Showing posts with label roll cake. Show all posts
Showing posts with label roll cake. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Swissroll with Creamcheese Filling

rasanya ini adalah acara baking ku yang terakhir kot....... before en.oben nak masuk kontena... esok nak kene siap packing semua barang2 coz 16hb nak serah list kotak2 and 18hb nih nak berlayar.... barang2 berlayar dulu..tuan kendian.. hihihi..... and akceli weken yang lepas aku menerima kunjungan tetamu yang bermalam kat rumah nih.. tuh yang sebok sket layan tetamu dan tak sempat nak update blog...... malam tadi pulak sibuk watkan goodies and presents utk kengkawan skola Danish... 16hb nih merupakan hari terkahir Danish di skola... sedeynyer rasa dah sampai hari penghujung...... harap2 nanti boleh bawa diri di skola yang baru..... k lah! jom tengok resepi... kali nih buh filling creamcheese... sebelum2 nih pong penah gak buat filling cheese nih.... bg aku dan anak2 tak kesah cream apa pon sbb keknyer sedapp... hehe.. idea strip from DG.. tp silap pulak letak inti kat blah bawah... haha....

RESEPI SWISSROLL WITH CREAMCHEESE FILLING
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 27 x 27cm)
Bahan Kek
  • 3 biji telur (size M)
  • 50g gula
  • 60g tepung gandum - ayak
  • 1sk esen vanila (optional)
Filling
  • 150g cream cheese
  • 150g whipping cream
  • 30g gula
  • 1sk lemon jus
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul telur dan juga esen vanilla hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung. Kaup balikkan hingga sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak perisa strawbery@strawbery emulco. dan satu bahagian biarkan plain.
  • Alas loyang dengan baking sheet@kertas minyak. Masukkan adunan ke dalam piping bag, dan picitkan secara berselang seli di atas loyang. (buat secara melintang)
  • Bakar selama 10-15min. Sejukkan.
  • Untuk membuat filling - Satukan semua bahan dan putar hingga jadi bentuk krim. Sapukan filling ke atas kek, kemudian gulung dengan kemas. Hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

nih projek malam tadi utk kengkawan dan sensei Danish.
sila abaikan kotak2 yang byk dibelakang itu..hihi

Tuesday, December 7, 2010

Strawberry Roll Cake

nih nak sambung cter rollcake yg aku buat semalam.... nih ler satu lg adunan yg aku bagi dua tuh... akceli budak2 nih kalau ader buah2 kat kek mmg diorg tak sentuh... tuh yang buatkan perisa coffee tuh.. tuh pong buh ala kadar jerk asal ader rasa kopi sket dah cukup..maklum la kafein utk budak2 kan tak bape bagos... yg tuh diorg dah bedal dulu ptg semalam.. yang nih mmg sengaja tunggu hubby balik viva baru bedal berdua.. awww..lomantik gtu! muahahahaha... alhamdulillah tima kasih yang mendoakan hubby semalam... vivanya berjaya.... syukur alhamdulillah... resepi masih yang sama seperti SINI cuma filling aku buat plain.. tp kalau nak tambah perisa stoberi atau perisa2 lain dipersilakan.... aku bagi basic jer..

RESEPI STRAWBERRY ROLL CAKE
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 27 x 27cm)
  • 3 biji telur (size M)
  • 60g gula
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 1sk esen vanila (optional)
Filling
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul telur dan juga esen vanila hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung. Kaup balikkan hingga sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10-15min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  • Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. kemudian masukkan puree strawberry dan kacau sebati. Sapukan filling ke atas kek, kemudian kelar sedikit tanpa putus agar mudah untuk menggulung, taburkan buah strawberry yang telah dipotong2.. kemudian gulung dengan kemas. Hiaskan ikut suka. (hana hiaskan dengan buah stoberi, lebihan filling, parutan coklat putih dan gula aising utk tabur mcm snow..tp ilang suda asyik klik2 jer! :D)

Monday, December 6, 2010

Coffee Roll Cake

Firstly, nak ucap gud luck for my hubby yang arini merupakan detik viva final! gud luck sayang... mudah2an dipermudahkan urusan dan dapat menjawab soalan dengan baik.. kami sentiasa doakan yang terbaik buatmu.... alkisah, tersebut la cerita kek gulungku yg dah lamaaa beno tak membuatnya.. selalu mmg failed bab gulung.. kali nih elok pulak dier tak pecah cam yg sebelom2 nih... disebabkan loyang aku kecik, terpakse bahagi dua adunan tuh... jd tak tebal mana.. tp boley la..*ayat sedapkan ati..haha... lagipon anak2 mintak yg jenis nih.. yg lg satu pesen, lepas2 nih baru aku tayang yer! hehehe.... resepi dari my buku masak2 dalam bahasa jepun... nampak mudah dan dah tentunya sedapp!

RESEPI COFFEE ROLL CAKE
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 27 x 27cm)
  • 3 biji telur (size M)
  • 60g gula
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 1sk esen vanila (optional)
Filling

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul telur dan juga esen vanila hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu.
  • Masukkan tepung. Kaup balikkan hingga sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10-15min. Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
  • Untuk membuat filling - Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. kemudian masukkan pes coffee dan kacau sebati. Sapukan filling ke atas kek, kemudian kelar sedikit tanpa putus agar mudah untuk menggulung kemudian gulung dengan kemas. Hiaskan ikut suka.

Sunday, December 20, 2009

Kek Lapis Batik

wahhh! mesti korang igt kek lapis cam kek sarawak tuh! hihihi... sebenonyer kes tk gheti nk menggulung roll cake batik nih lah akhirnya jd kek lapis batik! kekekeke... suka2 aku jerk kan! kehkehkehkeh... sebenonyer penah gak sebelum nih terjadi tragedi cenggini.. kaber line la kunun! bila dh jd gini jd ler lawo gtu! ahaks! perasan! dh tk gheti tuh ckp jerk la tk gheti! kehkehkeh... ikut nasib juga, kdg ok jerk aku gulung! yg nih maybe aku gune loyang kicit kot dan kek jd tebal...agaknyerlah! ppon dah selamat masuk lam perot kitaorg yg tgh kelaparan sejok2 nih! hehe... sedap taww! thanx to bro rozzan atas resepi yg asalnya kek gulung batik. thanx ya bro! mintak halal resepinyer dikongsikan di sini. kengkawan lain leh tengok hasil gulungan dr bro rozzan d blognyer yer!step by step nih utk memenuhi permintaan adik saper erk aritu yg mintak tunjukkan cara memarblekan shortbread! mintak maap lupa namanya... sama jerk stepnyer jika ingin memarblekan jenis2 yg lain samada kek atau cookies.

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur gred A
  • 4 oz gula castor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalet
  • 3 oz tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 4 oz mentega (dicairkan)
  • sedikit coklat emulco
  • jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)
Cara-cara
1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).

2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.

4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.

NOTE: utk melapiskannya, potong dua kek..kemudian sapukan nuttella atau jem pd salah satu bahagian. dan letak potongan kek yg kedua di atasnya dengan kemas. potong ikut suka. dan hidangkan.

Thursday, June 18, 2009

Pandan Roll Cake

projek time boring2... aku suka baca buku masakan! wpon nihongo wakaranai tp bila tgk gambo step by step rasa teruja nk mencube! tuh pon btuah sbb my laling baik ati nk tulun! hihihi... k la! malas nk bebel pnjng2! opsss sowi yer! kek udah abih dlantok smlm leh anak2 aku n kengkawan dier.. resepi dr buku masakan jepung! asalnyer nak cube resepi yg sini, last minute tuko arah plak! hahahahaha...

Bahan Utk Kek - Loyang 30cm x 40cm
  • 90g tepung gandum
  • 120g gula - hana kurangkan skit
  • 4 biji telur size M
  • 25g butter - cairkan
  • 2 sudu susu segar
  • 1 sudu kecil pandan emulco
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan oven paper.
  • Ayak tepung dahulu dan ketepikan.
  • Cairkan butter dan juga susu. matikan api. masukkan pandan paste dan kacau sebati. sejukkan.
  • Pukul telur dan juga gula sehingga putih dan gebu. *teknik nih paling penting.
  • Masukkan tepung. Kacau sebati menggunakan spatula.
  • Masukkan campuran butter,susu dan paste pandan tadi. jgn over mix yer!
  • Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 12-15minit.
Bahan Utk Krim
  • 100g cream cheese
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 20g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-cara
  • Pukul semua bhn hingga jd bentuk krim.
  • Bila kek dah sejuk, sapukan krim ke atas kek dan gulung kemas2.
  • Sejukkan lam peti ais sblm dpotong.

Sunday, January 11, 2009

Chocolate Roll Cake

sebenonyer loyang swiss roll tuh lum penah guna lagik! sbb tk muat lerr nk masuk my oven yg comel lote tuh! huhuhuuu... buat nih gune loyang 4 segi yg biasa, tapi adunan kene bahagi dua, n bakar 2 kali la...tuh pasal gulungnyer tak banyak.... tapi sbb nk makan sangat, bantai jerk la! muahahahahaaa... teringin pas makan kat umah ros tempohari.. resepi dr k.yani. tQ kak!

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • >>krim
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar lemon jus
Cara-cara
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  7. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.