Showing posts with label masakan jepun. Show all posts
Showing posts with label masakan jepun. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Sup Miso Asari & Tamagoyaki

brekpes ala orang jepun..... orang jepun pagi2 bekpes nasi.... tapi kuantiti nasi bukan macam org kiter sepinggan beso.. cukup satu bowl kecik tuh pong dah kenyang.... yang penting ade lauk sampingan dan salah satunyer sup miso.....yang nih sup miso campur ngan asari. klu kiter tgk kebanyakkan masakan jepun very healthy... jarang2 gune minyak yang banyak kecuali tempura... santan jauh sekali.... cuma masakannya ade sedikit rasa manis2.. tp bukan la manis melampau... just nice gtu la.... contohnyer tamagoyaki@sweet omelete tuh... ok jom tengok resepi.... tamagoyaki yang di jual di pasaran kene ati2 beli la yer.. sbb kekadang ader kandungan mirin@sake (arak).

RESEPI SUP MISO ASARI
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 400g asari @ clams - basuh bersih
  • 4 cawan stok dashi *jika tiada ikut resepi di bawah
  • 2 sudu makan pes miso
  • Cendawan - hana guna enoki
  • Taufu lembut - potong2 - hana ganti fishball homemade
  • Wakame - hana tak buh kecuali utk miso shiru
  • Hirisan negi atau daun bawang
Cara-cara
  • Masukkan stok dashi ke dalam periuk. Masukkan asari dan masak hingga asari terbuka. Buang buih2 yang timbul dipermukaan.
  • Kecilkan api, bancuh miso pes dengan sedikit air dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masukkan skali taufu dan juga cendawan. Didihkan dan matikan api.
  • Taburkan dengan daun negi@daun bawang. Hidangkan panas.
  • Nota : Jika tiada stok dashi, didihkan air ikut sukatan. Masukkan bonito flakes dan juga kombu. Rebus sebentar kemudian tapis dan ambil stok tersebut utk jadikan stok dashi.
  • Untuk fishball homemade : Cincang isi ikan, masukkan garam, lada sulah, sedikit tepung katakuriko dan juga putih telur. Sudukan@bulat2kan ke dalam sup sehingga timbul/masak.
RESEPI TAMAGOYAKI
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 3 sudu besar stok dashi
  • 2 sudu kecil gula - manis ikut suka
  • 1 sudu kecil tepung katakuriko - bancuh sedikit dgn stok dashi utk mendapatkan tekstur telur yang halus - masa nih hana tak buat
  • Optional - boleh tambah nori halus, seaweed, cendawan, crabstick or etc
Cara-cara
  • Sediakan pan tamagoyaki. Panaskan dan sapu dengan sedikit minyak.
  • Satukan semua bahan tamagoyaki dan kacau sebati. Tuang sesenduk ke dalam pan dan biarkan masak seketika.Kemudian gulung dan biarkan di dalam pan.
  • Kemudian sapu pan lagi dengan minyak.
  • Ambil sesenduk lagi adunan telur dan tuang, ratakan. Gulung lagi dan buat sehingga habis.
  • Angkat dan potong.
  • Boleh refer video SINI or SINI utk lebih paham.

Tuesday, March 8, 2011

Sushi Rolls @ Makizushi

aduhai malas beno arini nak masak2...... nak amik gambo pong tadak mood... hentah silap apa, kat camera setting lain, kat pc jd lain pulak..aduhhh geram btol klu penat2 amik gambo tgk hasilnyer tak memuaskan... nih jerk la yang ada... jemput makan nasik gulung jepong...

RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
source : hanamemorie.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat
Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.

Monday, February 21, 2011

Ika Meshi @ Ketupat Sotong

di jepun pong ada ketupat sotong.. namanya ika meshi ( rice stuffed squids)... rasanya juga manis tapi jepunnyer manis masin sbb menggunakan syouyu..... kalau mesia punyer ader rasa lemak2 santan gtu la kan... sebenarnya pestaim gak nih mencuba versi kelantan... manis yer! tp sedap juga... macam pengat sotong la pulak.. hihi.... k la... nak cepat nih.. nak g klinik... darwish demam la pulak...

RESEPI KETUPAT SOTONG
source : makyong@myresipi

Bahan-bahan
  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya- hana x ltk sbb dah manis
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang
  • - jika suka boleh tambahkan halia dan juga halba
Cara-cara
  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.
RESEPI IKA MESHI
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Ika @ Sotong
  • Beras Jepun - rendam dahulu kemudian toskan
  • Beras Pulut - rendam dahulu kemudian toskan
  • Sedikit cuka nasi
  • Souyu @ kicap jepun
  • Hirisan halia
  • Gula
  • Air
Cara-cara
  • Bersihkan sotong. Campurkan beras pulut dan juga beras jepun.Sumbat ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh nanti sotong pecah dan isi terkeluar.
  • Cucukkan dengan pencungkil gigi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air paras sotong. Masukkan skali syouyu, cuka nasi, gula juga halia. Masak hingga kuah agak kering.

Saturday, February 5, 2011

Oden

arini layan oden jerk lah.... menu yang sangat sesuai ketika musim sejuk@winter di jepun.... tak susah2 nak buat... cume perlu lebur jerk semua bahan ke dalam sup oden... rempah sup tuh pong banyak jual di supermarket.. bli jerk siap@segera senang kerejer..... macam buat yongtaufu atau steamboat jerk lebih kurang... tp nih style jepun... hubby suker telur rebus yg ala2 gelap mcm telur pindang.. nih aku tak rebus lama..tapi dibiarkan semalaman dalam kuah sup.. supaya meresap baru sedap makan.. begitu gak ngan daikon... darwish suker sgt makan daikon begitu ajer.. dah abis cakap `nak nak nak.....` ada lagi satu konyaku.. yang tuh aku tak buh sbb ader org tak minat.. utk resepi bleh refer resepi ros di bawah nih.... aku gune yang segera jer...ok zassss.. ader hal nih..
RESEPI ODEN
source : ros@jintanmanis

Bahan-bahan
Untuk Sup Oden

  • 1 Liter air
  • 1/4 ( suku) cawan souyu@ kicap jepun
  • 3 sudu kecil dashi
  • 2 sudu kecil gula
  • sedikit garam - jika perlu sebab dah masin
  • 500ml air rebusan dari katsuo bushi (dried bonito flakes)
  • bahan oden, Daikon ( lobak putih jepun), konyaku, anpen, fishcake, telur dan lain-lain.
Untuk Miso Oden

  • 2 sudu besar miso
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar sos okonomiyaki
  • 50ml air gula merah
  • 2 sudu kecil gula
  • sedikit bancuhan katakuriko ( tepung kentang@tepung jagung)


fishcake bentuk ika/sotong... yang mcm kantung tuh sedapp! tauhu dalamnya ader mochi

lobak putih yang dimakan dengan miso oden
Cara-cara

Masukkan semua bahan sup oden di dalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan daikon ( lobak putih jepun) yang telah di potong dan konyaku dahulu, setelah daikon empuk baru masukkan bahan-bahan oden yang lain seperti, chikuwa, anpen, fishcake, telur puyuh rebus@telur ayam biasa dan lain-lain.

Untuk membuat miso oden - Satukan semua bahan miso oden di dalam periuk kecuali bancuhan tepung katakuriko, setelah semua sebati dan agak mendidih baru masukkan bancuhan katakuriko bagi memekatkannya, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama daikon atau pun konyaku.

Friday, January 28, 2011

Onsen Tamago with Beef Rice Bowl

arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...

panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.

masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.

dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.

RESEPI BEEF RICE BOWL
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
  • *1 inci halia - parut
  • *2 ulas bawang putih - parut
  • *2-3 sudu besar kicap pekat
  • *1-2 sudu besar sos tiram
  • *1 sudu besar syouyu/kicap cair
  • 1sk minyak bijan
  • 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
  • sedikit blackpepper
  • garam dan gula
  • sedikit air/stok daging
  • daun bawang hiris
  • onsen tamago
  • shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
  • bijan
  • Nasi jepun
Cara-cara
  • Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
  • Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letak
sorce : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
  • daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
  • onsen tamago
  • nasi jepun
  • kicap syouyu
Cara-cara
  • Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
  • Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
  • Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
  • Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.

Saturday, January 15, 2011

Okonomiyaki (in the making)

okonomiyaki merupakan salah satu masakan jepun yang popular di sini... boleh di gelar pizza jepun atau pizza kobis! nak kata lempeng kobis pong boleh la kot! hahaha.... nih menu kegemaran anakanda danish... walaupon dier tak gemar makan sayur, tapi bila dbuatkan okonomiyaki nih satu adunan besar nih dier boleh abeskan sorang! sedap katanya... tp biler dbuatkan sayur kobis tak nak pulak dier makan.. hmmmm... ok lah! atas permintaan pengunjung hanamemories, meh kiter saksikan bahan2 dan juga cara membuatnya... sangat mudah dan yang penting sedapp!


Bahan-bahan : 1/2 biji bawang besar hiris , 1 biji telur

150g kobis potong halus (bukan cincang yer), 100g tepung gandum/tepung okonomiyaki

4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc), segenggam udang kering putih/pink

150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis), bahan taburan nori halus dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)

sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..
Cara-cara: satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati. Adunan bila dicampur jgn terlalu cair macam lempeng mesia yer.. lihat seperti gamba bawah.. begitu kejadiannyer seperti di restoran2 jepun.. boleh letak kepingan hirisan daging jika suka..

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..

bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.

picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..

potong square dan bismillah..... jemput makan...

Tuesday, January 11, 2011

Bulgogi @ Korean BBQ Beef



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... arini jom kiter layan menu korea... sambil2 tengok cter korea.. boley ker? haha... akceli Bulgogi merupakan masakan popular Korea selain Kimchi dan juga Kalbi. Kalbi dan Bulgogi lebih kurang sama sahaja... cume bezanya tang daging yang digunakan. kalau bulgogi guna daging slice macamni... manakala kalbi guna daging yg besar2 macam ribs, chunks or etc. Kalau di Jepun masakan macamni juga popular... boleh juga di panggey Beef Teriyaki kot... sbb rasa daging tuh manis2 kicap... boleh juga dihidangkan dalam hot pot/nabe bercampur dengan sayur2an lain yg di panggey Sukiyaki... lagi satu cara, letakkan daging di atas salad dan terus ngap! pong sodappp..... jom semak resepi.. opss tima kasih kakshidah calling calling aritu! hihi..

RESEPI BULGOGI @ KOREAN BBQ BEEF
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1kg daging slices
  • 1/2 cawan kicap @ syouyu
  • 1/4 cuka nasi @ jus epal@pear
  • 2 sudu besar gula @ brown sugar
  • 2 sudu besar bawang putih parut
  • 2 sudu besar halia parut
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1sk chili flakes @ lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar kuning - potong baji
  • daun bawang (ambil bahagian batang yg putih+hijau dan cincang)
  • bijan
Cara-cara
  • Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan perap sekurang2nya 2-3jam.
  • Bakar/grill atau masak atas pan fry sehingga kering.
  • Taburkan bijan dan hidangkan dengan nasi hangat. Enjoy!

Sunday, December 5, 2010

Gyoza

terhingin sangat nak makan gyoza... setelah misi pencarian skin halal tak jumpa2, maka redha ajer kene uli2 sendrik... (akceli gune pn.bibik menguli jerk! haha) alhamdulillah... boley laa... cume ade yg tebal ader yg nifis.. haha... dulu penah skali tgk cikyam (student sini) buat.. tp tak sempat tanya resepi, dier telah pong meninggalkan kami.. eh meninggalkan bumi nihonnn... rindu suda sama aira.. hehe.. nak kelim pong tak pandai, gune acu bli siap ajer lerr... resepi skodeng blog sana blog sini... mostly blogger chinese n nihonjin la... dan jugak tunjuk ajar dari dik ijah siam tu... maceh jah!




RESEPI GYOZA
Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Untuk Skin
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum utk canai
Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
  • 50g kubis - cincang dadu halus
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka
  • garam dan pepper
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza
Untuk Sos
  • Soy Souce + Red Pepper Oil (hana guna goma chili oil)
Cara-cara
  • Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.
  • Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
  • Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.