Friday, June 7, 2013

Bingka Roti Kukus Pandan


Bismillahirrohmanirrohim sebagai pembuka bicara... menu kuih pula untuk minum petang. jarang2 buat kuih muih yang manis2 macamni.... sebab kurang ada penggemar aka pemakannya. yang gemor bebeno si tukang buat jer.... nak tak nak sendrik buat, sendrik juga yang kene makan..... nak wat camneee nasib badan... diorg lebih suka kuih yang goreng2 cam karipap, cekodok, goreng pisang dan sebagainya.... nih pon sbb nak abeskan roti putih yang tak abes.. dah kata dah, kalau roti beli lambat beno nak ngabes berbanding roti buat... tp sbb malas nak buat terpakse la beli juga kan!


ok jom layan resepi yang di cedok dr dapur puan hajjah kita, kak.ummi zaihadi. tima kasih banyak2 kak... mmg sedap lembut lemak2 manis... dah selalu sgt buat bingka roti bakar, sesekali tukar selera ke kukus best gak! utk resepi di bawah nih aku dah olah sedikit dr resepi yang asal.. roti aku koyak2kan supaya sedikit padat ketika dikukus dan aku ada tambah sedikit kismis.. xtra best gitu! geget geget tetiba ada rasa masam kismis... bg yang belum cuba, cubalah! insyaAllah tak mengecewakan.... kalau rajen boleh juga digandingkan dengan kuah kastad tapi better kurangkan manis dalam adunan roti sebab bingka nih dah cukup manis. selamat mencuba.. ^_^


RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
sumber : kak.ummizaihadi , notabilia
olahan semula : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
  • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
  • 3/4 cawan gula halus
  • segenggam kismis
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
  • sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
  • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
  • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

16 comments:

  1. Assalamualikum...hana sedap ni ..nanti bole saya cuba...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam UJ..
      alhamdulillah mmg sedap! saya pon terasa nak buat lagi... hihi... selamat mencuba UJ... :)

      Delete
  2. cantik la kaler dia. hijau menawan.
    kalau budak2 tak suka kuih manis2 ni cer try kasi kat jiran2, musti sukerrrrrr....keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko jiran aku dah lama aku bagi... tp dengan pesanan, sila pulang balik dengan keadaan berisi semula... wakakakakaaaa.....

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah sedap kak.... tengah malam pon selak peti ais jugek! tak kira wktu.. hihihihi

      Delete
  4. Aslmkm besan ku yg di rindui.... tingin lak nak buat tapi kita pun sama gak... kang kalo buat sendiri kena makan tambahan rakyat kat rumah ni cuma 3+1.... +1 tu Liana tak leh kira sgt... kena hanto dok ngan mak mentua kot baru nak makan....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam besan miri...
      tuh ar long.. kita nih lg la.. kene -2.. darwish ngan dania tuh makan main2 jerk... huh! kalau dekat dah anto dah kat umah besan sana.. hihihi

      Delete
  5. sedapnya bingka roti..apalagi dengan rasa pandan..sangat sedap dan bau pun wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg semerbak harum wangi masa buka pengukus tuh... tak tahan iman terus nak ngap! hihihi

      Delete
  6. salam...sdp tu buat sarapan petang..betul2 kekadang bila buat kuih manis2 tukan ygbuat kasi perhabis...bila dah habis baru dia org tetanya2 nak pulak hee...akk suka lama x buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlam kak.sheila..
      kuih senang2 gini leh keep utk makan2 xpress.. kan kak kan? senang nak buat dan sedap plak tuh! jom kak buat lagik.. hehe

      Delete
  7. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete
  8. Kalau menggunakan 10 helai daun pandan, kena letak pes pandan tak?

    ReplyDelete
  9. Saya pun nak cuba...bonda kongsikan ye #Hana...terima kasih. Ramadhan Kareem anaknda semua ^_^

    ReplyDelete
  10. Mmm... Sepertinya enak ☺
    Nanti saya jg ingin mencobanya 😊
    Makasih resepnya, Kak Hana 😉

    ReplyDelete