Showing posts with label pudding. Show all posts
Showing posts with label pudding. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Puding Roti Marble Berkuah Laici


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... diucapkan selamat tahun baru cina buat sahabat2 yang berbangsa cina di luar sana.... bagi yang tgh bercuti selamat bercuti... bagi yang dah mula bertugas, selamat bertugas..  esok aku juga akan stat bertugas mcm biasa... begitu juga ngan anak2... en.suami jer yg dah mula bertugas arini.. ok berbalik tajuk utama... resepi yg dah sinonim dan menjadi trade-mark hanamemories.. bermula dari Agar2 Roti zaman tuk kaduk ke Puding Roti Marble. kemudian ke Pelangi la pula... dan kali nih Berkuah Laici... panjang sungguh la sejarah puding yang ni... kita yang buat dia xde hal la nak pelbagaikan citarasanya... cuma terpulang pula tekak masing2 untuk menerimanya... puding nih pernah menjadi hidangan masa kunjungan kak.ummi dan ros suatu ketika dahulu (mcm lama sgt ajer bunyinyer.. haha) dan telah disiarkan dalam majalah MIDI keluaran 15hb Januari yang lalu... sejuk nyaman dan slurpppp nyum nyumm bila digandingkan dgn kuah laici..selamat mencuba!



RESEPI PUDING ROTI MARBLE BERKUAH LAICI

  • 3 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair@ 250ml
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin laici - sejukkan
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, dan susu cair. Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2)
  5. Ambil sesenduk dan tuang ke dalam loyang. Lapiskan secara selang seli untuk membentuk marble. Buat sehingga habis.
  6. Simpan peti sejuk sekurang2nya sejam sehingga puding mengeras dan sejuk.
  7. Potong puding ke dalam mangkuk, dan tuang sirap laici dan juga hirisan laici.
  8. Sedia dihidang.

versi original... juga enak dimakan begitu sahaja tanpa berkuah


Tuesday, December 4, 2012

Agar-agar Santan Gula Melaka


Assalamualaikum dan bertemu kembali.... arini layan dessert yang mudah ajer... tetiba jerk nak makan puding nih wpon cuaca kat luar tuh agak sejuk juga... tak kesah la... janji layannn..... utk resepi agar2 nih pada aku yang terbaek lah! sbbnya aku suka tang santan yg banyak banding yg plain tuh.... puas sungguh menikmatinya! tima kasih nadz atas perkongsian resepi nih..... lepas nih leh la stick dgn resepi nih..... utk tips2 berguna tentang puding nih leh la klik kat blog nadz tuh yer... selamat mencuba...


RESEPI AGAR-AGAR GULA MELAKA
sumber : nazd cute oven

Bahan-bahan
  • 1 peket serbuk agar-agar 10g atau 11g
  • 1 liter air @ 4 cawan air
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250g) - cincang
  • sedikit gula pasir - jika perlu
  • 1 cawan santan pekat @ 1 kotak kecil santan Kara
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • daun pandan simpul
 Cara-cara
  • Masak air bersama gula melaka dan juga daun pandan hingga gula larut kemudian tapis.
  • Masak semula bersama serbuk agar-agar sehingga larut dan mendidih.
  • Kemudian kecilkan api, masukkan campuran santan, telur dan garam.
  • Kacau sentiasa sehingga menggelegak atas api sederhana dan santan berbintil2.
  • Tuang ke dalam loyang dan biarkan agar2 mengeras. Sejukkan dalam peti ais jika suka.  

Sunday, October 14, 2012

Puding Roti Bakar


kalau dah terlebih rajen macam2 nak buat.... tp kalau terlebih malas, satu mende pon langsung tak terbuat! nih kira rajen la nih.... hahaa.... belen2 wat roti goreng, sayang pulak nak buang bhgn tepi2 tuh... jd la mende alah yg sungguh lazat berkrim ini.... resepi masih menggunakan resepi yang sama sebelum ni.. leh tgk SINI. cuma ejas mana yg perlu... mudah, cepat dan lazatttt...


RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
  

Sunday, July 29, 2012

Agar-agar Milo Lapis Oreo



dah lama nak menerai puding besan ku ini... dan ntah yang ke berapa kali beli oreo asyik abes dikerjakan budak2 nih... yang nih pon mujur sgt la ader lg ciput.. itu pon banyak yg togel..inti dalam dah xde.. anak sape la tu punyer kerejer yer! sape lum terai puding nih mmg musti terai la... lelagi bulan pose nih amat sesuai utk menyedapkan tekak.. fuhh mmg heavennnnn... maceh banyak2 long atas resepinya... leh buat lg nanti.. nak zassss ke dapur utk menu bbuka arini.. nasi lemak ayam goreng berempah jerk.. Selamat berbuka semua...

RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber : besan AlongRoz

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Thursday, July 26, 2012

Puding Karamel


 Salam Ramadhan buat semua pengunjung hanamemories... Alhamdulillah seperti tahun2 sebelumnya, pada bulan puasa hanamemories sentiasa menjadi rujukan buat ibu2, kakak2 dan adik2 di luar sana utk mencari resepi... traffic mencecah 2-3kali ganda dari hari2 biasa.. terima kasih kerana menjadikan hanamemories sbg salah satu rujukan... berbalik cerita puding karamel nih.. duk sembang2 dgn membe bg resepi kat dia tetiba teringin juga nak membuatnya... balik jer skool terus godeh2.. Alhamdulillah nikmat sangat.... tp peminat puding kat rumah nih hanya aku sorang jer.... nak ngabiskannnya kadang makan masa tiga pat ari... hahaha... nak buat camne, anak2 dan suami kurang gemar kuih manis2... aku jugak la kang yg kencing manis.. hahahahaha... adeehhhh.. puding nih teksturnya sgt lembut, lemak2 dan karamelnya sangat gojess...


RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Sunday, July 22, 2012

Agar-Agar Kacang Merah


 Salam dihari kedua ramadhan....... alhamdulillah sempurna sudah puasa pertama dan terawih buat anakanda ku yg berdua itew.. seronok tgk mereka. excited sungguh menunggu waktu bbuka. ... darwish puasa yang yok jerk.. kul 8 dah suh mama bukak piyuk.. haha... ok berbalik dessert nih.. tergerak ati nak cuba puding nih bila tgk stok inti kacang merah buat roti aritu tak abes2... skodeng idea dr besan AlongRoz. cuma aku tukar jer kacang merah segar tuh dgn inti kcg merah. sedappp.. mcm makan aiskerim kcg merah... sape lum cuba leh la try... nyaman sungguh makan sejuk2.. lebih2 lagi waktu bbuka puasa. tima kasih Along atas resepinya. lenkali leh try versi asal pulak...


RESEPI AGAR-AGAR KACANG MERAH
resepi asal : AlongRoz
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cawan kacang merah - hana tukar 2 cawan inti kacang merah readymade
  • 1 peket @ 13g serbuk agar2
  • 1 liter air - jika guna serbuk agar2 yg 10g, kurangkan sedikit sukatan air ye
  • 240g gula - hana ltk 1/2 cwn jer sbb inti dah manis
  • 1 tin susu cair
  • 1sb tepung jagung
  • 1 helai daun pandan simpul
  • sedikit pewarna merah jambu
Cara-cara
  • Rebus kacang merah hingga empuk. Ambil 1/2 cawan ratakan ke dalam acuan. Blend baki kacang dengan susu, tepung jagung, pewarna sehingga sebati. - hana guna inti kacang merah readymade
  • Masak air dengan serbuk agar-agar, gula, daun pandan sehingga sebati.
  • Ambil setengah cawan air tersebut dan tuang ke atas kacang merah tadi. Biarkan mengeras sebentar. -hana tak buat lapis
  • Masukkan kacang merah yang telah dikisar tadi ke dalam agar2 dan masak sehingga mendidih.
  • Bila lapisan kacang merah telah mengeras, lorekan sedikit menggunakan garfu dan tuang pula adunan agar2 tadi. Sejukkan dalam suhu bilik dahulu kemudian baru masukkan peti ais. Potong dan hidangkan.
Note dari hana : Jika menggunakan inti kacang merah readymade, masukkan terus inti kacang ke dalam adunan agar2 dan kacau sehingga tidak berketul2.


Friday, March 18, 2011

Puding Roti Marble Coklat



alhamdulillah..... selesai sudah barang2 di angkut menuju ke pelabuhan..... skrg nih hubby tgh berurusan di sana.... sambil2 tuh leh la aku masukkan menu puding roti nih... dah lama tak buat... buat nih pong untuk makan2 sket jam lagik lepas diorg balik dari port.... sajer jemput diorg makan2 setelah bertungkus lumus angkat barang tadi... kalau kat kampung2 biasa wat bubur som som tapi aku masak laksa nyonya... dan lagik bernyonya2 yer! hihihihi.... alhamdulillah selagi terdaya... lagipon nak licinkan stok yang ade nih... kalau tak abes gak, aku sedekah jerk la sape2 yang ada..... semalam hubby g carik barang sket kat pasaraya.. semua makanan segera yang ala2 megi cup tuh semua licinnnnn... langsung xde kat rak.... mungkin ada persatuan2 sukarela yang borong abis utk mangsa2 tsunami... ok lah jom layan resepi yang maybe dah biasa bg setengah orang... timakasih banyak2 yang sudi mencuba tuh..... nak tengok versi pelangi di SINI dan juga di my.resipi...

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Wednesday, March 9, 2011

Agar-agar Lapis Pelangi



ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya salji ditengah hari! begitulah keaadaannya ketika menikmati agar2 ini... nak wat camne yer tak! cuaca tuh ketentuan Allah... makan ajerlah sbb dah buat..... akceli aku wat malam tadi..pagi nih dah siap sejuk2 kuor peti es... tapi bertambah sejuk ngan cuaca yang ada.. hahaha.... akceli dulu2 penah gak try jenis puding lapis2 gini... tapi failed! lerai selai selai...... kali nih alhamdulillah..... cume lapisan plain biru jerk yang tak melekat sbb masa tuh terlebih keras! dah lorek2 garfu pong dier tak mo lekat.. gasak situlah! janji yang atasnya elok ajer... cantik mmg sayang nk makan.. sblm mkn kene tenung2 dulu.. hihihi.... agar2 nih sesuai klu nk buat hantaran kan kan...dan rasa agar2 nih mcm agar2 santan... and akceli agar2 yg aku buat nih ader perisa... belen buat kakigori aritu... abiskan stok.. sedapppp.. resepi nih dah lama simpan dari myresipi by Azie... leh tgk gak versi kak.ede yg smlm dier buat puding nih juga..


RESEPI AGAR-AGAR LAPIS PELANGI
source : Aziemas@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 sudu makan serbuk agar2 (lebih kurang 15g)
  • 1200 ml air
  • 170g gula
Bahan B
  • 2 sudu makan serbuk agar2 (lebih kurang 15g)
  • 400 ml santan
  • 800 ml air @ semua santan
  • 170g gula
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan C
  • Pewarna - biru, hijau, merah, kuning dll

Cara-cara
  • Masak bahan A dan B dalam periuk berasingan sehingga mendidih. Periuk yang mengandungi santan kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
  • Sementara itu sediakan loyang 22cm. Sukat 250ml@ 2 senduk agar2 plain dan warnakan dengan pilihan. Tuang ke dalam loyang dan biarkan 5 minit atau hampir beku.
  • Kemudian sukat lagi 250ml @ 2 senduk agar2 santan dan warnakan dgn warna tadi juga dan tuang ke dalam loyang melalui bahagian tepi loyang secara perlahan2 agar agar2 tidak bercampur dgn lapisan pertama. Biarkan sejuk 5 minit lagi atau hampir beku. Kemudian ulang langkah sukat agar2 plain kemudian agar2 santan dgn warna yang berlainan dan buat sehingga habis.
  • Nota : Sementara menunggu agar2 sejuk, agar2 yang dalam periuk, buka api kecil agar tidak membeku. ataupon gune cara double boiler.
  • Pastikan semasa melapis agar2 tidak terlalu keras supaya lapisan tidak tertanggal. Jika keras, lorekkan menggunakan garfu.
  • Simpan dalam peti sejuk dan potong ikut suka.

Saturday, February 19, 2011

Agar-agar Santan Pandan


nih antara pencuci mulut @ dessert yang aku bawak untuk jamuan malam tadi.... dah abies selamat dah pong kat perut2 diorg.. hihi.... sama macam resepi Agar-agar Santan Gula Merah sebelum nih... cuma tukar perisa and kaler jer...... di bawah nih aku bagi dua resepi yang menggunakan serbuk agar2 dan agar2 strip untuk rujukan akan datang...

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.
RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
source : kak.ummi@homesweethome

Bahan-bahan
  • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
  • 1150 ml air 
  • 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor
  • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
  • beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
  • Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  • Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Friday, January 21, 2011

Maja Blanca

maja blanca dalam bahsa filipina.. dah lama kan aku tak buat kuih philippine nih.... eh! tak tau nak kategorikan kuih ke, dessert ke, pudding ke, talam ke.... tp yg penting mmg sedap! rasa lemak manis gtu... nak buat pong sonang... klu ader tamu datang mengejut, leh la idangkan nih... kombinasi kacang, kismis dan jagung mmg ngam! nak tau rasa kene la try yer.... hihi... resepi sebelom nih leh tengok SINI.. juga dikongsikan di my.resipi satu ketika dolu.... leh tengok SINI... arini aku doublekan adunan dan dgn sukatan yg baru... resepi lama tuh agak manis dan lembik sedikit... tp klu ikutkan resepi asal mmg lembik.. nih aku edit ikut sedang dan boleh potong elok.. ok zassss... nak sambung kije... selamat berhujung minggu...
RESEPI MAJA BLANCA
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cawan cornstarch@tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan santan - hana buh 3cawan santan pekat+1cawan air
  • 1/2 cawan jagung manis dlm tin@cream corn
  • 1/4 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang tanah tumbuk - utk taburan
Cara-cara
  • Gris loyang 18cm dengan sedikit minyak. ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
  • Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung dan kismis boleh cincang kasar
  • Masukkan semua tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
  • Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
  • Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dalam peti sejuk.
  • Potong dan hidangkan.

Wednesday, January 19, 2011

Puding Roti Karamel Embun Rosaliza

Selamat petang buat semua.... tengah buat apa tuhhh? arini kiter layan dessert la pulak yer... sejak musim sejuk nih jarang2 buat dessert aka puding2 gini.... yer la kan biasanya klu puding2 nih sedap makan sejuk2... nih versi tak sejuk... dibiarkan pada suhu bilik dan terus ngap ajer... tp suhu bilik pong dah macam duk dlm peti ais... hahaha....

sebenonyer arini sibuk uruskan anak skola... malam tadi kecoh sensei skola dan persatuan ibu bapa tipon mlm2 suh anto dan amik anak2 yg g skola arini... (ackeli skola kat jepon, digalakkan anak2 pergi sendrik ke skola jalan kaki).. mlm td ader kes tikam oleh org yg tak siuman aka pesakit mental la kot.. org tuh masih berkeliaran... tuh yg sibuk suh mak bapak awasi anak2... cemas juga ler kami ni.. yg bagosnyer stail jepun nih, itu jam kes, itu jam diaorg amik tindakan... mudah2an selamat la kitaorg kat sini... lg bape ari jerk lagi nih hah..

berbalik kes puding nih, diberi nama sebegitu oleh adik ipar tuan empunyer resepi... nmpk menarik dan resepinyer pulak mudah, tuh yg aku pong tertarik nak cuba... sedap sedapp.. cume sape tak kuat manis leh kurangkan sukatan susu pekat tuh yer.. ejas la ikut tekak masing2... sendrik mau mkn kan kan... ppon tima kasih kak rosaliza dan juga lina.pg yg berkongsikan resepi nih... kiternyer tak bape cantik la sbb permukaannyer beralun ombak sket.. rasanyer sbb buka api besar...yg setau aku, klu wat puding kukus elok bukak api kecil/sederhana jer utk tekstur yg cantik... wallahua`lam... mak aihhh pjg beno karangan aku arini... hahaa...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL EMBUN ROSALIZA
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source : lina.pg@teratak mutiara

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Wednesday, December 1, 2010

Agar-agar Tembikai @ Puding Tembikai

pestaim mencuba.... agak kalut juga.. kira boley la kot.. tp masih tk pueh ati la sbb sukatan air nih main agak2 jerk td... sbbnyer td tunggu lina reply. udahnyer tawakkal ajer tp refer juga kat blog kakwan. next time nak wat lg cung la cam lina.pg.. yg tembikai kuning tuh plak kurang menjadik dsebabkan lambat kacau tetiba dah mengeras puding tuh.. hahaa... bila potong jd tak cantik.. anak2 sungguh teruja melihat kejadian nih.. `suikak`??! (tembikai).... hihi... ade beberapa resepi kalau dilihat tidak menggunakan kuning telur. hanya putih telur je... tp yg nih ade kuning telur.. rasanya lg lemak puding tuh.... macam Agar2 Buih. cubelah! nampak mcm susah tp sebenarnya senang je.. untuk step by step boleh rujuk kat blog kak.wan. klik SINI. tima kasih lina.. sedap! rajen sket curah ngan sos kastad. hikhik.....

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
Source: Lina.pg@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 serbuk (10gram)
  • 4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
  • 3/4 cawan gula - hana buh 1/2cwn je
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
  • Pewarna merah , kuning dan hijau
  • Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip
Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min)
  2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  3. Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
  4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
  5. Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
  6. Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
  7. Tara..dah siap..selamat mencuba