Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Creamy Butter Chicken



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...... cuti skola bermula lagi... maka akan bermula la rutin 'babysitter' sepenuh masa... menu nih dah lama terperap dlm folder sejak berbolan yang lalu.... disebabkan banyak sgt kerejer dan kerejer dan kerejer maka tak menyempat lah nak membuat tayangan amal kat sini... tambah pulak dgn ke'lembab'un tenet kat umah ni..haru betui laa... arini baru la berkesempatan... nih pon curik2 masa gak nak layan kerenah anak2.... ppon resepi yg sgt sgt sedap! menu yg agak pemes di restoran2... cumanya kalau menggunakan heavy cream @ fresh cream mungkin lg sedap dan bertambah la segala lomak2.. tima kasih pd sudi kongsikan resepinyer... leh buat lg dan lagi... mudah dan sedap!


RESEPI CREAMY BUTTER CHICKEN
sumber : Selera dapur Kita

Bahan-bahan
Bahan untuk perap
  • 250g ayam boneless
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar tepung - hana guna tpg jagung
  • 1 biji telur
Bahan menumis
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
  • 1-2 tangkai daun kari segar
  • 1/4 cawan heavy cream - hana guna susu cair
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula - hana ltk 1/2sk je
  • secubit pati ayam
  • secubit garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara
  • Perap ayam minima 1 jam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan kuali, cairkan mentega.
  • Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
  • Tuangkan cream dan air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
  • Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
  • Tuang atas ayam goreng tadi. (atau jika suka boleh gaul terus ayam dlm gravy)
  • Hidang segera dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll

Saturday, July 21, 2012

Ayam Goreng Harum Pandan


Salam ramadhan buat semua pengunjung hanamemories... Moga ramadhan kali ini  lebih baik dari ramadhan yang lalu.... ameennn.. menu mudah yang menjadi kesukaan anak2 dan suami... selalu wat biasa2 ajer.. cuma kali nih ditambah dgn aroma pandan. macam ayam pandan la juga.. cuma takyah nak balut2 si ayam itu... kasi potong2 kecik daun tu pehtu campak ajer dalam koli dlm keadaan togel.. jimatt pandan.. sesuai la utk org malas mcm aku.. haha.... selamat berpuasa dan selamat berbuka.


RESEPI AYAM GORENG HARUM PANDAN
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2-3 batang serai - hiris halus
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1sb serbuk kari
  • 1sk serbuk kunyit
  • sedikit serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • sehelai daun pandan - hiris kecil
Cara-cara
  • Kisar serai, halia, bawang merah dan bawang putih dgn air yang sedikit.
  • Masukkan bahan kisar ke mangkuk ayam. Masukkan sekali serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Perapkan sebentar.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga masak dan kekuningan. Api jangan terlalu besar kerana rempah mudah hangus.

Friday, June 1, 2012

Ayam Masak Halia


menu kegemaran anak2... masaknya pon sonang semudah one two three.. (sebenonyer den yg pemaleh nak masak! hahaaa....) ppon kuahnya sodap (kuah koret2 yg agak kering tu la yer!), ayamnyer pon sodapp.. jom terai masak sempoi sempoi jerr...

AYAM MASAK HALIA
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 600g ayam - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah @ bwg besar - hiris
  • 2 inci halia muda - hiris jejari
  • 2-3 sb sos tiram
  • sedikit air
  • cili padi - ketuk - jika ingin pedas - hana buh blackpepper
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula dan sedikit air.
  • Tutup kuali supaya ayam masak rata. Sesekali balik2kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!

Tuesday, March 27, 2012

Butter Chicken


menu ayam nih dah beberapa minggu yang lepas... arini aku masak Nasi Minyak Alongroz.. g blog dier pepagi td terus dpt idea nak masak apa... lgpon Danish request jugak menu nih sejak semalam.. sedap nasi minyak along tuh.. tima kasih yer long.. tak dapat nak snap sbb kamera tertinggal kat kampong... adehhh ntah bila nak blk kampong lg.. berbalik menu nih, menu yg simple tp sedap. inspirasi dari butter prawn. asyik2 udang jerk, sesekali tuko ayam ok gak kan kan.. alhamdulillah anak2 dan hubby suka.....

RESEPI BUTTER CHICKEN
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 1sk kicap cair - hana guna syoyou(kicap jepun)
  • tepung jagung
  • Cili padi - ikut kepedasan masing2 - cincang
  • 1 biji bawang besar holland - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • daun kari
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 kuning telur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan bawang putih, halia dan juga kicap cair sebentar.
  • Panaskan minyak. Lumurkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • Minyak ayam yang sama, campurkan sedikit butter. Kocakkan kuning telur dan tuang perlahan2 ke dalam kuali sambil kacau menggunakan chopstick supaya berjurai. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat dan toskan. (untuk mendapatkan jurai2 yang halus, gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. boleh juga menggunakan acuan roti jala)
  • Kuali lain, panaskan 2sb butter. Masukkan bawang, cili padi dan daun kari. Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul mesra. (jika anak2 tak tahan pedas cili, boleh gunakan blackpepper dan jika inginkan lebih creamy, bleh tambahkan sedikit susu cair).
  • Akhir skali masukkan telur. Angkat dan hidangkan.

Thursday, March 10, 2011

Ayam Madu Sticky

jumpa lagi bersiaran di waktu petang..... layan ayam sticky yg ireng nih.. yang penting sangat sodapppp...olahan dari resepi Ayam Kicap Lada Hitam, cuma tambahkan madu dan beberapa bahan lain... macam ayam bakar jer kan... yang nih juga peberet anak2.. kira tiap minggu tuka2 ngan menu ayam kicap tuh...bukan apa sbb senang..main lebur ajer dalam koli..kadang ratah2 ajer tak sempat jdkan lauk... haha... sori la gamba kurang memuaskan sbb dah ptg2 nih mood tdo jer yang best.. hahaha...

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Monday, February 7, 2011

Popcorn Chicken

layan menu budak2 nieh.... takyah g kepci dah leh wat sendrik... yer tak? jimat duit dan belanjer... tp idak ler seghuper beno ngan kepsi... iras2 ok ler... kepsi ader secret ingredientsnya... menatang apa la gaknyer tuh yer?? yang nih aku wat pesen salut breadcrumbs.... klu tak nak salut breadcrumbs pong boleh... just goreng terus dengan bahan2 yg ader tepung tuh... dan untuk lagi sihat, ciken nih boleh di bakar menggunakan suhu tinggi... ok jom tengok resepi.. resepi nih aku amik dr KFC punyer resepi tapi aku olah ikut bahan yang ada..
RESEPI POPCORN CHICKEN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Wednesday, February 2, 2011

Ayam Panggang ala Chinese & Nasi Ayam Halba



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..... maap arini lambat bersiaran.... dikesempatan nih nak ucapkan Selamat Tahun Baru China kepada rakan2 maya yang berbangsa China terutama wendyy, DG, Tie Ze(adik terung), Gert, Iena, uncle Lee, Sonia, Tummy dan sape lg yer yang maybe terlupa sebut.... moga tahun arnab membawa kebahagiaan buat semua... wahhh itu hakak rebit mesti suker lompat2 arnab! muekekekekeke.... sempena CNY meh aku idangkan ayam panggang ala chinese nih yang aku amik resepinyer dari dapur kak paty... tima kasih kak... sedap sedapp! penah dulu kat mesia aku makan nasik ayam gini... mmg best ah! nasi ayam nih pulak macam nasik ayam biasa, cume aku sajer buh halba lagi bertambah ghau ghau baunya... selamat bercuti buat semuaaa....


resepi sambal chili my style cume buh cili merah+lada merah+bwg putih+tomato sedikit jer+cuka+garam+gula >> blend/tumbuk dan hidangkan.

RESEPI AYAM PANGGANG ALA CHINESE
source : paty`s kitchen

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin/mentega
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap cair
  • 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia
  • garam dan lada sulah - hana buh lada hitam
Untuk Sos - hana bg anggaran kasar je..resepi asal xde sukatan tepat..klu terlebey terkurang ejas ye
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb air rebusan ayam
  • 1 sb madu - hana tambah
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air
Cara-cara
  • Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
  • Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
  • Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.

Wednesday, January 26, 2011

Ayam Kicap Lada Hitam

masak sempoi2 jerk..... nih menu paling sonang baitu sebab main lebur jerk lam koli..... tapi disukai oleh anak2... ratah cenggitu ajer pong sodap! macam ayam bakar lada hitam gtu.... jom semak resepi.. ayam nih tak berkuah... masak hingga kering...

AYAM KICAP LADA HITAM
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

Monday, December 20, 2010

Ayam Panggang Lada Hitam & Award

salam semua.... akceli ter`eksiden` wat ayam nih.. cter ada di belakang tabir.. hahaha... kalau terghase nak buang angin banyak aka ter`ventut` atau yg sewaktu dengannya, bleh buh banyak2 lada hitam tuh.. sendrik taruk sendrik tanggung.. haha...

RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam size kecil
  • *1/2 labu bawang putih- parut
  • *2 inci halia - parut
  • 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis/pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • garam sedikit
  • minyak zaitun
Cara-cara
  • Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

arini terajen sket nak menjawab tag dari cplud miera dan tima kasih juga atas pemberian award nih. akceli ader lg award n tag yg blom collect.. hikhik...

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
  • sejak anak dara... masakan pertama ialah nasi! hahahahaha
2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
  • sendiri minat... eh dulu tak bape minat, sbb boley order n beli bila2 masa... tapi sejak duk merantau nih baru timbul minat yg menggunung sbb nak makan kat kedai mamak, ko sendrik kene jd mamak.. hahaha
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
  • diorg suka ayam goreng berempah... sup plak kira wajib tak kira la apa2 sup..sup sayur, sup ayam, sup bodo2, sup pandai2, sup apa2 ajer lah!
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. hihi jgn mare er.. hikhik

Friday, December 17, 2010

Ayam Goreng Oat

salam jumaat buat semua... lately nih cam blur jerk nak sediakan menu utk anak2... balik2 ayam goreng! hahahahaha.... disebabkan oat byk lagik, kali nih kasi golek2 kat ayam lah.. bila dah digoreng dgn ayam sedap sangat! lepas nih boleh la buat lagik... leh jugak tengok versi kak.madihaA. resepi asal dari mariam anak sedaro kak.yatiezaini.. resepi bawah nih aku ikut resepi Ayam Goreng Rangup Lada Hitam sebelum nih... cume ubah tang breadcrumbs kepada oat jerk.. klu nak tambahkan lada hitam pong boley... sukati nenek labu lah yer.. hehe

`mic` versi ayam

RESEPI AYAM GORENG OAT
resepi asal : mariamsayuti
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk serbuk kunyit
  • lada sulah/serbuk cili
  • garam
  • 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
  • 1/2 biji telur
Untuk Saduran
  • Oat secukupnya
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
  • Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.
si pencopet ayam

Tuesday, December 14, 2010

Ayam Goreng Rangup Lada Hitam

setiap hari kadang buntu juga memikirkan soal menu utk hidangan keluarga.... kalau menu yang sama ajer boring pulak nanti... jadi utk anak2 arini aku watkan ayam goreng rangup yang di salut dengan breadcrumbs.. anak2 mmg suka klu bab2 ayam goreng nih... watkan sekali dengan sup sayur bior cukup khasiat... resepi mudah main campak2 jer..

RESEPI AYAM GORENG RANGUP LADA HITAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6-8 ketul drumstick @ bahagian lain
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk serbuk kunyit
  • lada sulah
  • garam
  • 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
  • 1/2 biji telur
Untuk Saduran
  • Breadcrumbs secukupnya
  • 1/2 sudu makan lada hitam - leh kurangkan klu tanak pedas
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
  • Dalam mangkuk@bekas lain,campurkan breadcrumbs dan juga lada hitam.Gaul.
  • Golek2an ayam tadi ke dalam breadcrumbs dan goreng hingga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.

Tuesday, December 7, 2010

Chicken Cakes

rasanya arini ramai yang berpuasa.. selamat berpuasa dan selamat bbuka yer kengkawan... nih watkan lauk utk anak2... sedap katanya! boleh la buat lagi nanti... tima kasih tummy atas resepinya. hana cnp dari dapur cikmanggis sbb suda di translatekan ke bahasa melayu.. tima kasih juga opah! hihi... salsa aku tak buat.. kalau nak resepinya rujuk blog tummy dan juga cikmanggis yer.. anak2 makan cicah sos je.. hihi

RESEPI CHICKEN CAKES
resepi asal: 3 hungry tummy
sumber : cikmanggis.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250 gm isi dari dada ayam.
  • 250 gm isi dari paha ayam.
  • 1/2 cawan serbuk roti/breadcrumbs
  • 1 biji telur di pukul sedikit
  • 1/3 cawan keju parmesan diparut(cm beli yang dah siap parut)
  • 1 biji lemon-parut kulitnya - hana tk letak
  • 1/2 biji lemon-perah jusnya - hana ltk skit je
  • Garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Thyme-sedikit je(guna yang kering)
Cara-cara
  • Satukan semua bahan bahan diatas dan gaul hingga rata.
  • Bentukkan bulat-bulat sebanyak 8 ketul dan leperkan seperti membentuk daging burger.
  • Pan fry isi ayam tadi hingga perang.
  • Siap untuk dimakan bersama Salsa

Monday, December 6, 2010

Nasi Serai & Ayam Goreng Perap

Salam di hujung tahun hijrah 1431H.. esok bermulalah azam baru hendaknya... harapkan yang lebih baik dari sebelumnya.. mudah2an.... ptg nih lepas asar jgn lupa baca doa akhir tahun yer, dan selepas magrib doa awal tahun... salam maal hijrah buat semua.. berbalik citer nasi nih, pagi td duk cepat2 godeh apa yg patut utk santapan hubby pegi skola.. resepi pong igt2 lupa.. so main hentam sendrik jerk lah... resepi asal dari kak.jun JC. tima kasih kak.jun.. ayam goreng tuh plak skodeng dr dapur kak.anis.. dah lama tak menyinggah abih aku selongkar gobok kak.nis.. minta maap kak.. dah susun balik.. dpt bwk blk ayam sedap nih! kompom akan buat lagik.. hihi

RESEPI NASI SERAI
by: kak.junJC
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan - hana gune beras wangi je
  • 2 cawan air rebusan ayam @ 1/2 kiub ayam+2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
  • 2 sudu makan butter@minyak sapi
  • garam
Cara-cara
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Masukkan sekali beras dan gaul rata. Last skali masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.
klu sempat gambo ayam goreng akan di upload kemudian.. sbb ade lg yg blom goreng tuh! nih makcik nak cpt goreng suku jer dulu utk pakcik

RESEPI AYAM GORENG PERAP
by: Anis Diary
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (size kecil) - potong2
  • *3 biji bawang merah - tumbuk/blend
  • *5 biji bawang putih - tumbuk/blend
  • *1 batang serai - resepi asal xde - tumbuk/blend
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam - jika perlu
Cara-cara
Gaul semua bahan dan perap sekurang2nya 2-3jam. lagi lama lagi sedap.. kemudian goreng dengan minyak panas hingga ayam masak.

Tuesday, November 30, 2010

Ayam Panggang Serai

akceli nih menu semalam... maap ler tak dan nak posing cung sbb masing2 dah laga2 mulut... apatah lagi dengan kerentungannya yg sungguh azab.. kesian si ayam.. nasib ko la menjadi kerakusan rakyat yg cemerlang, gemilang dan terbilang kat umah nih... nak jemput da abes.. amik tulang2 jerk la kang tanam, minggu depan tumbuh pokok beringin.. tak pong pokok ketapang.. waaaa kijam! resepi main campak2.. yang penting semua cakap oishiii.. yihaaaa..

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Monday, November 15, 2010

Ayam Goreng Berempah Kuzie Katering


arini ramai yang berpuasa yer?.. selamat berpuasa n selamat berbuka yer! sape tak pose meh ratah ayam goreng sedap nih... ngan nasi putih sepinggan pong jadikkkk! resepi skodeng dari dapur chikmimi. tima kasih Pak Engku dari Kuzie Katering dan juga Sherry Dzul yang sudi kongsikan resepinya. leh la bukak katering pas nih.. hihihihi.. eh! cter pasal caterer yg kelmarin tuh rasa menyamfah pong ye jugak.. haiihhhhh g la blog matgebu klu nak tau cter.. nih cter ayam dr katerer kuzie yang insyaAllah selamat dr noda noda... kekekekeke.. thanx to mbak yu mimi dan mudah2an murah rezeki Kuzie Catering. cube jgn cube.. sodap weihhhh...

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
Source : Pak Engku Kuzie Catering

Bahan-bahan
  • *4 labu bawang merah
  • *6 batang serai
  • *2 tongkol lengkuas (bahan * blend dgn sedikit shj air)
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit babas
  • 5 sudu cili kering kisar - hana buh serbuk cili je sbb tk wat pedas
  • 5 helai daun kari
  • 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 ekor ayam dipotong 16
Cara-cara
  • Perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  • Panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila serdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...
  • Bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Thursday, October 28, 2010

Sate Ayam Madura

sesekali menerai resepi yang laen sket apa salahnya kan... asyik2 `resepi sendiri` boring juga... haha.. walaupon bahan perap tak banyak menggunakan rempah2, ternyata sedap juga lalu kat tekak... ada rasa masam2 sket sbb buh lemon dan kurang sket rasa muak.. bestlah! akceli tak sempat nak posingkan sate2 nih dgn lebih anggun.. sbb semua dah tak sabo2 nak geget ayam. snap snap gtu ajerlah! resepi asal dari Indonesian Eats. kuah kacang dier pong sedaplah! ermm... nyum nyum... ade belen, pikir arini nak wat cakoi request en.hubby.. k.a.l.a.u rajennn.. haha

Bahan-bahan
Bahan Sate Ayam
  • 700g daging ayam tanpa tulang - potong 2-3cm
  • Minyak Ayam - hana sub ngan bawang putih dan halia parut dan tambah ciken stok sket serta minyak sesudu - refer resepi minyak ayam Indonesian Eats
  • Kicap pekat manis
  • Lidi sate
Bahan Kuah Kacang
  • 200g kacang tanah goreng@sangai
  • 4 tangkai cili kering @ cili merah - buang biji dan potong
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar - jika kecil buh 5 biji
  • 1/2 sm petis udang
  • 1/2 sm belacan
  • 2 sm gula melaka
  • 1 batang serai - hana tambah
  • 1 sudu besar peanut butter
  • 200ml air panas
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya utk menumis
Bahan sampingan
  • Lontong
  • Timun
  • Bawang
  • Sambal - hana tak buat
budak comot suka gak makan sate.. tp kene tengok2kan sbb dier nak jugak pegang lidi tuh.. sangat suka tgk cara dier pegang apa2 barang atau mknn.. hanya ibu jari dan jari telunjuk ajer.

Cara-cara
  • Perap ayam dengan bahan2 di atas sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Cucukkan dengan lidi sate berselang seli dengan kulit@lemak ayam jika ada.
  • Ambil 2 sm kuah kacang + 1 sm kicap manis + 2 sm lemon jus + baki bahan perapan. Kacau sebati. Celupkan sate dan bakar sehingga masak.
  • Untuk membuat kuah kacang : Panaskan sedikit minyak. Goreng cili kering@cili merah, bawang besar dan putih serta belacan hingga wangi. Toskan kemudian blend.
  • Tumbuk kacang tanah, gula melaka, petis udang dan garam sampai lumat. - bleh jugakan FP jika ada.
  • Masukkan semua bahan kuah kacang ke dalam periuk dan masak hingga naik minyak dan agak pekat.Matikan api.
  • Untuk Hidangan : Campurkan kacang tanah dengan kicap, dan jus lemon kemudian curah@celup ke atas sate. Hidangkan sekali dengan nasi impit, timun, bawang dan juga sambal.

Wednesday, October 27, 2010

Ayam Goreng Herba

nih ayam yang wat semalam... sangat sedapp! aku lebihkan serai dan tambah daun kari. Macam ayam berempah serai yang aku penah cuba sebelom nih.. cume yang nih kene goreng dulu dan tumis sampai garing. rempah tuh melekat btol ngan ayam.. tuh yg syok! tima kasih wat kak.suzi yang sudi kongsikan resepi nih... lenkali leh wat lagik...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai* - hana tambah lagi
  • 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
  • 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula
  • Minyak masak secukupnya.
Cara-cara
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.