Monday, March 21, 2011

Stew Daging


bersiaran kembali di pagi Isnin.... Assalamualaikum semua..... harap semuanya sihat2 belaka.... semalam kami menerima kunjungan kak.fa sekeluarga.... jadi menu stew nih jer yang sempat aku idangkan ngan cicah roti........ eh roti goreng pong ader juga wat..... wat yg senang2 jer..... tima kasih kak.fah atas kunjungan dan tima kasih adiah... hihi..... moga kita dapat jumpa kembali di mesia nanti yer.... ok lah jom tengok resepi... resepi nih aku intai2 dari dapur kak.raidah... senang sangat nak membuatnyer... sedap pong sedapp..... tima kasih kak...


menggunakan bawang yang banyak.. itu yg menjadi sedap stew ni..
daging selepas digoreng setengah masak

untuk pes bawang, aku cuma goreng bawang besar+bawang putih dalam setengah cawan sehingga jd bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan2 lain spt arahan resepi


RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

30 comments:

  1. salam akak...sedapnya stew daging tu, sy pulak mmg suka makan daging...

    ReplyDelete
  2. salam watie..
    bleh cuba stew nih watie... sonang ja.. sedap pong sodap wehhh... hihi

    ReplyDelete
  3. selamat mencuba... moga kene ngan selera keluarga...

    ReplyDelete
  4. Emmmm....sedapnya Hana ....boleh cuba menu mkn mlm nanti....kechur kak cek tgk... :-)

    ReplyDelete
  5. assalam hana...nampak sedap je stew tu...leh makan ngan nasi jugak ke...hihi kak ima tak pernah makan agi...

    ReplyDelete
  6. ini resipi dah berkurun duk dlm draf, tak buat2.. ish... meh nak rasa yg ina dulu la :)

    ReplyDelete
  7. salam hana...

    sempat lagi masak ye walau pun sibuk dok berkemas nak balik sini....

    ReplyDelete
  8. kak hana..nak semangkuk...sedapp tu cicah ngan roti...
    mas pun tak buat2 lagi srew ni...tunggu sampai seru dulu..he..he..

    ReplyDelete
  9. Hana.....adeh, masih active masak lagi eik...mmm sup2 ni sedap utk segala2 musim pun.....

    ReplyDelete
  10. uish!feberet akak ni na...cuma takde masa nak buat...ko balik sini ko buatkan ekk...ekekekek

    ReplyDelete
  11. Hanaaaaaaaaaa....muaaahhh! Masak2 lg ko eh...tabik spring toing-toinng...x kesah la xda pinggan lawo dah..yg penting tukang masak makin lawo dan tembam la bila blk Msia nnt..hehehehheh, akak doakan korang semua selamat2 semuanya...muaahh!

    ReplyDelete
  12. huuihh..sama cam ummi lah hana..tabik spring betul akak kat hana ni..pinggan koli piyuk belanga dah nak sedeqah pun masih rajin lagi masak2..mmg isteri dan ibu mithali betul...

    wey..jgn harap akak nak ingat puji ikhlas ni wey..balik sok siapkan hadiah den jugak..wakakakaka

    ReplyDelete
  13. tuh makcik tefal dah belayar gi msia laa agaknya tuh?ke sedekah gak kat adik2 yg bkl duk sana?ekeke..
    bak sini sikit stew tuh!

    ReplyDelete
  14. kak hana.. tun x suka masak daging!! sbb xde pressure cooker, kita yg pressure tunggu daging tu empuk.. kui kui... dtg bawak bekas menapau je laa.. malas nk masak sendirik. hihi

    ReplyDelete
  15. akk wajib guna pressure cooker ye?
    itu psl x penah buat..suka sangatttt...nk semangkuk mkn ngn roti perancis!

    ReplyDelete
  16. Assalamua'laikum..

    sedapnya masakan di sini...

    boleh datang ke blog kami juga untuk tengok pinggan mangkuk corelle yg murah dr pasaran..


    http://mart4muslims.blogspot.com/2011/03/corelle-dinnerware-sets.html

    ReplyDelete
  17. mmg aku suka yg ni cicah ngan roti..tkasih bnyk2..susah2 je :p

    mihun kat bwh tu klu lunyai cmtu lagi suka..yg kejung (bg aku la) tu x best betul mkn :)))

    ReplyDelete
  18. Pernah makan stew daging camni 2 kali raya berturut2 kat umah sorang kawan, specialist O&G di Ampang Putri. Makanan sehat kata dia..cecah ngan Roti. Mmm mmg sodappp dan tak muak.

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Hana,
    Tabik spring la dekat akak.. tengah sibuk2 nak balik pun menten lagi buat posting masak2. cayalah..hehee...

    Sedih baca yg akak citer pasal peg2 dan ahli bomba yg tghbertarung nyawa dgn nuclear radiation tu. harap2 mereka semua selamat...dan juga buat semua rakyat jepun...

    Ijan

    ReplyDelete
  20. Wow boleh masuk list ni..
    sedap nampak stew daging ni..thanks hana for sharing..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Hana,
    Apa khabar???? Harap2 sihat hendaknya ya....Sedap nampak stew daging tu, akak tak pernah try lagi...klu ada masa nak cuba jugak nanti...

    ReplyDelete
  22. your blog is great!! i´m from spain, the north, kisss

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...
    kami datang ni bukan nak minta stew tapi nak copy resepi puding roti. Dah siapkan homework tu tapi tak secantik cikgu punya. huahhhhhh

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Hana
    resepi yang akan dibuat sewaktu musim sejuk di Adelaide nanti..btw, nak tanya selain stew, pes bawang tu boleh dibuat apa lagi?

    ReplyDelete
  25. to ibu hanna.. boleh tk letak.. tapi rasa stew tuh agak lain sket kalau letak..

    ReplyDelete
  26. Hana,knur minta izin copy resipi stew daging ini tapi kak nur nak tanya link yg ini org yg sama ke dengan resipi raidah blogspot.com?

    Apa2 pun ni akak tengah masak...ty for sharing dear!

    http://nurwarnahidupku.blogspot.com/2010/07/stew-daging.html

    ReplyDelete
  27. akak stew ni mkn cm tu je kew or bole mkn dgn mee or bihun..tq

    ReplyDelete