Friday, November 16, 2012

Bingka Nestum


untuk santapan terakhir minggu ni dan mungkin juga minggu2 berikutnya sepanjang pergi bercuti, aku kongsikan satu lg resepi bingka yang sedap...... akceli bingka nih menjadi buah tangan semasa ziarah puan hajjah ummi semalam....maaf la kak...tak sempat nak godeh2 yg lain.. nih pon agak geseng verangan punyer pasal! haha...... ppon alhamdulillah kak.ummi dan abg.Nu telah selamat kembali dan selesai menunaikan ibadah haji.. selamat berehat buat mereka..... meh jemput nengok2 dan tenung2 bingka nestum yg sedap ni... nak jemput mkn dah abes.. hehe... wangiiii jer baunyer... lepas je bakar mmg rangup permukaannya. resepi amik dr dapur kak.yatie...tima kasih kak.. selamat mencuba  ye dan jumpa lagi..


RESEPI BINGKA NESTUM
sumber : kak.yatiememories

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 cawan santan*
  • 1 cawan susu segar*
  • 5 biji telur gred B - cuci dulu*
  • 3/4 cawan gula pasir*
  • 3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu kecil garam halus*
  • 2 sudu besar butter - dicairkan*
  • 1 1/2 cawan nestum original 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Panaskn oven 180'. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk atau senduk kayu)
  3. Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, Tunggu sedikit sejuk baru potong dan hidangkan.
  6. Bagi mendapatkan permukaan yg garing, 5-10minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya. 

13 comments:

  1. dua2 nak..
    rendang ngan bingka nestum tu..
    sedappppp tu....

    ReplyDelete
  2. Salam hana, nampaknya sepi lagi la blog hana nih..bercuti ke mana tuh?

    ReplyDelete
  3. nampak sedap dan ceria bingka nestum ni

    ReplyDelete
  4. Macam terbau-bau keharuman kuih ni bila dibakar...

    Wahhh dah balik ye Mak Aji Ummi tu.. nanti mama sms dia..

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya Hana...bingka nestum ni...kalau sebelah utara panggil bengkang,rajin Hana buat utk buah tgn bg kak hajjah Ummi...kalau fiza la mesti beli ja....he he he... malaih sungguh la ni...

    ReplyDelete
  6. Tak leh tenung lelama kang meleleh ler pulak hana..!

    ReplyDelete
  7. perghhhh x pernah jemu makan dan x pernah jemu buat bingka..sedappp..:))

    ReplyDelete
  8. salam, wah sedap sungguh nampak kuih ni mesti cukup rasa manisnya n lemaknya.. hehe.. nnti leh r jue try buat ye kak hana.. nntik akak boleh la melawat dan join blog jue www://jujueahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Hana,
    slmt bercuti...alahaiiiii seronoknya cuti2 Msia..btw rendang pucuk ubi tu mmng sedapkan, bingka nestum ni pun sedap..tak sangka kan nestum leh wat bingka..bertambah2 khasiatnya..kan cikgu Hana...

    ReplyDelete
  10. ooowhhh bingka! Apa pun bingka... suka yang tepinya, yang garing2 tu... sedap!

    ReplyDelete
  11. sedapnya..
    www.the-simpleme.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Hana, time kasih sudi bertandang dan bawakan bingka ni...mmg sedap sesangat, x cukup laaaa...hehe, maklum yg makan byknya kitaorg berdua je sbb kat sana xda bingka pelik2 camni, yg biasa2 ada la kat D Saji Hotel As Safwa tu.. Lenkali bawak seloyang taauu..hehe. Selamat bercuti Hana..

    ReplyDelete