Sunday, October 4, 2009

Sesame Hot Dog Buns

try resepi k.noreen plak! sedap gak! tp bab men'selimut'kan sosej tuh main hentam kromo! ppon maceh wat k.noreen! nk C&P ye kak! cara selimutkan sosej nih rujuk gamba step by step d blog k.noreen yer!

Bahan-bahan
  • 250gm tepung roti
  • 50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
  • 50gm gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2 camt garam
  • 1 camt susu tepung
  • 1 camt yis
  • 1/4 camt bread improver - optional
  • 160ml air
  • 25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter
  • 10 biji hot dog
  • bijan secukupnya
  • egg wash - untuk sapuan
Cara-cara
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar)
  • letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
  • kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
  • sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan.

3 comments:

  1. cantik dah tu... bak sket, nak rasa airtangan hamzah :)

    ReplyDelete
  2. Wah wah.. laling akak meroti lagik ye... cantik2... memang berbakat neh. hehe

    ReplyDelete
  3. to k.nor..
    hehehe..maceh cikgu! kita ade gak gatei sket sket tuh! kikiki

    to blogresipi..
    cam biasa la jan gune remote control yg bertauliah neh! muahahaha

    ReplyDelete