Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Meatballs ala IKEA


Assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu kembali dengan resepi terbaru.. kes ngidam la nih gamoknya... ngidam x berisi wokeyy.. sensitif btol perkataan ngidam ni.. kene bgtau awal2.. ha ha..  nak menapak ke ikea tuh jauh bebeno lerr.. tak terdaya amber.. bila ler ikea nak bukak cawangan kat kuantan ni yer?? tp ada baik jugak kot! klu tidak kije aku menyoping tak sudah2! ha ha ha..  ok la berbalik pada menu.. gandingan meatball dan sos yg sgt sedap ala2 ikea.. ala2 pon jadik la kannn.. jom semak resepi. Untuk resepi meatball homemade boleh refer resepi2 yang lepas. klik SINI



masih setia dgn meatballs Marina



RESEPI MEATBALLS ala IKEA

Bahan-bahan
Bahan Meatballs
  • 1 peket meatballs (hana guna jenama Marina)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar air
  • sedikit minyak masak
 Bahan Sos
  • 1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional
  • gula secukupnya
 Bahan sampingan
  •  kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.

Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  • Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  • Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.

Monday, December 17, 2012

Opor Daging


Assalamualaikum dan bertemu kembali...... arini nak kongsikan satu menu yang sangat popular bg orang pahang lebih2 lg ianya sgt sinonim dengan daerah Pekan. Disebabkan aku nih duk merantau di negeri pahang, maka harus lah aku mencuba masakan tradisi org Pahang nih... nama jer duk pahang tp bila ditanya tentang opor baru la nih tau.. hihi... mmula dulu mmg jakun... igtkan daging masak kicap ghuper2nya bukan! sangat la sedap bg org yang pandai masak... nih aku masak sedap maknanya pandai la tuh kot.. kahkahkahkah...  resepi yang menjadi pilihan adalah resepi dari Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah yang dipetik dari buku masakannya yang tidak asing lagi dikalangan pembaca dan peminat buku resepi. esok kalau ada lagi nak wat pulut kuning plak.. waduhhhhh sedapnyerrr terbayang sudaaa..... hana buat separuh dari resepi dibawah.


RESEPI OPOR DAGING PAHANG
resepi oleh : Puan Pahang

Bahan-bahan
  • 1kg daging
  • 70g rempah opor
  • *200g bawang merah
  • *25g bawang putih
  • *25g halia
  • *3g belacan
  • bahan * dikisar
  • 50g serbuk lada kering - hana guna cili kisar
  • 5sm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 50g asam jawa - bancuh dgn 1cwn air
  • 4-5 cawan santan
  • 2 batang serai dititik
  • 100g kerisik
  • 1-1½ cawan minyak
  • garam dan gula
 
Cara-cara
  • Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan serbuk lada kering. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan daging bersama 2 cawan air dan masak hingga mendidih. 
  • Masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dgn sedikit air dan biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
  • Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik. Gaul mesra. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati, kuah pekat dan terbit minyak. Matikan api.


Wednesday, July 25, 2012

Begedil Burger Oblong


Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita berpuasa. arini aku menyediakan menu soto yang menjadi kegemaran kluarga. tak sah soto klu xde begedil. menggunakan daging beger jer.. tak igt idea daging beger ni dr blog sape... tima kasih ye... kebetulan pulak yg ada cuma daging beger oblong.. belasah ajer la... janji sodappp... resepi begedil nih ikut yg biasa aku buat. ada sedikit rempah sbb kami sukakan bau dan rasanya.. dah kenyang jom kita berterawih pula ye..Alhamdulillah takat nih xde halangan wpon ader 'penyelia' tak bertauliah si darwish dan dania.. hihi.....

RESEPI BEGEDIL BURGER OBLONG
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 keping daging burger oblong Ramly
  • 4 biji kentang besar - potong kecil
  • 2sb bawang goreng garing
  • 1sk jintan manis
  • 1sk jintan putih
  • 1/2sk ketumbar
  • sedikit lada sulah
  • daun sup -hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
  • sebiji telur - kocok perlahan
Cara-cara
  • Goreng kentang hingga kekuningan dan masak. Angkat kemudian lenyek.
  • Kisar (menggunakan blender kering) bawang goreng, jintan dan ketumbar sehingga halus.
  • Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk dan gaul mesra. Kepal bulat2kan.
  • Panaskan minyak paras separuh begedil. celupkan begedil ke dalam telur dan goreng. 
  • Tunggu sebentar sehingga bahagian bawah masak kemudian terbalikkan. (tips supaya begedil tidak mudah hancur dan pecah). 
  • Dah masak angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan soto kegemaran.

Monday, March 21, 2011

Stew Daging


bersiaran kembali di pagi Isnin.... Assalamualaikum semua..... harap semuanya sihat2 belaka.... semalam kami menerima kunjungan kak.fa sekeluarga.... jadi menu stew nih jer yang sempat aku idangkan ngan cicah roti........ eh roti goreng pong ader juga wat..... wat yg senang2 jer..... tima kasih kak.fah atas kunjungan dan tima kasih adiah... hihi..... moga kita dapat jumpa kembali di mesia nanti yer.... ok lah jom tengok resepi... resepi nih aku intai2 dari dapur kak.raidah... senang sangat nak membuatnyer... sedap pong sedapp..... tima kasih kak...


menggunakan bawang yang banyak.. itu yg menjadi sedap stew ni..
daging selepas digoreng setengah masak

untuk pes bawang, aku cuma goreng bawang besar+bawang putih dalam setengah cawan sehingga jd bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan2 lain spt arahan resepi


RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Thursday, February 3, 2011

Gulai Daging Salai

salam buat semua..... sempena cuti2 CNY nih korang wat per?? main banjir eh? ati2 eh..... semalam dapat berita dari kampong mak, diorg tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir...jalan masuk banyak yang putus... tp alhamdulillah umah mak abah selamat sebabnya duk atas bukit... adik2 balik kampong parking kete tepi highway jer... yer la nak masuk kampong jalan dah putus... mujur umah mak abah tepi highway... mudah2an semua mangsa banjir selamat... eh! jom la layan daging salai geseng nih! sambil nyalai sambil wat kije lain, tgk2 dah geseng aka ireng! mujur tak rentung.... mmula igt nak lawan ngan air asam tomato jer, tp hubby mana la gheti makan gtu.. so dier request msk lomak.. resepi nih blaja2 juga tgk resepi2 kak.anim yg mmg pure kenogoriannya... klu dier masak gulai lomak mmg terliur abessss....aku nih xde la pndai sgt msk gulai.. dgn sbb tuh nk kene blaja.. aritu penah gak try resepi kak.ina, pong lebih kurang sama..SINI... meh jemput ceduk... lepas tuh kopek limau mandarin masing2 yer wat cuci mulut... epi CNY!


RESEPI GULAI DAGING SALAI
source : kak.anymz kitchen

Bahan-bahan
  • 1kg daging - campur garam dan serbuk kunyit kemudian salai dan hiris nipis
  • segenggam cili padi
  • 1 inci kunyit hidop
  • santan dari dua biji kelapa - jadikan 1cawan pekat dan 2cawan cair
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • bahan pilihan : belimbing buluh, rebung, bacang, pucuk ubi, kentang etc
Cara-cara
  • Tumbuk cili padi dan kunyit. Gaulkan dengan daging dan juga serai ke dalam periuk.
  • Masukkan santan cair. Didihkan. Masukkan bahan pilihan jika suka. Dan juga santan pekat.
  • Perasakan dengan garam dan didihkan lagi sekali. Masakan nih makin lama makin sedap.

Tuesday, January 18, 2011

Daging Goreng Berlada



balik urusan tadi terus pung pang pung pang masak utk dinner.... daging nih dah letak singki dr pg tadi.. igt nk masak kicap, lupa pulak kicap dah abes...... tanya kat hubby dier suggest lauk nih... so buat jerk lah.... akceli daging mmg peberet en.hubby tak kesah la msk apa pong... janji sedap! kalau tak sedap slow la sket makan nya..hihihi...... jom semak resepi..

RESEPI DAGING GORENG BERLADA
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
  • serbuk kunyit dan garam
  • *5-6 tangkai lada merah - bleh campur lada kering
  • *4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing2
  • *4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
  • 1 inci halia ketuk
  • sedikit jus limau atau air asam jawa
  • garam dan sedikit gula@perisa (optional)
Cara-cara
  • Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  • Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar@tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa@jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api.
  • Hidangkan dengan nasi putih hangat.

Sunday, January 16, 2011

Beef & Maguro Steak

kak.ummi kata klu amik gambo cun cun, makanan jadi tak sedap! jadi elok la aku paparkan lagi gamba sempoi2 begini.. hahaha... daging tgh menghitamkan diri..

nih plak ikan maguro... ikan glemer kat jepong! cuma marinate dengan garam, blackpepper dan juga olive oil jaa...... tgh grill neh..blom masak! tunggu tungguu..

yeahhh already irengg..

resepi Beef Steak leh tengok SINI
peberet hubby and danish.. rasa ikan nih macam daging ayam.. sedapppp

Kentang putaqqq.. resepi leh tengok SINI or SINI
nih la dinner kami utk arini... persembahan tamatt...

Tuesday, January 11, 2011

Bulgogi @ Korean BBQ Beef



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... arini jom kiter layan menu korea... sambil2 tengok cter korea.. boley ker? haha... akceli Bulgogi merupakan masakan popular Korea selain Kimchi dan juga Kalbi. Kalbi dan Bulgogi lebih kurang sama sahaja... cume bezanya tang daging yang digunakan. kalau bulgogi guna daging slice macamni... manakala kalbi guna daging yg besar2 macam ribs, chunks or etc. Kalau di Jepun masakan macamni juga popular... boleh juga di panggey Beef Teriyaki kot... sbb rasa daging tuh manis2 kicap... boleh juga dihidangkan dalam hot pot/nabe bercampur dengan sayur2an lain yg di panggey Sukiyaki... lagi satu cara, letakkan daging di atas salad dan terus ngap! pong sodappp..... jom semak resepi.. opss tima kasih kakshidah calling calling aritu! hihi..

RESEPI BULGOGI @ KOREAN BBQ BEEF
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1kg daging slices
  • 1/2 cawan kicap @ syouyu
  • 1/4 cuka nasi @ jus epal@pear
  • 2 sudu besar gula @ brown sugar
  • 2 sudu besar bawang putih parut
  • 2 sudu besar halia parut
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1sk chili flakes @ lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar kuning - potong baji
  • daun bawang (ambil bahagian batang yg putih+hijau dan cincang)
  • bijan
Cara-cara
  • Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan perap sekurang2nya 2-3jam.
  • Bakar/grill atau masak atas pan fry sehingga kering.
  • Taburkan bijan dan hidangkan dengan nasi hangat. Enjoy!

Friday, January 7, 2011

Sup Bebola Daging & Asam Pedas Kepala Ikan


wat menu sup untuk anak2.... akceli arini jepong da stat skola.... abih cenggitu jerk tak g mana2 pong.. lagipong cuaca pong sejuk gegege.... takat tempat yg wajib keliling jepong nih cukop la kot.. blah2 bawah sana hmmmm tak gi lah lebih2 lg okinawa yang macam balik mesia.. hihihi... tp mana tau la kan rezeki lain2 taun... wallahua`lam.... jom layan menu sup nih... wat sempoi2 jerk... untuk my laling aku watkan asam pedas campur tulang, pipi and kepala ikan (kat sini byk jual, klu buat sup pong sodappp)... masak asam pedas tuh ikot stail my MIL..

RESEPI SUP BEBOLA DAGING
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball

  • 200g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
Bahan Sup
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 kiub daging/ayam/ikan bilis
  • 1 batang saleri - potong serong
  • sayuran pilihan - hana buh kubis
  • fishcake - optional
  • carrot
  • daun bawang/sup
  • garam
Cara-cara
  • Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Air rebusan daging simpan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub. Masukkan carrot. Biarkan hingga carrot empuk.
  • Masukkan sayur2an lain, batang saleri, dan juga meatball. Didihkan. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Ikan/kepala ikan
  • *8-10 tangkai cili kering - rebus/celur, basuh dan toskan
  • *4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci belacan
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sk lada hitam - tumbuk kasar
  • Air asam jawa
  • garam dan perasa/gula
  • daun kesum
  • bendi/terung - hana buh nenas
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan lada hitam dan juga halia.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air lagi untuk kuah (kepekatan bergantung).
  • Masukkan ikan, bendi/terung/nenas dan juga daun kesum untuk menambahkan aroma masakan.
  • Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Kacau perlahan. Didihkan. Tutup api. Sedia dihidang.

Tuesday, January 4, 2011

Soto Sulung

salam buat semua.... semalam ditakdirkan aku tak berapa sihat... tetiba plak aku demam... tp alhamdulillah malam td kebah pas makan ubat... takat nih alhamdulillah jarang2 demam sampai melarat 2-3 ari.. biasanya pas makan ubat, selubung, pehtu lega dah... susah ati juga klu tak sihat nih..mana nak uruskan anak2, masak2 and macam2 lg.... kali nih try layan soto sulung dari negara seberang... kalau nak mencuba masakan seberang boleh la rujuk blog Deetha... kebanyakkan resepi2nya asli dari sana.... soto madura, soto betawi, bakso, rawon.. ishhh macam2 lagik.... soto sulung nih khas dari Jawa Timur ngan erti kata lain soto daging la kot... sajer makan ngan kicap manis+cili padi.. sedap pulak makan cenggini....*maap ya buk, kite xde zuk nak amik gambo kali nih! :D.. resepi nih terjemahan dari blog Deetha. tenkiu dear..

RESEPI SOTO SULUNG
by: deetha@supjagungmanis
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g isi perut lembu (babat, usus, paru atau boleh ganti tulang) - hana tak buh nih.. guna daging je
  • Air untuk merebus
  • 100g daging - hana lebihkan sukatan 300g
  • 2000 ml air untuk merebus kuah
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun salam - hana tak buh
  • 4 sdm minyak untuk menumis
Bahan-bahan rempah - tumbuk halus
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit, bakar
  • 2 cm halia
  • 4 biji buah keras
  • 1 sdm serbuk lada putih
  • 1 sudu besar rempah sup - hana tambah
  • 1/2 ketul kiub daging - juga hana tambah
  • garam
Pelengkap
  • Nasi/lontong
  • 2 sdm bawang goreng
  • 2 batang daun bawang, iris halus
  • 2 batang seledri, iris halus
  • Sambal cili
  • Kicap manis
  • Limau nipis
  • 2 biji telur rebus, kupas, belah 4
Cara-cara
  • Cuci babat,usus,paru sampai bersih, rebus sampai mendidih, angkat, toskan. Ganti air rebusannya berulang kali hingga empuk & baunya hilang.
  • Periuk lain rebus daging tambahkan serai, & daun salam.
  • Masukkan babat,usus dan paru rebus. Teruskan merebus di atas api kecil hingga bahan cukup empuk, angkat, toskan. Ambil sebanyak 1250 ml drpd air rebusan tadi. Bila kurang, tambahkan air mendidih.
  • Potong isi perut & daging ukuran 1 x 2 cm, masukkan semula ke dalam periuk rebusan.
  • Panaskan minyak goreng dalam kuali, tumis bahan rempah hingga naik bau dan angkat. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging tadi. Masak sampai mendidih & bau hanyir hilang, angkat.
  • Pindahkan soto ke dalam mangkuk. Hidangkan soto panas bersama nasi atau lontong serta pelengkap yang lain.

Friday, December 10, 2010

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

arini layan daging salai lak... ermmmm cungguh cedap! akceli gune cili kat bawah sinun.. ya salammm.. cili tuh pedas nak mampos.. hubby bli aritu yg fresh tak frozen kat kedai thai.. byk gler! nih ader karang aku amal jariah kat adik2 sini suh abeskan.. hihihi... adik2, sape nak cili ketuk pintu umah akak yooo.. hehe... resepi amik dari umah kak.ina kl yg selalu nampak dier wat menu nih... mmg sedap ah! tambah2 plak klu ade rebung ke, jantung pisang ke ngan pucuk ubi cam kak.ina buat tuh! leh ngences lorr.. kak.ina kata nih stail org nogori tadak gunakan bawang mawang.. tima kasih kak.. meh jemput lunchh... hehe

RESEPI MASAK LEMAK DAGING SALAI
source : kak.inakl.com

Bahan-bahan
  • 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap kemudian salai
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi rebus @ rebung @ jantung pisang - hana xde
  • 1/2kg@500ml santan pekat
  • 600ml air@santan cair
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
  • Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup dan garam sehingga lumat.
  • Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
  • Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan serai yang telah dititik dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
  • Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi yang telah direbus dan daun kunyit.
  • Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
  • Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

Wednesday, December 8, 2010

Beef Steak

ajer glemer ghupernyer si spiral potato tuh kat pasor malam yer? makcik nih dah 3 tauunnn tak g paso malam, ghupernyer macam2 menu adooo... yg hok kampung dan tak kampung la skrg yer? canggih canggih... makcik tumpang gumbira la klu gtu... tp makcik ghase baik buat sendrik tul tak? jimat poket, tak koyak rabak... hehehe...meh pakat2 beli kentang satu guni... korang wat la apa jenisnyer tuh.. kang aku tiru la balik! aku cur cur ngan garam jerk.. maklom ler makcik owang kampung... wakakakaka..... nak muntah ijo dbuatnyer.. hihihi... jom makan steak! lunch arini layan menu western jerk... malas pulak nak godeh2 lauk... tp kene masak la juga utk dinner karang.. hai tak abis2 masak kan kan... nak buat camne... nak jimat poketttt.. hahaha

RESEPI BEEF STEAK
sumber asal : thebabybackgrill
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (bahan perapan boleh PILIH ikut suka)
EASY MARINADE
BBQ MARINADE - bleh guna mana2 sos BBQ atau boleh cube yg bawah nih
  • 11/4 cawan sos tomato
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan cider vinegar @ cuka epal
  • 1/2 cawan gulaperang
  • 1 tbsp onion powder - bleh ganti bawang parut/blend
  • 1 tbsp garlic powder - bleh ganti bawang putih parut
  • 1 tbsp blackpepper
  • 1 tsp cayenne @ chili flakes
MARINADE
  • 3/4 cawan kicap
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 tbsp Worcestershire sauce
  • 1/4 cawan gula perang
  • 2 tbsp minyak masak/minyak zaitun
  • 1tbsp bawang putih parut
SWEET & TANGY MARINADE - hana cube yang nih
  • 1/2 cawan kicap
  • 1/4 minyak zaitun
  • 3 tbsp gula perang
  • 1 biji lemon - perah ambil jus
  • 3 tbsp bawang putih parut
  • 1 tbsp bawang besar - cincang
  • 1 tbsp halia parut
  • garam dan blackpepper
Cara-cara
Gaul semua bahan dengan daging. (hana guna daging chunck mudah lembut sesuai utk steak atau boleh gune bahagian lain ribs atau sebagainya). Perap 1jam atau lebih atau semalaman. Panggang/grill hingga masak. Untuk sos lada hitam hana gunakan resepi SINI. cume tambahkan dengan lebihan bahan perapan daging dan lebihan grill.. sedappp!

resepi Spiral Potato lihat SINI

Saturday, November 27, 2010

Kuah Kacang Daging

syukur arini dah ari sabtu.... malam nih laling bertolak balik... anak2 tak saba nak tunggu ayah balik.. apatah lagik maknya! hahahahaha.... meh jemput makan kuah kacang sedap nih! aritu ade belen sket kuah kcg dari jiran..arini godeh2 balik jd kuah kacang daging nih. makan plak ngan nasi impit! sedapppp sgt2! akceli sblm nih penah wat kene racik2 daging.. pehtu jarang2 letak santan dlm kuah kacang.. klu letak pong biasanya secotet jerk sbb nak elakkan cepat basi.. tp mmg lg sedap letak santan sbb lagi lemak dan masak nak kene lama sket utk elakkan cepat rosak kuah kacang tuh.. utk resepi nih rujuk dari blog kak.inahar... tima kasih doc! dah lama bookmark resepi kak.ina nih.... mmg berbaloi! cubelah! hehe

RESEPI KUAH KACANG DAGING
Source: Inahar`s Cooking

Bahan-bahan
  • 250 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk
  • 500g kacang tumbuk
  • 2 biji bawang besar *blend
  • 1 ulas bwg putih (x taruh pn x pe)
  • 11/2 inci halia (separuh blend,separuh ketuk)
  • 5-7 batang serai (serai mesti bnyk,klu x rasa dan bau kuahnya x naik..hendaklah di blend 5 btg, selebihnya diketuk shj)
  • 3-4 sudu besar cili giling - ikut kepedasan masing2
  • 1/2 inci lengkuas (klu x ada pn x pe)
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 1 paket)
  • gula lebih kurang 11/2 senduk nasi (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu x mmg kureng rasanya)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perisa (optional)
  • air
  • minyak utk menumis
Cara-cara
  • Tumis bhn2 yg di blend sekali ngan halia,serai ketuk then letak cili.Tumis sampai garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kacang,santan,daging, asam keping..last sekali garam,gula.Masak sampai mendidih..klu pekat sgt tambahlah air.
  • Rasa kuah ni berbeza sikit dr kuah kacang biasa sbb penggunaan serai yg banyak,tambahan daging, garam dan gula nya kenalah ngam amaunnya ye..
  • Kuah ni mmg sedap di makan ngan ketupat nasi/nasi impit..nk campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pn mmg sesuai sgt.