Assalamualaikum dan salam sejahtera.... menu pembuka tirai 2013. dah beberapa hari memasaknya baru arini berkesempatan mengepost... menu yang sangat mudah dan sangattttt sedappp! bagi yang dah biasa dengan menu nih tentu dah tau kelazatannya sehingga menjilat pinggan! yang belum cuba, meh la pakat2 mencuba...... kalau lihat kebiasaan, ketam ni digoreng dahulu. tapi aku nih jenis pemalas maka aku humban ajer terus ke dalam koli... dan aku menggunakan kesemua telur masin putih dan kuning.. bukan yang kuningnya sahaja. ye la drpd mebazir baik berjimat cermat... sedap juga! xde la masin sgt..... mungkin lainkali boleh mencuba versi goreng pula. ok sekian dulu.. selamat berhujung minggu..
RESEPI KETAM BUTTER TELUR MASIN
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 3 ekor ketam
- 2 biji telur masin
- 3 sudu besar butter
- 1/4 - 1/2 cawan susu cair
- 2 tangkai daun kari
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 biji cili padi - hiris
- sedikit garam dan gula
- Belah ketam kepada dua atau empat bahagian.Cuci bersih.
- Rebus telur masin. Kemudian keluarkan isinya dan hancurkan.
- Panaskan butter, tumis bawang, cili dan daun kari hingga naik bau.
- Kemudian masukkan susu cair. Dan masukkan sekali ketam.
- Tutup kuali supaya ketam masak sepenuhnya. Sesekali balik2kan supaya masak sekata. Apabila kuah hampir kering, masukkan telur masin dan gaul mesra. Perasakan dengan garam dan gula. Garam jangan banyak sbb telur dah masin. Keringkan sebentar dan matikan api. (hana tinggalkan sedikit gravy)
- Angkat dan hidangkan.
- Nota : Jika ingin ketam digoreng dahulu, campurkan ketam dengan 3 sudu tepung jagung dan sedikit garam. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak. Kemudian toskan dan seterusnya ikut step nombor 3.
juga ada kerang rebus untuk anakanda
















































