Showing posts with label puding karamel. Show all posts
Showing posts with label puding karamel. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Puding Karamel


 Salam Ramadhan buat semua pengunjung hanamemories... Alhamdulillah seperti tahun2 sebelumnya, pada bulan puasa hanamemories sentiasa menjadi rujukan buat ibu2, kakak2 dan adik2 di luar sana utk mencari resepi... traffic mencecah 2-3kali ganda dari hari2 biasa.. terima kasih kerana menjadikan hanamemories sbg salah satu rujukan... berbalik cerita puding karamel nih.. duk sembang2 dgn membe bg resepi kat dia tetiba teringin juga nak membuatnya... balik jer skool terus godeh2.. Alhamdulillah nikmat sangat.... tp peminat puding kat rumah nih hanya aku sorang jer.... nak ngabiskannnya kadang makan masa tiga pat ari... hahaha... nak buat camne, anak2 dan suami kurang gemar kuih manis2... aku jugak la kang yg kencing manis.. hahahahaha... adeehhhh.. puding nih teksturnya sgt lembut, lemak2 dan karamelnya sangat gojess...


RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Wednesday, January 19, 2011

Puding Roti Karamel Embun Rosaliza

Selamat petang buat semua.... tengah buat apa tuhhh? arini kiter layan dessert la pulak yer... sejak musim sejuk nih jarang2 buat dessert aka puding2 gini.... yer la kan biasanya klu puding2 nih sedap makan sejuk2... nih versi tak sejuk... dibiarkan pada suhu bilik dan terus ngap ajer... tp suhu bilik pong dah macam duk dlm peti ais... hahaha....

sebenonyer arini sibuk uruskan anak skola... malam tadi kecoh sensei skola dan persatuan ibu bapa tipon mlm2 suh anto dan amik anak2 yg g skola arini... (ackeli skola kat jepon, digalakkan anak2 pergi sendrik ke skola jalan kaki).. mlm td ader kes tikam oleh org yg tak siuman aka pesakit mental la kot.. org tuh masih berkeliaran... tuh yg sibuk suh mak bapak awasi anak2... cemas juga ler kami ni.. yg bagosnyer stail jepun nih, itu jam kes, itu jam diaorg amik tindakan... mudah2an selamat la kitaorg kat sini... lg bape ari jerk lagi nih hah..

berbalik kes puding nih, diberi nama sebegitu oleh adik ipar tuan empunyer resepi... nmpk menarik dan resepinyer pulak mudah, tuh yg aku pong tertarik nak cuba... sedap sedapp.. cume sape tak kuat manis leh kurangkan sukatan susu pekat tuh yer.. ejas la ikut tekak masing2... sendrik mau mkn kan kan... ppon tima kasih kak rosaliza dan juga lina.pg yg berkongsikan resepi nih... kiternyer tak bape cantik la sbb permukaannyer beralun ombak sket.. rasanyer sbb buka api besar...yg setau aku, klu wat puding kukus elok bukak api kecil/sederhana jer utk tekstur yg cantik... wallahua`lam... mak aihhh pjg beno karangan aku arini... hahaa...



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL EMBUN ROSALIZA
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source : lina.pg@teratak mutiara

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Thursday, November 11, 2010

Kek Puding Karamel

cter jalan2 dah abes.... sajer jer nak kongsikan pengalaman gembira yang setengah orang tak dapat. tak mengapa kan kan? jom layan pulak kek sedap nih.... akceli dolu2 aku dah penah try kek resepi kak.yani nih.. .mmg sedap glos! kombinasi puding dan kek mmg kene... arini aku try pelangikan pas tengok kengkawan lain mempelangi.. ade pelangi kek, ada pelangi apam... sonoknyer tengokk.. macam2 versi ada. tima kasih yang berkongsi resepi dan idea. resepi di bawah nih aku ikut resepi kak.yani sbb hasilnya sedang sedang. cukup la utk size kluarga aku.cuma kurangkan sukatan puding telur jer. nak tgk resepi asal klik SINI yer.. lagi satu resepi yang agak banyak dan besar hasilnya leh tengok di blog Anna.Qawina. aku nak simpan juga resepi yang nih utk rujukan akan datang.. tima kasih anna.

another recipe : kek karamel

RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani myresipi.com

Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  • Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Wednesday, August 18, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat



assalamualaikummmm.... alhamdulillah dah 8 hari kiter berpuasa. dan alhamdulillah dapat meneruskan tarawikh dan tadarus cam biasa... cuma arini lepak sket lah! sbb wat urusan pasport darwish tadik. menu makcik bedah arini nasik ayam ngan ayam panggang dan jugak puding karamel nih. air plak lemon tea... meh sape nak join bbuka ngan kitaorang?! tapi nasik bawak sendrik yer! wakakakakaa.... resepi jelin2 dari dapur kak.An yang tengah berpantang tuh! sebenonyer dah penah buat sebelom nih..tp tak cantik sbb gune susu segar. arini alhamdulillah nampaknya sukses cume xde pes coklat jer.. leh tengok puding cantik lain di dapur ijan dan juga kak.ummi. tima kasih wat maklang dan semua penyumbang resepi. SELAMAT BERBUKA!

Bahan-bahan
Bahan:-(A)
  • 1 tin susu cair (Nestle Ideal)
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan (B)
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan (C)
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
  • atau boleh guna 2 sudu besar madu
Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Nih adalah sukatan yang aku buat. Buat setengah adunan dari resepi di atas. Maklom ler rakyat tak ramai pehtu sbb nak mudah skali adun jerk! heee... Guna mangkuk pyrex 5 inci.

Bahan-bahan
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.
Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas
Cara-cara
  • Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.

Tuesday, January 19, 2010

Puding Karamel

sebenonyer nih menu ari apa erk??! alerr tk hingat.... cik sue yg tertanya2 biler menu nih nak muncul kat blog! dh abes br nk n3! kijam kijamm.. ya ampoonn... hehe... sebelom nih dh penah buat resepi neh tp teksturnyer berlobang2! kali nih alhamdulillah succes tadak lobang2 dan hasilnyer lembut jerk cam caramel custard pudding ku sebelom nih... cume manis sket! len kali kene kurangkan gula lah! kali nih aku try kaedah bakar bain-merie@water bath.. mmg menjadik! gamba atas pecah la fullok ms angkat kat pinggan! hahaha... resepi dr my.resipi oleh alia. bleh juga tgk kat dapur HaSue. cantik jerk puding dier... ;)
Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Monday, November 30, 2009

Puding Karamel

tingin pulak nk mkn puding karamel nih! dh lama peram resipi dr dapur kak.zai..suker tgk sbb cantik dan tk berlobang2..tp aku buat lam versi bekas kecit so ader sket lubang2 semut yg kelihatan. ppon rasa dier ttp best! maceh k.zai n feqah resepi asal.

Bahan-bahan
Untuk gula hangus
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
Untuk Puding
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara-cara
  • Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati. Tuang terus ke dalam loyang 8inci dan biarkan sejuk seketika.
  • Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
  • Tuangkan adunan puding ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Kukus 20 minit hingga masak.

Friday, August 28, 2009

Caramel Custard Pudding

nih dessert utk bbuka arini! dh lama teringin nk memuding karamel nih... arini br terlaksana. mudah sesangat nk mmbuatnyer! cume kali nih aku rasa agak berjaya sbb xde lobang sgt mcm sblm nih! tekstur pong lembut! mmg bestt! sukerrr sukerrr yg nih! resepi kali nih aku try dr dapur skyblue@lydia. mekaceh wat tuan empunyer resepi dan tips yg dbagi.

Ingredients (makes 6): - hana wat dpt 4 jerk!

Caramel:
40g sugar
10ml hot water

Custard:
200ml fresh milk
10g sugar - x ltk sbb mcm dh manis jerk!
½ tsp vanilla essence

1 whole egg
2 egg yolks
30g sugar

Methods:
  1. Caramel: Melt sugar in a sauce pan, stir until golden brown. Once it starts bubbling, stir in hot water then remove from heat.
  2. Lightly grease the moulds, then fill each mould with about 1 teaspoon of caramel. Swirl the mould to coat bottom of mould when the caramel is still hot. Set aside for later use.
  3. Custard: Bring together milk and sugar, bring to boil on low heat then stir in vanilla essence. Turn the heat off and set aside for later use.
  4. In a mixing bowl, lightly whisk eggs with sugar. Then pour in milk in stream, whisk rapidly until well blended.
  5. Sift the mixture then fill each mould with mixture, and steam on low heat for 15-20 minutes. If using oven, place moulds in a tray then fill tray with water. Cover moulds with aluminium foil. Bake at preheated oven, 140ºC for 25-30 minutes.
  6. Turn the heat off, let puddings stay in the steamer or oven for further 10 minutes.
  7. Chill before serving.

Tips:

To produce smooth texture custard, the mixture must be sifted to remove bubbles then pour into mould gently.

Thursday, February 19, 2009

Caramel Cheese Pudding

pas borak2 ngan k.as NZ tadik, aku terus memanaskan dapur aku ngan pudding k.yani nih! perghhh! mabelessss glosssss! ekekekekeke... wat sesapa yg suka cheese tuh amat2 la d alu2kan utk mencube resepi nih! btol ah cakap k.yani, kejap2 rasa mcm mkn cheese, kejap2 rasa mcm mkn pudding! hehehehe... mekacih yer kak! bila masuk lam acuan kecik2 dapat banyak jugak adunan nih... ppon sedap lah!! akak, mintak mangap nak kopipes nih! heeeeeeee....

Bahan-bahan
  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-cara
  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

Monday, September 29, 2008

Kek Puding Karamel


wat nih masa jamuan iftar kelmarin... depa pon puji mmg sedap puding nih! dh buat byk kali.. mekacih kat k.yani atas resepi nih.... mmg mabeles!!

Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar- kita kurangkan 400ml
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.