Tuesday, March 27, 2012

Butter Chicken


menu ayam nih dah beberapa minggu yang lepas... arini aku masak Nasi Minyak Alongroz.. g blog dier pepagi td terus dpt idea nak masak apa... lgpon Danish request jugak menu nih sejak semalam.. sedap nasi minyak along tuh.. tima kasih yer long.. tak dapat nak snap sbb kamera tertinggal kat kampong... adehhh ntah bila nak blk kampong lg.. berbalik menu nih, menu yg simple tp sedap. inspirasi dari butter prawn. asyik2 udang jerk, sesekali tuko ayam ok gak kan kan.. alhamdulillah anak2 dan hubby suka.....

RESEPI BUTTER CHICKEN
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 1sk kicap cair - hana guna syoyou(kicap jepun)
  • tepung jagung
  • Cili padi - ikut kepedasan masing2 - cincang
  • 1 biji bawang besar holland - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • daun kari
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 kuning telur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan bawang putih, halia dan juga kicap cair sebentar.
  • Panaskan minyak. Lumurkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • Minyak ayam yang sama, campurkan sedikit butter. Kocakkan kuning telur dan tuang perlahan2 ke dalam kuali sambil kacau menggunakan chopstick supaya berjurai. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat dan toskan. (untuk mendapatkan jurai2 yang halus, gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. boleh juga menggunakan acuan roti jala)
  • Kuali lain, panaskan 2sb butter. Masukkan bawang, cili padi dan daun kari. Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul mesra. (jika anak2 tak tahan pedas cili, boleh gunakan blackpepper dan jika inginkan lebih creamy, bleh tambahkan sedikit susu cair).
  • Akhir skali masukkan telur. Angkat dan hidangkan.

21 comments:

  1. Hari tu ayam mentega kak diana jadik virus.nanti mesti lauk ni pulak.. Aiseh bingka kreker tak terbuat lagi ni. Nak beli sekut terbeli menda lain la pulak tadi. Dduit ada 5 henget je.. Huhu.. Nak sket ayam butter tu, ratah2 tang jurai2 tu pun sodap..

    ReplyDelete
  2. tang buku-bulu tu memang ai saspek abihhh...

    ReplyDelete
  3. Salam sis..haiz..bab bulu2 tuh kan selalu I fail kena bulu2 ku tak seperti bulu2 mu itu?? ahaks

    ReplyDelete
  4. yuhuuuuuuu kak! nak tumpang ketawa kat sini ahahahahaha... org yg duduk mesia lagi ssh hati daun pandan takde! wakakakaka.... g jer lah beli kat pasor sana! huh! butter ciken, mcm best pulak tgk, skrg ni malas betul nak masak2 lauk sbb kerana diet lerr niii, kalau masak lauk gerenti nasi tak reti2 nak berenti makan ahahaha....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum hana sensei! ;)

    hmmm wangi ;D

    ReplyDelete
  6. Walaaa sedap ni buat butter chicken, Along asyik buat ikan butter jer sbb xleh mkn udang. Nanti bila2 boleh try ayam pulak. Cantik nya egg floss tu, Along buat selalu takmo jadi panjang2...
    Dah buat nasi minyak Along ya tapi xda gambo pula... takpa lah asalkan sedap merasa...hehe.

    ReplyDelete
  7. sedap weh.. makan panas2 ni x sedar pinggan dh licin.. hihihi..

    ReplyDelete
  8. wahh makin ghajen mama 4D update .. bagus.. bagus.. :)

    ReplyDelete
  9. salam k.hana, idea bgs ni..tapi tak menjadi je nak buat telur yang berjurai tu..sedanyaa

    ReplyDelete
  10. balik le..bukan jauh no..hahaha :P

    ReplyDelete
  11. Weee Hana, camera tertinggal kat kg...abislah dikerjakan dek mak abah ko wat amik gambor ayam itik beronggeng...hahahaha... Amboii mentang2 la duk hangkut "handbag gegir", sampai tertinggal "uncle Nikon" tu haaa...adeeeii, sabauuu jek laaa... ^__^

    ReplyDelete
  12. heheh...ndok..lau eii podo laa....
    tp akknyer versi budget..kikikik
    http://jasmeenskitchen.blogspot.com/2012/03/buttery-fried-chickec.html

    ReplyDelete
  13. wah sodap ni..yess hana dah rajin balik masuk dapur..

    nanti datang kl lehlah jumpa lagi dengan geng pot pet pot pet ek

    ReplyDelete
  14. Kak Hana,
    nak tanya...mcm mana nk buat telur tu jadi mcm tu..?

    ReplyDelete
  15. to sapphire..
    akak gune minyak yang banyak (minyak goreng ayam tu). pehtu akak kacau2 dlm kuali guna chopstick jer.. kacau laju2.. sampai minyak naik tinggi.. lepas tuh angkat telur gune penapis.. try la.. mudah2an menjadi..

    ReplyDelete
  16. ehem akak,,sedap tu..saya kalau tak dapat ayam tu pun takpo, bagila yang jurai2 telor tu ha..

    ReplyDelete
  17. betul gak kan kak ina... asyik2 udeng jek... tukau ayam best gaks :)

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Hana,
    Saya suka benar telur jurai2 tu... kalau banyak lagi best... menarik gak lah guna ayam kan. boleh dicuba nih. Faiz bulat lah mata kalau ada telur halus2 kat atas. hehe

    ReplyDelete
  19. Nasib baik tertinggal kamera je, kalau laki tertinggal.......ish..x dpt bygkan.
    Ni ayam butter ni, nenek2 boleh kunyah tak?

    ReplyDelete
  20. resepi yg simple tapi best! sudah 2x akak mencuba & anak kata 'sedap gilerrr' .tmkasih hana. tapi rasanya pn hana kena bagi tutorial la....bagaimana nak goreng egg yolk tu panjang mengurai,:)

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Hana,
    The butter chicken looks simply delicious. But I'd really like to try creamy butter chicken. Would you like to share the recipe?

    ReplyDelete