Sunday, January 11, 2009

Chocolate Roll Cake

sebenonyer loyang swiss roll tuh lum penah guna lagik! sbb tk muat lerr nk masuk my oven yg comel lote tuh! huhuhuuu... buat nih gune loyang 4 segi yg biasa, tapi adunan kene bahagi dua, n bakar 2 kali la...tuh pasal gulungnyer tak banyak.... tapi sbb nk makan sangat, bantai jerk la! muahahahahaaa... teringin pas makan kat umah ros tempohari.. resepi dr k.yani. tQ kak!

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 35g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • >>krim
  • 125g cream cheese
  • 150g fresh cream/ whipping cream
  • 30g gula halus
  • 1 sudu besar lemon jus
Cara-cara
  1. Alaskan oven plate dengan baking paper. Asingkan kuning dan putih telur. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Panaskan oven sehingga 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul. Pukul sehingga kembang/bertanduk.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Kacau dengan spatula. Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
  5. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
  6. Sementara itu sediakan krimnya. Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut. Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus. Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
  7. Sapukkan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

5 comments:

  1. gulung tak banyak tapi still nampak cantik le hana...
    balik jalan2 sempat lagik masak2?

    ReplyDelete
  2. ari ahad mmg pree tk g mana... danish plak rajin nk nolong.. best ar mmg dh lama teringin nk wat sendrik n nk makan! hehehehehe....

    ReplyDelete
  3. nampak macam yang dijual kat bakeri je. cayalah, hana mmg PRO.

    ReplyDelete
  4. to kakchik..
    1st time wat swiss roll ni kak.. tQ tQ tQ! heeeee...

    to Azita..
    kita pon dh lama thn godaan bila mem2 buat! kali ni tk leh jadik...nk buat jugak! heeeeee.....

    ReplyDelete