
line merah adalah kawasan yang paling teruk terjejas
kanazawa berada di line kuning.. dalam keadaan berjaga2
tanda pangkah adalah pusat gempa bumi
Assalamualaikum semua..... terima kasih kepada kengkawan yang mendoakan keselamatan kami di sini.... samada yang menghantar mesej melalui telefon, facebook, di n3 dan juga di shoutbox.. Alhamdulillah kami semua selamat sebab kami berada di kawasan yang agak jauh dari pusat gempa bumi.... Gegaran kali nih paling kuat dengan skala ricther 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900..negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan.... Kitaorang di kanazawa nih cuma rasa beberapa kali gegaran.. gegaran aka goyang2 yang agak kuat tadi dalam area pukul 3 gtu la... rasa pening2.. tgk cermin, lampu, baju sangkut semua goyang2.... takuttt... tapi takde la kuat sangat gegarannya.... sempat la gak rasa pening2 macam mabuk gtu...
hingga setakat ini, keadaan masih teruk... kepada sahabat kita yang berada di Sendai terutama
Hanis (ketika ini Hanis di Tokyo). Manakala mesia students di sana sedang ditempatkan di kawasan pemindahan dalam keadaan bergelap... bekalan api terputus..begitu juga bekala air... internet dan telefon juga kadang2 ok kadang tak.. begitu juga sahabat kita
Kamalia yang berada di Iwate yang sedang juga bergelap... tima kasih
Asmara dari yamagata yang sampaikan berita nih... As juga dalam keadaan berjaga2 sebab gegaran masih berlaku... marilah kita sama2 doakan sabahat2 kiter yang lain samada yang berada di Tokyo, Chiba atau dimana jua berada mudah2an semuanya selamat.... begitu juga rakyat Jepun amnya... kerana mereka juga adalah makhluk Allah... tak kira bangsa dan ugama.. mudah2an kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya... tima kasih lagi sekali pada kawan2, saudara mara dan semua yang mendoakan kesejahteraan kami di sini.

kemusnahan yang teruk.. kilang gas dan minyak juga terbakar

air melimpah ruah dari laut dengan ketinggian 10 meter

bangunan2 banyak yang pecah, runtuh, retak dan terbakar.. perkhidmatan keretapi dan shinkansen juga diberhentikan

siaran langsung dari TV.. pakcik ngan makcik nih pong amik langkah2 keselamatan sbb gegaran masih berlaku

rumah2 yang hanyut dan berkecai.. teringat peristiwa Acheh satu tika dahulu..
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa... kita sebagai hambanya mudah2an tidak alpa..
image from google
boleh tengok video jishin di
SINIUpdate : Setakat pagi 12hb ini, kematian dicatatkan beratus orang dan masih ramai yg hilang