Tuesday, November 30, 2010

Ayam Panggang Serai

akceli nih menu semalam... maap ler tak dan nak posing cung sbb masing2 dah laga2 mulut... apatah lagi dengan kerentungannya yg sungguh azab.. kesian si ayam.. nasib ko la menjadi kerakusan rakyat yg cemerlang, gemilang dan terbilang kat umah nih... nak jemput da abes.. amik tulang2 jerk la kang tanam, minggu depan tumbuh pokok beringin.. tak pong pokok ketapang.. waaaa kijam! resepi main campak2.. yang penting semua cakap oishiii.. yihaaaa..

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

14 comments:

  1. wahhh...ayam bakar..sedapnya....sampai ati dah tinggal tulang...hu..hu...buat sendiri la nnti...

    ReplyDelete
  2. oiishiii..selamat pagi ..apa menu yang seterusnya hana?Makcikmanggis rasa malas je hari ni..nak makan megi je:(

    ReplyDelete
  3. sedap makan camtu jer kan kak hana...nanti kalau rajin blh gak nak try...

    ReplyDelete
  4. hai cik ayam, cantik sungguh rupamu selepas dipanggang, bolehlah kua ambil sepinggan buat santapan..

    ReplyDelete
  5. Salam Hana,
    ouch!! saya sudah membayangkan sedapnya makan ayam ni nak pula kalo sy makan dengan sos peri2 nados tu..hot !!hot!!

    ReplyDelete
  6. erkkkkk... mengopi ya mek.. nak upah? nanti amik apam kat rumah ya.. hehee maceh :)

    ReplyDelete
  7. ayam bermacam ayam.. ayam campak campak yg sedap tu.masuk list..petang karang bleh buat neh..

    ReplyDelete
  8. hmmm sedap. ni salah satu menu berulang ulang kat rumah i sebab i malas nak berlama lamaan di dapur hikhik lagi satu suma suka makan ayam mcm gini..hmmm laaagi lah sukak hati i ni :D

    ReplyDelete
  9. ooo rupa macam brader jual kat seksyen 7 bangi... sedap! sedap!

    ReplyDelete
  10. Bestnya..Nak cobalah nanati. meratah je pun sedap ni kan..

    Hana,mai blog akak ye.. Akak tag Hana. Kalau sudi mailah kat sini

    http://yan-yanjournal.blogspot.com/2010/11/friendship-award-dari-kak-sharifah-nor.html

    ReplyDelete
  11. Ahhh I love chicken...I love serai!!! Now I love ayam panggang serai akak nih...sungguh sedap dipandang! hehehe ;)

    ReplyDelete
  12. mmg sedap ayam serai ni....pernah makan yg beli kalau buat tambah 2x sedap...

    ReplyDelete