Thursday, August 26, 2010

Biskut Irish

Salam semua... aku nih kan sebenonyer dah malas nak mengukis.. tapi kan... biler tengok kengkawan tgh sibok2 mengukis, haiizzz luluh juga iman aku! tapi nih wat setengah adunan jerk.. wat ilang kempunan kot! hahahahaa.... sedap sedapp.. erk...... :D .. leh tengok versi kak.ummi dan juga Ika. resepi asal dari matgebu yg glemer iteww yg di ambil dr fp maklang! maceh semuaaa...

Bahan-bahan
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) - samolah den
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi - xde. ganti tpg jagung 70g lebihkan gandum 30g
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan - hana campur pewarna kuning sket
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

15 comments:

  1. waa.. dah start buat kuih raye ye...
    p/s: sy resend email ade dapat tak?....susah tu nak email kat cik hana nie..hiihih

    ReplyDelete
  2. to are-u..
    tuh sekut ramadhan..bukan sekut raya! kikiki... aa ok ok..kite check nih! maklom ler.. box banyak emas! muekekekee...

    ReplyDelete
  3. sekut ramadhan ada juga ye..rajin betul hana kita ni berkukis ye..

    ReplyDelete
  4. darwish!o darwish ...mama Darwish dok buat biskut ke?apa?tidur?hehe ..hana cm pun nak buat jugak sekut nih:)

    ReplyDelete
  5. to ida..
    hihihi... rajen sbb nak makan.. tak rajen, tak dapat makan. :D

    to cikmanggis..
    mama kata dier tdo! erk.... mama yg suh ckp gtu! kikiki.....

    ReplyDelete
  6. sekut ramadhan dgn sekut syawal tak sama ya na..ni akak dtg bawak kepala ikan..nah semangkuk buat geng bawah jambatan sekali..ada baki seketui semalam punya..hehe

    ReplyDelete
  7. kak hana dah keluar biskut raya ni...sedapnya biskut tu, mas pun ada plan nk buat juga....nanti2 la..ha..ha..

    ReplyDelete
  8. salam kak hana,
    nak lepas kempunan gakla. seme orang dok buat irish cookies ni. huhu

    ReplyDelete
  9. mengukis byk2 ye,nnt paham2 jela ye kim mesia skt..almt umahku akn menyusul kemudian,wakakakka....

    ReplyDelete
  10. alahai..seru mengukis lom sampai lagi ni kak..camno ni...nak buat ke tak nak..nak buat ke tak mo..aishhh

    ReplyDelete
  11. sedap betul ni! dah pernah beli (hehe bukan pernah buat)

    ReplyDelete
  12. salam kak hana...rajinnya mengukiskan diri...saya ingat nak start minggu depan ..time cuti merdeka nanti

    ReplyDelete
  13. So coincidence, I also made cookies using cutter this week. Your cookies looks prettier than mine with additional colourful sprinkles on it!

    ReplyDelete
  14. aik hana cemana dah tau sedap???jepun dh buke ke?

    ReplyDelete
  15. eehhhh..kuih raya...kuih raya...

    ReplyDelete