Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Salad Gulung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... akceli arini tadak mood nak masak2.... masak simple mimple jerk... janji anak2 and my hubby kenyang.... salah satunyer menu salad telur gulung nih.... mmg sonang gler ah! danish pong tulun buat... tapi tak tulun makan! haha.. tima kasih makcik izah atas resepinyer... resepi di adaptasi dari rancangan tv AFC. makcik mimiey pong da try.. meh amik segulung! mmg sedap curah sos thousand island banyak2... sajer sukersuker buh gambo banyak2 lepas nih maybe aku dah jarang2 masak kOt! (leh cayer ker? haha)... akceli blender aku rosak!! huh! dsebabkan lagi bape bulan nak balik, tak koser la pakcik tuh nak blikan lg yg baru... sob sob sob......
RESEPI SALAD GULUNG
sumber: Izah Muffin

Bahan-bahan

Untuk kulit dadar
  • 2 biji telur-dikocok
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar air
  • hana tambah secubit garam dan lada sulah
Cara-cara
  • Bancuh tepung dengan air. Masukkan ke dalam telur yang dikocok dan gaul sebati. Goreng nipis hingga masak. Fungsi tepung jagung: telur dadar tidak akan koyak bila digulung.

Bahan salad
  • daun salad
  • sosej di bakar/rebus
  • timun jepun
  • carrot
  • sos thousand island
  • tomato
  • crabstick & capsicum - yang nih hana tambah
Semuanya dibersihkan dan dipotong memanjang. Letakkan ditengah2 dadar tadi dan gulungkan. Potong dan hidangkan.

Friday, December 24, 2010

Salad Telur

salam jumaat buat semua pengunjung hanamemories.. semalam ader urusan sket tuh pasal dapur tutup kejap... tima kasih pada yang setia dan tak jemu2 singgah sini... yg amik resepi tuh, dihalalkan semua resepi2... sememangnya resepi utk dikongsi bersama.. nih menu kalau dah xde idea aka tak sempat aka malas! haha..... rasanya semua orang tau buat la kan... ratah cenggitu ajer pong sodapp...akceli esok jepon stat cuti skola selama seminggu.. selamat bercuti dan epi krismas buat kengkawan yg meraikannya...

RESEPI SALAD TELUR
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Telur
  • Daun salad
  • Timun dan Tomato
  • Sos Cili @ Tomato
  • Mayonis
Cara-cara
  • Rebus telur kemudian kopek kulit dan belah 2@4. (untuk dptkan kuning telur seperti dlm gamba, rebus 10min sahaja). Jika rebus lama, telur semakin keras dan hitam keliling kuning.
  • Susun salad, hirisan timun, tomato dan telur.
  • Tuang sos cili dan mayonis. Hidangkan.

Friday, November 26, 2010

Garlic Chicken and Avacado Salad

arini layan menu versi diet... (erkk..dikatakan avocado bukanlah versi diet! kikiki) yer la kan.. memikirkan lemak semalam sedang bermesyuarat nak melekat kat bahagian mana, kita bg ler peluang dulu kat lemak2 tuh yer.. (gelak gulin2 baca komen 1malaysianpoll aka izahdaut).. kekekeke... cam best jerk arini lom jumpa nasik... kenyang jugak makan salad ajer.. yang pastinya enak gtu! resepi skodeng dari SINI. thanx to kimba for sharing..

RESEPI GARLIC CHICKEN and AVACADO SALAD
Source : Kimba`s Kitchen

Bahan-bahan
  • 4 keping dada@peha ayam
  • 2 tbs bawang putih cincang
  • Garam dan pepper
  • Minyak zaitun
  • 2 biji avacado - keluarkan isi dan potong dadu
  • Daun salad rockets - xde stok
  • Daun ketumbar
  • Tomato cherry
  • Lada capsicum
  • Bawang besar purple - hana add
  • 100g kepingan badam panggang - hana tuko gajus
  • 2 tbsp italian salad dressing @ dressing kegemaran
  • 2 tbsp aoili/garlic mayonis - hana guna mayonis biasa je
  • 1 tps curry powder
  • virgin olive oil or lemon juice - optional
Cara-cara
  • Lumur ayam dengan garam, pepper dan jugak bawang putih. Panaskan minyak zaitun. (bleh msk gune frying pan atau grill pan). Bakar/panggang hingga ayam masak kemudian hiris nipis. *Jika ader let over ayam panggang leh gunakan.
  • Dalam mangkuk, satukan daun salad, tomato, capcicum, bawang dan salad dressing. Gaul.
  • Mangkuk lain, satukan pula ovacado, mayonis dan juga serbuk kari. Gaul mesra.
  • Untuk hidangan, letakkan campuran salad ke atas pinggan, kemudian avacado, hirisan ayam dan hiaskan dengan daun ketumbar dan juga almond@gajus panggang. Jika suka bleh buh minyak zaitun atau lemon juice. Sedia dihidang.

Wednesday, August 11, 2010

Yogurt Fruits

Salam di hari pertama Ramadhan.... Ahlan ya ramadhannn... mudah2an kiter sama2 banyakkan amalan di bulan mulia nih... nih menu semalam.. tak sempat nak post. yang bawah sinun another resepi jika korang nak cube. leh wat pencuci mulut pas buka macam2 tuh! hihi...

RESEPI YOGURT FRUITS
Bahan-bahan
  • Campuran buah2an pilihan - strawbery, blueberry, nenas, mangga etc - hana gune tembikai je
  • 1 cawan yogurt plain - yogurt Greek yg sedap
  • 1/3 tbsp lemon jus
  • 2 tbsp gula@madu
  • Daun pudina - hiasan
Cara-cara
  • Campurkan yogurt dan lemon jus. Ketepikan
  • Campuran buah2an satukan ke dalam mangkuk dan gaul dengan gula@madu.
  • Jika suka hiriskan daun pudina sedikit. Masukkan ke dalam bekas.
  • Tuangkan yogurt tadi dan hiaskan dengan daun pudina.

RESEPI FRUIT YOGURT PARFAIT
Bahan-bahan
  • Campuran buah2an- strawberry, blueberry, nenas, mangga etc
  • 1 cawan yogurt plain
  • 1/3 cawan jus oren
  • 1 tbsp parutan kulit oren
  • 2 sudu besar honey
  • Cereal
  • Daun pudina
Cara-cara
  • Campurkan buah2an campuran dengan honey. Masukkan 2helai daun pudina yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, campurkan yogurt, jus dan juga kulit parutan oren. Gaul.
  • Curahkan ke atas buah2an tadi. Jika suka bleh layerkan. Akhir sekali buh cereal.
  • Hiaskan dengan daun pudina.

Saturday, July 24, 2010

Cheddar Broccoli Salad

arini masak sempoi jer... jadilah kan... asal kenyang... alhamdulillahh.. sedap salad nih! cume utk sukatan tuh aku main agak2 jer sbb wat sket.... tima kasih wat k.jun JC atas resepinyer. cnp yer kak! macehhh....

Bahan-bahan

  • 6 cawan broccoli florets
  • carrot - potong kecil - yg nih rasanya k.jun luper taip
  • 1-1/2 cawan parutan keju cheddar
  • 1/3 cawan bawang merah cincang - hana gune bwg besar
  • 1-1/2 cawan mayonaise
  • 3/4 cawan gula
  • 3 sudu besar cider vinegar atau apple vinegar atau regular vinegar atau lime/lemon juice
Cara-cara
  • Kukus separuh masak broccoli kemudian ketepikan/sejukkan (kalu suka mentah tk yah kukus le ia) - hana rebus jer skali ngan carrot
  • Kemudian masukkan brokoli, carrot, bawang cincang dan 1 cawan keju cheddar dlm mangkuk besar gaul rata.
  • Dlm mangkuk asing campurkan mayonis, gula dan cuka. kacau rata & smoooth. Curahkan sos ke atas broccoli gaul rata dan taburkan lebihan keju cheddar diatasnya rata2.
  • Bole terus di mkn atau simpan dlm fridge & keluarkan bila dah sedia utk dihidang.Enjoy.

Thursday, July 15, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce

Salam semua... arini dah 3 Syaaban kan! rasanya ramai yang berpuasa. Selamat Berpuasa!!! arini nak kongsikan resepi ikan bilis yang sangattt sedap! krup krap krup krap gtu! ratah cenggitu pong nikmat! tima kasih wat chikmimi, ALongRoz dan jugak K.Jun! resepi asal dari Amy Beh.

Bahan-bahan
  • 250g ikan bilis kopek
  • 1 cawan tepung ubi - hana gune tpg katakuriko
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 4 batang cili kering - potong
  • 6 biji cili padi - ketuk - hana x ltk
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji lemon - perah ambil jus
  • 3 tbsp madu
  • 2 tbsp air - tak letak
  • 1 tbsp sos ikan
  • Kacang gajus panggang - hana tambah kcg tanah
  • bijan
  • daun kari
Cara-cara
  • Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.
  • Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.

Friday, July 2, 2010

Somtam

Bestnyer dah ari jumaat... alhamdulilllah... lagi dua hari laling aku baliK! yuhuuuu.... tadi baru cit cat kata conference berjalan lancar... alhamdulillah dah selesai tugas abg.. sejak2 laling aku xde nih, aku masak sempoi2 jerk! ala2 diet la gtu kan! sebenonyer kuarkan mangga nak wat lassi. tapi kok atos bangett! (atos-keras).. tak jd la..tuh yg jadi kerabu somtam nih... tingat kelmarin linn dah jolok papaya dier yg tinggiii tuh! waduhhhh! kan best klu papaya tuh dicampak ke jepong sebijik! hahahaa... aku buat nih berdasarkan bahan2 apa yg ada jerk kat esbok! Jom makan..... puas menggoogle! jumpa resepi yang macam2 pesen! last2 jatuh cinta ngan yang nih...tengok sini yer! tima kasih tuan empunyer resepi.

Bahan-bahan
  • 1 biji betik mengkal - sagat panjang
  • 2 biji mangga muda - sagat panjang
  • 4-5 kacang panjang - potong2
  • Kangkung@daun ketumbar
  • 1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
  • 5 sb kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 5 atau lebih cili merah dan cili padi
  • 2 sb gula
  • 3 sb sos ikan
  • 5 biji limau kasturi - perah ambil jus
Cara-cara
  • Tumbuk udang kering dan juga cili. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan limau. Kacau sebati. Keluarkan.
  • Tumbuk pula kacang. Tumbuk kasar.
  • Gesek2kan kacang panjang dengan anak lesung agar pecah sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan dengan sebati. Jika tak cukup masin, masukkan lagi sos ikan. Tak perlu masukkan garam sbb sos ikan dan masin. Seimbangkan rasa masam, pedas dan manis sedikit.
  • Masukkan kangkung@daun ketumbar. Kangkung tk perlu celur. makan mentah. Gaul. (hana tambah tomato ceri, kubis sagat dan timun hiris sbb tak cukup bahan)
  • Hidangkan di atas pinggan dan taburkan lagi dengan kacang tumbuk dan juga udang kering jika suka.

Thursday, July 1, 2010

Bendi Celur dan Sambal Belacan

masak sempoi jerk! dah lama tak `membelacan` kat lesung batu cam kekok plak! hahaaa... nih sambal belacan yang biasa aku buat ikut style my MIL. sedap woooo... n3 sebelum nih ada cter pasal sejarah sambal belacan aku! tgk sini. dont laugh laugh ar! senyum kamben sudah! wakakakaka... penah postkan di my.resipi dan alhamdulillah ramai yang telah mencube. oklah! jom tengok resepi... nasik putih hangat masing2 sedia sendrik yer! hihi...

Bahan-bahan
  • Bendi - celur
  • Sambal belacan:
  • *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
  • *1 batang cili merah - hiris
  • *2 biji bawang merah kecil - hiris
  • *1 ulas bawang putih - hiris
  • *1 inci belacan
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • limau kasturi
  • secubit garam
  • secubit perasa@gula
  • sedikit minyak
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
  • Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.

Monday, June 7, 2010

Sarada Ebi & Sarada Udon

aku nih kan time malas tahap gaban menu nihlah yang aku bantai ngan laki aku! aku makan sarada ebi@udang, laki aku makan sarada udon. sbb aku tak bape gemor ngan en.udon tuh! apalah dosa si udon tuh aku pong tak tau! hahahahaaa.... Jom makan makanan sihat!

RESEPI SARADA EBI
Bahan-bahan

  • Udang segar - rebus sekejap dan kupas kulit
  • Sepeket salad campuran
  • Tomato cherry
  • Lada capsicum merah,kuning,hijau - hiris
  • Paprika powder - jika suka
  • Dressing kegemaran masing2 - hana gune deep roasted sesame
Cara-cara
  • Gaulkan semua bahan dan siap dihidang.

dressing yang aku gunakan
Sarada udon nih menu kegemaran hubby. Cume perlu sediakan salad seperti di atas kemudian tambahkan mee udon. sonang ja kannnn.....

RESEPI SARADA UDON
Bahan-bahan

  • Sepeket Mee Udon basah - celur sekejap dan toskan
  • Udang segar - rebus sekejap dan kupas kulit
  • Sepeket salad campuran
  • Tomato cherry
  • Lada capsicum merah,kuning,hijau - hiris
  • Dressing kegemaran masing2 - hana gune deep roasted sesame
Cara-cara
  • Gaulkan semua bahan dan siap dihidang.

Tuesday, June 1, 2010

Kerabu Ayam

sebenarnya tak tau nak masak apa... lam paler cume pikir nk msk sup ayam jerk utk budak2! tp tekak mak budak cam nak lain sket dr biasa.. aku kuorkan la sket isi2 ayam kat sup tuh n taraaaa jd ler kerabu ayam! yesss... berbaloi sbb sedapp! resepi dr dapur aziemas, ibu yg baru abis pantang dan kini sedang menghangatkan dapurnyer ngan macam2 masakan! hambik ko! kekekeke... resepi juga ada dikongsikan di my.resipi.nanti aku bg link k. la nih tkleh bukak myr. yg nih cnp dr dapur azie.thanx zie..cuma akak buh daun ketumbar bg menambah aroma dan kesedapan kerabu ayam nih.. Jom layannn...

Bahan-bahan
  • 4 @ 5 potongan ayam - ambil isi sahaja
  • 1 bawang besar - hiris
  • 3 biji tomato - buang empulurnya - hiris
  • 10 biji cili padi - hiris (Terpulang kepedasan masing2)
  • 5 helai daun limau purut - hiris
  • 1/2 biji timun - buang empulurnya - potong pjg mcm btg mancis
  • 2 sudu makan sos cili- hana buh satu sudu je
  • 2 sudu makan cuka @ air limau nipis
  • Garam & gula secukup rasa
  • daun ketumbar - yg nih hana add
Cara-cara
  1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
  2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Perasakan dengan garam & gula, sos cili dan cuka.
  3. Dh siap..boleh dimakan dgn nasi @ ratah begitu saja

Thursday, May 27, 2010

Salad Udang Seri Pengantin

dinner nih menu salad jerk lah! nak ngabiskan telur rebus n stok salad2 lam peti ais... lagipon sok ppagi aku sebok nak g skola danish sempena ari sukan... malam nih kiter dinner ala2 pengantin la yang yer! pengantin basi! hahahaaaa... resepi skodeng dr dapur kak.ummi... resepi asal plak dr majalah Saji. kalau kat restoran sini pong, kitaorg suker order salad udang! lebih kurang gini gak cume tadak kentang dan telur... layannn..tuan umah nak beristirehat ngan suami dan anak2...


Bahan-bahan
  • 10 ekor udang besar - celur sekejap.
  • 3 biji telor rebus - belah dua atau empat
  • 3 biji kentang - direbus dan dihiris - tak ltk
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji bawang besar - hiris jgn nipis sangat
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (optional)
  • 5 sudu besar mayonis/secukupnya
  • Yellow mustard sauce - untuk drizzle - xde ganti cilisos

Cara Menyediakan

  1. Satukan semua bahan kecuali daun salad dan telor dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan udang, kentang dan bawang besar, gaul rata-rata.
  3. Susunkan daun dalam pinggan atau bekas sesuai dan letak bahan gaul tadi dan telor rebus di dalamnya..Susun ikut suka mata yea..hehe
  4. Drizzle dengan mayonis lg dan juga yellow mustard.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..pergghhhh!!!

Wednesday, May 26, 2010

Yum Makeua Yao

sawadikapppp! kap kap kung kapp! *ijah kata kene sebut sopan2.. sawadhikaaaaaa.. kalau ka sajer utk pompuan.kap lelaki. paham yer murid2! kekekee.... kalau lam bahsa omputihnyer bunyinya begini Grill Eggplant Salad! bahsa melayunya ya ditengok kamus sendiri! hahahaha... wat antu2 terung, tak rugi mencube resepi nih! mmg besttt!! resepi skodeng dari dapur tummy. banyak resepi thai dan juga bukan thai yg best2 kat sana.. cara2nya pong mudah2 belaka.. thanx tummy. leh tgk gak kat dapur k.nor..

Bahan-bahan
  • 5 biji terung Asian - grill atau panggang
  • 3 biji bawang besar - hiris
  • 2 btg daun bawang - cincang
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1 biji cili merah - cincang
  • 3 tbs udang kering - tumbuk
  • 3 tbs stok ikan
  • 3 tbs jus lemon
  • 2 tbs roasted chili flakes - xde
  • 3 biji telur rebus
  • * If you are able to get the light green Thai eggplants, better still.
Cara-cara
  • Potong atau belah dua terung. Grill atas grill pan@frying pan hingga masak.
  • Keluarkan isi terung dari kulit dan cincang kasar. (hana skali harung jerk kulit)
  • Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul sebati. Jika suka leh tambahkan gula sedikit.
  • Hidangkan dengan telur rebus dan taburkan baki sedikit udang kering tumbuk tadi.

Sunday, April 18, 2010

Deep Fry Fish with Mango Salsa

ermmmmm nyum nyummm cedapnyerrr.. projek mangga sebijik ngan ikan goreng ntah apa ke nama! ikan tuh ala2 ikan kerapu... ensem plak ikan tuh! ade kaler2 cam ikan emas! belasah ajer lah! ikutkan resepi asal gune ikan talapia.. tapi leh gune ikan apa2 jerk yg korang suker! klu tak mo goreng, bakor atau grill pong boleh! sedappp! kalau tak nak join ngan mango salsa, leh gak makan ngan kerabu mangga. resepi kerabu mangga my style leh tgk sini . idea yang nih dr laman web mana ntah.. aku carik2 tak jumpa la pulak... ppon mekasih wat tuan empunyer nyer yer...

Bahan-bahan
  • Ikan Talapia atau ikan yang sesuai
  • garam
  • serbuk kunyit
  • tepung jagung @ tepung katakuriko
Bahan Utk Mango Salsa
  • *Mangga - kupas
  • *Tomato
  • *Lada capsicum merah, kuning, ijau - nk pedas leh guna cili
  • *Timun - optional
  • *Bawang besar
  • Daun ketumbar - cincang
  • Jus lemon
  • Black pepper
  • Sos ikan
  • garam, gula secukup rasa
  • Minyak zaitun - optional
Cara-cara
  • Bersihkan ikan. Kelar bahagian badan. Lumur dengan garam dan juga serbuk kunyit. Bedak2kan dengan tepung jagung@katakuriko. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan. Jika tak mahu goreng boleh juga ikan dibakar@grill.
  • Utk salsa.. Potong dadu bahan2 yang bertanda *. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  • Hidangkan dengan ikan goreng @ ikan bakar tadi. Perahkan lagi lemon jika suka.

Saturday, April 3, 2010

Acar Mentah

wat acar nih makan ngan nasik dagang tuh... selalu gak wat gini, cume tadak letak kubis... resepi dr dapur mat jugak! tenkiu mat...

Bahan-bahan
  • 1 biji timun, disagat
  • 1/2 biji lobak merah, kupas dan sagat
  • 1/4 bhgn kobis sederhana besar, hiris halus - leh ganti nenas
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • 1/4 cawan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Satukan semua bahan2 acar, perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin). Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit. Hidangkan bersama nasi dagang atau nasi lain pilihan masing2.

Saturday, March 13, 2010

Rojak Petis


jom layan menu dinner aku arini! aka ratah2 yer! kehkehkeh... kitaorg tak biasa mkn mlm.. bese kul 6 tuh la dinner kitaorg! maklum la kunun2 jaga body! hahahaha.. tak kuasa mokcik nak dengo! kuikui..... jom mkn rojak! syedapppp! cam kuah rojak tauhu bakar! tp mintak maaplah mat! akunyer bahan ikut suka suki apa yg ada jerk.... jgn arap kangkung musim2 sejuk neh! klu aku ganti horenso mau si ros tuh kang gelakkan aku! jadi apa2 jerk la yg ade yer! janji aku suker dan aku kenyang! jom tengok resepi! maceh banyak2 mat yang gebuuuu! leh pingsan tak bangun2 aku kekenyangan! hahaha... aku mintak halal yooo resepi ne.. njaluk ambong cnp waie... kihkihkihkih...

BAHAN SOS PETIS :
  • 1 botol kecil petis
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan kicap pekat
BAHAN TAMBAHAN :
  • Kacang tanah tumbuk - hana tambah bijan
  • Jus asam jawa
  • Kicap cair
  • Gula
  • Cili padi, dikisar halus
BAHAN ROJAK :
  • Kangkung, siang, cuci dan celur, toskan
  • Taugeh, buang ekor, cuci dan celur, toskan
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Timun, cuci dan hiris
  • Nenas, kupas, dan hiris
  • Sengkuang, kupas, cuci dan hiris
CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan sos petis, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan reneh hingga sos petis memekat, kacau sekali sekala. Matikan api dan biar sejuk.
  2. UNTUK KUAH ROJAK :- Ambil 4 - 5 camca besar sos petis dan satukan dengan kacang tanah, cili padi (agak2 yea..kalau nak pedas atau tidak), gula dan sedikit jus asam jawa. Kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair. Pendek kata pandai2 lah sesuaikan rasa.
  3. UNTUK ROJAK PETIS :- Satukan bahan rojak (yang ni pun pandai2 juga lah agak, supaya sepadan dengan banyak mana kuah rojak yang anda buat tadi) dan gaul rata. Alih ke dalam pinggan sesuai dan jika suka tabur sedikit lagi kacang tumbuk sebelum dihidangkan.....

Tuesday, March 2, 2010

Broccoli Romanesco Salad

penah tgk tak sayur nih? pestaim aku tgk kat blog eisya my blogger fren from turki.. tanya kat hubby, dier kata ade jual kat sini.. kelmarin g supa tgk2 mmg ada... per lagik! rembat la sepokok! sajer nk test rasa.. macam brokoli la juga.. cauliflower pong yer jugak! goreng pong sodap nih! cume aku lebih suker bab brokoli nih rebus ajer! nih try resepi eisya.. nak info psl sayur leh tgk sini yer..

cantik kan!
close up sket!
Bahan-bahan
  • 1 medium broccoli romanesco - cerai2kan
  • 1 biji carrot - potong
  • 2 sudu jus lemon
  • minyak zaitun
  • garam
Cara-cara
  • Rebus brokoli dan juga carrot hingga empuk. Toskan.
  • Satukan dengan bahan2 lain dan gaul.
  • Siap utk dihidang.

Monday, January 18, 2010

Potato Salad

peberet en.hubby ngan anak2 neh! klu wat sekilo kentang pong takpe.. insyaAllah takkan membazir! kuat btol mkn! hahahahaaa.... kitaorg tk suker buh mayonis banyak sgt. kdg tk buh mayonis langsung pong! just butter n garam jerk! nak bako leceh la plak amik masa lama.. klu rebus kejap jerk dh empuk! mkn panas2 mmg sodappp!

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang - nk cpt msk belah dua or empat
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil blackpepper
  • Mayonis - hana buh skit jer
  • Garam
  • Dry parsley - optional
Cara-cara
  • Rebus kentang sehingga empuk. Toskan airnya.. Biarkan kentang dlm periuk.
  • Masukkan butter, garam, blackpepper dan juga mayonis. Tutup periuk dan goncang2kan agar bhn2 tadi sebati.
  • Letak di atas pinggan dan taburkan dry parsley.
  • Enak dimakan panas2.
  • Jika inginkan cheese, lenyek kentang separa mashed, masukkan ke dalam bekas dan buh cheese dan bakar. - hana bakar gune microvawe jerk!
yg nih pilihan anakanda.