Showing posts with label muffin/cupcakes. Show all posts
Showing posts with label muffin/cupcakes. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... bersiaran lagi di ujung cuti persekolahan.... rasanya ni n3 terakhir la kot sepanjang cuti nih... sekejap jer rasa masa bercuti dah nak naik skola...  cumanya kali nih tak g mana2 pon.. duk kat umah jaga budak2 nih jer.. sekarang nih alhamdulillah anakanda dah semakin sihat dan cergas. kalau tak dah ukur satu malaysia agaknyer spt cuti2 yang lepas.. hihihi... xpe la.. mak tak kesah... (yer la tuh! ) hehehehe...

 

berbalik pada tajuk n3 kali nih... sebenarnya dah lama nak membuatnyer.. teruja dengan kengkawan lain yang dah menerai dan menyatakan kesedapan kek nih.... dedulu ms kat jepun femes juga kek nih... tpnyer tak  tergerak hati nak membeli mana-mana kek di kedai kek... was was tang vanila esen yang digunakan ataupon bahan2 lain..... arini barulah terlaksana di dapur sendiri... ya ampunnnnnn.... sedap tak terkata! en.hubby yang bukan penggemar kek pon boleh kata sedap dan berulang kali dier makan.... nampaknyer ini kek kesukaannya. manisnyer pon sedang sedang.. boleh la buat lagik pas nih... hehehehe.. untuk resepi nih aku tinjau2 dr dapur mat sedenak dan Sonia Nasi lemak Lover. tima kasih banyak atas perkongsian... resepi dibawah nih cuma dapat 8-9 biji size cup L. jangan risau kek nih mmg akan turun sedikit selepas keluar dr oven.. tp menten gebus gebass....


RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
sumber : Sonia Nasi Lemak Lover, Mat Gebu
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 biji kuning telur gred A
  • 20g gula kastor/gula halus
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad *
  • 55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
  • secubit garam* 

Bahan B
  • 3 biji putih telur gred A
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. 
  • Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  • Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
  • Masukka ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.
  • Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.
  • NOTA : resepi asal tepung adalah 70g tepung kek.. Jika tiada ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 cawan tepung jagung. Timbang semula dan guna pakai 70g shj untuk resepi nih.. Boleh juga guna tepung superfine yang biasa ada jual di bakery.Dalam pembuatan kek chiffon biasanya menggunakan sedikit tepung jagung untuk menambah kegebuan dan kelembutan kek.

Saturday, May 11, 2013

Red Velvet Cupcake


Bismillah dan salam sejahtera....... wat cupcake nih untuk tempahan dan ada la juga belen bebape ketul untuk makan2 kat umah.... budak2 nih xde la minat sgt bila ada cis... maybe sbb masam cis kot.. lebih suka togel dr ada topping. darwish la yg suka mkn agak byk banding abg2 yg lain... ppon cc nih sedap, lembut dan moist.... kali nih try resepi yang dikongsikan oleh kak.zana aka my org kampung... hehehehe.. utk resepi red velvet yg sebelum2 nih leh rujuk n3 yg lepas ye.. resepi asal yang ni adalah kek, tp aku try wat cupcake atas permintaan kastemer. tima kasih juga wat penyumbang resepi kaknor dan kamaAzura.


RESEPI RED VELVET CUPCAKES
resepi asal : kak.nor.annurbeauty
sumber : kak.zana.inspirasiku, daridapurkama

Bahan-bahan
  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat



Cara membuat buttermilk
  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain.

Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
versi kat rumah agak kedekut dgn frosting cheese.. sbb tau akan membazir.. hahaa

Tuesday, May 8, 2012

Muffin Chocolate Chips


 juga utk bekalan anakanda yg sukakan muffin coklat.. sajer nak memudahkan suaminda melayan citarasa anakanda. sedap muffin nih.. mudah lak tuh..akan buat lagi la lepas nih.. nak tgk muffin cantik montok2s leh tgk blog kak.liza.. mmg cantik kejadiannya. rasanya sblm nih aku dah terangkan cara2 nak buat mufffin yg betol dan rasanya dah terangkan juga camne nak menjadikan ke'valcano'an mufffin tersebut... aku wat nih kecik2 jerk.. leh tgk tips muffin kat SINI. dan tima kasih kakliza sudi kongsikan resepi nih... juga penyumbang resepi asal nurul ain.

RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
resepi : nurul ain
sumber : kak.liza
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 cawan gula kastor*
  • 1/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur(dipukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1sk baking powder - hana tambah
  • 3/4 cawan choc chips
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang. 

Tuesday, November 2, 2010

Pizza Muffin



petang nih kerajinan sedikit utk membuat muffin... takleh tahan nengok muffin izahdaut.. duk dlm gebor pong tak syok klu perot berkeroncong lagu ghazal... kasi brutal rock sket ngan muffin pizza! wahhhh sungguh enak dimakan panas2.. pehtu tarik gebor balik! hahahaha... camne la ko tak tembun bedah oiiiii... akceli muffin nih xde la selembut muffin yang bese2 tuh.. eh! nama pong muffin kan... tekstur muffin biasanya mmg tk selembut kek or cupcake..haihh malas la nak ulang kelas muffin lagik.. leh tgk SINI utk tips ye! resepi nih masih dalam koleksi Aneka Muffin buku Primarasa yang Deetha adiahkan sebelom nih... sebenonya nak wat Muffin Kari Udang. tapi stok yogurt xde la pulak.. jadi la muffin pizza nih.... nak tau rasanya kene cube sendrik la yer.. hihihi... aku buat setengah adunan dari resepi dibawah. dapat 6 bijik size medium.

fresh from oven!
Bahan-bahan
  • 1 sudu besar minyak zaitun - hana guna butter
  • 2 sdt bawang putih - cincang
  • 100g bawang bombay - cincang
  • 50g lada capsicum hijau dan merah - cincang
  • 75g daging cincang - boleh tuka udang,sosej,ayam etc - hana gune crabstick
  • 75g keju parmesan parut - hana campur mozarella dlm adunan
  • 50g sos pizza - hana guna sos pizza mushroom
  • 1/2 sdt serbuk cili
  • 1 sk gula
  • secubit garam
  • 3 biji telur size M - pukul sekejap
  • 50ml minyak zaitun
  • 50ml susu segar @ susu cair
  • 250g tepung gandum
  • 2 sdm susu tepung
  • 11/2 sk baking powder
  • 75g keju mozarella - utk tabur
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200. Sediakan mangkuk@cup dalam muffin tray.
  • Satukan tepung gandum, susu tepung, baking powder dan secubit garam. (jgn buh byk garam sbb bhn2 lain dah masin). Ketepikan.
  • Panaskn butter@minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang. Kacau hingga bertukar warna dan sejukkan. (Jika menggunakan crabstick tak perlu masak.Gorengkan bawang sahaja)
  • Dalam mangkuk besar, satukan keju parmesan, sos pizza, serbuk cili, lada capsicum, dan gula. Kacau rata menggunakan spatula.
  • Masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau. Juga masukkan minyak zaitun dan juga susu segar@susu cair.
  • Kemudian masukkan tepung tadi. Kacau sebati. Masukkan pula daging yang telah dimasak dan gaul rata. (jika crabstick masukkan time ni)
  • Tuang ke dalam muffin cup. Isi 3/4 penuh. Bakar selama 20-25min. Keluarkan dari oven dan taburkan keju mozarella. Bakar semula sehingga keju cair dalam 5 min.
  • Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  • Hidangkan panas semasa keju tgh melting.
utk korang semua yg setia bersama hanamemories.. mmuahh!

Thursday, August 12, 2010

Muffin Pisang Chocolate Rice

pose2 wat muffin?! hmmmmm tak kesah la kan..janji leh dimakan! nih wat smlm pas nengok pisang aku duk termenung uzur.. kesian tul! klu wat apa2 kan bleh dimakan anak branak.. udahnyer yang makan anak2 bujang ku itew ajer.. sempat la aku rasa seketui.. ayah dier tak menjamah langsung.. xpe.. ayah tak kesah bab gini.. kan yah kan.. hehehe.. resepi skodeng dari mamafami. resepi asal Muffin Pisang Choc Chips dari maklang. sajer tuko choc rice.. sedap ko! cume aku tambah sesudu serbuk koko lam adunan. thanx mamafami n maklang.

Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- hana buh 2 biji size S
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek (mama gunakan 4 biji pisang bersaiz sederhana)
  • 3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam
Cara-cara
  • Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  • Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  • Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  • menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  • Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  • Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  • Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

Wednesday, July 28, 2010

Marble Banana Muffin

Minum petang dengan muffin yang sangat sedap! rasanya ramai yang telah mencuba muffin rima nih! antaranya izahdaut, k.nur, mas, ishhh sape lg erk?? rasanya ramai lagik. maap yer terlupa... thanx to rima for d recipe! akceli kan, aku suker g blog rima. tapi ader satu yang aku takut. takut apa tau? takut ngan telur! kenapa?? haaaa korang carik sendrik la jawapannya! kikikiki.... rock bebehhh! muekekekeke.... thanx to izah coz tlh memelayukan resepi nih. meh jemput amik sorang seketui. air kopi g wat sendrik! hahahaa



Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  • Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  • Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  • Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Wednesday, June 30, 2010

Blueberry Streusel Muffin

Assalamualaikumm... sajer arini tuan umah n3 lambat! syok berpoya2 ngan bantal gulungnya sampai tak hingat perot terasa lapo lum masak.. lagi satu koleksi muffin dari buku Primarasa yang dihadiahkan Deetha tempohari. mmg btol la kot ma kata, khatam sodaqallahul azim buku nih jerk body aku pong kembang cam muffin! muahahahaha... xpe la kan..berbaloi juga kongsi ilmu utk org lain.... Jom tengok resepi. bagi peminat blueberry, jgn lepaskan peluang! best sgt muffin niH!


Bahan-bahan
  • 400g tepung gandum
  • 250g gula - leh less
  • 2 biji telur size L
  • 200ml susu segar@cair
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 100g mentega tawar sejuk - potong dadu
  • 30g mentega - cairkan
  • 200g blueberry segar @ leh gune blueberry filling sbg inti
  • 1 sudu makan parutan kulit lemon
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah. Sediakan mangkuk@cup dan muffin tray.
  • Campur susu dan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk.
  • Mangkuk lain, campurkan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul rata. Masukkan mentega sejuk dan hancur2kan seperti breadcrumbs.
  • Ambil 150g campuran tepung tadi ke dalam mangkuk lain. Percikkan mentega cair dan kacau menggunakan garfu hingga sebutir-sebutir seperti breadcrumbs. Mentega cair tk perlu semuakan jika sudah mencukupi. Ketepikan.
  • Masukkan bluberry dan juga kulit lemon ke dalam baki adunan tepung. Masukkan pula campuran susu dan telur tadi. Kacau menggunakan spatula@senduk kayu asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam cup hingga hampir penuh. Taburkan dengan tepung serbuk breadcrumbs tadi. Bakar selam 20-25min atau hingga masak.
  • Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  • Hidangkan hangat.

Monday, June 21, 2010

Muffin Pisang Crumble Berkeju

arini kunun2 nak pose..aishhh terlajak sudah nak bersahur! (alasan jerk la tuh kan! hihihihi).. Jom kiter layan muffin sedap nih! masih dari buku Koleksi Muffin Primarasa. Fenin sebenarnya nk mencube mana satu! sbb semua nampak oishii... yg pelik tp benar pong ada! hahaha... tima kasih lg skali wat Deetha. utk tips dan teknik membuat muffin sila lihat sini yer.. Resepi asal Muffin Pisang Keju sahaja. Tapi disebabkan aku dah jatuh chenta sama itu crumble, maka aku tambah la xtra sedap muffin niH!

versi asal xde crumb
Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 100g gula custor
  • 50g gula perang
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 75g keju cheddar - cincang kasar
  • 300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
  • 2 biji telur
  • 100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
  • 1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
  • Hidangkan hangat dengan secawan kopi.

Thursday, June 17, 2010

Teknik dan Tips Membuat Muffin

Salam buat semua... dsebabkan arini aku dan hubby insyaAllah berpuasa, jd pepagi nih xdelah n3 masak2 yer... cume aku nak kongsikan sedikit ilmu membuat muffin yang aku peroleh dari buku Aneka Muffin Primasara Femina adiah dari Deetha tempohari. Mungkin sesetengah kiter tak tau beza antara muffin dan cupcake. Jadi kat sini aku ingin kongsikan. Moga kita sama2 dapat manfaat.
Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan
Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin
Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang
Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Selamat memuffin!! mudah2an anda semua berjaya! Sekian.

Monday, June 14, 2010

Coffee Muffin with Choc.Chips

jeng jeng jenggg! muffin pertama yang aku cume dari buku Primarasa adiah dari Deetha tempohari. Walau pong rupamu tak ensem, tapi muffin ini tetap menjadi pojaaan hatikuuu! hahahaha... sodap la weihhh! bau kopi tuh pergh wangi yg teramat! nampaknya arini cik bedah masuk bakul sendrik! kahkahkah... k lah! sape nak cube dipersilakan yer... nih dah lotih cik bedah alih bahse sambil garu2 paler.. tapi hasilnyer amat berbaloi.. mmg wajib dikongsi ngan korang kat sini khasnya utk izahmuffin dan jugak cik jah yg tgh tunggu tuh! selamat mencubee! tima kasih lg skali wat Deetha bucuk bacin! kekekeke.... resepi asal Coffee Muffin ajer! sajer aku buh choc chips utk tarik minat anak2 aku makan! jgn tak cayer kejap ajer dah licin! wallaahhh... sebenonyer kan, crumbs aku tk berapa menjadik! hahahahaa

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - hana ganti yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih hana tambah
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.

Friday, May 14, 2010

Carrot Cake Muffin with Orange Cream Cheese Filling

perghhh panjang beno bunyiknyer!... dah lama tak mengasah bakat memuffin! sekali buat, haiyyaakkk.. melepek cam cup cake! apa aku silap pong tak taulah! belasah ajer lah! janji boleh dmakan.... resepi skodeng dari sini. cume aku edit sket beberapa bahan.

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung
  • *1/2 sk soda bicarbonat
  • *1 sk baking powder
  • *1 sk serbuk cinnamon
  • * 1/2 sk nutmeg - x ltk
  • 11/2 cawan carrot - parut
  • 1/2 cawan butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula putih - x ltk, cume lebihkan gula perang 1/2cwn
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sb susu segar - resepi asal rum
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1/4 cawan - kismis - cincang kasar
  • 1/4 cawan pecan - cincang -hana gune walnut
Cream Cheese Filling
  • 6 oz cream cheese (170g)
  • 2 sb gula
  • 1/2 sk orange zest
Cara-cara
  • Rendam kismis ke dalam susu segar lebih kurang setengah jam.
  • Ambil dua sudu dari sukatan tepung dan gaul dengan lobak merah.
  • Ayak bahan2 yang bertanda * dan ketepikan. Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul gula dan butter hingga gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen dan bahan2 yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit. Masukkan kismis dan susu segar skali, mix sebentar dan masukkan lobak dan juga kacang. Kacau sebati.
  • Mangkuk lain, pukul cream cheese, orange zest dan gula selama 2 min.
  • Sediakan muffin cup. Tuang adunan carrot tadi sehingga separa penuh. kemudian masukkan filling lam satu sudu besar. Tuang sedikit adunan carrot lagi di atasnya.
  • Bakar selama 20min atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.

Saturday, July 18, 2009

Muffin Durian

hehehehe... jgn marah la yer klu menu aku ngan Ika arini sama! hakhakhak... sape2 nk sumbang suara, p kawan ngan kumbang sana yer! kakakakaka... jgn maree! :P tp muffin aku tak segebu n secantik muffin k.ganung n dik.bangkok! maybe sbb aku gune lempok kot! hahahaha... sepatutnyer nama muffin nih 'Muffin Lempok Durian'! hihihi... sukati la nk bg nama apa pong kan! yg penting rasa dier sedap n wangiiiii derian! laki aku klu bab muffin ltk derian xpe! tp klu tempoyak tk bleh! pesal erk?? pelik btol! resepi asal dr CMG! mekacih mat, mekacih k.nor n mekacih dak ika mentel! hihihi.....

Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 100 g gula halu- hana kurangkan sbb gune lempuk
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian- hana gune lempuk derian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar
Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Friday, July 10, 2009

Coconut Muffin

nih plak menu num ptg yer! wangiiii sangat muffin nih! rasa dier pong bleh tahan sodapp! aku mmg suka part2 kelapa nih! cume nih aku wat separuh topping kelapa n separuh choc rice utk anak2. almaklum anak aku mmg tk layan nyer klu ader kelapa terjojol kat ateh tuh! tp isi dalam dier tk perasan plak! huh! ader2 jerk kan! resepi dr dapur k.noreen... k.ain pong dh try! kan k.ain kan kan! mmg kalah pipiku yg tembam nih! muahahaha naik membumbung ko! sib baik aku tk isi penuh! hihihi.. halal yer kak resepinyer! mekacih! sekian menu utk arini... hehehe

Bahan-bahan
1 cawan dessicated coconut (kelapa kering)
1 camb gula perang (brown sugar)
6 camb mentega cair
1 cawan (110gm) tepung gandum
1/3 cawan (75gm) gula pasir
1 camt baking powder
1/4 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1 biji telur
1/3 cawan santan
4 camb susu segar
1/2 camt parutan lemon

Cara-cara
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  • campurkan dessicated coconut, 3 camb mentega cair dan gula perang ke dalam mangkuk
  • gaulkan sebati
  • selepas itu ketepikan 3 camb untuk dibuat topping
  • ayakkan tepung, baking power, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang telah masukkan gula. *gula hana masukkan ngan adunan telur.
  • kemudian masukkan ke dalam adunan dessicated coconut tadi dan kacau rata
  • di dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan, 3 camb mentega cair, susu segar dan parutan lemon dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan rata
  • sudukan adunan ke dalam muffin pan yang telah disediakan
  • taburkan dengan topping
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai minuman petang.

Sunday, June 7, 2009

Choco Cheese Muffin

wat muffin nih utk bekal jenjalan ptg nih.... dah rasa sebijik, sedapp!! kombinasi ceklat ngan cheese mmg tk dpt dsangkal kesedapannyer! sape2 suka, silalah cube! tQ k.hani@ringo atas resepimu yg mabeless nih! toce toce! resepi C&P dr my.resipi. wokeh! aku nk cepat nih! kang ketinggalan ketapi! buhbaii!!

Bahan-bahan
  • 140gm choco chip
  • 100gm cream cheese
  • 80gm butter
  • 2 biji telur size M
  • 60gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 2sk baking powder
Cara-cara
  1. Panaskan oven ke 180℃.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

Friday, May 22, 2009

Pandan Kaya Muffin

k.norrrr... tgk la apa sudah jadiii!! muahahahaa.. kuar kucing bertanduk! ngeh ngeh ngeh... dsebabkan 'virus B' la aku geram!! kahkahkahkah.... nape la tu erk???! apa bende 'virus B' tuh??! ekekeke.. apa2 jerk la yer! hahaha.. nih la cemil2 kitaorg waktu ptg! dsebabkan nk sgt makan kaya ya kun yg ros bg aritu, aku wat la projek secara tk sengaja nih! boley gtu??! ehehehehe... resepi dr k.rinnchan yg class gtu! tp aku letak kaya pandan kat dalam tuh then cover lg ngan adunan bior penuh. tips dr k.rinn klu nk membumbung muffin tuh isi penuh2! asal tk tumpah sudah! jom layan resepi k! tQ k.rinn!

Bahan-bahan
  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikabonat- hana x letak
  • 1/2 tsp garam halus
  • 120gm gula castor
  • 200ml santan kelapa (dalam kotak)
  • 100ml minyak jagung- hana gune butter cair
  • 2 biji telur
  • *1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
  • *1/2 tsp pandan essence
  • Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
  • Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya. kemudian buh pewarna hijau sedikit.
Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
  • Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
  • Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
  • Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
  • Bakar selama 20minit.

Tuesday, May 12, 2009

Chocolate Custard Muffin

lagi menu kelam kabut ribut! tak sempat nak hias apa2... godek2 terus bakor! wat muffin nih sebenonyer mende paling mudah leh buat jika kesuntukan masa! sbb tak leceh mcm kita nk wat kek. sebenonyer nih request anak2 lamo dah! (xde la lama mana kan?? dh depa suka...) asal mama dier godek2 kat dapur jerk, mula nk sibok bertanya 'mama nak wat muffin kan?' huh! asyik2 muffin! boring jugak aku! tp mama dier baik ati kan... wat kan la jugak arini! arap2 bila dier bukak pintu nnti, gumbira dengo mama buat muffin! resepi hasil skodeng kat dapur cikwan... best gak muffin nih tau! cam lebih kurang muffin choc k.yani sebelum nih! cume ade gune tpg jagung n gula merah.. tQ cikwan! halal ye resepinyer!

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack)
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna*
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.
  2. Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.

Tuesday, April 28, 2009

Banana Chocolate Muffin

kat umah nih muffin yg kaler cekelat jerk cepat habih! klu kaler kuning, ijo ke apa2 kaler la lembab btol nk ngabihkannya! dak2 tk bape gemor sgt... maklum ler cekelat sape jerk tak suka! tapi nih versi ada banana! nak ngabihkan stok pisang yg dh menopause tuh! sedappp! aku tmbh hirisan white choc n choc biasa yg murah2 tuh! bila mkn panas2 terasa lelehannya.. ermmmm yummyy! resepi k.yani my.resipi jugak! tQ k.yani! ;) wat setengah adunan dan hanya menggunakan manual jerk.

Bahan-bahan
  • *170g tepung gandum - kurangkan tpg skit.
  • *30g serbuk koko
  • *130g gula- hana ltk 110g jer.
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *secubit garam
  • *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
  • >2 biji telur
  • >75ml minyak masak
  • >100ml susu segar
  • >sedikit vanila esen
  • >2 biji pisang
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga 170C.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam FP. Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok)
  3. Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.*hana kacau semua bhn guna whisk jer.coklat hiris2 last skali br masukkan.
  4. Cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.