Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Oreo Brownies


Alhamdulillah malam tadi selamat landing di rumah sendiri.... banyak keje la nak settle mengemas itu ini setelah rumah lama ditinggalkan.... sebelum tuh nak tayang sket bronis yg menjadi kegemaran aku nih... oreo bronis atau nama asalnya rich oreo choc brownies. resepi lama dari my besan aka AlongRoz. sebelum nih penah buat leh tgk SINI. cumanya kali nih buat satu adunan. silap la pulak guna loyang kecik jd agak tebal. kali terakhir makan bronis nih masa g umah kak.zana raya aritu... fresh dr oven mmg best sesangat.. tuh tergerak nak buat semula setelah lama tak membuatnya. akceli ruper bronis mmg agak huduh dan hazab... tp di sebalik kehuduhan itu ianya sungguh sedap! chewy dan choclatey gtu! ppon tima kasih lg sekali wat along yg kongsikan resepi nih...


RESEPI OREO BROWNIES
sumber asal : AlongRoz

Bahan-bahan
  • 225g butter
  • 240g coklat masakan
  • 3 biji telur - size A
  • 250g gula halus - hana letak 200g shj sbb dah manis
  • 1sk serbuk coffee - hana ltk setangah peket coffee 3 in 1
  • 1sk esen vanila
  • *60g tepung gandum
  • *40g serbuk koko
  • *1/2 sk baking powder
  • *secubit garam - (bahan * ayak)
  • 1/2 pack oreo - patah2kan
Cara-cara
  • Cairkan coklat masakan kemudian masukkan butter. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Pukul telur menggunakan handwhisk/senduk. Masukkan sekali gula dan esen. -*hana masukkan gula ke dalam coklat masakan dan butter ketika panas supaya gula cepat larut.
  • Masukkan coklat masakan.Kacau.
  • Masukkan bahan ayak. Gaul sebati hingga tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan oreo. Alaskan loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  • Tuang adunan dan bakar suhu 170 selama 45minit atau sehingga masak.

Sunday, April 15, 2012

Nutella Brownies

suker buat bronis sbb ia mudah dan sedap... yang nih mmg btol2 chewy.. sedap sungguh! cuma aku letak nutella 1/2cwn je berbanding resepi asal 1cawan. itupon dah manis... takyah mintak la sbb dah lama jadi baja... minggu ntah biler membuatnyer... selamat mencuba la yer... and tenkiu Love for d yummy yummy recipe! buat semua pengunjung tima kasih sudi singgah blog hanamemories.. alhamdulillah arini bengkak kaki da kurang tp still rasa sakit lg.. tp tak sesakit dan selebam semalam.. alhamdulillah... esok bley kije insyaAllah..

CHOCOLATEY NUTELLA BROWNIES
sumber : love2cook.com

Bahan-bahan
  • 113gm butter
  • 3/4 cwn milk chocolate chips
  • 1/2 cwn gula halus - hana guna brown sugar
  • 2 biji telur A - kocok dgn garfu
  • 1 cwn nutella- hana buh 1/2cwn je itu pon da manis dan hana tmbh 1sb koko
  • 50gm tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
Cara-cara
  • Satukan butter, chocolate chips dan gula dalam periuk dan kacau perlahan dgn api kecil sehingga semua cair @ boleh guna kaedah double boiler. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan juga nuttella ke dalam adunan coklat tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum dan juga baking powder dan kacau sebati lagi.
  • Sapukan loyang dgn butter @ alaskan dengan baking paper. Tuangkan adunan.
  • Bakar suhu 170 selama 30-35min. Sejukkan dan potong.

Wednesday, March 14, 2012

Chocolate Chips Brownies



dah lama tak cter pasal masak2 kan..... rindu la pulak! sejak balik mesia nih mmg jarang2 nak masak macam2... nak apa order ajer kat kedai! nih menu yg ntah jaman biler punyer.. nyuruk dlm folder je.. kalau jd baja tuh simbah kat pokok, dah lama berbuah la kot.. haha... layan jer la yer.. bronis yg nih xde la chewy sgt.. ala kek cuma nak mudah dan senang jadikan bronis. ppon tetap sedap.. ni skill photography pon dah berkarat! xde la lagi ke'terliur'annya.. haha... ppon tahniah wat membe2 yg lain yg makin mantop! bukan skill photo jerk tp masak2annya.. tahniah tahniah...

sebelum tuh nak terima kasih pada mereka2 yg sudi memberikan komen pd n3 Dania yang lepas.. alhamdulillah dan terima kasih atas ingatan korang.. belum sempat lg nak membuat kunjungan balas semuanya.. namun insyaAllah akan ku cuba ye! insyaAllah.. bukan takat nak bw jer.. nak edit link kengkawan kat tepi tuh pon lom menyempat! apatah lg header kat atas tuh yg dah tinggal kenangan.. hentah la bila.... jap lagi plak nak gerak balik kampong... mudah2an perjalanan selamat.. k lah! jom tgk resepi..

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang - kisar dahulu
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cwn minyak masak@butter cair
  • 1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara
  • Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  • Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.

Thursday, February 24, 2011

Brownies Mudah


lama dah aku wat bronis nih.... senang gler nak membuatnya... tak payah godeh2 cooking choc. gune serbuk coklat biasa jer... kira penyelamat keadaan la time tgh malas2 rasa nak makan2 bende yg sedap bleh try resepi nih...... adunan nih sesuai utk loyang 7inci jer... klu lebih besar lg tuh kene double-kan adunan la... kalau tak leper jer... aritu wat satu adunan tak cukop la pulak.. hubby pong tanya aikk awat buat sket sangat! pulak daaaa.. mana taknyer baru dua potong dier makan tgk2 da abes.. hahahaa.... utk sukatan gula aku campur gula perang.itu pong dah manis... kalau satu adunan rasanya tak perlu smpai 2 cawan gula... takut manis sgt.. tp ikut la selera masing2 yer.... tima kasih penyumbang resepi. leh tgk step mudah di myresipi.

fresh from oven

RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Tuesday, January 11, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

rasanya lemak semalam blom abes mesyuarat lagik, arini tambah lagik.. gasak situ gasak! akceli nk ngabeskan baki creamcheese wat aritu...SINI. sayang pulak klu dilambat2kan sbb dah mcm berair... zasss projek yg lebih kurang sama ngan yg sebelom nih.. klu ikutkan mmg sama resepi kakliza cume digandakan adunan dan dtambah cecair(susu cair).. ternyata yang nih agak moist dr yg asal.... aku wat setengah adunan je, dah tk mcm rupa kek plak..rupa bronis la kot.. hihi... gasak gasakk... jgn banyak bising klu tembun! hahahahaha... ppon tima kasih kak.yatie kerna berkongsikan resepinya.
RESEPI MARBLE CHEESE CAKE
source : kak.yatiememories

Bahan-bahan
Bahan A

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Monday, January 10, 2011

Chocolate Bottom Banana Square

Assalamualaikum semua.... akceli arini jepun cuti... maka penoh la rakyat kat umah nih... ditambah pulak dengan cuaca sejuk yang amat... duk depan heater jerk kalau bleh tak mo gerak2... tp perot mesti lapar.. pakse jugak wat bronis nih... sedap betuii.... seketul demi seketul ngap lam mulot.... tima kasih mak jannah aka anie NZ yang maybe ketika ini sedang lagi melayan kamben2nyer makan kek red velvet.. kellazzzzzz gtu ko! kakakakaka... akceli aku wat loyang kecik, so agak tebal sket...takpo lah janji masuk perot sendrik..aiman tak kesah! erk...

RESEPI CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
source : anie@NZ
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
Cara-cara
  • Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  • Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.


cuaca untuk arini .. salji semakin lebat dan lebat.. dijangka berterusan lagi minggu ini..

Wednesday, June 16, 2010

Dulce de Leche Brownies

Inilah projek si dulce yang seterusnyaa.... hihihihi... maap yg tertunggu2 tuh! arini sibuk sket wat urusan ke sana ke sini.. nih baru sampai umah..lepak2 jap baru masuk n3! sebenonyer bronis yg ku inginkan adalah seperti ini. tapi jadiknyer cenggini seperti yg korang lihat! hahahaa... huduh bebeno! maybe jenis coklat yg aku gunekan kot! Jika sesapa ade tips bronis yg crack tuh silalah kongsikan yer.. tp bronis nih juga enakk! lebih2 lagi biler tergeget si dolce yg leceh2 tuH! penah makan coklat cloud 9 tak?? kan ade karamel kan! haaaa cenggitu la rasa si dolce nih! mmg sedap! tp aku buh secotet secotet! so tak nampak la sangat... resepi asal dari sini dan sini. ade lebih lagi dolce tuh! maybe nak wat kek camni atau roti atau apa2 jerklah! besok besoklah! tu pong klu rajen.. heeeeee....

Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - hana x ltk
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

Tuesday, May 18, 2010

Double Chocolate Brownies

Jom minum petang ngan brownies nih.. very coklatie betui lah! cume tak moist je! tapi apapon enak juga! resepi skodeng dari sini. makasih ya Vania. ijinkan aku cnp resepinya di sini.. resepi asal dari Martha Stewart. waduhhh aku ngak rajen mau translate! besok2 aja yaa.. heeee...

Ingredients
  • 6 tablespoons unsalted butter, plus more for pan ~ 90 gr
  • 6 ounces coarsely chopped good-quality semisweet chocolate ~ 170 gr
  • 1/4 cup unsweetened cocoa powder (not Dutch-process)
  • 3/4 cup all-purpose flour
  • 1/4 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 cup sugar
  • 2 large eggs
  • 1 teaspoons pure vanilla extract
Directions
  • Preheat oven to 350 degrees. Line a buttered 8-inch square baking pan with foil or parchment paper, allowing 2 inches to hang over sides. Butter lining (excluding overhang); set pan aside.
  • Put butter, chocolate, and cocoa in a heatproof medium bowl set over a pan of simmering water; stir until butter and chocolate are melted. Let cool slightly.
  • Whisk together flour, baking powder, and salt in a separate bowl; set aside.
  • Put sugar, eggs, and vanilla in the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment, and beat on medium speed until pale, about 4 minutes. Add chocolate mixture; beat until combined. Add flour mixture; beat, scraping down sides of bowl, until well incorporated.
  • Pour batter into prepared pan; smooth top with a rubber spatula. Bake until a cake tester inserted into brownies (avoid center and edges) comes out with a few crumbs but is not wet, about 35 minutes. Let cool slightly in pan, about 15 minutes. Lift out brownies; let cool completely on a wire rack before cutting into squares.

Saturday, February 13, 2010

Rich Oreo Choc Brownies

salam sabtu buat semua.... sebenonyer wat bronis nih semalam utk jamuan adik2 yg nak grad arini. tp sedor tak sedor anak2 aku dah koret2 sampai setengah loyang! tk sampai hati aku nak marah! makan jerk lah! tkpolah nnti mama buat lagik! mmg aku wat lagik pong, tp bukan bronis yg neh lah! sbb oreo dah abes.... alongg! mana along neh?! penat memikir mende alah apa EV! ghupernyer esen vanila.. apesal la tak terpikir mende alah tuH! last2 aku tk buh pong sbb tunggu along reply tk reply reply... tuko pampers liana gaknyer! kekekeke.... ppon maceh banyak er long! sedap sedapp! mmg rich btol ngan cekelat! wat loyang besar so jd tk tinggi bronisnyer.. mintak cnp er long! tenkiu! resepi alongroz. bleh tgk gak kat dapur cik jah@Ika. sbb mmg janji ngan dier lam mimpi! kikikiki

INGREDIENTS:

  • 225g/8oz Butter
  • 240g Cooking Chocolate
  • 3 Large Eggs
  • 1 tsp Coffee Powder
  • 1 tsp Essence Vanilla
  • 250g Castor Sugar - hana buh 200g jer
  • 60g Flour*
  • 40g Cocoa Powder*
  • 1/2 tbsp BP*
  • 1 tsp Salt*(* mixed together)
  • 1/2 packs Oreos Cookies- break & mix with 15g Flour
METHOD:
  • Melt chocolate & add butter.Stir until smooth.
  • Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
  • Add in chocolate mixture & stir well.
  • Fold in flour mixture until well mixed.
  • Finally fold in Oreos.
  • Bake 170C for 45 min
NOTE: Perhatian wat sesapa yg ingin tahu cara2 menebar roti jala yg hana buat aritu menggunakan botol mayonis, sila klik sini yer! kat n3 roti jala hijau kuning tuh pong hana dah edit. cume hana gune botol mayonis lobang tiga. tp kaedah menebar sama jerk. tima kasih banyak wat kak.LG! mmuahh!!

Wednesday, December 23, 2009

Chewy Gooey Yummy Brownies

satu lg resepi brownies yg crack blah atas! yg nih pada aku, mmg btol2 rasa bronis.. yg sblm2 nih lebih kepada rasa kek coklat gtu! tul tak k.zai?? sukerr sukerrr... tp aku campur ntah apa2 kcg yg ade kat umah nih... ade satu kcg tuh, aku rasa badam kot! sepesen jerk rasa dier! maybe dh expired aku tk perasan! muahahaha.... sib baik buh sket dan tk sakit perot! kuikuikui..... ppon nih ler menu ptg kitaorg arini... ado laie tuh hah! sape nakk?? seketui singgit! hahahaha.... resepi dr dapur kak.zai yg asalnya dr dapur kak.Diana. thanx yer kak! bleh juga lihat di dapur wani utk adunan yg lebih byk.

Ingredients
  • 125g butter
  • 200g dark chocolate ( I use courverture )
  • 3 eggs
  • 1 ¾ cup caster sugar - hana buh 11/2 jerk!
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1 ½ cup plain flour (sifted)
  • 1/3 cup cocoa powder (sifted)
  • 2 cups chopped nuts of your choice
Method
  • Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
  • Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
  • Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
  • Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
  • Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
  • Allow to cool before cutting into pieces. - aku sama ngan k.zai, dah kuor oven terus potong sbb bila dh sejuk keras susah nk potong. pecah2 gtu!

Monday, December 7, 2009

Fudge Brownies

wat nih ptg semalam.... ado laie sapo nak! maklum la aku cume makan ngan anak2 jerk.. sorang tukang makan xde so lambat la sket nk abes.. kali nih try resepi dr website Nigella lagik! abih aku selongkar gobok makcik tuh! hahahaha.... sape2 yg suker bronis 'crack' bahagian atas tuh haaaa nih la salah satu drpdnyer! yg blah bawah plak lembut n moist. tak payah buh ganache atau topping cekelat pon dh sedap! resepi nih aku dh translate kpd cara yg lebih mudah.

Bahan-bahan
  • 75g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 125g brown sugar
  • 125g butter
  • 200g dark choc@chocolate masakan
  • 100g white choc
  • 100g pecans@walnut - hana tk ltk
  • 142ml sour cream
  • 1 sk esen vanila
Cara-cara
  • Cairkan butter, dark choc dan white choc menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan.
  • Pukul telur,esen dan juga gula.
  • Masukkan tepung. Gaul sebati. guna spatula jer yer.
  • Masukkan campuran chocolate yg telah dicairkan tadi dan juga sour cream. Gaulkan.
  • Akhir skali masukkan kekacang. Gaul.Griskan loyang (24x24cm) atau bleh alas dgn oven paper.
  • Bakar suhu 180 selama 30-45min.
  • Dah masak potong kiub. Sedia dihidang.

Monday, August 31, 2009

Brownies Nina@SL

layan tekak yg dah lama teringin nk try bronis Nina@SL aka tokey kek,CC n biskut! mekaceh wat nina yg tak kedekut ilmu! malah sudi kongsi resepi ngan aku ni hah! moga bisnes bertambah maju n kencangg!! caiyokk caiyokkk! tokey yg camni ramai org suka! tol tak tol tak?!! btollll! *sendrik tanya sendrik jwb kaaa?! hahahaha... anak aku dh try mamam dulu bronis nih! diorg ckp sedapp! tunggu ar magrib karang br aku leh ghase! thanx again nina coz kongsi resepi n tips cara2 nk wat bronis nih! sape2 yg malas nk buat tuh, order jerk la ngan tokey kita nih! hehehe

Bahan-bahan
  • *250g butter
  • *100g cooking chocolate
  • 1 cwn tpg gandum
  • 11/2 cwn gula - hana buh satu cawan jer!
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1sk baking powder
  • 1 cwn kekacang - hana x ltk
Cara-cara
  • Cairkan cooking choc dan juga butter secara double boiler. ketepikan dan suamkan.
  • Pukul gula dan juga telur menggunakan whisk sampai berbuih.
  • Masukkan tepung,serbuk koko dan juga baking powder.
  • Masukkan pula butter dan cooking choc yg dh cair tadi. Gaul semua sebati.
  • Masukkan kekacang. (separuh ke dalam adunan dan separuh lagi tabur selepas selesai tuang adunan).
  • Bakar suhu 170 selama 20min jika menggunaka loyang 10x10. *hana bakar 30min sbb gune loyang biasa. tips dr nina>jgn overbake!! nnti kek akak kecut dan keras!
  • Dah masak, sejukkan dan tuangkan topping@ganache.

Wednesday, July 15, 2009

Moist Brownies

cam tk sah jerk xde cemil2 d waktu petang! ehehehe.... dh lama tingin nk makan bronis! smlm tgk nina@SL tayang, lg ler mmbuak2 perasaan d hati! hahahaha... tp sbb nina tk dan lg bg resepi, aku ikut resepi maklang! cam chewy gooey gtu! ganache creamy nih plak aku cam dh berkenan sgt ngan yg nih sejak aku buat bronis yatt sblm nih... enakk! mmg creamy! nih aku wat setengah adunan jer! cukup utk num ptg anak2 aku kang ngan kengkawan dier.. mak budak tumpang skali! muahahaha resepi kopipes dr dapur leen. tQ leen n maklang yer! Bahan A (sebatikan)
  • 1 cawan susu cair (leen guna susu segar) - hana gune susu perisa coklat
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang

Bahan B (diadun sebati)

  • 2 biji telor (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak)

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan serbuk koko - hana kurangkan skit sbb dh gune susu perisa coklat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
  2. Sebatikan semua bahan A.
  3. Tuangkan pula bahan B dan kacau.
  4. Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar selama 40 - 45 minit.
  6. Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.

Chocolate Topping

  • 250 gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh susu cair (fresh milk)

Cara-cara

  1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
  2. Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau. Sedia untuk digunakan
CREAMY BROWNIE FROSTING - hana gune topping yg nih!

Bahan-bahan
3 sudu besar butter-lembutkan
50 gm coklat apa-apa jenis
1 sudu besar honey
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar coklat emulco
3 sudu besar susu

Cara-cara
Pukul mentega, serbuk koko, emulco, honey dan esen vanila hingga sebati. Masukkan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi. pastu letaklah walnut ke coklat rice ke.. apa-apa je leh yang u all suka.

Monday, April 20, 2009

Marble Cheese Brownies

ramai yg dh mencube bronis nih kan! so aku pon nk menerai la jugak! nmpok cam sodap joo! wat nih utk bbq semalam.... alhmdllah sodap jugak hasilnyer! cume aku bahagi dua loyang so lapisan cheese tuh tk brape byk! iyo la sobab loyang den nih semua comel lote! tuh psl tk muat! hahahahahaa.... resepi tgk kat dapur cikmatgebu yg asalnyer dr k.rinnchan. nk tgk step by step p la lapor diri kat dapur kak.rin yer! tQVM!

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
hasil celoreng keras tgnku! nk titun punyer psl! heee....

Friday, December 26, 2008

Brownies Kukus Lapis Cheese

sebenonyer nak n3 mlm tadi...tapi mataku sudah stim yg teramat mau titun! pagi nih baru leh n3.. yg nih aku buat utk kawan hubby sempena cristmas... dia duk berjiran ngan kami nih... laki bini sama satu lab ngan hb... tuh sambut berdua jek la tuh! coz anak dia dtinggalkan d vietnam.. syian kan... tp nk wat camne erk sbb dua2 study... huh! aku bila nk sambung lagik nih?? arghhhh! malesnyerr... heeeeee.......

resepi nih ilham dari dua insan... cewwahhh! mcm nk berkarya pulak! hahahaha... iaitu mrsdayat@nanee and kakfida myr yg paling ngetop d myr tuH! hehehe.... kalau ikutkan nanee kene gune brownies kukus yg ade jual dpasaran...tp sbb aku takde, so aku gune resepi kakfida brownies kukusnya tuh... tapi brownies ni agak padat...ke aku yg tersalah adun? tak tau la.. tapi rasanya mmg sedap! mewah ngan rasa coklat! hana bagi dua2 la ye resepinyer.. sape yg ade ready made tepung tuh leh cube..yg xde leh pilih mana2 brownies yg ade... selamat mencube! ;)

Bahan-bahan
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. utk inti - campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  7. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar
Brownies Kukus KakFida
Bahan-bahan
  • 200 g mentega/majerin
  • 200g dark choc.
  • 170 g tepung gandum
  • 30 g serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 170 g gula halus
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
  5. Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
  7. Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
  8. Hias brownies ikut selera. Disini saya bubuh topping dgn choc. cair dan juga badam hiris. yg dipanggang. *hana hias dgn choc.ganache n stoberi.