Friday, December 25, 2009

Garlic Mashed Potato

mashed potato nih ganding ngan ayam panggang pakcik kenny tuh! perghhh! sedap glos mashed potato nih! makan kentangnyer sajer pong enak! aper lagik bila tuang ngan gravy! nak tau ghase, sendrik buat la yerk! sblm nih jiya, k.yani, k.hazila pong dh try.... resepi dr my.resipi. tima kasih yer yg empunyer resepi nih! nnti leh wat lagik!

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

5 comments:

  1. Salam kak hana,
    pergh, geram tengok mashed potato tuh. menu ala western la arini, kak...sedap tuh!

    ReplyDelete
  2. nakkkkkkkkk!! kentang dah habesss! tumpang makan lehhh??

    ReplyDelete
  3. aduhaiii...ngences tengok masg potato hana. nmpak gaya sat lagi nak pi.............beli kat kfcccccc!!!hihihi

    ReplyDelete
  4. amboi xpress nyer da smpai kt Jepun ni..:)
    ada lagi tak ,mntk setapau ala kecik je regular size bekas ala kfc :)

    ReplyDelete
  5. Nakkkkk jugak!!! Mesti dah abis potato tuh kan kak!!! uish uish uish, sedapnya! ;)

    ReplyDelete