Thursday, June 17, 2010

Teknik dan Tips Membuat Muffin

Salam buat semua... dsebabkan arini aku dan hubby insyaAllah berpuasa, jd pepagi nih xdelah n3 masak2 yer... cume aku nak kongsikan sedikit ilmu membuat muffin yang aku peroleh dari buku Aneka Muffin Primasara Femina adiah dari Deetha tempohari. Mungkin sesetengah kiter tak tau beza antara muffin dan cupcake. Jadi kat sini aku ingin kongsikan. Moga kita sama2 dapat manfaat.
Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan
Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin
Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang
Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Selamat memuffin!! mudah2an anda semua berjaya! Sekian.

33 comments:

  1. waaaa......
    rajinnya menerjemahkan bahasa tu.. hahahahaha
    seronok..seronok...seronok....

    ReplyDelete
  2. muahahahahaaa.. mudeng jugak endas ku nduk arep diterjemah ne! wakakakaka... mmg harus dkongsikan dengan temen2 kan! aku malah sukak entok info seng wokeh! makasih adiah kuwi yoo! hihihi

    ReplyDelete
  3. thanks hana...satu info yg baik.walau sedikit sebanyak aku dah tau beza antara muffin & cc tp tetap baca & fahami.

    thanks,thanks,thanks :D

    ReplyDelete
  4. thanks,leh try ni..pasal buat selalu fail daa

    ReplyDelete
  5. salam hana..good info tqvm..thanks to deetha H too

    ReplyDelete
  6. salam hana..good info tqvm..thanks to deetha H too

    ReplyDelete
  7. Salam Hana, bagui tips nie...kena ingat selalu sebelum membuat muffin@cupcake...

    ReplyDelete
  8. time kasih kak..ni yg semngt nk wat muffin balik nih..hihi

    ReplyDelete
  9. TQ Hana...nasib baik akak sempat dapat maklumat ni.....too busy...nak lama2 depan lappy...and I am lucky I did .....TQ Dik!

    ReplyDelete
  10. kak hana.. sy org br lam dunia mask memask ni... tu yg suke tye soalan yg pelik2 skit..
    confius skit tang ni...

    "Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20min dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya."

    maknanya turunkan suhu ke turunkan masa memasak muffin tuh? coZ sy wat mmg slalu hangus tang bwh.. segan nk msk blog :(

    ReplyDelete
  11. to aloy..
    alamak dear! sowi bangettt! salah taip! bukan minit! tapi darjah celcius! akak dah edit tuh..tima kasih yer atas teguran... ralit sgt menaip sambil tgk buku! hihihi... biasanya klu kiter wat skali hangit dengan suhu yang diminta, maknanya kiter kene turunkan sket suhu. klu oven akak, akak biasanya gune suhu 180darjah celcius. klu aloy suhu 180 sudah hangit maknanya turunkan suhu samada 175-170darjah celcius. jgn rendah sgt suhu yer..sbb nnti muffin takkan naik menggunung. ataupon aloy leh try, 10-15min pertama suhu 200darjah, then baki masa terakhir turunkan suhu 180darjah or ikut kepanasan biasa oven aloy. arap dapat membantu yer...

    ReplyDelete
  12. thanks 4 da info.. cayang Ina..akak ni selalu gak wat muffin sebenonya..cuma x dien3kan..sbb pemaleh.. Ina ni serba serbinya ghajenn.. slmt berbuka poce..

    ReplyDelete
  13. k hana.. thanks for shraing patut la muffin fiza selalu keras n bantat.. hahahahah kacau lama sgt

    ReplyDelete
  14. salam hana...terima kasih banyak2 diatas info tu...kak ima memang belum lulus bak2 muffin dan cupcake ni...moga lepas ni ada lagi ada pulak pasal cupcake..tq.

    ReplyDelete
  15. fuhhhh.. penuhh ngan info...
    kalau ada cikgu camni.. pandai la anak murid... hmmm thankss for sharing the info..

    lepas ni kalau wat muffin, mesti ingat nasihat2 ni.. insyaALLAH...
    hehehe... banyak bergunaaa... :D

    ReplyDelete
  16. Hana...bagus gak ko letak info tu kat sini...kadang2 akak pun tercari2 kenapa muffin ku x sehebat muffin dalam buku itu..hahaaa...muaahhh!

    ReplyDelete
  17. Bagus bedahh..
    thanks for sharing:)

    haku baca ala2 indon jugak hehehe

    ReplyDelete
  18. trima kasih cikgu...new info pasal letakkan gak cup muffin walupun tak de isi..thank

    ReplyDelete
  19. kak hana: thanks for the info...i loike...

    ReplyDelete
  20. Wahh..good info la kak..terutama penting utk org yg tak pandai masak mcm sue nih..kikihhhh

    ReplyDelete
  21. salam kak hana, mintak izin kopipes masuk blog ya...buat reminder kelak.

    ReplyDelete
  22. tq 4 ur info.. mmg berguna sesgt..

    ReplyDelete
  23. Wah, ada kelas memasak lak...lambat sikit masuk kelas...lepas kelas ada jamuan tak? ki ki ki tq...maklumat yang sangat berguna tu...

    ReplyDelete
  24. Terima kasih lah ibu guru sudi kongsi tips...tiba2 aku mcm terbekanan muffin cup yg ada tulisan "sweet" tuu...nampak retro laaa

    ReplyDelete
  25. mekasih cikgu.. anak murid masuk kelas lewat sket arini.. baru jer ada peluang nak lepak dpn PC :)

    ReplyDelete
  26. thankz kak untuk tis mbuat muffin nie..=))

    ReplyDelete
  27. thank kak hana...mmg info berguna...minta izin C&P dlm blog utk rujukan ye....

    ReplyDelete
  28. thanks bebanyak coz bg info2 yg sebegini..

    ReplyDelete
  29. Wah Petua bagus ni buat saya yang budak baru nak belajo...tq..

    ReplyDelete
  30. K.hana nak tny ni...kalo kita guna muffin cup yang keras sket tu pon still kena ltk dlm loyang dia ke?

    ReplyDelete
  31. Satu lg kak,oven tu kita guna api bawah ke or bawah atas skali

    ReplyDelete
  32. Akak, kalau oven yg ada kipas mcm europa kena on kipas x?api atas bwh?

    ReplyDelete