Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Macarons

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kembali setelah hampir sekian lama tak update blog.. musim cuti2 ajer lah yang sempat di update. kalau tak mmg bersarang la jawabnya. nih pon curi2 masa menjaga orang pantang kat rumah nih.... alhamdulillah dua anak bujang ku itu telah selamat dikhatankan.... org lain yang berpantang kita pon kene ikut la juga berpantang.. kesiankan anak2 jd kene la berkorban sedikit masa dan tenaga...

 

sebenarnya dah lama nak mencuba kembali si wak aron nih.... yer manis! tp klu tak manis tak namanya macaron! hehehe...dedulu pestaim buat gepeng! pehtu ada cuba lg skali melekat la pulak! kali nih baru la sukses! alhamdulillah.... tima kasih pada Rahel yang banyak kongsikan petua dan tips yang sangat2 membantu.... rajen Rahel nih mencuba pelbagai resepi macaron. sbb tuh kalau tgk macaron dier  boleh juling bijik mata. lg satu nak kabo kawan kita si cantik jelita Rima mummy Sonia yang duk kota singa tuh... haa yang tuh kira otai macaron! tak ley nak lawan laaaa... dulu2 blajo ngan dier gak sampai kini termimpi2 macaron gepeng! klu dekat dah kene rotan dah tuh... kihkihkih...ok lah! jom tengok resepi... kali nih try resepi kak.yani yang juga pakar buat macaron. tima kasih daun keladi, lenkali nak buat lagi... utk order la pulak.. hihihi.. di bawah nih aku kopipes petua dr Rahel. mohon izin yer rahel.. tQ.. bg beginner dan yang dah bape kali failed tuh wajib la baca! hehehe...


PETUA DAN TIPS MACARON
sumber : Rahel

 *mula-mula dengan bahan kulit macaroon:sebaiknya almond serbuk hendaklah dikisar ter-
  lebih dulu dalam food processor tapi jangan sampai terlebih kisar sebab almond serbuk
  akan berminyak.Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 75g & jika perlu jemur
  dulu kalau agak lembap.

*Gula icing & serbuk koko pun kena ayakkan juga.Kemudian satukan dg almond serbuk.
  Dalam resepi kita disuruh satukan ketiga bahan ni ketika hendak dikisar kan,tapi
  sebaik-baiknya secara berasingan,senang nak sukat balik.

*cakap pasal cara no.2 pd resepi:masukkan putih telur ke dlm mangkuk pengadun,putar
  sehingga berbuih,masukkan gula kaster sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar
  sehingga benar2 mengkilat,jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh,time ni
  kita kena periksa meringue tu,jika di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur
  belum sempurna,sebab kadang2 jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair
  kan..maknanya kena putar lagi hingga benar2 kukuh,jika meringue sudah kukuh takkan
  cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.Pastikan juga putih telur yg kita guna
  adalah putih telur yang segar,jadi senang nak kembang dan mengkilat.

*Setelah meringue siap,masukkan campuran almond serbuk,gula icing,serbuk koko secara
  bertahap (buat 3x),kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.Ambil
  sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh perlahan maknanya dah
  ok la tu.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yg telah dilapik
  non-stick baking paper sebesar 1 inch (jangan guna kertas minyak tau).Time kita paipkan
  adunan ke atas dulang,pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak,
  jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macaroon tidak
  rata/bulat.Jangan lupa jarak kan setiap adunan.Kemudian pegang hujung dulang dan
  hentakkan ke atas meja,lepas tu pusingkan dulang,pegang lagi hujungnya,angkat dan
  hentakkan lagi ke meja,ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon
  dengan cepat & juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon.Setelah itu
  biarkan macaroon kering,jika disentuh dengan jari tidak ada yg basah atau melekat,
  kalau nak cepat kering on kipas.Macaroon akan kering dalam masa 60-90 minit.



*Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering,jadi sabar-sabarlah
  kasi kipas itu macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven yer..

*Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160'C selama 10-15 minit.
  Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api
  atas bawah.Ingat,suhu oven berbeza tau jadi pandai2lah set suhu oven korang yer...
  ok..pastu bakar macaroon selama 5-8 minit,kemudian keluarkan dari oven dan dengan
  pantas pusingkan dulang tadi & bakar lagi macaroon selama 5-8 minit.Tujuannya ialah
  supaya macaroon masak sama rata.Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
  selama 10 minit,kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biar sejuk sepenuhnya
  baru letak inti coklat.

*Adalah sebab macaroon melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana
  macaroon tak masak sempurna,jadi kalau rasa2 macaroon belum masak sempurna
  ketika dibakar selama 5-8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5-8 minit
  ke 10-12 minit.Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon
  pun halus dan mulus...korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

*Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi,bakar macaroon guna api atas sahaja selama
  5-8 minit.Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5-8 minit.

*Untuk menyimpan macaroon memang sangat mudah,sesudah diberi filling,simpanlah
  macaroon di dalam peti sejuk jika belum dihidang.

  

RESEPI MACARONS
resepi oleh : kak.yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila - hana x letak
Inti :  Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling

 Cara-cara:

  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti. 

Wednesday, July 11, 2012

Roti Gula


Salam sejahtera buat semua.... cuba-cuba merajenkan diri utk menghapdate... menu yg agak kerap juga membuatnya utk kudap2an di kala pagi, petang atau malam... kalau ada roti yg hampir expired tuh, jgn membazir... buatkan ajer 'roti kering' nih.. mudah banget utk membuatnya dan boleh disimpan dalam bekas dan dimakan pada bila2 masa.... boleh cicah dgn minuman kegemaran atau dimakan begitu sajer. rasanya semua reti buat kot.. sajer nak jugak tepek resepi kat sini... jika suka lemak berkrim boleh sapukan susu pekat manis.



RESEPI ROTI GULA
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • Roti keping putih gardenia atau apa jua jenama
  • Butter@Marjerin secukupnya - cairkan (utk mudah sapu)
  • Gula kasar secukupnya

Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 180.
  • Alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak/baking paper.
  • Potong roti empat bahagian (supaya mudah utk disimpan). 
  • Susun ke atas loyang pembakar. 
  • Sapu butter@marjerin ke atas roti. Kemudian taburkan gula.
  • Bakar selama 15min atau sehingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.


mudah disimpan dalam bekas dan makan pada bila2 masa. 
juga boleh dijadikan sbg biskut raya.. erk.... ok per..


Wednesday, May 30, 2012

Chocolate Chips Famous Amos Cookies


salam semua.... bersiaran kembali.... sblm tuh nak mintak maap banyak2 sebab skrg nih tak sempat nak bw blog kengkawan.. mana yg sempat jerk aku akan tinggalkan jejak. kadang tuh sempat jengah jerk tp tak sempat tinggalkan komen. kalau ada yg terasa tuh mintak maap yerrr... sori selori..... huhuhu.... apapon nak ucapkan tahniah buat Mas Duniaku yg telah selamat bersalin baby boy... sgt comeyy boleh la wat calon nantu... hihihi


wat kukis nih kes nak melayan karenah anak2 time cuti skola nih... mulut asyik nk mengunyah2 jer... time mama dia tgh rajin bleh la panas2kan oven... time malas ko duk diam2 sudoh la nak yer.. hahahaha.. sedap kukis nih.. rangupp.. setarap dgn si famos amos tuh.. malah lg sedap dan lg jimatttt banyak! puas ati buat sendrik... kan kak.rose kan kan kan... cnp dr dapur kakrose.. maceh mbakyu! dan jugak tima kasih wat nadz dan jugak adik manis tun telani dan penyumbang resepi asal mrnamie. tenkiu banyak2.. aku buat ada yg ter'gepeng' dan ter'geseng'! ppon aku bantai jugak lah! sodap wehh tak sedor dah makan banyak.. hahaaa...


Bahan-bahan ayak:
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko - hana lebihkan 10g
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate - hana ltk 1tsp
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam 
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yg dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Saturday, February 5, 2011

Holiday Oatmeal Cookies



gian mengukis lah pulak.... layan org2 cuti kat rumah nih tuh yang seronok plak buat.... paling best bila hubby kata `wah! cedap nieh! mana cukop buat segini...` haaaa tuh dier penangan biskut nih... jarang2 my hubby akan puji melambung apa yg aku masak... bila dier ckp sedap, mmg sedap la tuh! akceli aku gune brown sugar yg tak berapa nak brown... klu buh serbuk koko maybe lg cantik kalernya.... akceli dah lama bookmark resepi kak.ayu SG nih... smlm nampak mamahawa buat rasa makin teruja la pulak... mmg best la kak.yu! tima kasih daun keladi, lenkali nak buat lagi... hihihi... kita nak cnp yang melayu jer yer kak.yu..timakasih.. eh! kalau oat dah jadi biskut leh kategori menu diet lg ker??



RESEPI HOLIDAY OATMEAL COOKIES
source : kak.ayu@curlybabessatisfaction

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan tepung serba guna @ tepung gandum
  • 1 sudu kecil bicabonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan mentega yang lembut
  • 3/4 cawan gula perang-warna coklat
  • 1/2 cawan gula pasir - hana kurangkan sedikit
  • 1 biji telur besar
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 3 cawan oat mentah
  • 1 cawan kismis-(Ayu tak letak ini) - hana pun x letak
  • 1 cawan semisweet chocolate chips
Cara-cara
  1. Panaskan oven 350darjah farenheight. Satukan tepung, bicarbonate soda dan garam.
  2. Dalam mixer, menggunakan medium speed, pukul mentega dan gula perang & gula pasir hingga kembang.Masukkan telur dan vanilla essence. Perlahankan kelajuan masukkan tepung yang telah dicampur tadi dan gaul hingga sekata saja. Dengan menggunakan sudu , masukkan oats, kismis dan chocolate chips.
  3. Cekup dan aturkan adunan dengan menggunakan sudu besar, jarak 2 inci dari masing2 diatas kertas kek yang tak payah disapu mentega. Bakar biskut selama 13-15 minit atau sehingga atasnya keperengan. Alihkan biskut keatas wire racks untuk sejuk. Ulangi sehingga doh habis. Masukkan biskut dalam botol/bekas yang ketat dan boleh bertahan 1 minggu disuhu bilik atau 3 bulan kalau dalam freezer.

Friday, February 4, 2011

Strawberry Jam Cookies


ada sape nak join biskut raya? org lain yg raya, kita plak sibuk2... hihihi.... akceli sajer nak makan2 biskut sebab tgk resepi nih senang gler membuatnyer.... jem pulak mmg sengaja aku nak abeskan... nak clear stok dah nih....... mcm2 nak clear... tp macam boleh dbuat stok untuk setahun lagik! punyer la banyak rete karun kat esbok aku tuh... hahaha.... wat satu adunan tak cukop la pullokkkk... ms mmula tak dpt nak agak kebesarannya..igtkan dah cukop cumil.. bile masak dier jd kembang sket wpon tanpa bahan penaik baking powder atau telur... lenkali nak buat kecik2 lagik... tp mmg sedappp biskut nih! bleh wat sekut raya utk raya2 akan datang... (hmmmm... tak cayer tak cayer..sbb nk order kedai ajer lepas nih! hahaha).... ppon thanx wendyy for the simple recipe... resepi asal Apricot Sesame Cookies.. tp bak kata wendy, sbb nak salut bijan agak leceh dan mengambil masa, tuh yg aku tak buat... dan ader satu lagi resepi yang rupa dier seakan sama yg dah lama aku bookmark dari blog kak.rinnchan.. Bright Eyed Susan.. nak cnp sini utk rujukan aku akan datang...


aku gunakan belakang sudu kecil sukatan utk membuat lubang isi jam
RESEPI STRAWBERRY JAM COOKIES
resepi asal : wendyy@tablefor2ormore
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 50g gula custor
  • 170g tepung gandum
  • Jam strawberry secukupnyer - jika jam warna pucat tambahkan sedikit pewarna merah
Cara-cara
  • Pukul butter dan gula hingga ringan dan kembang.
  • Ayak tepung dan masukkan. Uli hingga menjadi doh.
  • Bulat2kan kecil anggaran sebiji limau calamansi. Leperkan sedikit dan tekan tengah utk membuat lubang. (hana guna belakang sudu mangkuk kecil). Masukkan jem.
  • Panaskan oven suhu 180. bakar selama 12min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.

RESEPI BRIGHT EYED SUSAN
source : kak.rinchann@fotopages

Bahan-bahan
  • 260gm tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • Secubit garam
  • 250gm butter
  • 125gm gula castor
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
HIASAN:
  • 1 biji putih telur
  • Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang
  • Jem strawberry secukupnya
Cara-cara
  • Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  • Pukul butter dan gula hingga sebati.
  • Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
  • Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
  • Sukat adunan sebanyak 1/2 tbs dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut.
  • Menggunakan hujung jari tekan tengah2 biskut untuk membentuk lubang.
  • Celup permukaan atas biskut dalam puith telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.
  • Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min. Keluarkan sebentar dan paipkan jem di tengah2 lubang.
  • ( **Pada masa ini kalau lubang tak kelihatan, boleh tekan lagi sekali krn biskut masih lembut.) Bakar kembali selama 10min. Biarkan sejuk sebelum dimasuk ke dalam balang kedap udara.
  • *Nota : Kalau nak bubuh jem siap-siap dan terus bakar 20min-25min pun boleh jugak kot. Cubalah..

Wednesday, December 15, 2010

Biskut Koko Rangup

sejuk2 nih kan makan apa2 jerk semua laku... kan kan.... wat biskut nih padahal 3 adunan dr resepi asal kejap ajer hampir licin... sebenarnya dah penah buat biskut nih dulu... rasanya dah dua kali kot masuk nih tiga kali doh... mmg sedap! cume tang crumble tuh jerk yg leceh makan bersepah2... terpakse la makcik amik obertaim jadi majlis perbandaran pungut `sampah2` berterabur... tau2 ajer la klu budak2 yg makan.... skrg nih resepi2 lama terpakse aku delete disebabkan kegedabakkan gambar yg melampau.. maklum ler dulu pengor tak gheti resize2 gambo.. haha.... jadi mintak maap klu ader sapa2 yg wat link lama tetiba `page not found` maknanya aku dah delete la tuh.. hehe

RESEPI BISKUT KOKO RANGUP
by : kak.yani myresipi
olah 3 adunan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (size loyang 20x20cm)
  • 150g mentega tanpa garam- hana gune butter biasa je
  • *210g tepung
  • *40g serbuk koko
  • *120g gula perang
  • *1/2 sk serbuk kulit kayu manis
  • *1/2 sk baking powder
  • *1/4 sk garam @ secubit
Cara-cara
  1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper.
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul seperti breadcrumbs.
  3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
  4. Bakar selama 25-30 minit.
  5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Tuesday, September 21, 2010

Snow Almond

salam semua... arini aku nak kongsikan resepi biskut my mom yg tiap2 taun mendapat tempahan paling tinggi time raya. biskut ni jugak yg selalunyer menjadik peberet anak2 dan cucu2 mak.. termasuklah menantu2nya.. haha..akceli nih mak aku yg buat. maklom la anak kesayangan.. dapat 6 balang jenis biskut raya! sonang ati si anak... kikikiki... maceh mak, maceh nenek! takyah mintak, biskut dah abess.. hahaha... sebenarnya biskut nih di salut menggunakan breadcrumbs sebagai `snow` tapi mak saje tukar ngan nestum. pastinya lagi sodapp...

Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs
Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, September 14, 2010

Macaronku yang gepeng! kahkahkahkah...

ini adalah percubaan macaron aku yg kali kedua.. yang pertama dulu ancuss masok ciktong! berkedut berjuta urat! wakakakaka.. kali nih gepeng pulakk! tapi hampir2 sukses cume lenkali kene ejas kegedabakkannya agar kecomelannya terserlah seperti macaron yang sedia maklom.. adehhhhh... nanti klu ade baki2 putih telur aku try lagik sampai jadik! leh nyanyi lagu si rim Micheal Bubble tuh gak.. hahahahaa.... ko tunggu rimm... nanti aku bikin sukses lagi yaa! hahahahaa.... sebenonyer banyak pantang larang nak wat mende alah nih.. tp aku nih jenis tk menyabo jugak! main hentam jerk.. terimalah kenyataan ke`gepeng`annya itew...kahkahkahkah.. thanx rim@rima resepinya. dah la gepeng! ada ati pulak nak tayang gambo byk2.. muahahahaa.. resepi tengok kat blog rima yer... nnti aku update balik! nak buka dah nih....

another recipe: Chocolate Macarons
RESEPI FRENCH MACARONS
Bahan-bahan

  • 80g putih telur - suhu bilik (asingkan before 24-48jam)
  • 65g gula kastor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula aising
  • 1/2 sk jus lemon
  • serbuk pewarna - hana buh merah+coklat *klu coklat ajer,macaron nmpk pucat bila dh msk
Filling Chocolate Ganache - hana gune filling peanut butter je..mls nk godeh2
  • 100g dark chocolate
  • 50g whipping cream

Thursday, August 26, 2010

Biskut Irish

Salam semua... aku nih kan sebenonyer dah malas nak mengukis.. tapi kan... biler tengok kengkawan tgh sibok2 mengukis, haiizzz luluh juga iman aku! tapi nih wat setengah adunan jerk.. wat ilang kempunan kot! hahahahaa.... sedap sedapp.. erk...... :D .. leh tengok versi kak.ummi dan juga Ika. resepi asal dari matgebu yg glemer iteww yg di ambil dr fp maklang! maceh semuaaa...

Bahan-bahan
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) - samolah den
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi - xde. ganti tpg jagung 70g lebihkan gandum 30g
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan - hana campur pewarna kuning sket
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, August 17, 2010

Biskut Green Lace

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin... hahahaha.. sebenonyer nak wat sekut lain, tp jd sekut lain la pullakkk.. ajaib btol la! wat utk kudap2an.. xde maknanyer lah klu nk wat raya! tk sampai satu ari dah abes... camne??! sendrik pikiak la.. haha... resepi jelin2 kat dapor cekgu Nina@SL yg tak dekut ilmu tuh. bagos cekgu neh! aku skodeng umah dier pagi2 buta pong, dier idang aku air ngan cekelat! mujur tak kene alau.. bagoss bagoss..nnti aku terjah lagik! muekekeke .. tp cam biasa la klu anak murid yg buat, tak cantik cam cekgu punyer! aku rasa kurang tepung n kurang ijo sbb aku tk buh pewarna ijo. ppon abes jugakkkk.. maceh cekgu! ai lap u... slamat ari raya! hahahaa...

Bahan-bahan
Bahan A
  • 120 g mentega
  • 20 g shortening/lemak sayur
  • 80 g gula kastor
  • 1 camca teh padan paste
  • perwarna hijau
  • 1 biji kuning telur
Bahan B
  • 140 g tepung gandum - Tambah tepung lagi jika adunan lembik
  • 30 g tepung sagu - tukar kepada tepung jagung
  • 1/4 camca teh baking powder - tak letak
  • 1/4 camca teh garam - tak letak
  • 30 g biskut marie yang dikisar halus
  • 20 g serbuk kacang hazelnut/gajus
Bahan C
  • Coklat putih - cairkan guna double boiler
  • Manik gula
Cara Membuatnya:
  • Pukul bahan A hingga berkrim. masukkan kuning telur. Kemudian masuk bahan B. Uli hingga menjadi doh.
  • Canai doh setebal 1/2 cm. terap menggunakan acuan kegemaran dan susun di atas dulang pembakar.
  • Bakar suhu 160'c selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan atas redai kuih.
  • kemudian drizzle dengan coklat putih dan tabur manik di atasnya.

Friday, August 13, 2010

Peanut Butter Choc Chips Cookies

rayaaa..rayaaaaa... muahahahaa.. buang tebiat ker baru 3 hari pose! wat kudap2an anak2... laju jerk nengok diorg makan. sedap la gamaknyer tuh! campur ngan peanut butter crunchy yg ader kacang tuh. xtra sedap la gaknyer.... resepi dari ein@checkie yang baru berjinak2 lam bisnes. moga maju jaya ein! thanx er resepinyer. korang leh cube wat sekut raya nih... hihihi... note dr Ein: `biskut ini mampat..makan 1 pun dah rasa kenyang`... ishhh tak cukup ein ngan perot aku yg mcm gajah nih! wakakakakaa... *spekulasi reben daun pandan! hahaha..tak patut tak patutt...

another recipe: Peanut Butter Cookies

Bahan-bahan
  • 125g pure butter
  • 4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
  • 60g gula caster
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
  • secubit garam*
  • 1 biji telur(L)
  • esen vanilla
  • chocolate chips-ikut suka byk mana
pinjam keyboard darwish jap! hahaa
Cara-cara
  • panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
  • satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
  • masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
  • masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
  • simpan sekejap dlm peti sejuk.
  • bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
  • bakar 20-25min(sehingga perang)
  • sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.

Sunday, July 11, 2010

Walnut Chocolate Chips with Almond Cookies

salam di hari minggu... jalan2 mana tuu?! makan kenduri er? nih projek tgh boring gler tunggu hubby abes meeting! dapat gak ngunyah2 sambil nengok tv! rasanya sana sini pong owang dah sibuk wat sekut raya utk promosi n testing kan kan?! wpon ramadhan mubarak lom sampai lagik! hihihi... klu dekat leh gak aku order! tak susyah2 aku nak panaskan oven! hahaha... resepi aku amik dari dapur yattmaria! maceh yatt! klu tenung lama2, mmg tak berapa nak sama ngan tokey resepi lorr! klu nak tenung, tenung yg yatt punyer lah! kompom korang selera... kekekekeke. resepi asal dari all.recipes-taste of home!

Ingredients
  • 1/2 cup butter or margarine, softened
  • 1/2 cup packed dark brown sugar
  • 1/3 cup sugar
  • 1 egg
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 1/8 cups all-purpose flour - hana tmbh sket tpg lg
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 1 cup milk chocolate chips - x cukup campur choc-rice
  • 1 cup sliced almonds - pong x cukup :D
  • 1/2 c finely chopped walnut
Directions
  • In a mixing bowl, cream butter and sugars. Beat in egg and vanilla. Combine flour, salt and baking soda; gradually add to the creamed mixture. Stir in chocolate chips,almonds and walnuts. Drop 1 rounded teaspoon dough , 2 in. apart on greased baking sheets. Bake at 375 degrees F for 9-11 minutes until edges are firm. Leave cookies to cool 1 minute on the sheets.Remove to wire racks to cool completely.

Tuesday, June 22, 2010

Chocolate Oatmeal Cookies

nih pong request en.hubby sambil2 tengok bola... tak sampai bape minit dah abes! maklom la ade 4 tekak! resepi amik dari sini. izahdaut pong dh try buat! aku campur oat ngan nestum sbb tak cukup sukatan! pehtu tambah tepung jagung bagi rangup! (tips dr rancangan tv!) sedapp! Jom buat! mlm nih leh teman hubby masing2 tgk bola.. aku?? aku tak minat bola.. tengok buku resepi lg bagus! kekekeke....

Bahan-bahan
  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.