • sesame seeds
Method:-
  • Put all the ingredients in blender and blend.
  • Add 2 tbsp of cooking oil in 10" loyang
  • Preheat oven and put the loyang in oven. When the oil dah panas, put in the mixture and sprinkle sesame seeds on top. Bake@ 175 degress till brown or crispy.( I baked for 90 mins to get that top and sides brownish-burnt taste.
  • *hana letak bijan, selepas separuh masa membakar. so bijan xde la hitam sgt! :)

Saturday, August 29, 2009

Kuih@Bingka Bakar Jagung

kuih yg paling senang nk buat! sblm wat rojak aku godeh2 dulu bhn2 nih! then siap terus bakor! laling aku pong terpanjat! aikkk dah siap dh kuih! alaaa kan dh kata kuih nih senang nk buat! hehehe.... bukan apa, sbb dier risau tgk aku larat ker aku nk watkan semua nih! aku mmg suka bg org makan! sbb tuh aku tak rasa penat pon wpon sebenonyer penat! hihihi.... mekaceh wat k.zana atas resepi nih! sebelum nih dh penah buat! bingka2 k.zana mmg semua ngetop! termasuk ler bingka pandan! try ler sape yg lum try k! cehh! promot dah niH! k.naaaaa!! ayam panggang sekoq! kuikuikuikui..... ngeeee... resepi kopipes dr my.resipi. mekaceh er cikguuu!! hehe
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah)
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka
Cara-cara
  1. Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - hana bakar suhu 180 sejam

Friday, August 21, 2009

Bingka Pisang

arini ngan sebab my laling nk balik, rajin la skit wat kuih muih... lagik satu sbb nk pujuk k.zana ku yg merajuk sbb aku tk buat2 bingka pisang dier nih! iyo laaaaa... kang tak psl2 tk dpt duit rayaaaa!!! kihkihkih ampunnn k.zana! gurau sebelum pose! hihihi.... nih pong pas dpt ilmu sifir dr k.zana.. 2 bijik pisang mesia= 1 bijik pisang jepong!! haaaa gtu ler kira2nya! sbb pisang yg ado kat sini daybab2! so sape2 duk jepong yg nk try resepi nih, leh la gune sifir k.zana nih yer! hehehe.. ppon mekacih wat cikguuu! cedapp! bab kerak la paling cedappp!!

Bahan-bahan
  • 1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
Cara-cara
  • Blender semua bahan*
  • Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
  • Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  • Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt.

Friday, June 5, 2009

Bingka Telur

nama bingka nih Bingka Telur yer puan2 sekelian! tp aku buat dh mcm kuih bakor pandan! muahahahaaa... sukati aku jerk la kan! hahahaa.. tapi tgk bhn2 pon lebih kurang gak ngan kuih bakor tuh! ontah la... mokcik tak tau! hehehehe.. tp mmg sodap! sape2 nak makan, meh mlm nih bwk yasin, yasinan kat kanazawa er! tk g tak dapat makan! hahaha.. jom layan resepi! aku cilok kat umah ela Qatar tuh! dah lama kiv, br nih dpt buat! tQ ela... mmuahh!! hana wat setengah adunan jerk!

Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 2 cwn air daun pandan( atau 2 cwn air + colour kuning)
  • 2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 4 tbs butter-cairkan
Cara-cara
  • Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
  • Masukkan 1 tbs minyak dalam loyang..lenserkan.
  • Masukkan dalam oven.
  • Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih ke dalam loyang.
  • Masak sehingga perang. *hana gune suhu 180 bakar selama sejam.

Friday, October 31, 2008

Bingka Labu

nih wat utk yasin mlm nnti... biasa lah dh rutin...dtg plak vit R...so bleh la layan bingka labu nih. sedap ar! tp tkde acu berlobang la... gune loyang biasa jerk..resepi cik mat gebu! thnx yer mat! nak kopipes nih! :D

Bahan-bahan
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Friday, August 29, 2008

Kuih Bakar Pandan - Resepi I


kuih peberet zaman berzaman....hahaha....konon2 wat nih nk wat sarapan esok...tp telah dihadap oleh anak2ku sampai tinggal separuh jek nih! sedap sgt la tuhh....resepi nih dh berkali2 buat.. kononnya arinih nk wat kat muffin tray...konon2 nk hangus2 gitu la...tp tk muat pullok tray tuh nk masuk oven! hahahaha...sblm nih gune oven lain...so muat la...kali nih try oven baru.. laa tk muat! simpan jek la wat blk mesia nnti! kahkahkah.......bijan haku gune bijan yg dh disangrai so jd terlebih brown la kaler bijan tuh bila msk...nk tau tuan empunyer resepi? sapa lagik klu bukan kak zana! hehehehe..... mekasih byk2 yer kak zanaku! dh terer la kononnyer wat kuih nih! kahkahkahkah....masuk bakul hangkat sendri! :P


ampun k.na nk kopipes! :D

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
  6. Potong bila dh btol2 sejuk yer! klu tk nnti potongan tk cantik dan nmpk cam lembik! sabo sabo k! hehehehe