Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Snow Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera....  hampir setengah bulan juga tak update blog... tengok-tengok follower dah cecah 4 ribu lebih.... tima kasih pada yang sudi tu yer... al-maklom la skrg nih jd blogger suam2 kuku ajer... huhuuu.... kek nih dah lama nak menerai.... tp yang nih dah second kali buat..... yang first tuh resepi kek span ajer (resepi SINI).... kali nih try n error guna resepi lama slice cheese cake. wpon double triple cheese pada aku lg sedap kek yg ada cheese. lagipon kek cheese yang nih agak ringan. so xde la muak sangat... tapi depend kat tekak masing2 la ye.... jgn marahkan resepi plak! hehehehehee... jiran sebelah dah bagi, jiran tanah sebendang blom sempat bg lagi... ada sape lg nak ngaku jiran? meh aku bagi... hihihihi... kek2 gini kat umah nih payah nak abes.... oleh sbb aku yang nak makan, maka rajen2 la kene buat... hahahaa... utk kek yg lebih besar ikut tulisan kaler biru (lebih kurang satu setengah adunan dr yang ni)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjag9EI3R0ghyphenhyphen1vxMjvE79zQfJrVXxlLa3rh3hNvnRv40kJ5VSpLlZP960YZJ-WxTGLtuYNDzoGDhqazwjaV0G7FDXeKev16vtPypPJdnfQ7o61eZYCKRd49_zrgBGBL_10B5M59NzGLMY/s1600/Water-bath_s4x3_lg.jpg
bakar cara waterbath@steambath
credit image to foodnetwork.com

kek yang sangat lembut dan sedap!


TIMA KASIH KAK.NOR DAN SUAMI

n3 pakej lagi ye.... hihihi..... baru2 nih kami skluarga menerima kunjungan dari seorang blogger yang rata2 ramai mengenalinya... kak.nor secubit garam.. tima kasih kaknor dan abang.zo yang sudi datang memalam.... dan tima kasih dari kami sbb sudi bukak kelas pree photography! hihihihi.... en.hamzah dah pandai, tapi bini dier lembab mcm siput sket.. kikikikiki.. dan tima kasih ole2nya kek dan juga adiah bj cantik utk dania... jgn serik dtg lagi... hehehehe

malu2 plak kakak nih.. hihihi
 
terima kasih dr nia! :)

Friday, September 28, 2012

Biskut Merie Lapis Cheese



Assalamualaikum... bersua kembali..... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna en.somi sudah kembali kepangkuan keluarga dari Bandung mlm tadi... seronoknyer kami tak terkata... maklum la sepeninggalannya byk btol dugaan berlaku.. Dania pulak kene demam campak...  aku terpakse cuti jaga dania.. kini Dania dah semakin sihat.. alhamdulillah.. k berbalik psl tajuk arini... biskut merie lapis cheese.. kalau tgh rajen tuh ada ajer menunya... termasuk la roti 'lidah terjelir'... (citer dbelakang tabir.. hahaaa) kalau tgh malas, nak pegang periuk pon bercinta... jom la layan menu rajen aku nih.... kek yg senang baitu dan ternyata mmg sedap! mcm kek lapis cheese pesona la juga... sebenarnya resepi asal menggunakan biskut cheese. tp aku tukar dgn merie sbb xde. sblm nih pernah buat menggunakan biskut salt cheese. rujuk SINI... ternyata biskut salt cheese lebih sedap berbanding biskut merie.. sbb ada rasa masin2 cheese tuh! klu gune sekut merie ia agak lemak2 manis.. maka makin bertambah2 la lemak yg ada di dalam badan... hahahaha... meh semak resepi.. resepi nih sama macam resepi yg pernah aku link kan dulu.. tima kasih kpd penyumbang idea dan resepi. aku buat double adunan... hambik ko! tgh carik mangsa sape nak perabih... sape nak, sila dtg rumah pick-up sendrik! hahahahaa....

RESEPI BISKUT MERIE LAPIS CHEESE
sumber : June Ahmad FB, samida74.blogspot.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 500g cream cheese
  • 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin shj. manis ok je..
  • 1 bungkus biskut merie - perisa ikut suka (hana guna yg original)
  • 1sb lemon jus - optional
  • 1 cawan susu segar 
  • Nestum secukupnya


 Cara-cara
  • Biarkan cream cheese pada suhu bilik sebentar. Satukan dengan susu pekat dan jus lemon.Putar sehingga sebati.
  • Alas loyang dengan baking paper/plastik/aluminium foil. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang. Ratakan cheese. Kemudian taburkan nestum. Ulang lagi proses melapis biskut, cheese, nestum sehingga abis. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur nestum. 
  • Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman. Potong dan hidangkan.
Nota : Jika inginkan biskut dalam keadaan yang rangup/keras, tak perlu celupkan biskut ke dalam susu segar. Omit step tersebut.

 

Sunday, February 13, 2011

Rare Mango Cheese Cake



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...... watkan ciskek nih untuk menjamu tekak yang teringin nak makan.... tekak sape? tekak aku lah! hahaha..... Rare cheese cake merupakan dessert yang sangat popular di Jepun. kalau sebut `rare cheesecake` maksudnya non-baked cheesecake @uncooked (cheesecake yang tidak dibakar@chill). dan kalau di sebut `cheesecake` sahaja maksudnya cheesecake yang dibakar. Rare cheesecake biasanya di gandingkan dengan buah2an segar samada di potong2 atau dengan puree@jusnya. topping tuh terpulang samada nak buh gelatin agar puri2 lembut ataupun dicurahkan sos@jus@puree begitu sahaja... ataupon hanya dihidangkan dengan potongan buah2an segar... terpulang la ikut selera masing... yang aku buat nih aku tambahkan gelatin sedikit.... resepi masih lagi dalam koleksi sebelum2 nih......meh la jemput mai ghase... hihi



sajer buh dalam gelas agar senang nak makan lagipon cuma buat setengah adunan sbb tak ramai yg nak makan.... yang pesen lg satu tuh sebenarnya blom sejuk btol tp gatal tangan nak bukak cepat dr acuan (seeloknyer guna kadbod plastik dan bulatkan, aku guna kertas minyak... so kurang smooth jadinya... kalau nak potongan cantik, tunggu sejuk btol2 sekurang2nya 3-4jam baru potong. akceli nak hiaskan dgn daun pudina, xde stok la pulak.. jdnyer aku buh belen daun cekelat aritu.. hahaa... pasal daun@pagar kek cekelat yg aritu insyaAllah aku akan buat tutorialnya memandangkan ramai yang bertanya camne nak buat... tunggu yer... jom kiter lihat resepi nih dulu..
RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
Untuk Base
  • 100g biskut merie or etc - hana gune ritz
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt
  • 90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
  • 15g gelatin + 60ml air panas
  • sedikit potongan mangga
Untuk Topping
  • 1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree
  • 50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan puree mangga shj)
  • 1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis
  • sedikit potongan mangga
  • daun pudina utk hiasan

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  • Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Untuk topping - Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  • Sejukkan lagi. potong dan hidangkan.
potongan mangga dah kene curik oleh budak molat

Tuesday, January 11, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

rasanya lemak semalam blom abes mesyuarat lagik, arini tambah lagik.. gasak situ gasak! akceli nk ngabeskan baki creamcheese wat aritu...SINI. sayang pulak klu dilambat2kan sbb dah mcm berair... zasss projek yg lebih kurang sama ngan yg sebelom nih.. klu ikutkan mmg sama resepi kakliza cume digandakan adunan dan dtambah cecair(susu cair).. ternyata yang nih agak moist dr yg asal.... aku wat setengah adunan je, dah tk mcm rupa kek plak..rupa bronis la kot.. hihi... gasak gasakk... jgn banyak bising klu tembun! hahahahaha... ppon tima kasih kak.yatie kerna berkongsikan resepinya.
RESEPI MARBLE CHEESE CAKE
source : kak.yatiememories

Bahan-bahan
Bahan A

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Wednesday, January 5, 2011

Marble Chocolate Cheesecake


tetiba tekak teringin nak makan kek marble cis nih pas nengok semalam kak.ummi ngan makcik timah melben tuh.... cam sedap la pulak..lagipon mmg dah lama tak wat kek nih.... kek nih pong tak dan dan nak di `suhu bilik`kan... pas kuor peti es terus potong and ngap! fuhhhh sedap sangat! tambah pulak ader ganache coklat yang sengaja aku tambah.... cis tuh aku wat separuh adunan jerk sbb anak2 kurang minat klu buh byk2... ader kang dkuis2 yg putih2 tuh.. nih buh sket elok jerk diorg ngap... alhamdulillahh... tima kasih kak.liza atas resepinyer.. aku lebihkan 200g butter (sbb alang2 lebih 20g dr sebuku, tuh yg masukkan ajer semua) dan jugak aku tambah susu segar sket dalam 1 sudu besar... hasilnyer sungguh moist! kek nih ala bronis jugak la.. ppon mmg sedap! resepi cnp dari dapur kak.ummi... resepi sama dengan kak.rinnchan juga.. sebelom nih penah juga buat tapi versi bronis.. SINI

RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
by : chef hanieliza
source : kak.ummi@homesweethome

Bahan-bahan
Bahan A
  • 180 gm mentega - hana lebihkan 20g
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) - hana gune gred B je
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B

  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila - hana buh jus lemon utk kurangkan muak cis
  • 1 biji telor gred A
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

Monday, November 22, 2010

Marble Cheesecake Baked

salam semua... apa kabar? saya kabar baik... tima kasih yang sudi bertanya kabar 3-4 arini... malas btol nak update blog... aritu sibuk wat jamuan ari raya.. ada makan2 sket.. menunyer sungguh spesel beriani pakistan yg di order from toyama. pehtu ade sate, laksa n macam2 lah.. aku watkan diorg kek marble pisang n karemel kek puding. arini plak hubby dah g konperens sampai next week. rasa sunyi la sket xde kawan..sob sob.. mood nak mengupdate tuh alahaiii malasnyerr... tapi mood makan mau pulak! hahahahaha.... kanazawa masih sejuk gegege lagik nih.. makin bertambah sejuk dr hari ke hari... tuh yg perot asyik berbunyi jerk.. wat ciskek nih pong sbb dah teringin... akceli kurang gemor sket yg versi bako nih.. lebih suka yg chilled non-baked tuh.... tp yg nih sedaplah! lg satu sbb gelatin dah nak abes.. haha.. jom makan ciskek... amik amik.. banyak lg nih.. sbbnyer rakyat kat umah nih mmg jakun sket bab ciskek... resepi asal dari kak.maz yg berperisa mangga.tp aku wat perisa biasa je... tima kasih kak.. sedapppp sgt!!

Bahan-bahan
Base (lapisan bawah)

  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai
  • 50g butter - dicairkan - hana buh 40g je
Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik)
  • 75g gula halus
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa
  • 10g tepung jagung
  • 1 biji telur saiz B
  • 80ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu besar lemon zest
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil

camni contoh bakar secara waterbath@steambath bg sesiapa yang bertanya aritu.
credit image to foodnetwork.com

Cara-cara

Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).

marble hentam labu jerk!
Untuk Filling

1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil). - hana bakar suhu 150 selama 1jam10min. itupon keperangan sedikit permukaannya.igtkan nak putih melepak cam k.maz. lenkali kene kurangkan kurangkan suhu lg.

5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).

Monday, September 13, 2010

Featherlight Cheesecake

yang nih wat bukan utk jamuan.. tp sajer wat makan2 kat umah nih... jatuh chenta pandang pertama masa tengok kek nih kat blog wendy. terus teghase nak try for dis raya. tp hentah kat mana si marble tuh men nyorok2..penat aku bedah sana bedah sini.. ada la bape cotet marble yg ada.. hahaha.. yg blah atas geseng plak tuH! (geseng > hangit! ) tp sedap lah! manis nyer pong sedang2.. but klu nak versi jimat kos leh try resepi yang menggunakan slice cheese cam cheddar tuh. resepi leh tgk sini. cume perlu amik sket adunan then marblekan. kek nih lebih kurang sama ngan slice cheesecake tuh. cam japenese cotton cheesecake pong yer jugak! senang cter sepupu sepapat la nih! thanx to wendy for sharing. resepi asal dr Alex Goh. leh tgk versi DG juga. cara2 hana ubah sedikit.

Bahan-bahan
  • 250gm susu segar - hana buh 150 je
  • 20gm butter
  • 125gm cream cheese - suhu bilik
  • 50gm tepung gandum*ayak - hana campur tepung kek
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • secubit garam
  • ½ tbsp serbuk koko + 1 tbsp air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 150-160. Alaskan loyang square 8inci dengan oven paper.
  • Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat. (bleh juga gune kaedah double boiler).Ketepikan dan biarkan suam sebentar.
  • Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  • Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  • Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  • Ambil secawan adunan dan campurkan dengan pes koko yg telah dibancuh tadi. Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  • Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.

Wednesday, July 7, 2010

Blueberry Marble Cheesecake

sebenarnya plan nak wat ciskek nih sempena besday hubby aritu... tp dek kerana dier mintak cipon, tak jadilah nak buat! yang nih buat utk membe2 lab dier... sbb aku tau nihonjin suker makan ciskek! tuh yg aku watkan! lagipon senang jerk tak payah nak bako2! putarrrr, sejukkan, ngapp! hihihi.... resepi dari koleksi ciskek lam bahsa jepong. kalau nak gune resepi stoberi ciskek yg sebelum nih pong boleh ajer, cume perlu memarblekannyer jerk ngan filling or jem yang digunakan. slamat mencubeee! dapppppp!! hehehe

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc - hana gune ritz
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 90g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem
  • 25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

Tuesday, May 25, 2010

Strawberry Cheesecake Bars

orang lain wat ciskek, kiter nak buat jugak! tak sedor diri tuh! satu loyang nih sape nak abihkan?? hmmmmm.. tercipta la kang sejarah wat kali kedua, ari2 makan ciskek sampai next week baru abis! hahahaaa..kapok!! :D wat setengah adunan jerk dari resepi asal. tuh pasal aku buh lam loyang swissroll then potong bar seperti yg anda lihat skrg! kurang la sket kalori lemak2 tuh banding wat satu adunan makan sorang! hihi... ijah punyer pasal la niH! huH!... sebelom nih dah penah buat leh tgk sini yer! resepi asal dr dapur kak.zai.. nih ciskek yg paling aku suker dan suker dan terus suker!! hihihi... JOm jom apalagik tunggu! meh makan ngan aku sampai habih!


Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler gune jem je)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.
NOTA: utk mendapatkan gelatin halal sila klik sini yer tuan2,puan2 dan adik2 sekelian... yang brand Nona tuh tak pasti la halal or tak! kene tanya orang lain yang penah gune or yg tau yer.. jangan main redah jerk kalau tak pasti. sekian pesanan penaja.. hihi..

Friday, April 2, 2010

Cream Cheese Chiffon Cake

aku nih klu bab kek 'cikpon' mesti tak berapa nak jadik! klu jadik tuh, kira nasib la kot! hihihi... ppon kek nih mmg sedap! lebih kurang cam slice ciskek sblm nih... cara2nya pong lebih kurang sama... cume len kali nk kurangkan manis sket.. jom layan resepi! intai2 dari dapur za@zaliana... resepi asal dari cikwan! tenkiu za n cikwan! cnp ya bukkk! hihi.....

Bahan-bahan
Bahan A
  • 90ml susu segar
  • 60gm cream cheese (za letak 100g, hana ltk 70g)
  • 40gm butter
  • 120gm tepong kek (diayak)
  • 5 biji telor kuning (za n hana pakai 4 biji telur saiz A)
  • 100gm gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ovellete (optional)

Bahan B

  • 5 biji putih telor
  • 1/2 suduteh cream of tartar

Cara-cara

  1. Cairkan butter, campor susu dan cream cheese dan suamkan secara double boiler.
  2. Angkat masukkan gula sedikit2 dan pukul dengan mixer hingga gebu.
  3. Masukkan kuning telor satu demi satu dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovellete dan garam kemudian masukkan tepong, pukul sebati dan ketepikan.
  5. Didalam mangkuk lain pukul bahan B hingga kembang dan gebu (soft peak form/ terbalikkan mangkuk telor x jatuh).
  6. Masukkan ke dalam adunan tepong dan kaup balik kan hingga adunan sebati.
  7. Tuangkan ke dalam loyang chiffon.
  8. Bakar pada suhu 150'c selama 45-50 minit mengikut oven masing2. Setelah masak angkat dan sejukkan diredai. Keluarkan kek apabila telah sejuk.
Note: Chiffon kek perlu dibakar didalam oven yang 'warm' untuk mendapatkan hasil yang baik.Panaskan oven sebelum baking.

Tuesday, January 26, 2010

Strawberry Cheese Cake

salam kembali.... melayan tekak bando aku kali nih! terhingin punyer pashal! hahhh?? terhinginnn?? uishhhh.. mana adeeee... sajer jerk layan tekak ngada2! hahaha... sebenonyer aku tk penah wat ciskek yg pesen2 gini.. tp sbb dh terhingin, so aku buat lerr.. mak aiiii... leh pengsan br dpt mkn sepotong! mcm nih mmg bleh gemok la mokcik sowang tuh! pokcik ngan anak2 pokcik mmg tekak kampung! suh rasa pong cam kene pakse.. sape nak abiskan neh?? hakuuu jugak! meh ler tulun aku perabihkan... bukan tak sedap taww! tp terlebey sedap!! botollll..tk tipuu! wat jiran aku tuh, meh pulangkan blk mangkuk aku, aku isi yg nih pulak sementara stok masih ada! kehkehkehkeh...resepi dari dapur kak.zai yg asalnyer dari majalah Midi. Tapi banyak aku ejas utk resepi nih disebabkan bahan2 tak cukup! hihihi... strawberry nak buh tengah2 tk cukup, tuh psl tk nmpk sgt slice yg ade.. whipping cream pong tak cukup gak aku campur ngan yogurt. biskut pong tak cukup jugak! aku cume buh 180g jerk! jem pong jugakkk! haiihhh semua tak cukup! tapi bila dah jadik, molek pulak! hihihi...... mintak halal k.zai resepinyer... mintak maap kiter tuko stoberi... ngeeee... ppon tima kasih byk2 kak.... buruk beno aku tk kuarkan dr alas loyang tuh.. :D
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je
125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - hana buh 140g
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk
Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k.zai cume masukkan 2jam jerk sbb dh keras)
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.